20 Nov
Ekspressi oleh fendyzaidan | Fhotografi, Jack Sparrow, Persetankan, Refleksi



Bella mengadu dengan aku, seminggu yang lepas. Katanya, ada seorang mamat fhotografer, yang mempunyai gear D200 (lantas di fikiran ku terlintas imej anak orang kaya), mengutuk, memperkecilkan kerja fhotografi si Bella, lantas mengangkat dirinya bangga dan lebih tinggi dari orang lain. Bella mengadu, katanya, kerja mamat D200 tadi, tidak setaraf pun kerja fotografer yang dia kenal terutama sekali melalui kontribusi di persetankan.com, contohnya seperti hasil kerja marshmallow dan sebagainya, tetapi, mamat D200 ini masih berhidung tinggi. Aku tidak rasa niat mamat D200 tadi untuk menegur atau mengajar, tetapi lebih kepada sentimen “AKU LEBIH HEBAT KERANA GEAR KU MAHAL DAN AKU MAMPU BELI DENGAN DUIT MAK BAPAK KU!”. Mamat D200 ini kelihatan seperti mahu meniru fhotografer skateboard Malaysia, si Haizan. Kenapa?
Bukankah fhotografi sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan? Kenapa perlu ada satu entiti angkuh lain yang selalu sahaja memperlekehkan kerja orang lain. Fhotografi sebahagiannya adalah subjektif hanya dari mata si pemetik shutter kamera itu sahaja.
Bukankah fhotografi sepatutnya sesuatu yang menggembirakan? Sesuatu untuk dikongsi bersama sahabat? Dan berkongsi ilmu fhotografi itu adalah penting dalam pergaulan orang-orang fhotografi? Adakah fhotografi juga perlu bersikap berpuak-puak? Tak mungkin. Aku tidak libatkan diri dengan dunia fhotografi untuk bersifat angkuh dengan orang lain. Jauh sekali niat untuk menjadi tarikan gadis gadis manis.
Bukankah fhotografi juga tiada restriksi(marah DBP kalau tahu aku bahasa Melayukan perkataan ni)? Sebab itu setiap kali Persetankan.com membuat perjumpaan, tiada syarat wajib untuk membawa kamera atau tidak. Tidak perlu ada DSLR, malah ada co-founder Persetankan.com jarang membawa kamera pun. Yang penting, pergaulan antara semua, dan pengalaman serta ilmu yang dikongsi. Berkongsi hari dengan sahabat amat indah jika ada kamera di tangan. Itu semua kenangan manis dalam hidup. Sebab itu aku lebih suka memanggil gath kami sebagai meet up kawan-kawan, mengambil kisah dan tahu menahu tentang cerita hidup kawan-kawan…
Bagi fhotografer yang punya equipment mahal, janganlah memandang rendah kepada noobie yang menggunakan kamera DSLR level bawahan. Kerana gambar yang menarik, masih lagi tidak bergantung kepada gear-gear yang mahal, yang hanya mampu dibeli jika kamu itu PROFESSIONAL atau punya ayahanda dan bonda yang kaya, atau join MLM. Tak semestinya guna point and shoot, hasilnya kamu patut ketawa-ketawakan. Tidakkan lebih baik berkongsi ilmu dan menegur supaya sama-sama maju?
Bagi aku secara peribadi, DSLR hanyalah trend terkini, sama seperti muzik dan fesyen. Semua punya wang, semua mahu dan mampu pakai DSLR. Bila kabus trend DSLR ini berlalu, hanya fhotografer tegar sahaja yang masih berdiri memegang gear-gear mereka yang dibeli dengan penat jerih. Si poser, sudah pasti beralih kepada trend anak-anak muda seterusnya.
Fhotografi, siapa peduli…?
Esok saja…
Popularity: 25% [?]
