It’s Just Color Correction, Not Rocket Science – Final Part…
Baik, berbalik kepada tujuan asal entri ini. Asas mengedit fhoto kepada sesuatu yang lebih baik.
Mengedit fhoto adalah lebih kurang samanya dengan matematik, mahupun mata pelajaran kimia, mahupun memasak. Ia hanyalah seperti satu soalan matematik campur tolak darab bahagi, ataupun campuran bahan kimia ini dengan agen pemangkin itu, ataupun campuran satu, dua atau lebih daripada bahan masakan yang telah sedia ada, sehingga secukup rasa yang diingini dan dicari.
Jika menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Lightroom, item-item ini akan sentiasa ditemui. Contohnya color, white balance, brightness, highlights, levels, exposures, sharpen dan sebagainya. Item-item inilah yang akan memastikan fhoto yang hendak diedit tadi, menjadi sesuatu yang berhasil lain daripada asalnya. Kali ini, kita akan sentuh perkara-perkara ini, dari konteks perisian Adobe Lightroom.
Aku tidak akan memberikan sebuah entri tutorial sepenuhnya. Bagi aku, itu tidak akan menghasilkan apa apa, melainkan hanya meletakkan satu asas guideline yang akan diikut dan tidak menggalakkan kreativiti dan pemahaman sepenuhnya. Sebaliknya, aku lebih menggalakkan hands-on, dengan itu korang semua akan lebih faham akan fungsi setiap fungsi. Jadi aku akan sentuh beberapa fungsi/itemari dalam Lightroom yang kalau digunapakai dengan betul dan ikut rasa, akan menghasilkan fhoto yang sangat baik.
Panel Color, Grayscale dan White Balance – Mengubah WB fhoto yang mungkin silap daripada kamera. Aku selalu gunakan adjustment ini untuk membaiki WB bagi product shoot (figurines dsbnya). Ianya juga boleh digunakan secara tipu untuk toning fhoto kepada tona warna lain, Blue, Green, Yellow, Magenta atau kombinasi. Di panel ini juga, boleh didapati tab untuk mengedit gambar warna atau grayscale. Aku nasihatkan perkara ini tidak payah disentuh. Untuk mengedit fhoto kepada hitam putih, boleh digunakan cara lain yang akan disentuh di bawah.
Panel Tone – Di sini, terdapat itemari kegemaran aku untuk memberikan impak terhadap fhoto. Exposures, Recovery, Fill Light, Blacks, Brightness dan Contrast. Exposure, ok yang ini semestinya korang tahu. Recovery akan cuba mendapatkan kembali detail-detail yang hilang akibat overexposures/highlights dan menggelapkan part fhoto yang telah gelap, terutama sekali garisan luar objek. Ia juga menyatakan lagi objek di fokus. Fill Light akan memberikan kesan penggunaan fill flash. Blacks akan menambahkan gelap kepada warna-warna yang sudah hampir kepada kelas gelap. Brightness dan Contrast berfungsi seperti biasa. Satu tips penggunaan Recovery dan Fill Light, jika terlalu banyak, akan ada efek HALO di sekeliling objek utama. Cuba elakkan ini. Bagi fhotografi perkahwinan, nilai Contrast yang rendah akan memberikan seperti efek GLOW.
Panel Presense – Itemari ini lebih kepada tona warna. Clarity akan memberikan penekanan kepada garis luar objek. Gunakan sebaik mungkin kerana efek HALO akan kelihatan, terutama sekali pada gambar BW. Vibrance memberikan impak kepada tona warna, daripada washout kepada vibrant. Saturation juga bersifat sama, nilai yang rendah akan menghilangkan profil warna, nilai tinggi akan memberikan warna yang lebih terang dan efek hue.
Panel Tone Curve – Panel ini sama seperti fungsi Level Adjustment dalam Photoshop. Guna bila perlu. Dan seperti biasa, untuk tona gambar yang lebih baik, jadikan tone curve ini berbentuk melengkung seakan S.
Panel Region – Digunakan bagi pembetulan kepada Highligts, Light, Dark dan Shadow. Guna bila perlu dan secukup rasa.
Panel Hue Saturation Luminance All – Guna untuk color correction dan tone adjustment. Kalau diguna dengan betul, boleh hasilkan fhoto dengan tona warna yang menarik, ataupun fhoto yang hilang tona warna. Penggunaannya Hue dan Satuaration sangat mudah, pilih warna yang ingin diedit, dan tarik sahaja level tersebut. Ataupun pilih pointer, pergi ke warna yang ingin diedit, klik dan drag mouse ke atas atau ke bawah dan lihatlah hasilnya. Warna tersebut akan menjadi lebih vibrant, atau saturated. Mudah bukan? Tidak perlu editing 2 jam untuk mendapatkan warna hijau yang vibrant pada fhoto anda.
