Jilat! Jilat! Jilat!

Mula mula sekali, aku nak luruskan beberapa perkara.

Tajuk entri digunakan untuk tidak mengenerate SEO. Ha Ha Ha.

Terima kasih kepada semua yang telah menyebarkan entri tersebut kepada forum-forum Fhotografi di Malaysia ini. Walauapapun nawaitu kamu, baik atau buruk, saya serahkan kepada Tuhan untuk dinilai. Aku tidak mengenali thread starter tersebut dan tidak ada apa perjanjian dengan mereka. Mereka secara sukarela meletakkan pautan artikel tersebut. Jika kamu mahu siapa yang memprovokasi, mereka-mereka inilah. Aku penerima maki-maki kamu sahaja. Malah ada yang terlebih rajin dengan meletakkan url flickr dan juga mengambil sekeping gambar aku di flickr dengan tujuan mengaibkan aku dan melanggar peraturan hakmilik. Kamu akan saya hubungi. Terima kasih.

Nama aku Affendy Zaidan, tapi kamu boleh panggil aku Fendy. Ini adalah blog/photoblog aku, tempat aku menulis. Ini pulak Flickr aku, tempat aku letak “kerja” fotografi aku. Bila aku letak nama penuh aku dan memperkenalkan diri aku, aku harap, jika kamu jujur dengan diri sendiri, dan mahu pandangan kamu diambilkira, silalah memperkenalkan diri kamu, dengan url dan email yang betul. Aku letak diri aku seketul bulat-bulat di sini untuk dinilai dan dikeji. Bukan olok-olok. Sila wujudkan sedikit digniti atau rasa hormat kepada diri sendiri, barulah aku akan menghormati pandangan kamu. Dan kita boleh berbincang secara selayaknya. Tidak perlulah rasa gentar atau takut untuk meletakkan url ke blog/fotopages/flickr kamu (ya, ada setengah yang boleh ditrace, dan aku tidak rasa kamu patut berasa malu dengan hasil kerja kamu untuk dinilai. Adil?). Aku tidak boleh bertoleransi dengan mereka-mereka yang cakap merepek dan tidak meletakkan nama atau jasad kepada suara merepek tersebut. Ini perbuatan pengecut. Fahamlah itu dahulu, kemudian kamu akan faham kenapa aku bersifat kurang ajar seperti yang dikata oleh orang-orang di entri “Kenapa Aku Anti Wedding Fhotographer”.

Lagipun tengok tag blog ini sendiri,

MANUSIA PRAHISTORIK DIGITAL
SINIKAL, KURANG AJAR DAN BIADAP…
Entri di sini, banyak sinikal. Banyak!!!

Tercuit sikit, ada yang melenting. Tercuit sikit, ada yang menyerang peribadi penulis. Tidakkah ini menampakkan apa yang ditulis itu menunding-nunding pada diri kita? Lepas itu, disalahkan aku. Letakkan diri kamu sebagai aku, sebagai tuan rumah. Orang bertandang, tanpa salam, tanpa perkenalkan nama, menyerang kamu dengan tuduhan tak berasas. Pelik dan tidak adil bukan?

Ah. Sehari sudah aku tengok saja entri itu, hendak melihat ke mana halatujunya. Sememangnya tidak sampai benda yang aku cuba sampaikan kepada kebanyakan orang. Tapi ada juga yang faham walaupun banyak yang melenting. Terima kasih kepada yang jujur memberi pandangan. Banyak membuat aku berfikir dan menjana persepsi baru tentang tajuk ini.

Tiada niat langsung dari pihak aku seperti yang dicanang-canang anonymous bahawa aku ini memfitnah, mencurahkan pasir ke periuk nasi orang, dan ada juga menuduh aku nak menjahanamkan orang Melayu. Tetapi dengan entri sekecil itu, orang sudah mula gelabah gusar. Tapi tidak terfikirkah kamu bahawa ini adalah blog persendirian. Tiada siapa pun memaksa kamu atau sesiapa sahaja menerima apa-apa pun dari sini bulat-bulat.

Entri pun bertajuk “KENAPA AKU ANTI”. Aku sahaja. Pendapat aku. Siapalah aku ini jika hendak dibandingkan dengan kamu-kamu yang memang wedding photographer amateur, professional dan poser. Aku hanya seorang lelaki yang mempunyai fotografi sebagai hobi dan pemerhati aliran fotografi ini. Salahkah aku melahirkan pendapat? Atau kita semua tidak boleh ditegur. Aku jujur, aku tidak menggunakan peribadi olok-olok. Aku ada bentuk, ada wajah, ada nama.

Peliknya, aku ingat tidak ramai wedding photographer yang akan terasa dengan entri yang nyata ditujukan kepada poseurs dan trend follower. Bukan hendak berkata aku betul, tetapi memang wujudlah sifat-sifat yang diperkatakan dalam perkerja-pekerja tukang amibil gambar orang kahwin ini sendiri. Salah aku? Bagaimana pula mereka-mereka yang bersetuju sebulat suara, atau pun separuh bersetuju? Tidakkah itu menunjukkan ada yang benar dalam artikel tersebut?

