24 Apr
Ekspressi oleh fendyzaidan | Fhotografi, Luahan Rasa, Persetankan, Refleksi

Nikon D80 1/13sec f/1.8 50mm ISO800 AP
Edit guna Lightrrom dan Photoshop.
Tiada HDR editing.
Semua orang di sini tahu, terutamanya yang mengenali aku secara rapat, yang aku membenci HDR sampai mati. Apa itu HDR?
“… is a set of techniques that allows a greater dynamic range of exposures (the range of values between light and dark areas) than normal digital imaging techniques. The intention of HDRI is to accurately represent the wide range of intensity levels found in real scenes ranging from direct sunlight to shadows.”
Ok. Aku tak membenci teknik HDR itu sendiri, banyak gambar panorama dan landskap menggunakan HDR ini tersangatlah perfek dan estetikanya mengkagumkan. Langit jadi dramatik, scene-scene alam jadi begitu memegunkan.
Tetapi aku membenci HDR atas sebab lain. Sehingga kadang-kadang aku bila aku terselak gambar yang diedit ke HDR, aku jadik hilang selera ,sambil jelir lidah dan kadangkala berkata “WTF! Baghal!”.
Kenapa?
Ya, HDR punya pelbagai subteknik untuk dipergunakan atas berbagai keadaan. Untuk pemandangan, untuk subjek objek pegun, untuk manusia juga. Ya, aku telah sedar kehadiran tren HDR dalam editing gambar photographer kita pada hari ini. Ya, ada yang hebat, ada yang cantik, dan ada yang baru nak naik. Tetapi ada juga yang terus menggunakan teknik ini, hingga membuatkan aku anti HDR!
Guna HDR pada subjek manusia tidak salah. There’s a few technique yang baik untuk digunakan. Tetapi masalahnya, mengaplikasikan HDR kepada semua gambar, tidak kira gambar apa pun, dan mengeditnya dengan nilai-nilai yang terlalu ekstrim, hingga ada kadang-kadang gambar jadi caca merba, dan noobie noobie pula puji puji cakap elok. Dan noobie noobie ini, di kemudian hari pun akan edit gambar orang dgn HDR yang melampau, dan meneruskan rantai editing HDR yang salah dan riak ini. Proses ini akan berulang hingga banyaklah manusia manusia gila editing HDR ini.
Lalu lahirlah generasi yang suka edit semua jenis gambar kepada HDR yang ntah hapa hapa hasilnya. Tidaklah lawa banyak pun, cuma syok sendiri. Dan aku pun terserempaklah hasil hasil kerja ini dalam internet dan terus berkata…
“WTF! Baghal!,” sambil jelir lidah tanda jijik dan memualkan…
Itulah ceritanya kenapa aku membenci HDR seumur hidup ku.
HDR patut digunakan secara betul, bukan digunakan hentam keromoh ikut suka hati mak bapak korang. Dan jangan ingat sebab korang boleh main photomatix ciplak, sesuka hati je korang fikir korang dah hebat. Takde maknanya edit gila gila kalau gambar asal, macam haram jadah komposisinya.
Ada aku tengok orang ambil gambar wedding pakai HDR technic, tapi editing dia lawa je, Sebab dia tahu tak perlu lebih lebih kerana teknik tu sendiri akan bantu dia. Ini tidak, manusia riak takbur ada photomatix ciplak ni, ingat HDR diaorang buat tu bagus la. Sedangkan, budak budak sekolah darjah tiga pun (baca budak budak tak pandai photografi) boleh main level-level dalam photomatix tu. Takyah sesusah. Kan?
Pendek kata, teknik yang ada, guna sebaik mungkin. Kalau nak syok sendiri, tahan la sikit bila aku kutuk. Sebab memang aku benci HDR sampai mati.
Ingat, HDR itu seni digital. Dah la pakai DSLR digital, tak feel la. Sangat tak feel. Aku lebih suka gambar yang diedit secara minima, tetapi punya penceritaan yang mendalam.
Puas?
Simbah aku dengan minyak tanah dan bakar…
Popularity: 22% [?]
