Bual Kosong…
Music at the moment Sum41 - Pieces
“If you believe it’s in my soul
I’d say all the words that I know
Just to see if it would show
That I’m trying to let you know
That I’m better off on my own..”
Apa yang kita bualkan siang tadi (aku dan Daus), buat aku terfikir. Walhal aku sebenarnya dah muak hendak fikirkan benda alah ni. Tapi, benak bodoh diri aku ini, tak faham, “Kenapa Aku?”.
Aku ingat apa yang DIA pernah kata pada aku setelah aku berjaya dapatkan DIA kembali dalam hidup aku setelah hubungan kami jadi keruh, DIA percaya yang aku akan datang dan ambil DIA semula, yang aku akan datang merangkak mencari DIA, yang aku akan datang dengan lutut seret ke lantai bumi, dan tangan lekap meminta minta supaya kembalikan DIA dalam hidup aku. DIA percaya benar yang aku akan datang balik pada DIA, pada kami. Kerana katanya, DIA tahu aku cintakan DIA lebih daripada nyawa aku sendiri.
Dan aku bagai orang bodoh, tersenyum bangga. Bangga?!!! Bodoh! Dangkal! Naif! Dan seraya juga kebodohan dan tuli aku bertanya jika perkara berlaku sebaliknya, adakah DIA akan mencari aku seperti mana aku berjuang untuk kembali ke sisi DIA? Dan dengan senyum DIA yang aku gila-gila dan angau-angaukan itu DIA menjawab, “Yer, Mestilah,”. AKu dengan bodoh bersertakan dangkal lagi naif percaya, sanggup pertaruhkan nyawa dengan kenyataan DIA itu.
Kini sudah hampir 2 bulan tiada khabar berita. Fakta benarnya, buat apa DIA datang mencari aku seperti mana aku datang mencari DIA, walhal diri ini tak mana penting pun, sekelumit kuman di mata DIA, sampah di fikiran DIA, dan di mulut DIA, hanya ada orang lain, orang lain yang lebih penting dari aku, dari kami. Itu adalah fakta. Dan aku masih menunggu bagai orang gila, jawapan yang aku dah tahu sejak dua tahun lepas. Yang mana aku hanyalah persinggahan sementara sebelum DIA dapat apa yang dicari selama ini, seorang ROCKSTAR, ataupun orang berjaya. Bukan diri aku, yang kurang serba segala, sebab itu aku kalah pada orang lain. Kalah pada ibu DIA, kalah sepupu sepapat adik beradik angkat menganggkat DIA, kalah pada kawan-kawan DIA, kalah pada artis-artis Indon DIA, kalah pada cuti-cuti hebat DIA, kalah pada secebis wardrobe harian DIA, dan aku juga kalah kepada orang asing yang DIA tidak pernah kenal. Itu nyata, amat nyata. Nasib.
Dan dalam 2 bulan ini juga, aku tolak pelawaan beberapa kenalan perempuan untuk berjumpa, untuk berlepak, semata-mata tidak mahu dikira technical foul, main kayu tiga, curang, melacur diri. Malah aku jadi takut untuk keluar dengan kawan-kawan untuk berlepak seperti mana aku selalu buat waktu aku belum kenal DIA, aku tidak percayakan diri sendiri untuk percayakan aku. Gila! Gila! Gila!
Aku keluar juga, occasionally, untuk mencari bahan bacaan, bahan keperluan. Bila dilihat rakan, dengan awek-awek diaorang. Diajak lepak bersama, takkan nak ditolak. Gila, kawan-kawan lama. Tapi bila tengok senyum awek kawan-kawan, gelak hilai tawa awek kawan-kawan, diri rasa sangat kecil. Rasa macam don’t belong. Macam tercampak kebelakang. Tercampak ke daerah jauh dari manusia lain. Rasa asing, rasa kurang selesa. Terpaksa, takkan nak marah kawan-kawan sebab bawa awek lepak dengan aku. Bila group tu bergerak, tinggal lah aku kat belakang, dan yang lain berjalan berpegang tangan, ada yang merangkul pinggang awek diaorang, bila naik escalatore, gelak tawa senyum tu terbit di muka diaorang. Aku? Berdiri selang 2-3 tangga, pandang ke bawah, tengok apa yang ada. Dalam otak cuba tak mahu fikir apa yang aku hilang dalam hidup aku, dalam hati rasa kosong balik. Rasa asing. Hari juga jadi sedikit gelap. Cuba hilangkan fikiran tu dengan bertanyakan otak tentang setepat mana aku boleh meludah ke bawah dan kena pada orang, dan ada juga kadang-kadang terfikir nak terjun dan tengok apa bahagian badan aku yang fragile, boleh pecah atau patah. Sejauh mana darah aku akan spatter on the floor.
Kadang-kadang rimas bila kawan-kawan tanya pendapat apa hadiah paling baik untuk awek diaorang, aku tahu apa hadiah paling baik untuk sesiapa pun. Ada juga yang suruh aku buatkan kad untuk awek diaorang. Aku maki hamun. Kenapa korang cibai sangat dalam hal ni? Korang tak layak pun untuk mendapat hati seorang hawa kalau itupun korang tak tahu nak fikir sendiri. Peliknya, aku tahu bagaimana nak jaga hati seorang hawa, tapi hati aku pulak yang tak terjaga oleh hawa. Payah… Ketawalah aku pada diri sendiri.