Terimalah kenyataan. Banyak lagi kerja-kerja kita yang ada kelemahan. Terpulang pada diri masing-masing hendak menentukan ke mana hala tuju those so called WEDDING PHOTOGRAPHER ini. Seperti yang dinyatakan terdahulu, aku bukan wedding photographer. Serius. Tidak bolehkah teguran itu dilihat teguran oleh seorang pelanggang yang ada pengetahuan fhotografi? Ataupun sebagai pemerhati trend fotografi menegur komuniti fotografi itu sendiri? Apa kebalkah sehingga perkara-perkara ini menjadi satu larangan untuk diperbincangkan?

Dan kini, ada yang bertanya apakah solusi semua perkara yang disebut pada artikel tersebut. Adoi! Siapa wedding photographer sebenarnya sekarang? Kamu semua kebanyakannya di bayar melakukannya. Kalau aku seorang usahawan, manakan mungkin aku berkongsi trade skill aku dengan kamu? Tetapi banyak PRO-PRO telah meninggalkan pandangan dan cara bagaimana kamu boleh memperbaiki diri masing-masing sebagai seorang jurugambar dan wedding photographer secara khususnya. Itu lebih afdal dari mendengar pandangan hobbyist macam aku yang kononnya tidak tahu apa apa ini.

Apa yang aku boleh berikan adalah perkara yang dilihat secara rasional.

Shot berulang. Solusi. Jangan ulang. Cari idea lain. Pilih atau create satu trademark shots yang hanya kamu sahaja boleh buat (atau tidak ramai photog boleh lakukan ketika itu). Trademark itu akan menjadi identiti kerja kamu, seperti mana shot-shot dari cermin solek yang telah menjadi trademark dahulu dan menjadi ikutan sampai sekarang yang mana membunuh originality. Bila trademark kamu sudah boleh dilakukan oleh semua orang, beralih mencari trademark lain.

Secara logik akal yang tuhan bagi, kalau semua wedding photographer yang muncul satu hari nanti, punya shot yang sama, punya kualiti kerja yang sama, punya harga yang sama, dan yang sama ini bukanlah ditahap yang memuaskan, tetapi kegagalan edukasi terhadap pengguna, membuatkan pilihan menjadi mudah. Trade tools korang boleh diproduce mudah dan ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding nilai kerja kamu tetapi hasilnya sama malah lebih baik? Originality ini boleh hilang dalam 2-3 hari. Isnin kamu shoot secara A, rabu sudah ada photog lain shoot secara A beribu-ribu orang. Apa nak hairan, dunia cyber, maklumat di hujung jari. Dengan itu, trademark shot atau specialty adalah pilihan yang terbaik untuk maju dan berdiri berasingan daripada photographer lain.

Ya, akan ada photog counter, itu ini adalah kehendak pelanggan dan terpaksa diturut. Bagi aku, kerja photographer ni bukan dari segi teknikal sahaja, bukan petik kamera sahaja. Bagi aku, photographer juga perlu bertindak sebagai konsultan dan art director. Terangkan kepada pelanggan, shots yang diminta (kebanyakan takde originality) akan diambil, tetapi kamu punya idea lain yang perlukan kerjasama dan yakinkan mereka bahawa ianya membawa kelainan daripada album-album pelanggan lain. Gunakan daya kreativiti kamu sebagai photographer.

Pasti orang akan mencemuh, “Cakap pandai lah,”. Tapi, kalau kamu tidak mahu kehadapan, berjaga-jagalah. Akan ada gelombang baru photographer NU SKOOL yang pandai bermain dengan software editing dan hanya perlu masa untuk develop skill composisi dan gaya thema gambar. Mereka-mereka ini yang berguru dengan GOOGLE dan berujuk dengan JPGMAG atau FLICKR. Mereka akan memintas kamu sedikit masa lagi kerana mereka mungkin sedikit sebanyak tidak terikat dengan gaya-gaya lama yang kamu semua perniagakan.

Satu lagi etika kerja dan rajin improve diri dengan knowledge. Etika kerja kena sentiasa cemerlang. Setiap gambar yang dipilih dan diedit perlulah mencapai standard bukan sama dengan bayaran, tetapi lebih dari bayaran. Zaman teknologi ini, post processing adalah segalanya. Tanamkan identity kamu tersendiri pada setiap gambar yang diedit. Mungkin ramai orang kata, kerja perlu setimpal dengan bayaran. Tetapi tidakkah kita terfikir, dengan hasil lebih sikit dari kita, akan membuatkan pelanggan kita bertambah? 6 rules of separation. Kerja bagus, akan dirujuk berkali-kali dan direkomenkan.

Satu perkara lagi, sifat humble. Ini perlu bagi yang baru nak berkecimpung dalam bidang ini. Bila ada orang nasihat, terutama sekali yang memang dah benchmark, terimalah yang buruk-buruk itu, lebih dari yang puji-puji. Jika sekarang gambar dipuji, esok lusa, 10-40 orang dah boleh buat benda yang sama, malah lebih elok dari itu. Bila PRO tegur, terima dan cuba improve diri. Kemaskini skill dan cara bekerja. Banyak aku lihat di forum-forum bila berani menggelarkan diri wedding photographer, ada former lain menegur, dah dikira offensif. Melenting, kata orang dengki. Kata orang nak letak pasir dalam periuk nasi.

Dan janganlah kita fikir kita boleh charge harga PRO bila kita pun baru buat satu wedding job, itupun kakak kandung punya reception. Ini semua orang tau. Orang akan cakap, itu rezeki dia, itu rezeki dia. Tapi…, haih, fikirlah sendiri.

Orang kata aku sembang kosong. Sebab tak boleh backup dengan cadangan pembaikan fotografer perkahwinan ini. Tapi, aku tidak buat kerja ini. Siapa lah aku. Bila aku cakap, nanti orang kata, semua terpulang kepada pelanggan. Pelanggan yang tak menggalakkan kreativiti. Kalau ada pelanggan yang bagi job untuk kamu ambil gambarnya di majlis nanti, dan berikan segala kebebasan untuk kretiviti kamu, bersediakah kamu? Atau hanya shot-shot itu (yang repetition) yang ada dalam workbook kamu?

Fikirkanlah.

Alah, siapalah aku ni. Bukan PRO pun. Siapalah nak dengar cakap aku…

Satu lagi, pasal perihal menegur noobies atau newblood di fotopages. Aku tak tahu menahu hal ini, tetapi apa yang aku lihat, orang orang photography hanya akan komen, bila kamu puji gambar dia, dia akan bertandang ke fotopages yang mengkomen tadi, dan memuji sekeping entri dia yang paling atas. Itu yang selalu terjadi. Lalu wujudlah perkara otai taknak tegur noobie la, noobie tak puas hati la. Otai nak tembak noobie mati la. Tapi penting sangat ke persetujuan otai nak majukan diri ni? Tanya diri sendiri balik.

Untuk pengetahuan, aku juga tidak berguru dengan sesiapa, Tiada juga sertai kumpulan atau gerakan photografi. Aku tidak cari approval sapa sapa. Tidak berniat memuaskan hati sesiapa terutama sekali otai, kerana aku dan mereka sangatlah berlainan level. Akar dengan langit (aku akar la). Tetapi sesekali bila dipuji, kembang juga. Pasti ada sesuatu yang betul aku telah lakukan. Photography hanyalah hobby.

Tetapi tidurku masih nyenyak.

Jangan salah faham. Ini bukan entri minta maaf. Aku masih pegang apa yang aku cakap. Terpulang untuk kamu bagaimana untuk menerimanya. Secara positif, atau negatif. Provokasi adalah satu cara untuk membuat kita berfikir akan sesuatu isu. Terpulang bagaimana kita nak hadapi provokasi itu. Provokasi orang lain, selalunya aku pandang dengan kelakar sahaja.

Aku nak kembali kepada menulis blog HATER ini.
Tapi kamu semua masih dijemput untuk mengkeji dan menghina.
Vice versa.

Esok saja…

Popularity: 51% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

38 Comments so far

  1. Bard on July 12th, 2008

    Salam..
    aku smakin best tgk blog ko ni..
    wlupon kekadang ayat ko tu pening sket..
    hehe!
    bukan nak puji ko,tapi ko pon jenis yang tak harap pujian.
    so,d truth is,ko tulis,aku bace.
    even aku ni anonymous.
    then aku fikir.
    ttg ape yg ko n pengomen2 laen tulis.
    bende camni akan mmbuatkn *aku* terus berfikir dan menilai.
    sorila aku tkde blog,takde ms nak wat…plus tak reti sgt.
    just tgk2 blog orang.
    orait!
    W’salam
    -end-

  2. Bella on July 12th, 2008

    i’ve put my thought in Anti-WP comment..
    ahaha! becky, ko buat aku orgasm :D

  3. Shidi on July 12th, 2008

    Salam sejahtera

    Firstly, tahniah diucapkan. A very good view. Membuatkan aku fikir sejenak. Sebelum ni pun dah terfikir, tapi tak penah ada orang buatkan jadi hitam putih.

    Wedding photographer sekarang dah terlampau banyak. Banyak sangat sangat sangat sangat sangat sampai aku pun rasa malu alah and malaih nak venture. Takut dilabel sebagai orang yang ikutkan trend. But, itu semua terpulang pada diri masing-masing. Valuelah diri sendiri. Where do u stand as a photographer? Are you really a photographer? Or are you just a person who owns a camera? To me, I’m just a person who owns a camera. And what makes a pro… pro? Is it owning a Degree in Arts? A diploma in Photography? Owning a photo studio? Pandai melukis? Or just sekadar owning a camera? Honestly, aku melukis pun tak reti. Pemandangan tepi laut pun belum tentu lagi boleh.

    Tapi seronok jadi photographer nie. Dapat banyak kawan. :-) That’s why I enjoy shooting during weddings. And alhamdullilah, people like my work, hired me. Something I enjoyed doing is turning into a source of income.