23 Maklumbalas
Bella
April 24th, 2008 | 11:43 pm
1ahaha! aku tau kamu membencikan HDR.
begitu juga dgn aku..
yep, setuju.. pic2 permandangan mmg tampak perfect and
dramatic.. tp kalau tiap2 masa dok taruk effect tue kt muka orang..
pastu muka sekor2 aku tgk cam plastik mane ntah..
huh… sgt benci -_-
sampai mati pun aku xkan terpengaruh sama itu HDR.
fendyzaidan
April 24th, 2008 | 11:49 pm
2bukan lah semua tak lawa kalau diapplykai HDR ni, tapi ada teknik dan cara dia. ini kalau semua nak full blast, muka dah berkilat mcm tupperware berminyak, camno…?
yeh, aku lantik ko jadik sekretari kelab Anti-HDR-Riak
Fahmishah
April 25th, 2008 | 8:46 am
3hahaha aku pun jarang wat teknik HDR ni.tak nampak sangat ke’neutral’an foto bagi sesetengah foto.nak buat HDR biarlah berpada-pada dan bersesuaian.
ayie
April 25th, 2008 | 3:10 pm
4beck.
can you post the pictures without PP process.
ASAP.
fendyzaidan
April 25th, 2008 | 3:24 pm
5ko nak wat pe ayie?
ayie
April 25th, 2008 | 4:03 pm
6saje.BTW, ko skang bnyk guna technic lucis art yek.tp kalau ade flash konfom lg cute pic izzah tu.ko nk sb600?
fendyzaidan
April 25th, 2008 | 4:55 pm
7takde nye lucis art. aku edit by eye n heart je… lucis art apa nye. aku tak suka dikawal seni aku. aku bebas. tidak berguru, hasil experimentasi sendiri, takde kawalan, takde boundaries…
sb600? ko nak kasik aku pinjam dan bereksperimentasi ke?
Fuzuri San
April 28th, 2008 | 9:23 am
8HDR?? Lucis Art?? Apekejadahnyeh itew?? Adoi..
Bella
April 29th, 2008 | 9:23 am
9lucis art lak? hahaha!
aku buta fotography.. ape tue?
hahaha!
“yeh, aku lantik ko jadik sekretari kelab Anti-HDR-Riak”
bahaha! aku dgn berbesar hati menerima perlantikan itu
azlilgk
July 6th, 2008 | 3:16 pm
10Mencuba tak salah, tak semua yang elok tu orang terima, dan tak semua yang hodoh tu org tolak, so kau sebagai penkritik patutnya kau kena la kaji, aku pun tak berapa tahu sangat tentang HDR tapi bagi aku, hasil gambar dari HDR tu amat menarik, lain lalang lain la belalang, takkan nak ikut kemahuan atau citrasa kau jer , bagi aku selagi sedap mata memandang selagi tu apa yang kita buat tak perlu diperlekeh, macam kau le jugak walaupun artikel kau ni kasar tajam dan tah apa apa tah, tapi bila aku baca tertarik dan terpanggil untuk memberi komen ……. tak salah mencuba
****insan perihatin*****
soulfly
July 9th, 2008 | 11:02 am
11aku pun benci tengok HDR yg tak kena tempat. pastu ada halo, gambar nye in focus pun tidak, sharp pun tidak, tapi noobs kata elok. asalkan HDR je elok, menarik, marvelous. agak meluat….so, HDR pun menjadi sesuatu yang overrated. sama lah macam citer ko pasal wedding photographer tu. asalkan ada DSLR je, terus nak mengaku freelance photographer lah, ape la.
satu lagi trend editing masa kini, editing ala-dave hill or lucis art. menyampah betul aku tengok. exposure pun tak betul nak edit camtu. subject nampak macam kena penyakit kulit. pastu heboh.
amende la trend sekarang ni.
mien hadiaz
July 9th, 2008 | 11:11 am
12HDR ni ada sebabnya kenapa nk dibuat macm tu. takan la nak shot
metting pun nak buat HDR utk client… N benda ni bagi mereka yg baru
memang la tak elok.. sebab tak tau teknik.. HDR yg sebenar bukan melalui editing. tetapi bermula dengan braketing setting untuk shot… so yg shot sekeping lapas tu nak buat HDR, memang tak elok… so benda ni masing2 punya style… yg suka, suka la kan…. so sebagai photographer comnty, kita kena respect sebelum org respect kita… walaupun photographer tu satu haram pun takk taw… so respect tu penting!!