59 Maklumbalas
Fhotografi: Siapa peduli…? | MLM Opportunity
November 20th, 2007 | 9:24 pm
1[...] Rolclub Hyip Forum, Hyip, Hyip Forum, Real Hyip, Hyip Monitor, Hyip Investment, Best Hyip Forum, din… wrote an interesting post today onHere’s a quick excerpt…yang hanya mampu dibeli jika kamu itu PROFESSIONAL atau punya ayahanda dan bonda yang kaya, atau join MLM. Tak semestinya guna point and… [...]
IcedNyior
November 20th, 2007 | 11:13 pm
2kesian bella kena kutuk. Photography sepatutnya satu benda yg fun, berkongsi2 ilmu dgn kawan2 dan capturing that moment in time thru ur camera lens.
I agree with u ttg DSLR sekadar trend terkini, tak lama gi, when this craze has passed, mesti byk DSLR terbiar di almari utk mengumpul habuk.
Kucai
November 21st, 2007 | 12:55 am
3Aku belajar menangkap gambar dari persetankan.com.. suma kat situ indirect sifu aku… ko pun sama.. walaupun aku hanya memakai NIKON S200 yang kebetulan beli sebab nak tangkap gambar raya ngan famili…
aku teringin dan menginginkan DSLR … ntah bila agaknya.. hanya menghitung hayat kamera digital biasa ku ini..
Hua.. lagi gerun aku nak campur orang camtu.. siapalah aku tanpa DSLR..
hehe.. aku amik ilham dari blog ni eh.. cantik cantik.. memang pro.. respek respek…
Bella
November 21st, 2007 | 10:12 am
4“kesian bella kena kutuk.”
ahaha~! kesian aku kan.. ahahaha!
beck jugak yg jadi mangsa aku mengadu domba..
kesian beck juga..
ntah berapa panjang msg ku hantar pada dia malam tue..
aku tau aku noobie dalam benda-benda nie..
tapi tolong la.. takat gadget hebat dan nama pun belum lagi
masyur sudah menongkat diri melepasi langit..
hilang respect aku kat manusia begini..
bukanlah aku nak bising sangat, tapi aku kenal orang yang lebih
ternama dari dia.. sedikit pun tak pernah nak mengutuk gadget-gadget rendah..
patutnya bila sudah punya minat yang sama, bantu membantu lah..
ini tidak, mencaci.. quote aku tak tahan bila dia berkata,
“camera you nie, sama harga dgn flash i aje..”
wahh! gah sungguh~
aku lihat hasil tangkapannya, ikan bilis kat lautan pun lebih menyelerakan!
ahh.. esok saja kan beck.
p.s: pelagak pelagak di luar sana, hentikan lah! buat malu.
nak mengangkat diri tanpa intipati, motifnya dimana?
orang buta-buta memandang gadget kamu saja..
adik aku Yana, baru darjah 5 pun lebih pandai darimu .
chot
November 21st, 2007 | 10:17 am
5ada juga org berperangai begitu ye…aku lg baru2 ni ada berkerja dgn seorg mamat otai (katanya 10tahun dlm fhotografi). otai ni punyai 4 kamera yaitu d200, d70, d70s & d80…tugas aku adalah utk back up dia pd majlis kahwin sepupu aku…selepas seminggu majlis selesai tergelak besar aku..gambar2 yg dia ambik byknya blur..sharp tang butang baju la..jam tangan la..tp muka org blur…dan akhirnya aku mengambil kesimpulan jgn memandang handal sesorg itu pada ‘gear’nya…dan kini aku berani membawa 350d aku kemana2 tanpa rasa malu..hehe
ayaq
November 21st, 2007 | 10:34 am
6Halooo incek anak orang kaya, kalu ko guna camera slr besaq gajah pun tapi kalu tgkp gambaq serupa guna camera phone saja beik tak
payahhhhhhhhhh. Inginlah aku mengatakan, CITPODDAH!
