erm. hari raya ketiga.

aku rasa, demam dan flu aku datang balik. sedikit bersin, batuk batuk keras pun mula ada. rasanya nak demam balik. mak aku cakap, kalau kita demam, and then sembuh, and after that demam balik, its better if we go adn see a doctor. tapi aku rasa benda tu remeh. biarkan aje la. asalkan mental state aku amsih ok, buat apa nak bazir duit dan masa jumpa doktor. right?

dalam aku lepak di depan porch rumah, sambil perhatikan ayah aku sedang wax kereta kesayangan dia, yakni bini no 2 dia, datang satu moment yang selalunya kita akan kenali sebagai a moment that defines yourlife. buat kita langkau balik, kepada beberapa tahun lepas, dan fikir mana islapnya kita di mana-mana titik hidup, yang membawa kita kepada haluan hidup sekarang. yang membenarkan kita berdiri atau jatuh pada titik kita berpijak sekarang. titik hidup.

aku mula fikirkan, mana silapnya, mana betulnya kelakuan aku. apa yang aku sesalkan, apa yang aku banggakan. banyak sangat senarai perkara yang aku sesalkan, dan yang hendak dibanggakan cuma sedikit sahaja.

alhamdulillah. aku boleh katakan hidup aku baru nak bermula. walaupun tak mewah macam orang lain, sekurang-kurangnya aku independent. tak berharap pada mak bapak. aku tak jealous tengok orang yang sebaya bawak kereta mahal mahal, sedangkan aku masih lagi suka guna public transportation bila keluar. alasannya, aku suak tengok ragam orang lain, ragam manusia, di habitat dan suasana semulajadi mereka. macam mana reaksi, macam mana tindak susul. buat kita sedar, kita hanya entiti kecil dalam kehidupan. itu alasan paling mudah untuk diri aku. walhal bila dengar saca anti lag system berbunyi, toleh mencari kereta mana guna anti lagg. cemburu ada. tapi untung dan rezeki orang. kemungkinan atas usaha sendiri, haram atau halal tak kisah. usaha sendiri. tapi banyak juga yang mengharapkan kemewahan mak bapak. itu lagi aku tak respect. kadang-kadang berlagak memandu perlahan semata-mata nak perlihatkan kemewahan kereta dan harta, sedangkan, semuanya atas usaha merenggek pada bapak. arghh… aku dah tersimpang jauh…

mak aku ada tanya tadi. takde ke aku usaha nak menelefon dhilla. raya-raya ni elok la bermaaf-maafan kata mak aku. mintakan dihalalkan makan dan minum. minta maaf dan dilupakan segala sengketa. aku berseloroh. kata aku pada emak aku,

“alah, kalau along tak call dia, lagi dia suka. orang dah benci, buat apa kita nak menyendeng. kira dah buat amal la tu kalau along biarkan dia tak diganggu. dia hiudp dunia dia ma, along ni bukan satu taraf dalam dunia dia, jauh ke bawah. benci takkan ubah apa apa pun. dia dah bahagia, baik jangan kacau,”

“dia dah bahagia? along pulak, along bahagia ke?” tanya emak aku… aku diam, sambil pause sekejap, ambil nafas…

“tak…” bangun dan terus keluar. aku nampak di sisi mata aku, emak aku gelengkan kepala.

emak aku nak sangat tengok aku macam dulu. selalu senyum. macam sekarang, suka bermurung. tak banyak melawak. sesungguhnya pengalaman dan peristiwa macam yang terjadi antara aku dan dhilla, boleh mengubah hidup aku terus. betapa dalamnya kata-kata dia, baik langsung kepada aku, atau aku dengar melalui Lanie, banyak mengubah diri aku. daripada aku yang dulu, kepada aku yang sekarang. yang tengah berdiri di titik hidup ini.

aku berdiri di titik hidup ini, dan terfikir sejenak, mana silapnya aku. di titik mana silapnya aku dulu, sehingga terpaksa mengambil haluan hidup yang ini…

dengar macam tidak bersyukur, walhal aku bersyukur kepada Allah SWT atas segalanya, cuma aku mahukan hidup ku yang dulu…

wallahhualam…

esok saja…

Popularity: 2% [?]