HeiHei: Update Kehidupan…

Nikon D80 1/640sec f/5.6 135mm ISO100
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop CS
Assalammualaikum w.b.t…
Tak pernah aku mulakan entri dengan salam. Tapi apa salahnya kali ini. Memandangkan blog ini sudah jatuh menjadi blog picisan dan blog carut marut, apa salahnya sekali sekala aku mulakan dengan peradaban sopan.
Kenapa tidak diupdate selalu seperti biasa? Erm, soalan ini bolehlah dirungkaikan dalam beberapa perkara.
KESIBUKAN YANG MELAMPAU. Sejak 3 minggu lepas, aku sedikit sibuk menanggung kerja-kerja lain di pejabat kerana ramai pegawai bercuti kahwin. Kemudian immediate boss aku pun cuti sakit hampir dua minggu. Terpaksalah korbankan jiwa tenaga ni buat kerja yang tak putus-putus dan ikhlasnya aku tak tahu hujung pangkal. Bila kita sambung buat kerja-kerja orang yang ditinggalkan, kita akan jadi macam bodoh dan tak tahu mana nak mula. Tapi alhamdulillah, sekarang ramai officer dah kembali, dan kerja pun sudah teratur kembali. Bolehlah aku mula buat kerja aku.
KEKURANGAN ISU ATAU CERITA UNTUK DIKETENGAHKAN. Aku seperti sudah hilang idea untuk menulis apa. Isu-isu dunia lain hanya berkisar kepada harga minyak, dan acara undi tidak percaya kepada PakLah yang akan menjadi pesta media dan temasya gongong menggongong. Tapi kalau sudah berlaku, ia akan menjadi sesuatu yang menarik. Tahukah kamu kita semua sedang dalam fasa yang menarik dalam sejarah Malaysia? Aku sebagai pemerhati bebas amat menantikan benda-benda yang diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak. (Hari tu dah announce ckp sudah cukup ahli untuk lompat parti, lebih dari 30 calon. Tetapi semalam di confirm balik dengan orang kuat, baru hanya ada sikit sebenarnya. Cepat-cepat la sikit, nak tengok apa kerajaan BARU boleh buat, lebih baik, atau lebih teruk, kemudian kita gulingkan pula kerajaan BARU itu untuk KERAJAAN LANGIT).
HARGA MINYAK NAIK. Perkara ini sering dijadikan alasan oleh semua orang dalam apa perkara pun. Jadi aku nak jadikan alasan ini juga sebagai satu sebab kenapa aku tak update blog aku. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan aku menjadi malas untuk menulis, perjalanan aku dari bilik ke depan komputer Baim memerlukan kadar purata minyak yang tinggi. Jadi oleh sebab kenaikan harga minyak, aku terpaksa mengurangkan trip ke depan komputer Baim.
KERINDUAN PADA KAWAN-KAWAN. Yer mofo sekalian. Aku rindu pada semua. Esspecially fans yang berdada gebu yang selalu menghubungi ku di kala malam dan menganggu tidur lena ku. Minta maaf kerana jarang online YM itu sendiri.Sekali lagi aku ke KL, kita buat meetup kecil kecil yer. Bagi kawan-kawan yang call di waktu kerja itu, aku minta maaf. Nampaknya masa yang kamu pilih selalunya tidak sesuai kerana aku sering berada di Bilik Mesyuarat sambil phase off melayang entah ke mana.
KEHENDAK ATAU KEPERLUAN. Perlukan beberapa item seperti kasut kerja, sepasang chucks hitam/kelabu, sepasang blazer, perfume, dan persedian untuk barang hantaran dan kahwin seperti kain untuk dibuat baju melayu dan sampin songket yang sepatutnya telah dibeli beberapa bulan lepas.
MINTA TOLONG. Dhilla meminta tolong aku menyenaraikan kawan-kawan yang akan hadir di Majlis Perkahwinan ku di Kajang pada 28 Disember 2008 (tentatif sehingga ditentukan kelak) memandangkan majlis ku di Kedah hanya akan berlangsung pada hujung Januari 2009. Jadi aku perlukan kiranya nama-nama yang ingin dan akan hadir ke majlis di Kajang untuk dikira kepala dan pengeluaran kad jemputan nanti. Jadi bolehlah tuliskan di komen nanti ya sesiapa yang akan hadir.
Itu sahaja setakat ini. Terima kasih.
Esok saja…
Wallahhualam…
Popularity: 30% [?]

Comments(7)






apsal kat gambar tu ada dot hitam? sensor berhabuk? x lap lens? x pasang filter? haha
selamat bakal pengantin baru.
lens tu. main tepi pantai, biasa la…
ei burung..
aku aku..nak gi yang kat kajang tuh..dekat sikit kat rumah..hahah..(tak tahu malu betul aku ni…huhuh)
aku nk pegi majlis kawen abg yg menang DCM 2 kali.. glemer woo dpt pegii.. yg kat kajang jeh bule x?? :D
wohhh!! aku nk g gak!
count me in for Kajang..
yg Kedah tue aku tak sure lg..
klu ade yg g aku follow je kot gedik2..
ahaha!
count me in, sorry k beck.. x dpt smpi ke kedah :)