4 augus 2004 0915 malam selepas solat isyak
di atas katil, dengan sebatang pensel dan sehelai kertas putih dengan sedikit kesan lakaran warna
berdirilah di padang luas
apa yang dapat kau lihat?
sedarkah langit ku kelam kemat?
kenapa langit mu lebih biru?
lebih putih cahaya awan mu?
sinar cahaya di wajah mu
seolah kau rasa bahang bahagianya mentari itu
aku?
kau depa tangan mu
melempar diri ke arah angin sayu
adakah ia berlagu irama?
hiruk dan pikuk saja dari telinga si celaka
wajah mu terukir senyum
apa kau rasa dengan hati mu?
sentuhan kasih, sayang, dan cinta?
bagai satu ereksi jiwa
aku tidak merasai
malah tidak mengerti
hidupnya dunia bagi mu
cemburu ku kelu
terpinga memikir…
mengapa aku dan kau bebeza
walau pada zahirnya sama?
darah mu mengalir telus
sedangkan darah ku kemarahan pada nasib
pada takdir
pada diri
atau tuhan jadikan kita berbeza
supaya kita saling memerlu
namun tiada apa yang kau perlukan
kenapa pula kau penting bagi ku?
atau kita berbeza kerna warna hidup?
daripada pengalaman takdir dan ketentuan?
benarkah pengalaman mengajar?
atau aku yang kurang ajar?
atau aku dilahirkan
tidak sebertuah itu?
kan ku panjat doa pada tuhan
agar andai dapat
ku lihat dunia dari mata hati mu
walau buat seharikan hidupkah dunia bagi ku?
wallahhualam…
“dari mata teman jiwa ku, dunianya indah.” – fendy
Popularity: 2% [?]
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda