“Dalam masyarakat majmuk, penerimaan globalisasi dan pembesaran franchise ketika era ini, menjadi satu kelebihan penting dalam apa jua perkara dalam memperkenalkan satu yang asing kepada masyarakat. Industri industri pelbagai membuka peluang kepada pengusaha-pengusaha luar memperkenal dan memperdagangkan produk dan perkhidmatan masing-masing ke negara majumuk, aman dan damai ini. Tetapi, hasil daripada penglobalisasian, franchise dan sikap menutup mata manjadikan sesetengah pengusaha industri mengambil lewa tentang sentimen keagamaan dalam masyarakat, terutama sekali mereka yang beragama Islam…”
panjang lebar aku karang kat atas tu, sbb aku nak hantar pada sebuah akhbar menyatakan perkara yang aku rasa, seperti kurang dipandang dan diambil perhatian. isu ini amat penting, kerana ia berkaitan dengan apa yang kita makan dan jadi darah daging. cerita dan perkara ini berlaku dua tiga hari yang lepas kepada diri aku sendiri.
dua tiga hari yang lepas, aku, kaklin dan kakjue, pergi ke sebuah franchise restoran masakan jepun (lebih baik tidak sebut nama) di penang ini, dengan tujuan meraikan hari lahir kak jue. kak lin dan kak jue adalah pengunjung setia ke franchise ini, dan selalu mempelawa ku untuk makan di situ, tetapi aku, seperti org yang naif dan kampung, selalu saja menolak. tempat itu kelihatan mahal dan ekslusif. tetapi, untuk menjaga hati mereka berdua, aku turut kan saja, memandangkan mereka selalu makan di situ.
setelah sampai, kami memesan makanan masing masing. walaupun aku tidak pernah makan disitu, aku selalu juga makan tepanyaki di foodcourt KLCC, jadi aku memilih untuk memesan makanan yang seakan akan sama. aku tidak ingat nama set itu, tetapi yang aku dpt adalah nasi putih, sup rumpai laut, kepingan ayam di masak dengan kicap, tiram dan minyak, dan sejenis agar agar dari telur. kak lin memesan mee udon, dan kak jue memesan set yang sama seperti aku, kecuali dia memakan daging. lekatkan di dalam kepala anda, bahawa yang datang mengambil order adalah seorang pekerja gadis melayu bertudung. ketika ini aku sedar cawangan itu, hampir kesemua pekerjanya adalah melayu, lelaki dan perempuan. setelah makanan kami sampai, kami pun makan lah dengan sambil lewanya. masakannya sedap, ditambah pula dengan ayam masak tiram yg memang kegemaran ku. lahap dan kenyang.
ketika mahu meminta bil, pekerja wanite bertudung lain yang datang kepada kami, dan kemudiannya seperti takut takut untuk memberitahu sesuatu. di amemanggil seorang lagi pekerja wanita melayu bertudung yang bekerja di bahagian dapur. dia datang dan memberitahu kepada kami, dengan perasaan takut takut dan memandang sekeliling supaya tiada yang dengar apa yang dia mahu katakan, bahawasanya, ada makanan yang kami order TIDAK HALAL dan WAS WAS cara pemasakannya. ASTAGA… aku mula tanya apa yang tidak halal dan was was tu. dalam hati aku, dah mengagak yang ayam ku ini tidak disembelih, atau di masak dgn sake atau minyak haiwan.
pekerja wanita melayu bertudung itu berkata, sup mee udon kaklin was-was cara pemasakannya, dan agar-agar telur putih itu juga tidak halal katanya. aku tersentak terkejut. kak lin dgn nada marah sedikit bertanya, kenapa mereka tidak bagitahu awal awal bahawa makanan itu tidak halal ketika pesanan dibuat, dia hanya menyatakan dia tidak tahu siapa yang mengambil pesanan, dan wanita yang mengambil pesanan tadi tidak tahu. nak mengamuk pun rasanya sudah terlewat. tetapi merungkam juga la dalam perut rasa terkejut dan marah tu.