    Camera makers sedang bersaing untuk produce DSLR yang mampu dimiliki oleh orang ramai. To some people, owning a DSLR is good enough to be a pro. Which for me, is absolutely a NO NO. Aku pelik how some ppl boleh gelarkan diri mereka pro??? GILA TAK MALU. Ada satu cerita yang nak dikongsi bersama. Aku boleh jamin, kalau hang dok ada kat situasi aku time tu, silap-silap hang maki depa tu teruih kot. Hahaha. OK, here it goes.

    Aku pi satu kedai kamera. Saja nak cari lens 2nd hand (beli lens 2nd hand sudah…. sep duit). Then ada a few other ‘photographers’ in the same shop. Masa tu, kebetulan a new camera model baru launch (range between pro and entry level model), a few weeks back. He was very tempted to own the camera until one of his friends bersuara, “Hang kalau beli camera nie, kena boh battery grip. If not camera hang nanti nampak macam entry level nya DSLR”.

    Aku tersengih.

    KENA BOH BATTERY GRIP!?!?!??! Apa yang penting sekarang nie? Rupa bentuk fizikal camera tu.. atau quality gambaq yang boleh camera tu hasilkan setelah pengguna tengok thru the viewfinder and hit the shutter button? Gosh.

    To me, ni lah yang terjadi pada rakyat Malaysia sekarang. Orang galaih kamera kat bahu, suma pun nak ikut. It’s not a hobby anymore, it is somehow a luxury. To those yang tak paham teknikal lagi about the camera, beli any DSLR will do. Takleh imagine kalau yang dah kaji pasai kamera tu, ada duit, silap silap angkat high end nya camera terus.

    I agree with SN. A camera is just a tool. Sometimes aku rasa gambar yang aku hasilkan, compact pun boleh kot. Composition tidak2 ja. But, with DSLR, banyak benda yang kita boleh control. Bounce flash ke dinding, slowkan shutter kasi blur, naikkan effect movement (tak jadi jadik lagi aku buat), increase aperture, bla bla bla. Banyak lagi lah. Tapi end product, gambar yang dihasilkan tu, itu yang penting. Composition tu cun tak?? Orang kalau tgk, terharu tak?? Couple boleh berbaik baik balik tak after a fight if they look at their wedding album? (salah satu cara untuk berbaik dengan pasangan anda… :-) ). Satgi tgk gambar cam hampeh ja, gaduh balik kot.

    Pasai charge memahal, gambar tak seberapa, memang banyak sekarang nie. But some ppl, they deserve to charge that amount as they are a pro. What is the point of reference of mahal or murah? We dont know. There is not standard. Lain la keja architect firm, M&E firm, C&S firm, depa ada schedule of fees. Right? But I’m sure, aku tak charge brutal gila la. Berpada dengan keja aku sehari dok kat tempat kenduri, panaih terik. And seriously, dulu aku ingat tak penat sangat, rupanya penat gila beb.

    So, yang terasa tu, jgnlah cepat melenting. Improve la diri sendiri. Sometimes kena ada orang point out an issue, baru kita nampak. And thanks to the owner of this blog, I’m pretty sure some can start thinking now. I know I am. To those yang still dok terasa lagi, errrrrr…. i dunno what to say.

    Kudos to fendyzaidan.com. Chiowz.

    Best wishes,
    Shidi

  4. Mr.T on July 12th, 2008

    engkau mmg berke”mampu”an..enaff said..hahaha!!

  5. hazriel on July 12th, 2008

    hehehe… u’re very good in writing… amek Degree bahasa ke dulu? ekeke…

    btw, aku tak penah la sampai tak puas hati kat Wedding Photog (WP) ni… cuma aku pelik, macamane bleh WP yg edit gambar senget benget, ratio lari, border sebelah tebal sebelah nipis etc pon masih ada orang hired… dan PLUS, berani betol dorang amek job… hoho

    aku paling suka entri ko yg lepas tang ayat “gambar CRAP dan EDITING CRAP dan HARGA CRAP”… hahaha… sumpah aku suka… dan disebabkan gambar aku crap, editing aku crap, sebab tu aku tak penah amek job…blom kompiden…haha… serius aku suka wedding photography ni, tapi aku masih bergurukan forum2 dan google… dan memandangkan gear aku yg “sangat” lengkap (350D kitlens w/o other accessories dan bwk dlm beg skolah je), tu yg membantutkan hajat aku… selagi aku tak bleh puaskan hati aku sendiri, aku takkan brani amek duit orang oooo….

    papepon, aku minat ayat Crap crap tu… rase cam nak buat tagline plak… kene bagi royalti ke? whoahaha…

    salam… peace

  6. Izad on July 13th, 2008

    best best

  7. Alvin Soong on July 13th, 2008

    I just saw all your pictures in your flickr album. It is all rubbish. Please stop taking picture and stop calling yourself creative. You are a shame to photograhy with photos like that.

