Esok, Iras Hari Ini dan Semalam…
iras sahaja semalam dan hari ini, baunya, rasanya, pandangannya, iras semalam. mungkin esok, rasanya juga sama dengan hari ini dan semalam. hati rasa kecamuk, otak rasa malas. jiwa kurang tenteram. rindu pada semalam, rindu pada dia, rindu pada kami. rindu baunya, rindu kehadirannya, rindu hangat genggam tangannya. rindu senyum dan tawanya. malah rindu untuk berdiri di sebelahnya. berdiri macam dua orang asing yang tak kenal sama sendiri. asing sangat.
rindu…
bukan seperti sekarang. jiwa patah, hati sakit, otak buntu. tidak berteman, bisu memandang dinding 4 penjuru, bukannya ia faham masalahku. bila pandang ke langit, suram, kelam, sunyi dan sendiri.
esok masih begini, esok masih sendiri, esok iras hari ini dan semalam…
“esok rasa tidak mahu bangun…”- fendy
Popularity: 2% [?]

