Hari Ini: Kejadian Perbualan…

18092007a.jpg

Hari ini, aku masih kurang sihat. Buat kerja pun macam tak bermaya. Tapi itu semua rezeki tuhan. Aku jarang sakit, tetapi bila sesekali datang penyakit, susah mahu sembuh.

Banyak perkara yang aku mahu tulis. Tetapi, pening kepala ini mengekang aku dari menulis perkara-perkara serius. Lagipun, aku tiada gambar baru untuk dibuat kepala entri ini. Jadi apa salahnya, kita semua mengambil masa rehat sebentar, terutama sekali aku.

Perbualan aku dengan NizamNuri menyingkap kembali kegemilangan muzik alternatif zaman remaja kami, dan perbezaan dengan album baru kumpulan-kumpulan seperti Silverchair dan Smashing Pumpkins(yang baru bersatu kembali dengan barisan baru) yang bagi kami, agak gagal menangkap rasa hitam dan gelap berbanding album-album sebelumnya. Cuba dengar album seperti NEON BALLROOM dari Silverchair dan bandingkan dengan album baru mereka iaitu YOUNG MODERN. Amat berlainan dan mengecewakan. Jangan beri aku mula bercakap tentang album Smashing Pumpkins yang baru. Agaknya, limitasi untuk mendengar muzik generasi baru ini akan membuatkan aku mencari CD-CD lama semula. Suatu keadaan yang amat merisaukan. Seleksi genre juga semakin berkurangan…

Dengan Bali, berbincang soal gerakan aktivis seni kreatif bawah tanah yang membawa isu sejagat tetapi menggunakan harta awam untuk menyampaikan mesej melalui grafiti dan vandalisma berasaskan seni. Ada yang lucu, ada yang sinikal, seperti kata Bali. Cadangnya aku perlu tubuhkan satu gerakan bawah tanah seperti ini melalui blog, tetapi ada agenda lain. Bukan seperti blog politikal lain. Erm, apa pendapat anda?

Azealea Dzulkefflee dengan aku banyak merapu, seperti biasa, kawan aku yang tak pernah jemu buat aku tersengih bagai orang gila walaupun sakit. Banyak beri petua, nasihat tentang kerjaya, dan melayan karenah aku yang amat dungu dan perlahan di pejabat hari ini. Tengok Azea, aku dah tulis nama kau kat sini dah. Ko sayang aku tak? Kalau sayang, bak RM200. Ahaha…

Lain-lain perbualan, berkisar pada fotografi, artistik perlukah bogel, sempadan artistik, kerja di luar negara, dan sebagainya. Ada juga isu keaktifan sperma ku berenang dibangkitkan. Ahahaha…

Ada orang berpendapat aku demam kerana tidak dapat keluar mengambil gambar, ada juga yang berpendapat kerana aku kemaruk barang mainan. Tetapi hakikatnya, aku terlalu banyak meredah hujan untuk balik berbuka puasa minggu lepas. Itu hakikatnya, dan Cik Fiza telah meneka dengan tepat sekali…

Aku rasa, aku perlu tidur yang banyak tanpa diganggu. Syuh, Syuh! Jangan ganggu aku dengan SMS dan Email.
Berikan masa untuk aku pulih…

Esok saja…

p/s:- Daniel Johns yang sakit dan dark lebih menjadi pilihan aku daripada Daniel Johns yang sihat walafiat dan bercahaya. Pendapat aku…

Popularity: 12% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

24 Comments so far

  1. azealea on September 18th, 2007

    Okay..give me your account number and i’ll bank in the RM200 for you. Still, there’s no such thing as free lunch..some stripping and booty shaking will do.. heheheh. Get well soon dear friend..there’s a saying “..tuhan sengaja bagi kita sakit once in a while supaya kita ingat pada dia..” *wink*

  2. sankai on September 18th, 2007

    young and modern.?? hhaahh…aku rasa silverchair sudah banyak berubah…sudah memang berubah 100%…dan aku sudah tidak dengar dengan itu young and modern..silverchair yang original ada pada petrol and chlorine, ana songs, year 2000 serta freak show….

  3. beckzaidan on September 18th, 2007

    @azealea >> yup yup. sakit ni sbnrnya rezeki. tak semua orang Allah kasikan sakit. and azealea, aku dah link ko. nanti aku kasik no acct bank ek. serious ni…

    @sankai >> setuju. SILVERCHAIR terkenal dengan lagu lagu patah hati dan lagu cinta pelik pelik. juga seperti biasa, lagu teenage angst yang membuak buak mahu membunuh semua orang dan diri sendiri. salah satu influence dalam proses tumbesaran aku, adalah muzik dan lirik SILVERCHAIR… serious…

  4. kidd on September 19th, 2007

    aha, silverchair sudah tidak menendang² bagi kau? hahaha, biasalah, muzik orang sihat, kuranglah unsur gelap & sedih,banyak rencah sukasukinya. seleksi genre berkurangan? tengok lagi, beck, sekarang sudah banyak cabang² muzika yang tumbuh selepas hujan kreativiti. manja² kan telinga dengan alunan muzik tanpa vokal. Try Mogwai, kalau tak mengena, lupakan saja genre ini.Mahu rekomendasi muzika? Tanya azrul!

    Malaysia punya ramai aktivis bersenjatakan idea dan aerosol. Manis idea blog untuk aktivis² ini. Tapi aku rasa tembok2 kosong paling mereka idamkan.Spray like there’s no tomorrow!!

  5. bali on September 19th, 2007

    daniel johns mcm gay. ops.

