It’s Just Color Correction, Not Rocket Science…

Disclaimer: Entry kali ini adalah salah satu daripada cara penulis berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang mahu berkongsi ilmu, mengajak semua membuka minda dan mendapat beberapa kesedaran tentang asas-asas digital fhotography yang mana akan samada membantu pembaca untuk menjadi seorang photographer yang lebih baik, tetapi tidak beridentiti ataupun photographer yang lebih berdaya maju dan mempunyai imej dan kreativiti sendiri. Contoh-contoh fhoto yang digunakan di dalam entri ini, adalah milik sepenuhnya penulis. Maaf dipinta kerana tiada fhoto model-model wanita dibayar berpakaian dan beraksi ghairah seksi dan mendedahkan aset-aset mahal mereka.

Entri kali ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum entri penuh berupa artikel penerangan. Ianya berkaitan penggunaan perisian Adobe Lightroom dan presets bagi memanipulasi sebarang jenis fhoto. Ia bertujuan untuk mendedahkan diri pembaca di sini, tentang proses memanipulasi fhoto supaya bertukar menjadi sesuatu yang lain dari asalnya. Selain bertujuan untuk memberi edukasi, ianya juga bertujuan untuk membuka mata tentang betapa mudahnya jika kita mempunya mata rasa tersendiri dan kreativiti tanpa mengikut atau memutuskan apa yang betul, apa yang hebat, apa yang hip, apa yang otai buat, tetapi lebih mengikut kepada kehendak naluri sendiri.

Dalam dunia digital ini, teknologi perlulah digunakan sepenuhnya. Walaupun mungkin boleh dianggap mencemarkan seni asal manual dan analog, penggunaan kamera digital yang menjadi aliran arusan perdana, perlulah digunakan ke tahap paling maksima, namun masih mengekalkan ciri fhotografi, bukan grafik. Namun begitu, era ini juga banyak melahirkan “FALSE PROPHET” yang didewa-dewakan sedangkan sesuatu yang dihasilkan dewa-dewa ini, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sedikit asas penggunaan Photoshop mahupun Lightroom, sedikit mata yang halus, dan keberanian menghasilkan sesuatu di luar kelompok kebiasaan dan perdana.

Its not that hard. Its just color correction, not rocket science…

01 ardy

01 birdcaged

01 cablecar

02 airplane

02 batman

02 dragonfly

02 rockwall

03 dragonfly2

03 penangbridge

03 rider1

03 sillhouette

Esok saja…

Popularity: 16% [?]

1 Comment so far

  1. izuddin.helmi on March 3rd, 2010

    Shared everywhere on the planet! ;)
    Thanks for this post

Leave a Reply