  8. Mr.T on July 13th, 2008

    FUCK U la Alvin..at least some mag recognized his art works..show us urs and let us comment ur so-kol gud pictures..perhaps u don hv one??if dat d case,pls..go.to.hell..hahaha!!

  9. Fahmishah on July 13th, 2008

    Aku tetap sokong wei! Hahaha

  10. omarbahrin on July 13th, 2008

    hahah …ramai jadi komunis nih…hahaha…. aku tetap sokong wedding fotographer…..hahahaha

  11. Mr.T on July 13th, 2008

    aku x sokong sapa2 dan aku juga xsuka beck!!ahahaha!!

  12. razifmustapha on July 13th, 2008

    ni ape ni tua-tua asyik kelahi je…… orang tegur kita senyum je la…

  13. Bella on July 13th, 2008

    Alvin, another anonymous…
    googled it, but idk whether its gonna be d real person or someone who knows nothing and blamed by this remarks..

    LOL.. grow up la dear..

  14. far on July 14th, 2008

    i love u beck..
    haha

  15. omarbahrin on July 14th, 2008

    aku anonimus juga….banned aa aku….madefa***

  16. famia on July 14th, 2008

    fotografi tu sendiri adela sabjektif.
    beauty is in d’ eyes of beholder org puteh kata.
    ade yg kacak di mata kite. tapi tidak di mata org lain.

    macam aku.. wedding fotog bukan sabjek fevret aku.
    sbb dia kena ada passion dan patience nk ambil semua moment yg ade dlm tu. beratus2 gamba kena tembak. sebab moment dlm 1 saat tu mcm2 je bole jadik. so tembak je la selagi ada kudrat.

    dan aku rase utk hasilkan trademark sendiri..

    passion + patience + composition skills + editting skills = perisa Original

    so, pandai2lah letak harge yg bersesuaian dgn perisa Original tu. kadang aku browse thru FP.. tekujat gak tgk harga member2 letak utk wedding. Ganaz. Ada yang perisa original tak berapa kena dengan harga yang sepatutnye. itu macam menganiaya sebenarnye.

    tapi itula. entah. pandai2lah.
    aku tau masing2 nk cr duit. cume harap2 caranye ADIL lah. biar kena pada tempatnye. jangan nak ikot trend je.

    kadang tgk membe pakai DSLR gabak2… nk ikot beli gak. tp basic DSLR tak tau. dahla tak tau.. xnak belaja pulak tu. xnak betanye plak tu lagik. xnak terime kritikan membina plak lagi tu.

    miskin akhlak langsung.

    entah. masing2 da besar.
    pandai2lah.

  17. fendyzaidan on July 15th, 2008

    thanx alvin soong for the special comment. you make me smile… :)
    ur entittle to ur own opinion, as i am also.
    please provide ur link to ur portfolio so i can take a look at
    and marvel at your work.

    and semua komentar lain, terima kasih and jgn start gaduh gaduh kat sini, tak puas hati ngan anonymous ni, buat derk je. mereka tujukan post komen mereka untuk aku. takpe, aku baca dan senyum.

    argh. bestnye bercuti 3 hari. mcm malas nak masuk kerja.

  18. azfar on July 15th, 2008

    entri kau tidak disudahi dengan “simbah aku dengan yogurt dan jilat”
    tolak 10 markah

  19. jasmin on July 15th, 2008

    kelakar. gamba mcm haram mengaku fotografer. kelakar.

    eer, aku bukan kata kau beck, aku kata orang lain. hahhaha

  20. fendyzaidan on July 15th, 2008

    dia nak panggil org masuk web dia tu, sbb tu dia tak letak satu link, bila search dlm google, ada byk link nama dia. nak generate income ah tu… hahahha… :)

  21. azfar on July 15th, 2008

    oh beck, kau idolaku~

  22. fred on July 15th, 2008

    aku setuju sgt dgn “Tapi penting sangat ke persetujuan otai nak majukan diri ni? “. Kadang2 aku tgk yg mengaku otai tu lebih2 lak kalau bg komen. Kalau noobie letak harga murah je drpd harga dia, bukan main marah lagi. siap nk buat workshop nk standardize harga la bagai. aku tak nafikan ade kebaikan, tapi jgn la nk suruh noobie ni letak harga mcm diorang letak. nanti customer sure ckp, “ala, photog ni harga same je, baik ambik yg dah lama tu, mesti terer”. Suke hati la dirang nk letak harga apa pun, bukan dia suruh otai2 tu tlg edit pun, jauh sekali nak suruh tlg bawak camera kan. So, fikir2 la untuk majukan diri

  23. ijad on July 15th, 2008

    aku tak baca sgt beck kau punye post entry nih, aku dah tau camne kau pk, aku dah tau camne kau tulis, so aku tau la niat kau. aku tak penah jumpe kau tapi aku hormat la kau ngan penulisan kau. aku comment ni nak jawab fred atas ni ha,bukan masalah sukahati noobie nak letak harga bape, letak harga base on quality. tgk kat luar harga so called otai2 tuh, dorang tuh dah lama, pengalaman banyak, gear cukup, editing hensem, so dah tentu la quality naik. sebab tu mahal.