yang aku peliknya, jikalau franchise itu menjual dan menyediakan masakan tidak halal, kenapa mereka mengambil pekerja melayu bertudung? adakah ini satu strategi untuk menarik pelanggan melayu? tiada juga amaran MAKANAN TIDAK HALAL seperti kedai kedai masakan cina yang byk terdapat di penang ini. yang peliknya, franchise ini memang selalu dikunjungi oleh bangsa melayu tidak kira di penang mahupun kuala lumpur, tanpa menyedari halal atau tidak makanan yang dimakan. jika ada amaran makanan tidak halal, sudah pasti kita tidak masuk dan makan di situ. tetapi rasa keselesaan bila memandang ada pekerja melayu telah menghilangkan rasa was-was sebelum masuk ke kedai tadi.
kalau ada makanan yang tidak halal, kenapa penyambut tetamu di depan restoran tadi tidak menyatakan pada kami bahawa makanan di situ tidak halal, sedangkan dia adalah lelaki melayu beragama Islam? kenapa ketika kami memesan makanan tersebut, pelayan tadi tidak menyatakan makanan itu adalah tidak halal? kenapa ketika pesanan dihantar, tiada siapa yang berkata, ini tidak boleh makan, itu tidak boleh makan? dan tidakkah kalau satu benda yang dimasak tidak halal, akan menimbulkan was was atas kebersihan hidangan lain?
tiga empat tahun lepas, franchise ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa masakan mereka tidak menggunakan barangan yang tidak halal setelah diwarwarkan menjual makanan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam. dari segi logik, makanan jepun selalunya mengandungi ikan, tiram, rumpai laut, tiada babi dan sbgnya. tetapi cara masakan dan bahan masakan yang menjadi persoalan sekarang.
pekerja pekerja melayu di franchise ini seperti sedikit takut dan gusar ketika hendak memberitahu kami tentang perkara ini. aku juga tahu bahawa mereka takut ditangkap oleh penyelia atau tuan punya franchise sendiri bila mengeluarkan rahsia ini. mereka juga mengaku mereka juga terkena dan setelah habis makan baru diberitahu bahawa ianya tidak halal.
pagi ini, aku melakukan beberapa pertanyaan di website JAKIM, dan amat terkejut, bahawa franchise ini tidak mendapat pengesahan halal JAKIM. ASTAGA…
begitu mudahnya org org luar mengambil lewa perkara halal dan tidak halal dan kini was was bagi kita yang beragama Islam.
esok saja…
Popularity: 8% [?]
33 Maklumbalas
Azzu
August 1st, 2007 | 3:53 am
1dem. cilake btol dorang sbb biarkan korang makan baru nak bitaw.
yg masok dlm perot korang dah tentu halal, tp dosa bab haram tu dorang yg tanggung.
keji btol.
angel_baik
August 1st, 2007 | 8:52 am
2baik bgtau francais yg mana.. kang tak pasal2 aku plak terkena.. aku pun org penang nie..huhuh…
Rjuna
August 1st, 2007 | 3:21 pm
3kenapa kau mahu sorokkan nama franchise tu? dedahkan saja.
ini blog bukan akhbar,sertakan bukti Jakim tu
atau nak lebih kuat buat aduan di website Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) http://www.muslimconsumer.org.my
SUESSY
August 1st, 2007 | 4:29 pm
4i find myself halting from swearing ‘babi’ when i feel tak puas hati about something when there are chineses around. the fact is, i realized i’m respecting that the swear word i’m about to say out loud is something that they eat. call me stoopid, but this is just a reflection how one could still instil respect in oneself despite yourself being condemned…
beck
August 2nd, 2007 | 12:15 am
5ahaha. aku tidak mahu kena lawsuit yang berjuta juta. sbb aku orang miskin. senang je, FRANCHISE makanan JEPUN yang berlambak dalam malaysia ni adalah…???
Azzu
August 2nd, 2007 | 2:15 am
6s*sh* king ke?
/aku pon takmau kene lawsuit macam kau beck/
bali
August 2nd, 2007 | 3:04 am
7semua salah. restoran jepun itu ialah onitsuka tiger california 78.
beck
August 2nd, 2007 | 3:10 am
8ada org dah buat report kat JAKIM. JAKIM takleh wat apa apa, sbb mmg diaorang tak dpt cop halal JAKIM. its the obligation of the franchise owner la… tapi mana ada owner yg kisah paal halal or haram, diaorang semua sure nak profits. so?
sedar la kita. berhati hati la bila nak makan sesuatu diluar lingkup ruji kita…
beck
August 2nd, 2007 | 3:11 am
9and to bali. jadah promote onituska tiger ko kat sini…
bali
August 2nd, 2007 | 3:16 am
10oh takleh promote barang kat sini ke. korang semua sila ke blog saye untuk melihat spek oakley.
mohdismail
August 2nd, 2007 | 5:10 pm
11JAKIM takleh wat apa apa? apa maksud dengan takleh wat apa apa?
