minta maaf kerana sudah agak lama menghilangkan diri. punya masalah mental dan fizikal…

belum terlambat aku mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia kepada kawan kawan yang sibuk mendirikan rumah tangga pada bulan terakhir tahun ini. tahniah sekali lagi. juga kepada mereka mereka yang bertemu “cinta hati”. di harap kekal sehingga kebahgiaan yang dirahmati Allah.

definisi cinta sebenarnya berlainan dari pandangan orang lain. nizam nuri tidak mempercayai cinta sejati. aku percaya cinta itu wujud, tapi wujud dalam pelbagai bentuk dan rasa. dari pelbagai situasi dan fantasi, keadaaan dan kewajaran.

cinta bagi aku terlalu universal, terlalu semesta. orang cakap, cinta itu buta, cinta tidak kenal usia, cinta tidak semestinya bersatu, cinta itu indah, dll. itu orang kata.

bagi aku cinta itu, ibarat kesempurnaan manusia yang tidak sempurna pada azalinya. cinta itu melengkapkan malam malam sunyi kita, cinta cinta itu mencerahkan hari mendung kita, cinta itu mendatangkan harapan pada saat jatuh kita. kata kunci di sini, adalah kesempurnaan.

mempunyai sebuah gadget baru yang canggih tidak menjadikan hidup aku sempurna. mempunyai 10,000 pasang kasut juga tidak menjadikan hidup aku sempurna. mempunyai 500 orang pasang kekasih yang tidak punya apa apa makna juga tidak membuatkan aku sempurna.

aku sempurna bila aku boleh buat dia senyum. aku sempurna bila aku boleh buat dia rasa selamat. aku sempurna bila dia percaya dengan kejujuran dan keikhlasan aku.

itulah cinta. menjadikan kita rasa hebat yang amat, walaupun perasaan yang dirasai itu sebenarnya sekecil kuman.

jadi apa cinta sebenarnya. rasa perlu, memerlukan, dan diperlukan. raa sempurna, menyempurnakan dan disempurnakan.

its the feel that you belong somewhere, in someone’s hands, in someone’s reach…

itu inta bagi aku…

cinta sejati itu wujud nizam. kalau tidak, macam mana kita nak definasikan cinta sejati Rasullullah SAW terhadap Allah SWT.

Wallahhualam…

esok saja…

p/s :- belum tgk filem Cinta, dan mungkin tidak akan tengok.

Popularity: 3% [?]