28 Sep
Ekspressi oleh fendyzaidan | Jack Sparrow, Kejadian, Refleksi

“Yerla, aku tulis ni…” - beck“
Generasi moden, aku kasihanimu bila hari raya. Kenapa? Baca-baca… Dan kawan-kawan segenerasi, mari ketawakan mereka…
Setelah menulis tentang puasa di zaman kanak-kanak, aku amat tertarik dengan kenyataan MohdIsmail di entri Lagu Raya di blog AhmadRidzuan a.k.a Duez tentang dunia sekarang semuanya sudah segera, mee segera, artis segera, dan segala-galanya. Terlintas di fikiranku tentang untungnya berhari raya bagi generasi ku.
Generasi ku, boleh dikatakan generasi perubahan, dari era tradisional kepada modenisasi. Kami dapat merasa, pro dan kontra setiap era dengan jelas kerana kami mengalami kedua-dua era ini dalam sebahagian besar hidup kami.
Ini adalah soalan terus kepada generasi baru…
Pernahkah kamu merasa kemeriahan dan perasaan yang melonjak-lonjak untuk pulang ke kampung. Mengambil perjalanan yang 7-8 jam menaiki kereta (sebelum ada lebuhraya PLUS), bas atau keretapi (aku suka sangat) ke kempung halaman anda ketika hari raya. Yang sebelum itu dituruti dengan rasa gusar takut-takut tiket sudah kehabisan? Pernah kah? Kerana sekarang aku melihat generasi baru hanya suka berhari raya di kota besar, malah ada yang bercuti/melancong keluar negara pada hari raya! Woh! Rugi, rugi sangat. Apa yang ada di kota Paris ketika pagi hari raya? Melainkan tempat membeli belah yang bercambah di Malaysia. Kasihan…
Pernahkah kamu mengalami seronoknya tidur lewat 4-5 hari sebelum raya untuk membantu nenek, ibu, makcik dan kakak mu di dapur menyiapkan kuih biskut untuk juadah hari raya? memukul telur sehingga tepu, menyukat tepung, menjaga api oven (dulu takde microwave wei…). Seronok. Rasa bangga bila di hari raya, ibu menyebut nama ku dalam senarai pembantunya kepada tetamu. kalut mencari bahan yang tidak ada untuk membuat kuih, mencari daun palas untuk membuat ketupat. Berulang ulang mengangkut air batu dengan basikal untuk disimpan didalam peti ais. Suasana raya sudah terasa bila melihat jiran-jiran sibuk mengemas laman dan rumah mereka.
Bermain meriam tanah dan mercun diperkarangan rumah nenek. Ayah dan Paktih berperlakuan seperti kanak-kanak. melayan karenah aku dan adik-adik ku. Tidak ada pula waktu itu kes-kes putus jari atau mati kerana main mercun. Sedangkan bebudak kampung berperang perang bermain meriam buluh. Jarang ada yang cedera. Jarang sangat. Teringat lagi kejadian dilibas dengan tali pinggang celoreng bapak aku, kerana membeli mercun dengan hampir keseluruhan duit raya. habis balar balar dan muka berubah rupa. Tetapi yang bestnye, ayah ku panggil selepas itu, dan menyapu minyak ke badan. Rasa seperti dimanjakan. Kenangan…
Pernahkah generasi baru rasa air kolah yang sejuk seperti embun di pagi hari raya ketika mandi Sunat hari raya. Menggigil. Mengenakan baju melayu, bersongkok, sejadah di bahu sudah bersedia menunggu Tokwan ke masjid. DI masjid, melihat keletah kanak-kanak lain bermain di saf paling belakang. Rasa mahu ikut, tetapi takut disebat tokwan. Duduk diam mendengar bacaan Quran sebelum mulanya sembahyang.
Pernahkah generasi sekarang merasa duit raya tanpa perlu keluar berhari raya dari rumah ke rumah? Aku hanya duduk di rumah, menunggu sanak saudara, dan kawan-kawan pakcik makcik ku bertandang, dan dalam hari raya pertama, duit raya ku sudah cecah ratus ratus (duit inilah yang aku habiskan membeli mercun dalam satu malam, yang kemudiannya dilibas abah), lebih banyak dari mereka yang keluar beraya dari rumah ke rumah di kampung itu. Ah kenangan…
Hari raya dihabiskan dengan melayan tetamu, membantu emak di dapur. Bancuh air, basuh pinggan, atur kuih, biskut dan kek. Di televisyen, rancangan sarkis, telerama, konsert, dan diselang-seli dengan sdutan takbir raya. Adik adik duduk meniarap menyabung kaki. Baju melayu hanya dibuang jika terkena kuah rendang, atau hari sudah masuk Maghrib. Ah, baju melayu, sesuatu yang aku sangat sangat suka dari kecil untuk menggayakannya. Aku segak berbaju melayu… Betul…
3-4 hari di kampung amat indah. Ketika mahu pulang, Maktok dan Tokwan hulur duit lagi. Huhu~ Tapi ketika inilah yang sebaknya, bersalam untuk pulang, dan moga-moga tuhan panjangkan umur untuk berjumpa lagi gi lain kali… Ah, Kenangan…
Generasi baru, aku kasihani kamu. Dengan dunia moden dan hilangnya nilai tradisi budaya dalam hidup mu. Dengan adanya teknologi yang sedikit demi sedikit mengikis sedikit demi sedikit nilai nilai silaturrahim. Sebenarnya, telefon mudah alih, internet, tv kabel, dan sebagainya bukanlah elok seratus peratus. Mana tradisi salam bersalaman, mana tradisi kad raya, mana tradisi bertandang dan kunjung mengunjung. Aduh, aku kasihani mu generasi baru…
Untuk anak-anak ku, aku akan cuba terapkan nilai-nilai tradisi ini semula. Moga moga generasi masa hadapan, boleh kembali ke akar umbi nya. Lebih-lebih lagi sebagai Melayu…
Esok saja…
p/s:- Berkongsi cereka raya mu di sini. Mari…
Popularity: 13% [?]
