Dari Penulis Kepada Pembaca…
Penulis ucapkan salam, bertanyakan khabar…
Penulis hanya mahu melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana kegagalannya untuk mengemaskini situs ini dengan entri-entri baru mahupun hasil-hasil penulisan yang terkini tentang trend atau isu-isu semasa. Penulis sedikit kehilangan inspirasi, bukan sahaja dalam penulisan, malah dalam bidang kegemaran penulis yang satu lagi, iaitu fhotografi.
Penulis berpandangan, mungkin dia patut meletakkan semula entri-entri fhoto yang terdahulu untuk rujukan diri sendiri. Mungkin kejadian pangkalan data hilang ini adalah petanda bahawa penulis patut memberi tumpuan kepada situs fhoto-blog. Penulis masih menimbang kemungkinan untuk berhenti menulis terus.
Sekali lagi, penulis melahirkan rasa kesal atas kegagalan dirinya untuk memberikan yang terbaik di situs ini. Terima kasih kepada semua yang memberi semangat dan nasihat, dan tidak kurang juga yang sanggup berutus emel semata-mata mahu melahirkan rasa rindu, atau kecewa akibat kegagalan penulis melahirkan entri entri baru. Mungkin di satu masa nanti, penulis akan mendapat semula pemikiran kritisnya dan semangatnya untuk berkongsi pendapat dan pandangan dengan semua.
Terima kasih. Sebuah pencapaian yang mengujakan…
Selamat Hari Raya Aidiladha…
Esok saja…
Popularity: 9% [?]