    aku penah jumpe client, dpn muka aku dia cakap ” kawan saya buat sebijik cam awak nye package nih, tapi harga dia murah 1k lagi dari awak ” .. aku ckp kat dia balik, ” murah la tu kak ” itu je. last2 lepas dia tgk sample album aku, quality aku, dia amik aku jugak dari kawan dia yg sama je package cam aku tapi murah 1k.

    kena client tau quality, dorang tak kisah letak harga. kena client yang tak tau quality, dorang tgk pada wang ringgit lah, lagi murah lagi save. rezeki masing2 je. tapi kalau pakej standard org letak 1k, ada noobie letak 200, macam mana? noobie yg letak 200 ni tak pk costing as a whole. pk lepas dah deliver product, pk ada untung 50 pun lepas la,padahal costing kira bab cuci gamba je, minyak, tol, penat lelah, gears costing, pc nak edit, sume tak kira. tu sume cost.killing the market at its best. tapi nak buat camne? last2 rezeki masing2 gak. ada ada ar, kalau takde carik lagi.

  24. ayaq on July 15th, 2008

    orang yang takleh menerima teguran tu adalah orang yang bangang… sampai bila dia takkan ke mana kalau perangai macam tu…

    lantak je diorang abg..

  25. otosan on July 16th, 2008

    assalamualaikum wbt.

    aku suka komentar korang tapi aku lagi suka pandangan penulis disini.. tak semua orang boleh fikir di sebalik sesuatu… hanya fikir apa yang nampak… taknak fikir dan whats beyond…

    critical thinking ni mmg takde dalam silibus sekolah di malaysia..thats why melayu… tak menyeri… mentaliti “cukuplah asal ok, that’s all, im done,” dan sewaktu dgnnya…sukar dikikis… seperti karat tegar..

    aku tak bagus pun. tak semua orang bagus pun. gambar penulis tak bagus pun. tapi dia bagus… pada aku…seorang yg sedia memberikan pendapat untuk bidang orang lain. untuk kebaikan orang lain. itu bagus.

    dia tak cari makan dalam wedding. tapi teguran dia untuk membantuk wedding photog. kenapa tak di ambil secara positive? Allah s.w.t sediakan ruang untuk berfikir positive atas setiap kejadian seharian..including his statement… why not? to improve?

    i would like to say thank you very-very much to this small writer who think BIG… sbb penulisan kamu, saya dapat job yg memerlukan artistik walaupun rezeki itu mmg dari Allah s.w.t..tapi ..asbab penulisan kamu saya suka fikir-fikir-renung-renung.

    rasa mau belanja makan si penulis and borak creative… as creative as this story aku dan sifu.

    ” sifu..kenapa sifu pakai 1 flash je untuk setting outdoor..saya tengok..most photog akan bawa banyak flash… malahan sampai 8 set untuk 1 sesi”

    sifu jawap

    ” cuba ko bangun pagi2 lepas subuh jgn tidur balik… ko tengok cahaya matahari naik….kemudian jam 10 ko tengok lagi..kemudian tghari..kemudian petang..dan kemudian senja”

    “shadow pagi jatuh di mana…shadow jam 10 jatuh di mana…shadow tghari jatuh di mana..shadow petang jatuh di mana..”

    “Allah s.w.t cipta 1 sumber cahaya…. cantik satu dunia.”

    ……

    wasnt it great to be think?

    (otherwise..lighting is needed to be studied too :P)

    wslm.

  26. OB on July 16th, 2008

    otosan….great story…
    ske ngn pengisian cite tu… :D

  27. fendyzaidan on July 17th, 2008

    thanx kepada semua yang sudi berkongsi pendapat dengan aman damai. alhamdulillah, blog ini dah kembali tenang.

  28. Sue Anna Joe on July 17th, 2008

    It’s the internet, a public domain. Therefore, dumb asses, rudeness, vulgarity, ass kissers, yang sentiasa sokong 200%, or yang ada saja nak kutuk dan dikutuk akan timbul, especially bila kita mengulas sesuatu yang memang provokatif dan hangat.

    I would be surprised if, the response suma setuju, damai, dan bertatsusila. Something which only exist in a fantasy realm lah.

    And usually the attack would be typical, masa Anna hangat memberi kritikan pasal indie clothing labels, hangat juga penangan yang kena. Ada yang sokong, ada yang sokong tak sokong, ada yang tak sokong langsung, terus entry, terus fuck, dan siap set up myspace khas bernama ‘Sue Anna Who’ dengan memanipulasikan gambar Anna, buat mata julinglah, and dengan details yang berbaur seksual semata-mata nak attack balik. Oh and the typical bit was part yang dia tengok artwork kita balik and mulalah nak carik benda nak kutuk. Siap carik tu, sebab dah takda idea isi nak cakap untuk kutuk balik, terus menjunam ke arah personal attack. Haih seriously these people.

    Apa yang penting, what you said is what you honestly think and feel. It’s all your opinion, yeah it may hurt some. But that’s how things are in life, kita manusia dicipta dengan otak, pemikiran, hati dan nafsu. Minat yang pelbagai, cara yang berbeza.