  6. beckzaidan on September 19th, 2007

    @kidd >> mogwai? ahaha, aku juga dengar mogwai. seleksi muzik aku terlalu banyak, yang aku perkatakan adalah evolusi muzik yang tidak patut, seperti apa yang dilakukan oleh silverchair dan smashing pumpkins. harap-harap RATM betul betul reunites selepas berpecahnya Audioslaves. aku sangat harap-harapkan, byk isu isu yang boleh diperjuangkan oleh DeLaRocha dengan alunan gitar Morello…

    @bali >> tidak segay ko…

  7. nizam nuri on September 19th, 2007

    young and modern and gay. daniel johns pakai baju bee gees. hahahahaha.
    aku rasa setiap generasi rasa macam kita rasa ni. kita fed up dgn muzik baru… serupa la masa kita zaman alternatif dulu… mesti ade org2 tua zaman tu yang tak suka dgn alternatif nih… heheh..

    sekarang aku dah kurang dengar lagu rock… lebih2 lagi muzik rock tanpa gitar solo… takde soul aaa. hidupkan jimi!

    haih… muzik rock seolah menuju jalan kelam.

    jomlah wei layan 1+1=3 …. hahahah… memori beb…memori!

  8. beckzaidan on September 19th, 2007

    @nizamnuri >> aku terkejut bila ko ckp ko ada mp3 1+1=3. serious terkejut ari tu. giler, generasi kita amat cool. serious amat cool.

  9. bali on September 19th, 2007

    cuba dengar justin timberlake. generasi pop mtv seperti aku. sexybeck!

  10. nizam nuri on September 19th, 2007

    apsal kau terkejut lak?

  11. beckzaidan on September 19th, 2007

    @bali >> ko mmg gay la bali…

    @nizam.nuri tak la, time ko ckp tu. aku baru nak tanya ko pernah dgr tak lagu dlm album tu. kira legend la album tu siut. positive tone dlm zmn keagungan…

  12. Bella on September 19th, 2007

    aku nampak isu aku dibangkitkan juga..
    haha~!

    beck beck bila la ko nak sihat?
    haih -_-”

  13. beckzaidan on September 19th, 2007

    @bella>> ahaha, ko mmg suka bercerita tentang renang gaya bebas sperma ku…

  14. kidd on September 19th, 2007

    mari lupakan era goreng gitar hangus hitam! selamlah ke dalam lautan synth, d n b & trance!beep beep beep, secara perlahan² manusia bertukar menjadi optimus primonyet,beep beep!transmisi tammat!

  15. nizam.nuri on September 19th, 2007

    tapi kan ke best kalau goreng gitar hangus hitam tu ditambah dengan rencah synth, dnb dan trance??… ermmm

    bayangkan sigur ros…dengan muzik penuh feel ambient ditambah dengan solo improvasi yg sungguh enak… wahhh…. santapan enak untuk berbuka puasa… sudah pastinya… saya sayang johny greenwood.

  16. ikmal ibrahim on September 20th, 2007

    yeah….”kepalaradio” sangat kool dengan kegilaan multi-instrumentalist, Encik Johnny Greenwood yang mengalunkan irama2 yang tidak mungkin dapat ditafsirkan oleh pemuzik2 biasa. aku juga sangat kagum dengan petikan telecaster beliau yang tidak berbunyi seperti satu petikan gitar, membuatkan spermaku berenang dengan lebih laju. alunan pianonya juga seperti mempunyai semangat dan perasaan, sama seperti pemain2 piano klasikal lain yang berada didunia mereka sendiri semasa mengalunkan sesuatu yang dipanggil lagu.

    sesungguhnya, perbualan atau perbincangan mengenai muzik ialah sesuatu yang tidak ada noktah, tapi kita harus tahu bila untuk berhenti.

    sudah dulu…

  17. nizam nuri on September 20th, 2007

    betul tu encik ikmal… bercerita tentang muzik takkan abes… hahahah. beck gile.

  18. beckzaidan on September 20th, 2007

    @kidd >> fussion adalah lebih baik. sigur ros, mogwai, semua itu fussion. untuk bebudak mainstream, mcm linkin park la, rap ngan hiphop. ahhaha…

    @ikmalibrahim >> tapi kalau tak berbincang dan bersembang, takkan nak biar mati. atleast kita sedarkan generasi baru yg suka tgk MTV mcm bali tu. ahahhaa…

    @nizamnuri >> aku gile… mmg. gilekan kau…

  19. ikmal ibrahim on September 20th, 2007

    bali memang suka tengok MTV kot…biarkanlah dia dengan music stream yang dia suka, sememangnya setiap orang mempunyai rasa dan citarasa tersendiri terhadap semua perkara yang kita anggap subjektif didunia ini. tapi aku betul-betul kena pergi pekan ramadhan sebab bahan mentah kat umah dah abis…

    btw…kadang ko memang gile beck…huhu…

  20. beckzaidan on September 20th, 2007

    @ikmal >> itulah yg korang tak tau, bali mempunyai taste musik yg sgt eklektik. dia dgr bloc party, portishead, sigurros, explosion in the sky, dlmm. kami mengusik dia saja yang dia MTV generasi. tapi dia bukan…

  21. ikmal ibrahim on September 20th, 2007

    hurm…boleh tahan jugak la die punye playlist…sangat eklektik…btw, eklektik mEnde?? huhuhu…

  22. beckzaidan on September 21st, 2007

    @ikmalibrahim >> eklektik tu maknanya pelbagai kot? ahahha…

  23. bali on September 21st, 2007

    takla. aku layan mtv. aku minat justin timberlake. betul ni tak tipu. aku layan JT. sexybeck!

  24. nizam.nuri on September 21st, 2007

    justin timberlake yg baru ok pe?…timbaland bagus la wat muzik… bjork punye album baru pn best.

    bali gay mtv!.

Leave a Reply