img_8217.jpg
Canon EOS 350D 1/200sec f/5.6 200mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop

DSLR sekarang sangat hype dan trendy. Kanak-kanak tingkatan 3 pun boleh pakai fullframe DSLR. Mat rempit gantung DSLR macam rantai di leher dan berjalan sambil DSLR terhayun ke kanan ke kiri tanpa sebarang aksesori lain (beg kamera pun takde, hanya DSLR). Lepak di mana-mana pun, DSLR bercambah orang letak atas meja menunjukkan status mereka orang yang punya DSLR. Pergi gig, rata-rata tembak guna DSLR dengan flashgun/speedlight mahal-mahal. Haih…

Adakah aku ketinggalan zaman?
Adakah harga DSLR sudah murah sekarang?
Canon EOS 1D Mark III sekarang RM750 sahaja ke?

Yang tak sedapnya, kita tak dapat nak bezakan mana photo enthusiast dan yang mana satu poseurs. Dan yang lebih tidak sedapnya, gear dan system yang si poseurs pakai adalah lebih mahal daripada gear photo enthusiast macam aku, usung ke hulu ke hilir!!! Demmit!!!

Sangat-sangat membuatkan diri ini rasa kecil…
Sangat-sangat membuatkan diri ini rasa kurang minat…

Pergi mati la kita semua…
Pergi mati semua photo enthusiast…

Poseurs will rule the world…!!!

Esok saja…

Popularity: 7% [?]