jack sparrow terjaga dari tidurnya yang sememangnya kurang enak. panas. hujan amat lebat di luar. tapi apasal rasa panas? bekalan lektrik terputus akibat ditendang petir, fius mati. amat panas. jack sparrow ubah posisi, beralih ke kiri, sepasang kaki terjulur ke arah muka nya…

demm!!! kaki baim, dia tidur songsang…

jack sparrow ubah ke arah sebelah lagi. hujan lebat. petir mencerahkan ruang bilik sempit berdinding pokok pokok yang dibelah nipis. cerah, mcm lampu spotlight dipasang tutup, dipasang tutup. bunyi titis hujan besar besar bertemu atap zink amat bingit. hujan terlalu lebat…

tup! tup!

jack sparrow ubah lagi, mukanya memaling menatap siling kosong. rasa titis titis percikan kecil air di lutut kirinya. semakin lama, selimut semakin basah. di situ, di situ sahaja. menitik air dari bumbung bocor!!!

jack sparrow bangun, ubah tilam nipis menyerong. jack sparrow tidur, cuba lelapkan mata. tapi bunyi titis hujan besar besar bertemu atap zink amat bingit. hujan lebat…

baim tidur songsang dan nyenyak…

pagi ini jack sparrow bangun dan punya mata panda…

esok saja…

Popularity: 3% [?]