Jumaat Yang Cerah…

280907a.jpg

Tetapi kenapa hati ku suram???

Aku rasa, puasa kali ini adalah puasa yang paling suram dan tidak bermakna dalam hidupku. Kawan-kawan cakap, semakin kita dewasa, suasana dan keseronokan itu semakin terhakis. Betullah itu. Semakin hilang. Lebih-lebih lagi hidup berseorangan sebagai bujang, jauh dari keluarga, jauh dari orang tersayang.

Hari-hari habis dengan penat lelah di ofis, hati sering memaki hamun atas tidak puas hati. Tetapi itukan tugas dan tanggungjawab. Perlu juga habiskan. Kerja semakin banyak sebelum mahu bercuti untuk Aidilfitri. Perlu siapkan dalam minggu depan rasanya. Minggu yang sekali lagi, semangat tentu sudah tidak ada. Mood raya sudah menjalar masuk hampir keseluruhan organisasi berkaitan. Huhu…

Aku rasa, aku perlukan perubahan suasana, keadaan dan tempat. Aku rasa, mahu tinggalkan kerja ini dan mula cari kerja baru. Tetapi, bebanan kewangan dan JANJI yang telah dibuat, memaksa ku mengharungi juga hari hari seterusnya. Nasib baiklah punya tukang sorak a.k.a cheerleader di garisan tepi. Terima kasih pada kawan-kawan, seperti Fiza(walaupun kejap), Bali, Azea, Omar, Duez, Ikmal, dan NizamNuri yang sekali sekala menghiburkan hati aku dan menjadikan aku siuman. Terima kasih sekali lagi.

Aku rasa seperti mahu berhenti menulis, dan tumpukan perhatian untuk photoblogging sahaja. Tapi, aku suka menulis, menjana minda berfikir. Dan berdiskusi bersama kawan-kawan adalah suatu yang menarik dan seronok. Aku tak boleh teruskan begini, menulis blog secara kerap. Dahulunya 6-8 entri sebulan. 25 entri dalam 40 hari adalah sesuatu yang baru bagi aku. Purata 1 entri selang 2 hari adalah sangat berat. Sangat…

Argh, aku sangat tertekan. Aku perlukan cuti yang panjang dari kerja dan melancong untuk membuka minda ku yang sudah ketat ini…

Nizamnuri, aku rasa, aku nak kasik ko jadik penulis entri kat blog ni, kau mau? Kita boleh gilir-gilir menulis…

Kata kunci ke sini…gambar makanan pelik, porno aktress, film cinta sejati, angkatan tentera malaysia dan permodenan, 2001 hasbro toys, sic spiderman, serigala jadian, budi bahasa budaya kita, gambar artis terbuka baju, kecelakaan motosikal 18 september 2007, organ gerak buaya, model perempuan jepun, spiderman mask lense, gambar animal gerak, sistem gerak manusia, lelaki dan perempuan beromen, kemana manusia pergi selepas mati, megapiksel, marion caunter, aku di kl, artikle bangsa dan budaya melayu, awek gebu, manusia pelik, kartun gerak, yasmin ahmad pondan, rancangan rumah jawa, melayu boleh vs bogel, you could be my heart extended, sharifah amani’s statement

Esok saja…

p/s:- Ada sesetengah orang merasakan mereka berhak memperkatakan apa pun tentang hidup ku, tetapi persoalan yang sering aku utarakan, adalah “Kau siapa?”

Popularity: 13% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

8 Comments so far

  1. bali on September 28th, 2007

    uiyoo kata kunci ko lagi best haha.

    aku masih mengungguli komentar kerap disini.
    yesszaaaaa!!!

  2. duez on September 28th, 2007

    cooll bro…esok da cuti,rehat la nnt.jalan skit 2 hari nih.Ko punya kata kunci tuh lepas aku tgk,fuh!!!memang power root!!!hahah

  3. aZruL on September 28th, 2007

    aik?
    beck, mana entry satu lagi? ko da delete?

  4. beckzaidan on September 28th, 2007

    @bali >> kata kunci peribadi diri… ahhahaa…

    @duez >> insyaAllah… mungkin sihat balik dan cergas…

    @azrul >> aku simpan. ahahha… jap lagi aku on balik… jap…

  5. fiza on September 28th, 2007

    near or far, lama atau sekejap, u always manage to make me smile. :)

  6. Ikmal Ibrahim on September 29th, 2007

    huh…ketat lagi otak aku nih kot…haha…walaubagaimana ketat pun otak kita ni, kita masih ada akal untuk berfikir dengan lebih rasional….otak tak sama dengan akal…betol kan??

  7. Suessy on October 1st, 2007

    What the hell is that? Kaki godzilla coklat? Kaki ayam? Kaki kucing berkuku tajam? I could not identify that…

  8. beckzaidan on October 1st, 2007

    @fiza >> hihi~

    @ikmalibrahim >> mmg tak sama. tapi akal tu apa? sapa boleh define akal? mana organ yang mengawal akal, apakah organ yang terlibat?

    @suessy >> display kat LV nye boutique KLCC la suessy. kim slm sama Mummooze….

Leave a Reply