Currently listening to LUCY IN THE LOO’s SELAMAT JALAN
selamat jalan, semoga cerah masa hadapan..
jagalah diri, kau pasti bahagia tanpa ku di sisi
hanya satu yang ku harapkan, moga kau takkan lupakan
masa-masa silam kita, di mana kita pernah senyum bersama..
Jack Sparrow masih memikir sisa sisa hidup semalam. Tatkala Jack Sparrow berjalan berseorangan di kota besar ini, imejan memori akan kenangan bersama hawa yang pernah bersamanya. Yang sama menjadi dirinya, satu dari dua. Diri nya, yang satu lagi. Kini, kosong. Berjalanlah Jack Sparrow di kota besar ini, seorang…
Tatkala menyusur langkah longlai, terasa seperti tangannya ditarik. Refleksi kebiasaan sebenarnya. Dulu, ketika bersama dirinya yang separuh lagi, jari jemari dirangkul kemas. tangan dihayun, seakan kanak kanak riang baru pulang dari kedai gula-gula. Waktu itu, manusia keliling tidak pernah dihirau. Jack Sparrow, memikir hari semalam. Jack Sparrow, rindukan rasa hangat tangan itu, tangan dirinya yang separuh lagi…
Jack Sparrow membetulkan tali beg silang yang disandang. Jack Sparrow periksa beg itu agak bocor yang lama tidak menjadi besar. Takut takut barang berharga jatuh di jalan tanpa sedar. Walhal, tidak ada yang berharga melainkan organ-organ badan yang boleh dibuat urusan jual belinya di pasaran gelap. Pernah juga Jack Sparrow terpikir, untuk jual sahaja buah pinggang kirinya. Dapat juga sedikit duit, buat hidup yang tika ini kesempitan. Ngarut…
Jack Sparrow orak langkah lagi, menunggu tren untuk ke destinasi hari ini. Sekali lagi Jack Sparrow rindu bahang hangat kehadiran dirinya yang separuh lagi. Terasa janggal berdiri berseorangan menunggu tren. Dahulu, berdiri di sebelah dirinya yang separuh lagi. Rindu akan sandaran dirinya yang separuh lagi. Sandaran kepada Jack Sparrow, yang tinggi seperti tiang lampu. Ada gunanya juga, dari terus jadi sampah masyarakat. Jack Sparrow, rindu pada dirinya yang separuh lagi. Rindu…
Di dalam tren, Jack Sparrow berdiri di tepi pintu. Imej imej Jack Sparrow dah dirinya yang separuh lagi mula memain. Tatkala bersenda sehingga orang lain benci, ketika berborak dan ketawa sehingga gegak gempita, waktu dirinya yang separuh lagi menyisir rambutnya, masa dirinya yang separuh lagi menonyoh noyohkan topi yang dipakai Jack Sparrow. Jack Sparrow rindu ketawa dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow rindu senyum besar dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow rindu hadir dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow rindu…
Ketika melalui restoren makanan pantas kegemarannya sebelum naik tren tadi pun, sudah mula Jack Sparrow memikir dirinya yang separuh lagi. Di tempat itu Jack Sparrow dan dirinya yang separuh lagi berbual, juga ketawa, melihat telatah orang lain, mengutuk orang yang lalu lalang, yang terhegeh hegeh mengejar arus masa, yang melebih lebih dari norma Jack Sparrow dan dirinya yang separuh lagi. Bualan mesra dan serius antara Jack Sparrow dan dirinya yang separuh lagi. Tentang pelajaran, tentang kawan, tentang masa depan. Tentang jersi Man Utd sebagai barang hantaran. Tentang model vinil Michael Lau sebagai barang perhiasan rumah. Tentang kenapa Jack Sparrow dipaksa ambil lesen memandu kereta. Jack Sparrow boleh ingat segalanya yang pernah dibual bersama dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow mula hiba. Jack Sparrow mempercepatkan langkah…
Di kota besar ini, manakan orang sedar Jack Sparrow sedang bersedih. Sedang hiba. Air mata bergenangan. Tapi Jack Sparrow buat seolah pasang matanya dimasuki habuk, walhal sedang mengenakan cermin mata. Bijak alang. Dan ketika itu hujan mula turun di luar. Gelap. Mellow…
Jack Sparrow menuju ke arah sebuah kedai buku di menara itu. Dulu, Jack Sparrow suka pusing pusingkan dirinya yang separuh lagi, seperti pasangan menari WALTZ. Berkali-kali. Mereka ketawa riang. Puluhan mata memandang mereka tidak hirau langsung. Jack Sparrow tahu dirinya yang separuh lagi malu, tetapi ketawanya buat Jack Sparrow lupa. Jack Sparrow bahagia, ketika itu. Pusing, twirl, di seksyen komik, di seksyen buku-buku designing, di seksyen novel. Di seksyen ini Jack Sparrow tahu betapa dirinya yang separuh lagi cukup gemar dgn novel novel Anne Rice. Betapa dirinya yang separuh lagi minat mati akan Lestat. Mereka sering berbahas mengenai novel novel Anne Rice.
