It’s Just Color Correction, Not Rocket Science – Second Part…

Di entri aku yang kebelakang sedikit, aku ada memberikan satu link untuk didownload yang mengandungi presets Adobe Lightroom yang digunakan oleh aku dalam melakukan pengeditan atau manipulasi fhoto-fhoto. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Tujuan utama perkongsian presets tersebut adalah untuk menggalakkan budaya berkongsi ilmu. Ilmu yang aku gunakan sekarang, banyak diperolehi secara percuma, dari kenalan mahupun tutorial internet. Walaupun banyak presets tersebut telah aku tweak dan dijadikan asas kepada presets-presets baru yang punya sentuhan dan feel/stye fhotografi aku, aku tetap mahukan ianya dikongsi.

Bukan nak katakan presets yang aku gunakan itu hebat, tetapi jika presets tersebut dapat memberikan asas dan pemahaman kepada fhotographer lain tentang bagaimana nilai-nilai dalam fungsi Lightroom itu berfungsi dan bertindak, dan memberikan sedikit cahaya untuk mencipta presets dan cara editing yang mempunyai sentuhan tersendiri, mengapa tidak, bukan?

Tiada gunanya membeli presets-presets yang ada di internet sekarang dengan harga yang kadang-kadang tidak masuk akal, sehingga boleh membeli body camera ataupun lense baru. Salah satu cara untuk menjadi kaya dengan cepat dan kemungkinan cuba menipu manusia-manusia naif. Jangan mudah ditipu. It just playing with numbers. Its actually really a simple color correction process!!! Takdelah RARE atau SUSAH mana pun…

Kenapa aku kata presets-presets yang dibeli ini membazir?

Satu, kerana walau sehebat manapun presets tersebut, ianya masih bergantung kepada hasil asal fhoto tersebut. Dari segi pengcahayaan, DOF, focus, composition, white balance, color level dan sebagainya. Tiada satu presets pun dalam dunia yang dapat menjadikan gambar yang salah segala-galanya menjadi fhoto berdefinasi tinggi. Percayalah. Kalau tidak, cuba aplikasikan satu presets yang sering digunakan kepada fhoto yang salah pengcahayaannya, kabur fokusnya. Adakah hasil tersebut masih akan digunapakai?

Dan keduanya mengapa tidak perlu membazir membeli presets di internet, adalah dengan alasan, mengapa perlu mendapatkan feel dan style fhotographer lain untuk diapplikasikan kepada fhoto anda? Anda tidak yakin dengan kebolehan, mata dan feel anda sendiri? If its Dave Hill, satu dunia kenal ia efek Dave Hill.

Bukan?

04 butterflyhang

04 hillgreen

04 wolfatthe door

05 akuma

05 lion

05 sunsetbeach

05 wifey2

06 batman2

06 friends

06 islamicarchi

Bahagian terakhir akan menyusul…
Esok saja…

Popularity: 17% [?]

9 Comments so far

  1. mie on January 9th, 2010

    aku sokong tu bro.. bahan dagangan buat masa ini ja tu.. tak lama lagi separate all over the place, bukan semua manusia kedekut nk share benda2 camni..

    btw.. trus develop bro n keep on sharing..

  2. fendyzaidan on January 9th, 2010

    aku harap kita semua buka mata dan hati menerima segala teguran secara terbuka. sebab aku dpt rasakan akan ada manusia-manusia yang akan cakap aku cuba rosakkan periuk nasi orang. but hell, if you want to make money, do it the right way, bukan menipu org org naif. you get it for free, from tutorial all over the internet, lepas tu tweak sikit, dan secara nasib baiknya mendapat 5- 6 keping hasil, kemudian kau cuba menjualnya dengan harga yang tak masuk akal, kemudian memanggilnya ART.

    come on, it just numbers…

    aku harap ketiga-tiga bahagian artikel ini akan digunakan sebagai rujukan photog photog baru yang cepat sangat terikut trend.

    and please spread this article around.

  3. acidsulfurik on January 10th, 2010

    aku rasa sure ramai yang akan setuju dengan penulisan nie…good info bro! sume2 tone yang tak seberapa yang dijual dengan harga yang tak munasabah tu cuma akan dibeli oleh orang2 malas , bebudak baru yang masih buta arah tak tau nak masuk mazhab mane dan taknak usaha langsung..at least cari tutorial kat gugel. good info here bro.

    sharing is caring :)

  4. Joncy on January 10th, 2010

    good info bro… aku dok cuba2 gak ngan preset2 yg hang bagi untuk lightroom.. mmg menarik…

  5. hellmy on January 11th, 2010

    bro, asal muka aku tak kena edited? hahahahah

  6. fendyzaidan on January 11th, 2010

    aku bagik separuh separuh la…

  7. nizam.nuri on January 11th, 2010

    fail!… sebab takde muka aku.

  8. khairulaqmal on February 15th, 2010

    “it just playing with numbers. Its actually really a simple color correction process!!! Takdelah RARE atau SUSAH mana pun…”

    aha. yep tak lah RARE mana pun tone tu.
    actually. bab2 tone ni, kalau boleh explore sendiri lagi seronok ar. lagi dapat kepuasan dari buang duit beli direct. baik guna duit tu untuk upah editor2 gambar yang gempak ajar korang camna nak power lagi guna photoshop/lightroom ye tak. btw, nice job bro. this is good advice for the photographerssss out there

  9. WRD on February 17th, 2010

    YAY ADA MUKA AKU DENGAN SYAFIQ!

Leave a Reply