Sabaq ye kak Bella, kita buat bodow saja..huhuhu…
Bella
November 21st, 2007 | 10:42 am
7ahaha~!
aku nie mmg terkenal dengan lakonan dungu aku..
aku “iyerr..” kan aje..
kalau dah kenal, aku sangat hyper..
hee XD
Azzu
November 21st, 2007 | 1:01 pm
8Alahai..baru pakai D200 dah nak eksyen, ntah ape2. Heran aku. Aku ade member dgn gadget berharga sebuah kereta nasional, kalau sebot name die pon insyaAllah mesti org kenal, tp dier low profile je orgnye. In fact dier kate gambor2 yg dier tangkap bukan semua boleh blah, walhal aku tgk gempak nak mati..
Mamat D200 tu masih banyak lagi kene belaja tu, tp yg paling utama, suruh dier belaja menghormati org dulu.
fendyzaidan
November 22nd, 2007 | 9:02 am
9aku tahu wujud manusia pakai kamera point and shoot, dan ada juga pakai kamera film disposable, tapi hasil gambar, MARVELLOUS… siapa pakai DSLR mahal tapi amik gambar tak gah mana, mesti menitis air mata…
huhu~
bali
November 22nd, 2007 | 10:26 am
10huk huk aku menitis air mata~
syuxx
November 22nd, 2007 | 10:40 am
11mniru photgrapher sk8boarder?? urmm..
baliomega – Fotografi yang tak sudah
November 22nd, 2007 | 12:53 pm
12[...] orang bercakap mengenai kamera dan fotografi. Bila baca entri Beck mengenai manusia angkuh, aku senyum sinis. Manusia pelbagai dan bermacam ragam. Ada duit kau boleh [...]
nizam.nuri
November 22nd, 2007 | 1:43 pm
13ape barang main kamera. main psp oi.
fendyzaidan
November 22nd, 2007 | 3:13 pm
14@nizamnuri >> PSP pun main gak + sideshow 12″ darth maul figure+ good smile company nendoroid L figure…
Qaiyum
November 22nd, 2007 | 6:38 pm
15Hmm.. AKu Minat Fotografi. Tapi Aku Akan Bermula Suatu Hari Nanti.. Bukan Sekarang.. Sapa Sudi Jadi Sifoo Ako?? Huhu..
fendyzaidan
November 22nd, 2007 | 6:45 pm
16@ Qaiyum >> kalau ko tahan kena maki, ko boleh berguru dengan aku. no fees required. cuma occasionally satu sideshow figure dlm masa 3 bulan. ahahhaa…
Qaiyum
November 22nd, 2007 | 8:10 pm
17Wah.. Tak Kesah.. Mental Sentiasa Kental. Hahaha. 3 Bulan Pon Layan Je..
duez
November 23rd, 2007 | 7:11 am
18beck jadi guru aku aa beck..amacam?
fendyzaidan
November 23rd, 2007 | 8:25 am
19@ Qaiyum >> takyah guru guru la, kita belajar sesama. lagi cepat maju…
@ duez >> ko dah lebih taraf dari aku dah. ahahaha… aku nak gik Jepun, sapa nak sponsor?
Bella
November 23rd, 2007 | 9:20 am
20eh.. nk g Jepun? buat pe? beli menan banyak2 kah?
hee XD
fendyzaidan
November 23rd, 2007 | 10:54 am
21@ bella >> aku nak bawak balik gadis sunti jepun yg comel comel!!! ahaha…
flisterz
November 23rd, 2007 | 11:24 am
22ape maksud ko mamat tu seperti ingin meniru fotografer skateboard malaysia, si Haizan tu?
ye aku kenal si Haizan tu (kenal bukan di dunia realiti lah.ehe) aku pun suka hasil kerja die kat magazine 3X.
mungkin maksud ko die suka menunjuk2 kemewahan die?
sbb aku suka die pada awal2 dulu, tp makin lama makin hanyut kot.
die (dan geng2 die) lebih membawa imej nigga sbb tu gaya dorang agak berlebihan. heh. tgk saje dekat profile myspace.
adakah itu maksud ko ttg si Haizan?atau ade cerita lain disebaliknya?
fendyzaidan
November 23rd, 2007 | 11:49 am
23tak tak, dia meniru haizan dari segi penampilan, dan berura menjadi photog skater juga kot. ntah la. dan boleh dilihat dari pemilihan nama akaun MYSPACE nye, dia guna “PHOTO BY ….” sbg nama, salah satu nama yg pernah digunakan oleh akaun si Haizan dulu kalau tak silap…
aku tak kisah la diaorang nigga ke tak, janji tak kaco org, merendah diri, no hal bagi aku. aku berkawan dengan berbagai bagai org, hiphoppers, skinhead, punk, malah komunis. janji hormat org lain, cukup bagi aku…
susah susah, BELLA, ko kasik je la URL myspace mamat tu kat diaorang ni…
ahahhaa… untuk dikongsi…
flisterz
November 23rd, 2007 | 12:47 pm
24oooh baru lah aku faham. aah Haizan guna Photo By tu dulu.
bagus la kalau dorg tu merendah diri
aah Bella, bagi je URL mspace mamat tuh. nk tgk jugak. hehe
bali
November 23rd, 2007 | 12:47 pm
25haa kasi la url myspace. aku nak add.
Bella
November 23rd, 2007 | 1:02 pm
26ahahahaha!! gile la korang..
hahaha~! adess.. xyah la..
biarkan aje si luncai dengan labu-labunya..
jangan kita pula nk penuhkan hati dengan hatred..
hee XD
kita kita kan penyayang..
hahah~!
add aku.. hahahaha!!!
http://www.myspace.com/angels_realm
ewahhh!
jasmine
November 23rd, 2007 | 3:16 pm
27“camera you nie, sama harga dgn flash i aje..”
manusia tu memang biadap. meh aku tepuk2 dahi dia.
Ikmal Ibrahim
November 23rd, 2007 | 6:57 pm
28ewah, ewah, ewah…suke benor ye ko membahan orang len…ingat ko pakai DSLR yang mahal dan sofistikated tu dah kire gempak ke?? chait…porrah!!! takat beli DSLR sebab nak ikot orang, ikut trend, ikut bontot kawan-kawan ko dan nak membahan orang sebab ko pakai kamera mahal…baik simpankan aje kamera mahal ko tu kat dalam lubang dubur!!!
Aku pulak, insya-Allah takkan mengikutkan sangat nafsu nak membeli DSLR. “Untuk apa??”. Bile aku dok pikir2 balik, apakah tujuan aku membeli DSLR?? Buat duit?? Hobi?? Ikut orang?? Entahlah…aku akan fikir semasak-masaknya, sebab DSLR bukanlah murah dan aku bukanlah orang kaya tak sedar diri.
Memang aku sudah asik memerhatikan keadaan sekeliling. Mana-mana sahaja aku pergi, aku nampak orang memegang “kamera berbelalai” lebih-lebih lagi kaum muda rumaja. Lagi satu, asal ada gig, adalah orang bawak DSLR. Bagi aku, betollah apa yang tuan punya blog ni cakap…
“DSLR hanyalah trend terkini…dan bila kabus trend DSLR ini berlalu, hanya fhotografer tegar sahaja yang masih berdiri memegang gear-gear mereka yang dibeli dengan penat jerih. Si poser, sudah pasti beralih kepada trend anak-anak muda seterusnya.”
nizam.nuri
November 24th, 2007 | 11:58 am
29ikmal. jom la kita beli psp. lupakan la fotografi ni. hahahahah.
Ikmal Ibrahim
November 25th, 2007 | 12:18 pm
30aku tengah takmo beli ape2 ni…hehe…yosh!!!
fendyzaidan
November 25th, 2007 | 6:57 pm
31aku pun takmo beli apa apa… ahahha
the azfar
November 25th, 2007 | 9:10 pm
32aku rasa aku kenal dengan individu yg dimaksudkan.dlm dunia skateboarding ada beberapa individu je yg guna photo by. hehehe. yg haizan, tu member aku kenal baik punya. dia lebih ke arah photographer international atiba jefferson (sk8boardphotographer utk magazine the skateboard mag). tu style dia. haizan lebih bersikap cool.pakaian tak mencerminkan keperibadian.nigga ke punk ke semua tak jadi masalah. heh apa peduli.kompak kamera pun bole menggegarkan dunia apa.timing je kena tepat haha.
