hati hitam ku ini
12 augus 2004 1032 malam selepas bermain dengan asiff
di ruang depan rumah, berbekal pen dan sketch pad
jerut hati hitam ini
berbekal benang kasar pemberian
berserpih kaca beracun ingatan
pedih penipuan tulus ku
penuh kebenaran sial mu
jerut hati hitam ini
genggam kemas tangan khianat itu
dengan penuh hasad benci hati mu
yang selama ini kau anggap suci
yang selama ini aku benci iri
jerut hati hitam ini
biar keluar jeritan derita
tentang kejamnya dunia
kerna kebenaran tidak wujud bagi ku
walau malaikat datang mencuit bahu
jerut hati hitam ini
hitam atau merah jangan kau kisah
darah mengalir tanda ku bernyawa
kerna bencinya aku pada dunia
jerut hati hitam ini
biar mata ku tertutup rapat
kau ku tunggu dunia kiamat
kan dengar malaikat ketawa
akan gagal kita mencari cinta
jerut hati hitam ini
moga ketika itu kau rasa besar hebat
moga ketika itu derita ku buat kau lepas puas
hati hitam ku ini mati…
“moga aku tidak perlu berbohong pada asiff satu hari nanti.” – fendy
Popularity: 8% [?]

Comments(0)





