Oh. Hidup aku sangatlah bosan. Tidak boleh keluar mengambil gambar, tiada subjek baru dalam rumah. Tidur yang tidak mencukupi membuatkan aku malas. Tidak sabar hendak ke Kelantan hujung minggu ni, trip pejabat. Mahu ambil gambar street of Kelantan byk byk. Buat kenangan dan mungkin mencari material untuk portfolio photography.

Hahaha. Lucu sial. Pada hari Mr. Tenno memakai baju pink yang dianggapnya cute dan cuddly, aku di ofis mendengar At The Drive In (ATDI), salah satu band lagenda yang masih dijadikan rujukan oleh artis artis generasi baru. Contohnya semalam, aku melayari Youtube.com mencari klip klip llive performance ATDI, terjumpa satu band dari label Fueled By Ramen (Panic! At The Disco, Fall Out Boy, Phantom Planet ect.) bernama Paramore yang frontmannya (atau frontlady) adalah seorang gadis kecil genit berambut jingga bernama Hayley Williams. Cute dan cuddly. Paramore banyak menyelitkan cebis-cebisan lagu ATDI di akhir lagu lagu mereka ketika persembahan live. Antara lagu yang pernah dicover oleh Paramore adalah One Arm Scissors dan Invalid Litter Dept. Jadi bagi aku, yang sekarang jarang menonton MTV, membuat keputusan bahawa Paramore adalah cool kerana mengidolakan ATDI. Taste muzik mereka bagus.

Huh?!!! Siapa At The Drive In?

Sila dengar Relationship Of Command oleh ATDI. Track wajib dengar adalah Arcarsenal, One Arm Scissors dan Pattern Against User. Kemudian dengar De-Loused in the Comatorium oleh The Mars Volta. Kemudian, search Sparta pulak. Band cebisan dari ATDI.

Secara teori matematik mudah sekolah rendah:

ATDI = THE MARS VOLTA + SPARTA

Dengarlah! Citarasa muzik aku belum pernah menghampakan korang bukan?

Bacaan Lanjut:
The Mars Volta [Official] [Wiki]
Sparta [Official] [Wiki]

Educate diri anda.

Esok saja…

Popularity: 12% [?]