sapa nak angkat lomo lubitel aku jual.
fendyzaidan
November 26th, 2007 | 8:46 am
33the azfar >> yep, pakaian tidak mencerminkan peribadi. certain people la. bukan semua. so tak elok judge org dengan pakaian. ahaha, haizan cool la, gambar dia pun byk aku suka. bukan skate shot je, tapi lain lain la. lomo lubitel ni camne?
ikim
November 26th, 2007 | 11:11 am
34since ko nye blog undermaintainence, arini baru aku bukak.
BECK!! BECK!! ENTRI NI AKU SETUJUUUU….
setujuuu gileee ngn luuu….!!
Bella, ramai lah orang camtu. aku dah penat dah ‘mengangguk oo ye ke?’ pada angkuh orang cmtu. lantak aje la. “Siapa Peduli?”
skang ni ramai poser. circle aku je bile dok sembang sket2 bukak topik DSLR. padahal camera phone pun takde. ahahhaa~~ lawak nye manusia peniru ni. mana landasan idop dorang?
gambar2 burok aku tuh pun ade orang tanye: ko pakai DSLR cap ape?
aku jawab: k750i
ahaha~~
bali
November 26th, 2007 | 1:05 pm
35kalau borak bukak la topik brand apa hip sekarang. seperti ‘oo aku beli topman semalam. ko beli ape, fcuk! kewl. aku beli ck 2 hari lepas. ko memang cilake duit rembat mana siol.. tak kuasa i nyah’
siapa peduli kan kan…
esok saja dan hari-hari berikutnya.
fendyzaidan
November 26th, 2007 | 1:56 pm
36itu perbualan ko ngan konco konco ko je bali. konco nyah…
ko period ek ari ni…
Bella
November 26th, 2007 | 2:59 pm
37ahaha! bali lawak sial..
tue topic klu aku balik umah jumpe adek jantan aku yg
howt.. topman.. ahaha~! saiz XS.. auuww..
kelas gitu..
xpaham aku org2 nk bagak nie..
aku dlu dok pkai W810i aku je kehulur kehilir..
pun aku rase ade amik pic lg bagus dari mamat tue..
haa~
have a nice day ppl!
weih, ku ke kerja today lagi menangis ah..
baca Hindu pejadah tue..
aku sedih malaysia jadi camni..
cuba sume orang berotak spt Mika ke.. ceria je..
we need to suck on lollipop more!
hee XD
bali
November 26th, 2007 | 6:23 pm
38woh adik ko pakai topman saiz XS? sape name dia? aku nak kenal bole?
fendyzaidan
November 26th, 2007 | 6:30 pm
39geiii…
azealea
November 27th, 2007 | 10:16 am
40bali- xxs yaksss!
fendy - xxxssss fwahh!
fendyzaidan
November 27th, 2007 | 10:19 am
41aku tak pakai xs la azea, aku pakai L je… mana mau kecik ketat body hugging timbul tits ni… kalau perempuan lawa body mcm marion caunter atau jessica alba takpe la, ini jantan plak… hish, geli…
Bella
November 27th, 2007 | 10:54 am
42http://www.myspace.com/wonka0408
bali.. ahahaha~! adek aku..
hahahah! jangan terjah bontot dia..
hahaha~~!!!!
klu dapat consent, aku restukan..