Panel Split Toning – Untuk sedikit adjustment kepada Highlights dan Shadows. Aku tak pernah sentuh. Tidak perlu. Basic sahaja. Hahaha…
Panel Detail – Untuk sharpening, noise reduction dan chromatic aberration. Hanya perlukan guna sharpening dan noise. Lain tak pernah sentuh. Lupakan.
Panel Vignettes – Salah satu panel yang berguna untuk wedding photog, tak perlu dah buat layer di Photoshop. Gunakan panel ini utk wujud kesan vignette yang real seperti daripada kamera tanpa perlu menghasilkan vignette yang macam dah jadi bingkai gambar. Ubahkan di bawah Panel Lens Correction dah cukup. Untuk advance, di Post-Crop panel.
Panel Calibration – Panel yang aku tak tahu apa pun, dan tak pernah guna. Hahahah. Tolong cuba guna dan bagitahu aku apa fungsinya.
Lain-lain feature Lightroom yang difikirkan penting adalah flagging, virtual copy, before and after view.
Flagging adalah berguna dalam fasa pemilihan gambar. Fikirkan anda ada 450 keping fhoto untuk dipilih. Flagging membolehkan anda menanda fhoto yang mana mahu digunakan dan yang mana untuk KIV. Bagi fungsi virtual copy pula, adalah untuk menghasilkan pendua, peniga bagi tujuan pengeditan dengan presets/value yang berlainan. Before and After views boleh digunakan sebagai comparison hasil dan gambar asal.
Rasa-rasanya mudah bukan. Boleh sudah dimulakan untuk menghasilkan presets tersendiri dan silalah berkongsi. Untuk presets-presets yang sudah boleh didapati di internet, bolehlah melayari WWW.PRESETSHEAVEN.COM. Satu nasihat daripada aku jika menghadapi masalah menggunakan preset yang telah tersedia ini, jika kurang berkesan, cuba ubah sedikit value exposures, fill lights, dan brightness. Ubah sehingga mencapai apa yang dimahukan.
Sekali lagi, tidak semua presets jika digunakan akan menghasilkan fhoto mengikut tujuan asalnya. Ia masih bergantung kepada hasil asal fhoto tersebut. Terpulang kepada kehendak masing-masing.
Mudah bukan?
Seperti yang aku katakan awal tadi, It’s just color correction, not rocket science…










Esok saja…
Popularity: 16% [?]

Comments(15)
Aslkm, fuh gud n nice blogging,cantik blog,.Mmm,leh visit n linkkn blog saye ni http://tolongsenyap.blogspot.com bleh ?Ok saye nak pegi la dulu,ok bye
Ketiga-tiga artikel akhirnya rilis. Thanks untuk ilmu yang dikongsikan.
sama sama. harap ada antara kita atau manusia yang baru nak bertapak dapat buka mata tentang perkara ini…
salam..
saya dian nais.. saya dapat link ni daripada blog kawan baik saya medcham.. saya setuju dengan pendapat tuan mengenai color correction.. terima kasih atas perkongsian ini.. saya minta izin untuk letak link blog tuan di blog saya…
terima kasih.
silakan. letakkan juga bahagian satu ke bahagian terakhir. perkongsian ilmu adalah perlu.
saya helmy.
saya guna preset 5 juta awak.sekian
dengan harga percuma kan? tanpa sbrg bayaran, dan dengan kasih sayang.
Salam…bro, tabik! memang kagum dengan bakat suntingan lu.
thanx.
sekali lagi, kalau sesapa nak presets tu bagi tau lah yer, saya akan email kan, termasuklah yg preset heavens punya presets yg free…
tiada bayaran.
Salam…penerangan yang cukup terang. Appreciated!
dude nice blog :D hebat gamba2 ko hehe!
bagus!
editing warna akan menjadi lebih cantik dengan bantuan sudut gambar yang cantik.
Saya baca dr entri number 0 sampai final part :) mestila sangat best, betul dan bernas… saya suka bila awak cakap yang kenapa nak ikut setail orang lain, if itu cara Dave Hill, maka itu cara Dave Hill.. Baik lagi cari identiti diri.. Yang reflect diri kita.. Saya sokong!
ps: saya siap kongsi entry nie kat my facebook :) ma kasih ya!
sama sama. spread the words around. thanx.
Hello there, I just dropped by your blog. Mind if I ask for your presets? You’re such a colour lover. I love colours!