Ada juga yang nak kirakan aku dengan kawan-kawan kepada awek-awek diaorang, tapi aku tolak. Dalam mata aku, dalam mimpi aku, hanya ada satu manusia, namanya Dhilla. Susah bila di tanya kawan, “Mana dia awek kau?”. Aku tunduk tengok meja, atau beralih muka ke arah lain dan ukir senyum tawar. Dan angkat bahu tanda tak tahu, satu cara aku untuk tidak beritahu hal sebenarnya. Susah jadi aku sebenarnya, tapi ini bukan masalah dunia, jadi tak penting. Huhu!
Dan aku rasa, hanya ada beberapa orang sahaja yang faham diri aku, tapi aku tolak diaorang jauh-jauh. Aku ada buat silap dengan Aneem, orang yang selalu satu masa dulu dengar keluh kesah aku, sebab kami dua-dua manusia yang sama. Tapi aku tolak dia, aku buat salah, aku berlagak. Tapi takpe, janji sekarang, seorang dari kami bahagia. Dia bahagia, aku tak payah kacau dia lagi. Aku gembira untuk dia.
Aku juga gembira untuk DIA. Kalau apa yang DIA buat pada aku, boleh jadikan hidup DIA bahagia dan cemerlang, dan itu yang DIA mahu. Aku gembira untuk DIA. Biarlah diri aku ni hancur di mamah masa dan rasa hanya untuk DIA merasa gembira dengan diri sendiri. Alhamdulillah. Aku doakan supaya DIA jumpa apa yang dicari. DIA bukanlah jahat atau kejam pun, cuma aku yang bodoh dan tak faham bahawa aku bukan berada setaraf dengan DIA, tak sesuai dengan manusia taraf DIA yang mahukan benda-benda yang aku tak pernah idamkan pun dalam hidup. Tapi bagi DIA, itu sangat penting, sangat penting hingga sanggup korbankan aku. Setelah lebih 4 tahun, aku sedar celik. Nyata sangat.
Dan siapalah aku berbanding DIA. Aku ni penganggur kehormat. DIA a lady with profession, modern, sophisticated, ada visi, dan tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Aku? Takde apa. Duit dalam wallet adalah dalam RM6. Syilling tak tahu berapa. Savings dah surely habis. Tak bercita-cita besar, tak berkeinginan besar pun, apa yang ada, itu saja. Manusia tak bercita-cita. Cikai aje species aku.
Baim pesan pada aku, kau jangan pikir-pikir dan tulis tulis pasal benda-benda ni, nanti nampak aku ni lelaki lemah. Tapi, bila kita buka apa yang terbuku sekian lama, bukankah kita melawan oppression? Berani lah tu. Dan aku tak kisah sebenarnya kalau orang cakap aku ni lemah, emo atau lelaki dayus. Sebab aku tahu apa yang aku nak dan apa yang aku cuba dapat daripada tulis macam ni. Daus faham…
Sesiapa yang nampak aku, terutama sekali Baim, tak tahu yang bila aku gelak tawa berdekah dekah tu, sebenarnya dalam hati ini, murung, gelap, tutp dari dunia luar. Senyum dan semangat fake ini hanya untuk mak aku. Supaya dia tak risau.
Itu aje kisah untuk hari ini, kisah manusia naif lagi dangkal, yang malas sekali untuk buka mata bila hari baru tiba. Teringin bila satu hari, buka mata dan yang nampak hanya gelap kemat, itu mati namanya.
Dan asap pun berkepul-kepul tanda bahawasanya aku adalah antara penyumbang kecil kepada kejadian jerebu. Matilah kau manusia dengan menyedut asap ku ini.
Esok saja…
p/s:- Sorry Daus. Aku pinjam kejap gaya penulisan kau… Ngahahaha.. Dan minta maaf, entry panjang…
Popularity: 3% [?]


hmm, panjang btol entry, btol2.. aku terasa bodo jugak, terlalu daif, mangsa kepada keaadan dan perasaan, kita manusia.. ego, bernafsu, berakal.
*satu hari nanti, aku akan ketawa or just tersenyum pikirkan tentang hal nih,
sorry ahh sekali lagi, panjang sgt, aku bila dah start tangan gerak menaip, memang susah nak berenti… ngahahahha…
halo bro!! lama gak tak dgr khabar berita
good things will come ur way..eventually
hurm… me having someone in my life right now doesn’t have to come between our friendship fendy… if u still see me as a friend, then i’m always here to listen like i used to.
there are many people out there who still care about u, just that u’re letting urself drowning in the neverending misery that ur past relationship caused u…
“why do we fall?”
“…so we can pick ourselves up!”…
think about it fendy, we may not get whatever we wish for in life, but that doesn’t mean what was given to us is not what we need. Live with it Fendy. Be the ‘Beckzaidan’ i used to know few years ago… who got tons of ideas & designs awesome website.
Kecewa seorang kekasih yg ditinggalkan kekasihnya takkan dapat menandingi kekecewaan & luka hati seorang ibu melihat anaknya dlm keadaan pilu & sedih…
saje je mencelah…