17 Maklumbalas
azealea
September 28th, 2007 | 11:36 am
1raya zaman ssekarang dah jarang ada show sarkis weh..aku rindu habiskan jem tart maktok sambil layan sarkis..
duez
September 28th, 2007 | 11:44 am
2dalam banyak banyak yang ko tulis tu beck,aku paling teruja dengan bakar kuih raya dlm oven.aku pernah lalu zaman sebelum family aku ada oven.Mak aku hanya gunakan kuali yang diletakkan pasir utk dijadikan alat pembakar seperti oven…sape lagi pernah ?angkat tangan
beckzaidan
September 28th, 2007 | 11:47 am
3@azealea >> ko ni… patut perangai cam clown, layan sarkis rupanya…
@duez >> aku tak pernah, tapi oven aku pun kuno juga… tapi tak tau jenis apa…
jasmine
September 28th, 2007 | 12:54 pm
4wahhh ko membangkitkan memori yg lama sangat aku simpan dan hampir berkubur… dulu raya mmg meriah. dan ya adik2, memang meriah. naik keta berjam-jam sampai muntah, gerak dr rumah kul 3-4 pagi sbb highway takde lagi, main mercun smpi baju terbakar… mandi air kolah yang gile sejuk…
tapi, semua tu berubah bagi aku bila arwah takde. skarang yg tinggal mak aku je la.
tapi kenangan memang best
kidd
September 28th, 2007 | 7:41 pm
5cis beck, kau sungguh beruntung. lebuhraya duit raya aku hanya sesak di hari kedua raya.
kesian, bagi yang beraya di paris, shopping2. sungguh miskin mereka ini, walau berjuta denominasi di kertas. sedih aku, masih ada yang miskin dalam kaya. hulurkan la sedekah budaya pada mereka ini.
agenda utama sesudah sampai di kpg: cari buluh, buat pelita. woohoo! tak payah lampu liplap berpuluh2 ringgit.
Ikmal Ibrahim
September 29th, 2007 | 4:00 am
6kuih bahulu arwah nenek aku memang jadi rebutan…belajar menganyam ketupat dengan arwah atok aku, sampai sekarang aku tak boleh buat lagi…miang buluh buat meriam dengan abang sedare aku sampai sekarang aku ingat…yang paling aku ingat pasal raya, kebas tangan aku kena mercun papan “tula, orang suruh baling, ko nak pegang jugak, kan dah mendapat!!!” naik rumah je kena bebel ngan arwah nenek aku…lagi satu, bau lemang hangus masih melekat dikepala otakku, dan sekali lagi, kena bebel dengan arwah nenek aku…
Ya Allah, kau cucurilah rahmat keatas atuk dan nenekku, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman…
Amin…
sankai
September 29th, 2007 | 11:51 am
7malam raya mesti tak bleh tido..tapi pagi raya kul 5 stengah mata dah celik…
hari last puasa badan mesti bau asap jaga api…
duit raya jgn cakap la…sebelum dapat dah rancang nak beli apa….
ijad
October 1st, 2007 | 6:02 am
8makin besar raya makin tak bes sebab? sebab kau dah keje, tak dapat duit raya lagi. berapa bali bayar kau utk tulis balik beck?
beckzaidan
October 1st, 2007 | 10:55 am
9@jasmine >> kenangan memang best kan?
@kidd >> aahh, aku sudah tidak ada kampung. sebab keluarga dah berpindah ke kedah, jadi, takde kampung dah…
@ikmalibrahim >>specialty aku adalah samprit dan kek coklat. ketupat aku hanya boleh tolong lurus/buka daun palas, nak isi tak reti. mercun papan meletup kat tangan pun aku pernah rasa, biru jugakla jari jari ni lebam… Al-Fatihah kepada insan penting dalam hidup kita yang telah pergi…
@sankai >> eleh sankai, mata celik la nak pakai baju baru raya. kan? kan?
@ijad >> aku bukan rasa tak best sbb tak dpt duit raya dowh, tapi dah jadik tak best sebab kita tak nampak raya tu sebagai perayaan, lebih kepada satu cuti umum untuk kita tak datang opis dan mengadap kerja. huhu~ bali tak bayar apa apa pun…
azealea
October 1st, 2007 | 11:22 am
10raya kat penang tak pakai sgt ketupat..harapkan suami mak chaq aku dari melaka yg anyam kan..slalu buat nasi himpit dengan ketupat palas..itu aku 5 tahun dah pandai buat..anyam ketupat? smpai skarang hampeh. Aidilfitri bagi aku ialah bila dapat cium pipi maktok dan tokwan..dapat tengok depa gelak-gelak sakan dengan kerenah kami cucu nakal..bila dah besar ni..aku makin suspen sambut raya..takut sangat kalau simbol raya aku pergi tak kembali..maktok dan tokwan..aku takut sangat.
weh fendy–> tipu la ko x penah layan sarkis…best woo
beckzaidan
October 1st, 2007 | 11:44 am
11@azelea >> ahaha, sarkis, aku layan. mesti la. apa yang dpt menggantikan aksi clown dan gajah di pagi hari raya…? ah, kan kan? ikon raya. tapi aku sudah tidak ada… berkongsi la maktok dan tokwan ko ngan aku azealea, sprti ibu ayah ko pun bakal ibu ayah aku jugak… ahahhahaha!!!
azealea
October 1st, 2007 | 11:48 am
12no hal…ade 14k n berkulit gelap..settle. huhu
affuan
October 1st, 2007 | 12:52 pm
13Show sarkas? Haha. Lawak betul aku rasa dulu2 layan tengok show sarkas masa raya. Saper punya idea larr.. Hampeh!
beckzaidan
October 1st, 2007 | 2:38 pm
14@azealea >> rm4k utk mas kahwin? wow…
@affuan >> dulu, tak ramai producer drama nak wat drama untuk tv. skrg dari pagi sampai mlm DRAMA melayu je… tak cukup, tambah citer hindustan/tamil… pergh…
Azzu
October 1st, 2007 | 3:57 pm
15ahh..raye mase zaman kanak2 mmg besht. aku igt lagi, mak pakse aku ngan adek aku (lelaki) tolong buat kueh kat dapor, pastu kami tolong buat, tapi yg kami buat sumer xjadik, melepek jek, sedangkan dr satu adunan, aku tataw la, maybe tangan kitorang ni xmasok buat2 kueh ni kot, haha. mak aku pon asing2kan la kueh yg cantik ngan yg xcantek, so penuh la sebalang dgn kueh melepek kitorang tu. the next day mak aku mengamok kat dapor, sbb kat balang kueh melepek tu ade sticker besor bertulis: “kuih kenser tetek”. keje aku ngan adek aku. haha ;P
ade jugak skali tu buat dodol. aku cakap siang2 kat yg lelain, xpayah tolong, aku nak masak dodol tu sampai jadik. so mule2 elok je likat, bile dah pekat, aku da temengah2 kacau dengan senduk kayu besor pendayung sampan tu, muke dah merah2 sbb kepanasan berdiri tepi kawah. disebabkan ego, aku kontrol macho, aku masak sampai jadik. next day, hari raye pertame, aku demam. padan muke ;D
sarkis dgn raye mmg sinonim la dlu2. aku rindu btol nak tengok sarkis. sebbaik la astro ceria ade telematch. telematch besht ape!
Qaiyum
October 1st, 2007 | 11:07 pm
16Aku Adalah Dari Family Nomad. Telah Merasai Pulang Ke Kampung Dari Setiap Pelusuk Negeri Di Malaysia. Paling Seronok Zaman Kanak² Adalah Ketika Aku Duduk Di Luar Semananjung. Iaitu Pulau Labuan. Sungguh Seronok Pulang Ke Kampung Dengan Menaiki Kapal Terbang Ketika Itu. Namun Kini Aku Sudah Di Semenangjung. Adakah Aku Perlu Mewujudkan ‘Kampung Halaman Baru’ Di Borneo Sana Untuk Mengulangi Keseronokan Zaman Kanak² Pulang Ke Kampung?
Wow.. Selamat Hari Raya Beck!
beckzaidan
October 2nd, 2007 | 8:29 am
17@azzu >> ahahha, aku senyum baca komen ko azzu…
@qaiyum >> sama la, kampung aku dah takde sebab family aku dah pindah ke alor setar (kampung aku). so sekarang, dah tak thrilll. kena ada anak dan kerja jauh jauh, dan biar anak anak aku plak rasa thrill balik kampung. huhu~
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua…!
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMKamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Jilat! Jilat! Jilat!Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...KLian: Manusia Untuk Dibenci...Saya Kembali Dengan Dendam...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.