bali
November 27th, 2007 | 11:00 am
43aku suka pakai ketat-ketat sebab______ err sila isi tempat kosong.
bali
November 27th, 2007 | 11:02 am
44kacak siot adik ko nyahhh. awwww tak tahan i noks. slurpp slurrpppp.
fendyzaidan
November 27th, 2007 | 11:04 am
45habis la, bali dah jatuh hati ngan adik ko. ahahahha… tahniah kerana telah menjadi match maker… gigit la tits memasing. ahahhaa…
bali
November 27th, 2007 | 1:02 pm
46aku nak tarik kaum gay lepak blog ko, ok tak?
azealea
November 27th, 2007 | 3:36 pm
47tarik la…tarik…jgn x tarikksss..kelas gituewww
bella
November 27th, 2007 | 4:45 pm
48aku dh geget tits aku smlm..
ahaha!
erm.. ko dh add adek aku ke?
hahahah~! ko nyer sunshine tue nk taruk mane?
ekekeke~!
bali
November 27th, 2007 | 5:19 pm
49aku biseks
Say cheeze with Persetankan at Syamsulariff.com
November 28th, 2007 | 8:15 pm
50[...] too, just follow the rules and regulation. This site was not discriminate people in term of price of your camera, pro or amateur photographer, as long as you meet the criteria they want. You can share your [...]
deennasour
December 28th, 2007 | 4:11 am
51bila aku bawa kamera digital compact aku ambik gambar sesuka hati aku~
kwn2 yg ikut aku jln akan kata, “dah le tu deen, ko ni,kalau gune dlsr tak pe jugak,”
ek eleh~
cuba korang komen sikit,,
perlu ke aku menyumbat mulut diorang dgn selipar jepun?
bose dvd system
January 18th, 2008 | 4:20 pm
52It’s big and thirsty but…
And if the trip gets too boring, there’s a DVD system with an eight-inch screen that flips down from the…
Investblogger
February 28th, 2008 | 8:26 pm
53Ladies and Gentlemen,
I am Jaime Pressly , this is my first
post. I wasn’t sure where to make this post, and I am sorry, if I posted inappropriately,
please advise the right
thread.
Not so long ago, I stumbled upon information about
investment funds, that are rarely published on
official investment resources. The earnings, which investors could
receive by joining in such
programs, appeared
extremely high at
first, but as I investigated more reviews about them, I joined selected ones too. As
of today, I consider
myself to become the successful
player. To
share my findings, I
now created the blog, which
provides detailed information
about online investing. If you would like to see my
blog, click here. I would would be glad to receive
everyone’s comments.
nurul
April 25th, 2008 | 2:00 pm
54“Kerana gambar yang menarik, masih lagi tidak bergantung kepada gear-gear yang mahal, yang hanya mampu dibeli jika kamu itu PROFESSIONAL atau punya ayahanda dan bonda yang kaya, atau join MLM.”
benarrr!!:)
Miko Yamaguchi
May 13th, 2008 | 12:25 pm
55“camera you nie, sama harga dgn flash i aje..”
aku rasa ini la statement paling budus aku pernah dengar….betul cakap author,ilmu fotografi itu untuk dikongsi, bukannya untuk menunjuk status…kepada kak bella, y not kasi f*** sekali dekat dia, cakap dekat dia, “pegi mampos la dengan flash ko!”"….muahahahhah….sekian!
UnderGroundCrewZ
July 3rd, 2008 | 5:20 pm
56beck and bell , klu jumpa mamat2 atau minah2 yg sedemikian rupa , klu diorg tegur kita jawab , klu stat gah , penampaq ja , bukan susah , then cabuttttttttttt
Batman Loy
July 12th, 2008 | 1:26 pm
57Alahai…snap mula2 tu wa loya tekak la nak tgk! Wat2 cam genit lakss…Tapi yg janggut tu…perrghhhh! Wa cinta sam lu la Janggut! Lu apa bikin korek sama itu lubang kamera?! Wa saspek ni….
Batman Loy
July 12th, 2008 | 1:31 pm
58Qoute Bali ~aku biseks~ Errrr…..malu jer wa nak cakap….lu nak wa punya hp kerr? Pm sama wa! Wa kalau batang nyioq kasi pakai skirt pon wa sapu gak! Lubang jamban lagi wa minat! Wa tak penah lupa flush woooo…
Duppie
August 20th, 2008 | 11:56 pm
59woww… 100% Pure Malay mentality..
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Aku Benci MohdIsmail.Net...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Stats
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.