Bukan JAKIM harus membela nasib masyarakat Islam ke? sekecik mana pun kes, turun la padang siasat apa patut..
ye la tu JAKIM kalo tak boleh buat apa-apa.. nak tunggu menteri kabinet termakan ke apa, baru nak sibuk-sibuk..
*hantar paper Beck..
beck
August 3rd, 2007 | 1:30 am
12bukan maksudnya JAKIM takleh wat apa apa maknanya JAKIM dok hayun telur je. tak… maksud aku, JAKIM telah kuarkan list restoran yang belum ada COP HALAL tu. kita pun patut sedar tetiap kali nak masuk any restoran, kita check sama ada ada tak logo halal dilekatkan di pintu masuk.
seriously, pekerja melayu bertudung tersebut buat aku keliru dan juga hampir 90% pekerja kat situ melayu. tambah pulak, akak opis ni selalu mkn kat situ, lagi la aku mcm berani. lagipun, org jepun mkn sushi, selalunya nasik, ikan, rumpai laut, tauhu. kan? tapi tup tup, terkejut siut…
kita tak boleh harapkan pihak berkuasa saja, sedangkan tanggungjawab makan halal dan haram ni, kita patut jaga supaya terbela juga. sebab tu aku tulis kat sini, supaya kita semua sedar. bukan nak jolok JAKIM or any authority figure yg ada. its just, kita ni patut berhati hati, dan jgn ambil lewa. sebab bangsa lain mcm org luar, tak hormat agama kita. diaorang pentingkan profit…
sapa sapa boleh check kat aku SUBWAY tu halal ke tak?
Azzu
August 3rd, 2007 | 2:06 am
13yang aku check kat, http://www.halaljakim.gov.my
nama SUBWAY mmg TAK tersenarai..
adui, tp sandwich turkey and cheese dier mabeles la.
aku makan situ pon sbb aku tgk ramai akak2 ofis bertudung makan kat situ.
Azhar Ahmad
August 3rd, 2007 | 9:29 am
14Rasanya saya tahu. Dekat johor pun ada. Jika disebut mi Udon, jaga-jagalah. Rencah membuat mi tu sendiri pun kadangkala diragui. Itu pengalaman saya bekerja di JUSCO dahulu. Kalau ragu, pergilah ke bahagian Japanese Food. Check dia punya ingredients.
angel_baik
August 3rd, 2007 | 10:11 am
15dekat aotu city tu berlambak2 franchise.. daipada yang familiar dengar sampai la yg tak pernah dengar. aku tgk ramai tul org melayu kuar masuk kat situ…. halal ke?…. nanti la aku pergi buat serang hendap
Nashrex
August 3rd, 2007 | 4:22 pm
16hidup di Malaysia pun payah jugak kan? lenkali jgn laa makan benda2 camtu lg..
nizam.nuri
August 3rd, 2007 | 6:23 pm
17bukan JAKIM tak buat kerja. aku percaya pekerja-pekerja kerajaan sangat-sangat rajin bekerja. JAKIM hanya turun padang bila dapat aduan dari masyarakat. tapi.. mereka masih lagi melakukan kerja. terima kasih JAKIM.
Negara kita mengalami proses dunia tanpa sempadan yang sangat rancak dan pantas. Itu bukan salah. begitu juga franchise makanan-makanan tidak halal yang kau sebutkan. semakin maju sesebuah negara, maka semakin berkembang perniagaan-perniagaan yang diragui status halalnya.
satu perkara kau kena sedar. Negara Malaysia bukan negara Islam. Ya, majoriti dari kita beragama Islam dan pemimpin kita pun begitu juga. Tapi bukan islam yang banyak menjadi towkay-towkay perniagaan kat malaysia. salah ke perkara tu terjadi?.. sudah tentunya tidak salah. bumi malaysia ni bukan untuk orang islam/melayu sahaja brother. kita/ islam/melayu hanya sebahagian sahaja dari masyarakat majmuk malaysia.
