HOI!!!: Kompetisi Fhotografi…

Oh, bulan ini penuh dengan kompetisi/peraduan fhotografi. Setelah pertandingan fotografi anjuran EOE.COM.MY yang aku rasa memang takde peluang nak menang (sebab orang vote itu buta seni dan estetika), kini aku nak beritahu pula pertandingan fotografi yang sedikit prestij dan mencabar…
Pertama sekali anjuran Canon Malaysia, Teen Photo Expression Competition. MohdIsmail yang telah memaklumkan aku tentang pertandingan ini. Bagi mereka yang sukakan gambar kandid dan mempunyai rakan remaja umur belasan tahun, bolehlah masuk bertanding. Keputusan diadili oleh para hakim dan juga undian pengunjung. CUBALAH!!!
Satu lagi pertandingan juga anjuran Canon Malaysia, lebih mencabar dan memerlukan usaha yang lebih jitu adalah Photo Marathon Malaysia. Pertandingan ini dilangsungkan dalam masa satu hari sahaja iaitu pada 26 Ogos 2007 (Ahad) dan penyertaan yang dihantar perlu mengikut 3 tema yang diberikan dan diambil pada 3 jam setiap tema. Ini bermakna, penyertaan adalah hanya melalui gambar yang diambil pada hari tersebut sahaja. Di akhir 3 jam untuk setiap tema, fotografer perlu memilih penyertaan yang palin sesuai dan ke meja urusetia untuk mencetak penyertaan tersebut, kemudiannya, akan diberikan tema baru untuk 3 jam seterusnya. Menarik bukan? Jadi untuk mereka yang mahukan cabaran, pastikan mengikuti pertandingan ini juga. CUBALAH!!!
Nasib malang bagi aku yang tidak menetap di Kuala Lumpur. Bali dengarnya akan mengikuti pertandingan Photo Marathon Malaysia itu. Kawan-kawan bagaimana?
Berkongsilah jika ada maklumat berkenaan kompetisi/pertandingan fotografi di tempat anda. Mudah-mudahan maklumat boleh dikongsi oleh fhoto enthutiast semua…
Esok saja…
Popularity: 9% [?]

Comments(10)
Sape nak buat team ngan aku utk Photo Marathon Asia tu? Ala-ala Amazing Race fotografi. jom la wei.
kalau dia wat pada merdeka day atau 1hb Spetember, sure aku leh join. siap ada driver lagi. aahhahaa!!!
sejak ada blog baru ni makin best la ko beck…good info ni..
info info aku ni, semuanya yg dekat di hati. ahaha. lagipun ada kwn kwn khabar kan, aku tak dpt join. tapi kalau aku tak dpt join, takkan org lain takleh kan? so baik war war kan… mari mari. chot, bila nak kuar shoot gadis lawa ngan aku secara candid?
skrg ni hidup aku susah skit beck..pasal eos350D dah berpindah tangan pada adik aku. stakat ni aku hanya ada compact camera IXUS65 yg sentiasa aku bawa kemana2. aku ada kumpul duit skit..kalau duit aku cukup aku igt nak tangkap dlm hujung bulan ni eos400d.
lepas tu kena kumpul lagi utk beberapa bulan lagi utk angkat lens USM 79~300mm…lepas tu baru la kita boleh ambik gmbar gadis2 di stiap sudut..hahahaha
70-300mm ari tu kawan aku nak tolak rm450 je. ahahhaa, USM lagik. dpt kat kawan aku sorang lagik… ala. 350D la rock. 400D pussy je…
ada satu lagi pertandingan fhotografi, sesuai untuk mereka yang menetap di putrajaya, SINI SINI. tarikh tutup tengah hari ISNIN ini…
jadah 400D pussy. kalau camtu 350D pun pussy la. tak pussy pakai la fully manual SLR haha
ahaha, bali kecik ati. ahahhaa. melawak je bali. ececece. manja tull…
wow rm450? nak beli baru RM699 plak tu…nampaknya kena rajin masuk forum la aku …
bali, kalau i pegi ngan u marathon tuh, dapat tido satu bilik ke hotel kang?