semalam, selepas pulang dari kerja, Jack Sparrow duduk bercangkung di hadapan laman rumah. di tangannya ada ranting kayu kering. di kais kais tanah depan matanya, sambil ketawa terbahak bahak. aku bingung melihat aksi Jack Sparrow. setelah memarkir skooter ku di bawah kanopi, aku terus menghampiri Jack Sparrow yang masih rancak mengais pasir pasir berdebu itu…

“wei, kau buat apa Jack?” tanya aku. Jack Sparrow buat bodo. tangannya makin galak mengais pasir pasir itu. debu debu naik. diikuti dengan ketawa terbahak bahak syok sendiri.

“wei!” aku tarik bahu Jack Sparrow. fade up aku dengan perangai bodoh kayu beliau. Jack Sparrow yang tersentak tadi, mula menoleh… yang peliknya, Jack Sparrow tidak marah, dia tersenyum menampak kan gigi emas seketul dua ala lanun Pirates of The Carribean…

“perkenalkan beck, binatang peliharaan aku, ulat gonggok!!!” dia tunjukkan pada aku seekor ulat gonggok yang menyimpulkan badannya ketakutan dengan ranting kering Jack Sparrow…

“aku namakan dia becky, ngahahhaha!!!” dia ketawa sambil tepuk tepuk dada macam tarzan lupa diri…

aku berlalu tinggalkan Jack dan ulat gonggok bernama Beckynya…

dan ketika aku turun dan keluar semula, Jack Sparrow sedang memaki hamun ulat gonggok itu tanpa sebarang sebab munasabah. atas alasan dia malu, dan selalu jauhkan diri dari orang. atas sebab itu ulat gonggok itu dimaki Jack Sparrow.

Jack Sparrow makin parah…

hari pertama Jack Sparrow kembali, Jack Sparrow perlu berambus jadi monyet!!!

dan aku, aku pun teringin jadi monyet…

“Fendy, kamu nak jadi apa bila besar nanti?” tanya Cikgu fauziah, guru kelas darjah 2 Dahlia.

“saya kalau tuhan izinkan nak jadi monyet cikgu,” gegak gempita satu kelas ketika jawapan itu keluar dari mulut aku…

hurm, long life dreams aku mahu jadi monyet, agaknya…

esok saja…

Popularity: 4% [?]