Pasal melayu bertudung yang bekerja kat premis tak halal tu pulak… aku rasa dengan lambakan mahasiswa menanam anggur kat malaysia… si dia yang bekerja kat sana pastinya menerima seruan kerajaan agar jangan memilih kerja sangat… mungkin bagi dia…itu sahaja kerja yang boleh dia buat untuk survive dalam dunia yang makin mencabar. takkan nak join MLM lak kot. cis… tipikal.
dalam dunia yang kian mencabar ni macam-macam boleh berlaku. kita sebagai manusia yang ada akal seharusnya tidak mudah melenting . kita sepatutnya berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan. Takkan la sampai mati kita nak harapkan kat JAKIM bagitau mana satu halal… mana satu tidak. sendiri mau ingat aaa. kau tengok takde tanda halal kau jauhkan la diri kau dari franchise tu. kesian tau JAKIM… diorang pekerja-pekerja kerajaan yang bergaji kecil sepeti kita semua juga. paham-paham la bila orang bergaji kecil bekerja. mesti nak mengulor main YM je. macibai.
dan sekali lagi aku menegaskan. Malaysia bukan negara Islam ok! melainkan kau bole bg aku dokumen yang menyatakan sedemikian rupa.. maka aku tarik balik kata-kata aku.
sekian. starfuck for life!.. macibai.. tak ade pengiktirafan JAKIM.. pasni kita minum coffeebean la beck.
nizam.nuri
August 3rd, 2007 | 6:33 pm
18dan…. paling senang. kalau dah rasa diri tu melayu… jgn la mencuba makan benda-benda pelik macam SUBGAY tu. dah la tak kena dengan tekak melayu aku… macibai… sandwish sejuk sial.
bawak-bawak la makan nasik campur. bole gak makan gulai tempoyak… ikan keli… ulam-ulaman… sup torpedo.. sup gear box… sape kata masakan melayu tak sedap??… cis… walaupun akan memudaratkan diri di kemudian hari… kita peduli hape… kita melayu… kita mudah lupa…!!
sarkastik aku ni.
bali
August 4th, 2007 | 4:30 am
19gila panjang tulis hahaha
beck
August 4th, 2007 | 4:51 am
20nizam. ko tulis sgt panjang. aku juga suka makan nasik. tetapi sekali sekala, perlu ada pertukaran menu. McD bukanlah jawapannya…
jasmine
August 4th, 2007 | 8:01 am
21pe kata nizam buat entry pasal ni kat blog dia. mesti best baca dia punya hujah.
nizam.nuri
August 4th, 2007 | 8:56 am
22kesimpulan aku adalah. jangan la jadi whinner. sikit-sikit salah kerajaan. memang la kerajaan tu salah… dah tu yang kau pergi sokong sape suruh. temmade.
pasal makan pn nak kecah. mereka yang was-was dalam hidup adalah mereka yang tidak percaya pada pegangan mereka. makan je tanpa was-was. rilek-rilek je sudah. percaya je pada tuhan. settle!
hahahahha. aku marah beck. hahahaha.
beck
August 4th, 2007 | 9:33 am
23jadah nizamnuri ckp camtu kat aku…
apsal nak marah marah aku pulak…
bila masa aku whinning kat sini. aku cerita. jadah betul. ko pun nak masuk dlm golongan-golongan org org tu gak ke?
aku cerita siut. aku cerita. bila masa aku salahkan kerajaan. jadah. aku dah ckp kan, JAKIM ada database dia, kita ni, sbg pengguna, konsumer islam, org boleh pikir, ada akal, patut jgn amik remeh pasal benda kita makan. jangan nak biarkan sahaja kat org luar memperkotak katikkan perkara halal dan haram ni. diaorang bukan respek ko.
kedua pulak, kalau kedai tu dah was was halalnya, apsal pekerja melayu kita ni, pergi kerja situ. bertudung plak tu. aku tau sempit nak carik kerja. tapi mcm org islam kerja kedai arak la, kalau dah tahu, dan dia pun pegang kepada agama dia, patutnya dia tinggal la kerja tu. itu je.