ShaifulRizal
July 9th, 2008 | 1:12 pm
13yg ni pon…adoi…baru buat HDR ..terus test kat muka nenek dia.. langsung la jadi mayat…
takpe beck..letih nak taip panjang2..ko pon dah tahu
joe
July 9th, 2008 | 1:45 pm
14huhuhu….aku amat setuju tentang pndapat ko ni..aku pun noobie gak masey br berjinak2 nak maen kamera ni dan aku jmpe mcm2 org yg bangge sgt ngat “dave hill style”(kalau ko mksdkan hdr tu dave hill style la) ni n declare diri as dave hill malaysia n then bile org ty mcm mane wat “aku edit ssme cam ko wat la” …pade aku ilmu jgn kedekut sbb kalau ko rajin share ngan org ko xrugi ape2….hehehe..peace..n one last word slm perkenalan dr aku….joe~~..aku xde blog n aku pun xreti nak menulis…..tq
joe
July 9th, 2008 | 1:57 pm
15huhuhu….aku amat setuju tentang pndapat ko ni..aku pun noobie gak masey br berjinak2 nak maen kamera ni dan aku jmpe mcm2 org yg bangge sgt ngat “dave hill style”(kalau ko mksdkan hdr tu dave hill style la) ni n declare diri as dave hill malaysia n then bile org ty mcm mane wat “aku edit ssme cam ko wat la” …pade aku ilmu jgn kedekut sbb kalau ko rajin share ngan org ko xrugi ape2….hehehe..peace..n one last word slm perkenalan dr aku….joe~~..aku xde blog n aku pun xreti nak menulis…..
dan satu lg pendapat ko tentang software ape org tu edit tu aku rse biarlah mende tu subjektif…ape pun software ko gune lucisart ke ape ke..aku rse xrugi pun kalau try ape2 software yg ade….dan pde pendapat aku lg xslh pun idup zaman digital…bykkan try n error mungkin kat situ kite leh belajar ape yg xkene n cbe review n share ngan org xpun ngan abg shaiful rizal ke,,,hehehe…bang jgn marah bang sye ni kwn si sawal=laways tp sye yg besar2 tu…tq…sowie byk membebel~~rajin2 tgal la komen kat fp aku…tq
joe
July 9th, 2008 | 1:57 pm
16sowie terhantar 2 komen…
soulfly
July 9th, 2008 | 6:43 pm
17setakat efek lucis art tu…. takyah la mahal2 beli plugin dia. ejas pakai lightroom pun dah boleh dapat efek yg sama. tapi… gambar asal tu biarlah kena dengan tema nya, dan exposure consistent… jgn org jadi zombie kurap sudah.
Kabir Malek
July 10th, 2008 | 4:51 pm
18Beckzaidan aku sokong benda HDR ni .. semua dok sakai buat HDR tapi HDR yang tah aper aper tah .. Gambar sekeping lepas tu TONEMAPPING kat photomatix then declair HDR aper jadah .. HDR bukan dibuat dari sekeping gambar .. rupa seakan sama tapi sebenarnya mmg tak sama ! .. Ohh one more thing mr beckzaidan ..
HDR dah wujud since zaman filem lagi. Tapi dulu takde tonemappinglah. How they do it? masa dekat dark room dorang process 3 jenis exposure gambar utk dptkan 1 hasil gabungan yang sama .
abe
July 11th, 2008 | 12:29 am
19hey. aku jumpa site ko orang kasik link pasal post “kenapa aku benci wed. photog”. good write up! this one is good too.
dh jadik cliché semua org nk buat hdr, semua org nk buat dave hill effect. nk buat cmne.. hoho.
ill be dropping by again anytime soon.
acidsulfurik
July 15th, 2008 | 4:15 pm
20woo..terasa aku dowh..huhu..
aku mengaku aku adalah seorang insan yang kini ketagihan HDR
tahap menggila..dan komentar dari saudara fendyzaidan membuatkan mata aku menjadi panas, tahi telinga aku terus cair dan meleleh keluar dari lubang duburku
= = =
http://www.flickr.com/acidsulfurik/
fendyzaidan
July 15th, 2008 | 4:26 pm
21eleh, nak touching ngan aku acidsulfurik. benci la ko.
syuk
July 23rd, 2008 | 7:53 am
22totally great expression of opinion
i do agree with u man
Batman Loy
August 2nd, 2008 | 10:02 pm
23Bro….minyak tanah la ni mahai oooo! Buat rugi saja pakai minyak tanah! La ni gua ada satu aidea yg baguih….save pun save gak tuh. Masa org tengah bakaq mayat kat kuboq2 cina kat hindu ka…..masa tu lu masuk sekali! Save duit pun save duit….cepat pon gua rasa cepat jugak terbakaq! Tu aidea gua saja la….macam mana?!
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.