    In my opinion, the best way to make people see and understand is to set an example for yourself. So perhaps you should try taking some wedding photos someday, and show what you mean. As they say talk is cheap. And action speaks louder than words.

    Apa-apa pun, memang bagus that you put this issue up in public. Whether people agree or disagree, yang penting it makes people think. And hopefully come up with their own views, and are open to others as well.

  29. xmindfreakx on July 17th, 2008

    ahhaa..harap mereka yang tidak melenting seperti post kau terdahulu beck..harap mereka tidak mendegilkan diri mereka dan menolak terus tanpa proses dalam otak dan hati mereka..Aku pun nak buat WP.Aku akan wat wed kawan aku.Aku siap wat storyline dekat buku lukisan pastu tunjuk kat kawan aku itu.Ahaha..Harap tidak streotaip.

  30. buttet on July 18th, 2008

    Dear Fendy

    aku tak suka amik wedding penat dowh lepak sehari shoottttt bagai nak gila balik-balik tgk 700 kpg ka 100 keping ka
    kedian nak pilih…dah pilih kena edit plak bila dah edit kena print plak buat album plak..penat dowhhhhhhhhhhhhh sungguh memenatkan sehingga aku kena minum power root untuk dapatkan come back tenaga aku damnn…but minyak dah naik…toll nak naik…bill tue nak naik..aku terpaksa mengubah cara hidup aku dari xsuka kepada suka sorry bro gua tak kesah lu anti sama gua…tapi entry lu gua suka beb cuma ada part yang tak betul tapi apa gua peduli itu cetusan rasa lu aja beb..

    regards
    buttet

  31. bella on July 18th, 2008

    teehee XD

    yay! meh becky, aku blanje makan..
    ahahaha!

  32. jarri on July 18th, 2008

    wakaka.

  33. onioni on July 19th, 2008

    silalah lihat pautan ana dari awal. itupun kire dah episod 162 masuk musim ke6 sinetron ana dari zaman kanak2 mengenai minat ana pada fotog. klu buat novel mungkin boleh laris sbb storyline ana agak tragis dan patetik. klu ade rezeki boleh jumpe anta mungkin kite boleh kongsi. ana suffer dari gejala2 wannabe n poser ni sejak dari kecil lagi. ni kalau kwn2 ana nmpk ana kat sini musti ana kene gelak barang seketul dua. teringat masa study dulu dlm klas asas komunikasi kene blaja kamera. kamera jabatan bagi pinjam tapi stok tak byk. kene kongsi plak kumpulan2. ana dpt kamera yashica yg byk calar2 pasal yg cantik2 sume org lain dh rembat dulu. amende la poser ni kamera calar tak calar pun boleh jadi panduan. ana bukan org senang. org lain cukup dgn full set amik gamba, ana baru cukup duit utk beli A400 second hand ofismate punye. dgn kamera 4mp tu la ana dok menungging2 cari angle kunun2nye dari pandangan mata semut (ini cikgu seni ana kat sekolah yg ajar semut2 ni) bile org lain masing2 dah angkut dslr masing2 ana baru terhegeh2 dan excited beli eos888 dan tak tido mlm dok peluk mende tu. bile yg lain dah complete set dan berani amik job ana masih mengira duit syiling baki setiap kali beli barang. ari2 mengeluh bile nak penuh tabung nak beli dslr. selepas akhirnye cukup duit sejak mule menabung mase 300d baru kuar smpi skg 300d pun wannabe2 ni tk kenai kot mcm mane rupe die, baru ana dpt beli dslr. ana tau byk org keliling ana ckp hobi ni mahal tapi ana minat sgt nak buat mcm mane la kan. jadi bile dh ade set yg sesuai walaupun minimum ana bercadang nk gunakannye utk mencari duit lebih supaya ana dapat tampung hobi yg mahal ni. tapi bile ana nak mule je dh kuar artikel cenggini oleh anta. ana sedih campur geram akhirnya wannabe2 dan poser2 ni lagi yg buat langkah ana canggung. marahnye anta pada mereka ni same je tahapnye dihati ana. ana terduduk pikir ape yg anta ckp. apekah ana ini sebenarnya yg dari dulu lagi makan hati dengan wannabe dan poser rupe2nye adalah satu golongan dgn mereka. ye la ana takde name tibe2 nak amik job kan. tapi takkan sbb mereka2 ni ana kene lupekan minat ana selama ni. arghh… persetankan mereka. ikut resam mereka2 ni nnt bile dah jemu mereka pergi la. pakcik2 ana selalu ckp bile manusia perlaku tidak sepenuh dari nurani, manusia akan pergi bile ianya sudah tidak cantik lagi dimata mereka. umpama suami yg kluar mencari perempuan lain bila isteri dirumah sudah tidak muat saiz baby tee lagi. okeh la ini sume anta punye pasal. blog ana pun berbulan2 tak dikemaskini boleh pulak ana berjela2 menaip disini. hahahahahaha