pasal was was tu. kalau ko dah tau benda tu tak halal, ko nak niat dlm diri ko supaya tegar ke? supaya jgn was was. jadah tul. sepatutnya ko selidik dulu, was was tu tak patut ada pun. kalau benda tu mmg dah bercampur babi, ko tau benda tu kemungkinan bercampur babi, tapi ko ckp nak percaya dgn pegangan sendiri jugak ckp benda tu halal? jadah. was was tu dah jatuh dlm kategori haram dah. apa apa benda ko buat, kalau dah ko terpikir was was, ko takleh ckp dlm hati ko, OH, AKU PERCAYA BENDA NI TAK MCM TU, sedangkan, dlm hati ko tadi, awal dah was was. benda benda macam ni ko nak amik mudah ke?
takde kena mengena ngan sokong kerajaan atau tak. takde kena mengena langsung. ko ckp je camtu, tapi ko sbnrnya penyokong kerajaan. ahaha…
biasa la nizam dgn aku, kami serupa, tapi kami tak sama. ahaha…
sebab tu aku sayang ko nizam.
i love u… u know?
nizam.nuri
August 4th, 2007 | 9:56 am
24i love u too… tanpa was was. hahahahaha.
beck
August 4th, 2007 | 9:59 am
25ahaha… ya, aku juga…
tanpa was was…
bali
August 4th, 2007 | 10:46 am
26hahaha gei
word verification aku kat bawah ni AIBKJ… aib aibbbb
jarri
August 5th, 2007 | 8:56 am
27ha. bengong punya tempay makan. nizam dah tolong komen panjang-panjang.
Ikmal Ibrahim
August 6th, 2007 | 5:20 pm
28aku sebagai kuli masak-masak nak bagitau sikit la…
sebenarnya, dalam masakan jepun terdapat banyak bahan-bahan yang tidak halal…seperti contoh, sushi, beras sushi tu dimasak dan diseason dengan sake (kalau ikut resipi traditional)…miso soup (sup tempe jepun), dibuat dengan stok babi (juga mengikut resipi asal)…sume jenis sauce dan ketchup dari brand K*kkom*n termasuk kicap soya untuk sushi itu adalah tidak halal kerana menggunakan white wine sebagai flavour enhancer…aku sampaikan semua ni in sense of responsibility sesama muslim…dan anda juga harus berhati-hati dengan makanan jepun di mana-mana food court…
harap maklum dan terima kasih…
Anonymous
August 6th, 2007 | 11:54 pm
29hmmmmm
hope ade yg concern la pasnih…
for those yg dah tahu wajib laporkan…
jangan biarkan yg lain pula menjadi mangsa…
cam kat Malaysia put more concern ngan tanda halal jakim tu lah sebagai guideline..
selebihnya tawakkal
beck
August 7th, 2007 | 3:42 am
30tu la, sapa lagi nak jaga makan minum kita kalau bukan diri kita sendiri. jgn la harapkan kerajaan semata mata.
aku bosan
November 15th, 2007 | 2:15 am
31elo brader,kenapa tak letak nama kedai tu..?
aiseyhman,aku nak makan sushi pun skang dah takut.
dulu aku pernah gak was was pesal penah dgr org ckp sushi mungkin tak halal.
tapinya….persoalan skang ni,tukang membuatnya itu adalah org melayu dan Islam.
masa aku beli tu,siap wish Selamat hari raya lagi..
aiyooo…
banyak sungguh musuh Islam.
yang pastinya mereka tahu Islam betul.cuma,tidak mendapat hidayah untuk kembali ke jalan asal.
buat sushi-ya ala Malaysia.
fendyzaidan
November 15th, 2007 | 9:16 am
32ah ah, mmg dari tukang buat, cashier sampai pelayan org MELAYU kital. diaorang ni pun rata rata tahu benda tu tak halal. tapi entah la. taktik perniagaan kot.
bukan aku xnak ckp nama kedai dude. dah mudah sgt. franchise sushi utama malaysia? senang je ni… ko jgn sebut benda tu kat sini plak… KOMEN NO 6 mmg tepat.
sekian.
deennasour
December 28th, 2007 | 3:46 am
33wohoo!!!!
gila!!!
nasib baik belum makan,,kalau tak,,
kompom ada yg muntah balik bila dpt tau~
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.