Di sini juga Jack Sparrow masih mencari buku illustrasi Brandon Boyd, yang dijanjikan untuk dijadikan hadiah buat dirinya yang separuh lagi. Gagal…
Jack Sparrow ambil nafas sebentar. Duduk di lantai kedai. Dibetulkan seluar yang sudah menampakkan boxer. Subang ditelinga kiri diperiksa. Kepala otak memikir, nasihat jutaan kawan, lupakan saja dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow sudah cuba, dan masih mencuba. Tapi 5 tahun bukannya sekejap. Susah untuk mengadaptasikan diri kembali kepada surrounding. Jack Sparrow masih rindu dirinya yang separuh lagi…
Dirinya yang separuh lagi, sudah jauh pergi, melangkah meninggal Jack Sparrow, yang masih ditakuk lama. Jack Sparrow masih terpinga pinga. Jack Sparrow masih tidak menerima kenyataan yang dirinya yang separuh lagi sudah pergi. Sudah angkat kaki. Sudah bahagia. Dirinya yang separuh lagi, sudah menjadi separuh diri orang lain. Tinggallah separuh dirinya kosong…
Dan kali terakhir aku periksa, Jack Sparrow masih di situ…
Dia masih di situ…
Menunggu…
esok saja…
Popularity: 3% [?]
15 Maklumbalas
janis's
November 19th, 2005 | 11:43 am
1cerita yg menarik tp saya tak phm. biasela, blur case!
tp, kenapa dgn jacksparrow nih? dia dh kehilangan arah tujukah? dia masih di situ…i believe!~
beck
November 19th, 2005 | 6:39 pm
2jack sparrow hilang diri sendiri…
beck
November 19th, 2005 | 8:50 pm
3seriously, aku tulis ni takde langsung sedih sedih, happy giler… citer lawak ni sebenarnya… baca balik elok elok…
ahahahha!!!
_s.u.e.r.i.e
November 19th, 2005 | 10:11 pm
4Kepala otak memikir, nasihat jutaan kawan, lupakan saja dirinya yang separuh lagi.
yup.. kamu taw per sume org akan respon to this post kan..
move on jack.. move on!
come on man.. i know u can do it!
it takes time to heal the wound.. yup its true… but then jgn biarkn diri yg separuh yg maseh di situ stay di takuk yg lama… jgn biarkn diri yg separuh di situ berada di situ lagi… get him out frm thr..!! i mean Jack Sparrow tuh laa.. who else.. hoho!!
psstt.. wht happened just now? u know wht i mean…
_s.u.e.r.i.e
November 19th, 2005 | 10:16 pm
5jgn biar yg separuh di situ kosong…
walaupon nizam kate kosong itu indah.. (yeke indah..)
dan yg penting….
ckp kt Jack Sparrow.. tamo jadik separuh2 dah.. ok dude.. pagik!
dpn pc..
6:16 AM
Adam
November 20th, 2005 | 4:14 am
6udah udah la tuhh!!
jom cari awek bandung jom!!! huahuahua
Anonymous
November 20th, 2005 | 4:28 am
7BEck, aku nk angkat processor baru la, yg mana ok ha? aku nk guna tuk main game aje…
AMD Opteron™
AMD Athlon™ 64
AMD Turion™ 64
beck, asap ye beck…
beck
November 20th, 2005 | 8:44 am
8huish. survey la, kau type je jenis prosessor tu, lepas tu kau letk vs kat tgh tgh tu… sure akan kuar page page yg review prsessor tu dan comparekan kuasa prosessor tu. yang aku tahu, kalau nak game, 3dcard power, ram tinggi. prosessor pentium 3.0Gigi pun ok… dah mantap…
tetiba jack sparrow jadi tauke kedai pc…
nizam.nuri
November 20th, 2005 | 5:36 pm
9kepada cik sue peha gebu….kosong itu indah kerana sungguh memenatkan apabila kita memikirkan kehidupan yang agak subjektif ini..apakah ianya merupakan sesuatu yang indah apabila kita “fill in the blank” dengan pendapat kita sendiri..dari kaca mata kita sendiri tanpa perlu perlu dipengaruhi dengan unsur-unsur brainwash yang kita dapat dari cikgu-cikgu kita…fikirkan…dan sila fill in the blank sendiri
pinky angel
November 20th, 2005 | 7:34 pm
10kepada jack sparrow..
itu hanya sementara
_s.u.e.r.i.e
November 20th, 2005 | 7:57 pm
11baekkkkkkkk cikgu nizam!!
dan aku bukan cik sue peha gebu la woii.. uwaaa!!
…..
err.. sedara jack sparrow.. err sedara ooo sedara Jack Sparrow
*sambei tarek2 ujong baju..
*heartbeat*
November 21st, 2005 | 4:44 am
12DEWA - HADAPI DENGAN SENYUMAN
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua…kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
**hhuhuhu.. pegilah jogging kat botanical garden.. main ngan monyet2.. (sedeh lagu neh..)
damnlyweird
November 22nd, 2005 | 3:03 am
13sis smer lagu sedey….bila nk gumbira tah….*cubit malf…*
*heartbeat*
November 22nd, 2005 | 7:35 am
14menjadi monyet jack sparrow lebeh baik dari menjadi manusia yang tinggalkan jack sparrow.. fuyoooooooooooo.. meh jumpa doctor sisterpsychosis!!! hahahhaa..
Anonymous
November 22nd, 2005 | 4:58 pm
15I found your blog on press brakes while searching the web and wanted to tell you it is great. Feel free to have your participants view press brakes for more great ideas.
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Aku Benci MohdIsmail.Net...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Stats
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.