  34. Boogey on July 23rd, 2008

    Berkongsi pendapat memang bagus dan digalakkan. Akan ada yang menyokong dan ada yang tidak bersetuju dan dalam masyarakat kita ni ramai juga yang suka duduk berkecuali. Cuma kemahiran dalam berkongsi pendapat tu perlu dipertajamkan agar tidak sehingga jadi memperkecilkan usaha orang lain dan tidak mematikan minat dan semangat jurufoto baru.
    Betul hasil fotografi lebih bagus kalau tak stereotaip, ada keaslian dan sebagainya apa lagi bagi yang memberi penekanan lebih dari aspek seni. Jurus pandangan, citarasa dan tujuan juga amat bagus bila tidak stereotaip dan terhasillah pelbagai school of thought yang memeriahkan bidang ini.
    Oleh itu, tak perlulah kita terlalu serious membidas cara dan kecenderungan orang lain hanya kerana ianya berbeza daripada perspektif kita.
    Tak perlu juga kita terlalu rigid menilai fotografi perkahwinan dari aspek seni semata-mata. Ada yang menitikberatkan perspektif tersebut dan ada yang menitikberatkan sudut komersil dengan mengutamakan kepuasan pelanggan sebagai landasan. Kepelbagaian itu bagus dan yang mana akan lebih laris nanti akan ditentukan oleh pasaran kerana fotografi perkahwinan ialah bidang komersil. Kita hanya perlu lebih terbuka kepada kepelbagaian dan tidak terlalu passionate dengan satu aliran sehingga bukan sahaja menolak tetapi mencemuh yang lain dengan alasan mempertahankan hak pelanggan, menjaga nama baik jurufoto profesional lain, memperjuangkan seni ke dsbnya.
    Usahlah juga kita memperlekehkan kedhaifan pencebur baru DSLR yang nampak bergaya dengan D300 atau lensa putih Canon tetapi masih kurang arif. Mereka perlukan masa untuk menambah ilmu dan mematangkan kemahiran dan dengan memperlekehkan orang lain kita hanya akan memupuk rasa angkuh dan irihati yang sememangnya wujud dalam diri kita tetapi berselindung disebalik kata-kata rendah diri.
    Saya ni hobbyist. I shoot for fun. Chill!

  35. fendyzaidan on July 23rd, 2008

    yup. chill. :)

  36. gbone on July 26th, 2008

    fendy,
    it’s up to you..your blog…
    only maybe some person cant accept your thread regarding “knp aku anti..”, but take note also those your opponent comment,i mean good comment..not the ‘carut’ one…heh.

    all of us have our own opinion..our own way..our own direction..
    beauty is from the eye of beholder..
    some word/attitude/photo/bla..bla.. may look good in some respective ppl, but some may see it as Bad…

    same as our blog created…

    but i like your spirit ..and your ‘nawaitu’ to twist pll mindset…but pls feedback in a good way,not in brutal or so-called ‘too openmind’ way..
    susah nk buat kat sini beck..kt m’sia..but we must accept this thruth of m’sian.

    aku pon sentiasa ingatkan diri aku jgak..

    so long bro…:)
    peace.

  37. Noisy foul-mouthed women on June 21st, 2009

    Ha Ha funny. Your noisy mouth really speaks louder than your pictures. watch this :-

    http://www.flickr.com/photos/beckzaidan/sets/72157611233244325/

    that’s ugly as fuck man. am sorry for that, and sorry for Shahrul too. What you have done on it is absolutely hideous. Same goes to what you so-called “kerja” on flickr. Do some color collaboration or use WB setting to figure your harsh contrast-colored dummies for fuck sake. It can cause eye irritation like seriously. You better use all preferences in PS/LR than just put in caption box as if you used it well. Neither a pleasant or somewhat in your Flickr, this is far from creative and might be a shit hole for your kampung commenter’s reference.

    and stop asking people to listen to Mogwai, because they already did before you. for fuck sake again stop trying impress people around, you’re not that young to be that idealist,and its annoying – all the time. they goes like, “Whats fucking wrong with him” initially and yet they still admiring a pathetic spineless fucktard kampung hero.

    and shut up kampung-minded people!! cause all you can say is nothing but “fuck you bitch,fuck you noisy women” ha ha. easily predicted.

    keep smiling like you always do, cause i’m smiling too :)

    keep writing and sleep tight ok? peace.

  38. fendyzaidan on June 22nd, 2009

    i wonder why that doesnt botherd me at all. maybe i’ve heard an even worst comments/bitchings.
    “anonymously” again, really shows who you are, whether you got balls or any parts of human genitalia or two…
    anyway, keep on bitching, biatch, whatever gender you really are. i smell hormone imbalance…

    oh, MOGWAI, pernah ke aku iklankan MOGWAI kat blog ni? seriously…

    and keep on smiling i guess. :))

    p/s:- kebolehan menaip dalam bahasa inggeris lebih sikit dari orang lain, dah nak panggil org lain kampung dan bermentaliti kampung. that sound really mature and classy. kudos.

Leave a Reply