Kamu Tidak Se”HOT” Itu…

Aimee datang ke Penang untuk membeli belah barangan rayanya. Dia perlu tempat menginap, jadi aku biarkan dia bermalam di rumah bujang ku sehari dua. Dan dia minta aku tunjukkan jalan, ke sini dan ke sana. Apa nak buat, aku bosan. Jadi aku turutkan saja.
Orang ramai telah mula bersesak sesak di pasaraya besar untuk membeli belah. Jualan murah menghuni setiap pelusuk kedai dan butik. Orang kita sudah mula berpusu-pusu membawa mereka-mereka yang perlu dibeli belahkan. Bahagian/butik pakaianlah yang paling medapat sambutan. Membeli baju raya lah katakan. Aku musykil kenapa orang kita beri keutamaan tertinggi untuk membeli baju raya?
Aku tengok sahaja si Aimee memilih dan mencuba barang yang hendak dimilikinya. Sambil melihat dan mencuci mata melihat pekerja butik dan pelanggan lain berinteraksi antara satu sama lain. Sesuatu yang menarik minatku untuk menulis adalah nilai belian, kemampuan dan keafdalan belian. Seperti kata orang tua, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI…
Generasi muda sekarang amat mementingkan barang berjenama yang mahal-mahal. Aimee contohnya, bila ditanyakan berapakah budget untuk dia membeli belah. Jawabnya, RM800-RM1,000. Wow. Bagi seorang yang masih belajar, dan masih bergantung harap pada ibu bapa untuk duit belanja, dan tidak mempunyai apa apa pendapatan sampingan, itu bagi ku adalah jumlah yang besar. Bila ditanya lagi, apakah barang yang dia mahu beli dengan budget itu, jawabnya, seluar jean LEVIS, tshirt dan sebagainya.
Seluar jeans LEVIS yang berharga RM240+- bagi ku adalah satu belian yang membazir. Aku tidak peduli apa yang orang katakan tentang kualiti dan sebagainya. Aku hanya memakai seluar jeans berharga RM60 yang sudah 2 tahun tidak bertukar. Dua helai lagi jeans ku adalah berharga RM40 sehelai. Dua helai jeans yang lama ini pun sudah hampir berusia 4 tahun. Tetapi jeans yang baru saja aku selalu pakai. Dan sehingga kini, aku masih belum ada niat untuk membeli sepasang jeans baru, lebih lebih lagi jeans yang berharga RM240+-.
Dahulu, ketika aku masih belajar di sekolah menengah, untuk setiap tahun, abah ku hanya meletakkan RM100 budget untuk setiap orang anaknya. Aku dan 3 orang adik ku hanya berhak membeli pakaian yang jumlah keseluruhannya adalah kecil sebegitu. Mungkin cara ini, abah ku menerapkan pelajaran nilai setiap RM1 dalam hidup anak-anaknya. Jika mahu lebih dari RM100, aku terpaksa bekerja untuk duit tersebut. Menolong tokwan berniaga di pasar malam, mengecat rumah dan pagar, dan sebagainya. Dengan cara itu sahaja aku mampu memiliki barang lebih berjenama. Lain-lain, semua dengan duit RM100 yang diberi abah, dua pasang tshirt, dan sehelai seluar SIAM.
Aku tidak nampak apa pentingnya seluar jeans LEVIS bagi seorang pelajar yang tidak berduit. Kalau seluar jeans RM240+-, tapi dalam dompet hanya ada RM5-RM10, apa yang hendak dibanggakan? Baik pakai seluar RM50, tapi dalam poket ada RM200 setiap masa. Bukan? Setakat LEVIS copperwash tu, dah ada jual yang tiruan, berlambak di Padang Besar dan Petaling Street yang kurang 1/4 harga LEVIS asli, bukan? Mat Rempit pun pakai LEVIS, tak heran pun.
Dan pelajar di Universiti, membeli benda benda terutama sekali pakaian, dengan duit PTPTN atau Biasiswa pendidikan bukanlah tindakan yang bijak bagi orang yang berakal. Duit itu amanah untuk membantu kamu semua dalam proses pembelajaran. Jika digunakan untuk beli barang-barang dengan tujuan untuk bergaya sambil meraih perhatian adalah membazir dan sia sia. Tidak ada perempuan atau lelaki yang tertarik hanya sebab kamu memakai LEVIS, atau GAP, atau DKNY mahupun GUESS. Tidak sama sekali. Jangan perasan. Kamu tidak seHOT itu.
Berbanding dengan mereka yang memakai jeans LEVIS dan barang berjenama lain, AkU yang gemar memakai pakaian murah tetapi berkualiti malah sering kelihatan berseluar pendek di Universiti lebih HOT dari kamu yang memakai sepasang persalinan LEVIS dari atas ke bawah sehingga ke pemilihan seluar dalam sekali pun. Ya, aku tetap lebih HOT dari kamu, dan sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor bulu kaki ku yang lebat dan peha ku yang sedikit gebu. Huhu~
Dan ketika ini, bila aku sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan ribuan ringgit sebulan, aku masih tidak nampak signifikasi memakai barangan yang harganya mahal sedangkan ada alternatif lain yang setaraf dan setanding dari segi kualiti malah lebih. Inikan pula membeli barangan tersebut dengan duit penat lelah ibu bapa sendiri untuk sepasang jeans LEVIS…
Fikirkan…
Esok saja…
Popularity: 24% [?]

Comments(49)






hhahhahaah..setuju….dan ko lupa mention kan satu..bundle..sumber barangan rare yang paling bagus dan murah….hehhhhe…
oh nasib baik ko tak mention brand quiksilver dan topman.
@sankai >> yeah, aku dah lama tak gik bundle. jenas aku takleh dpt kat bundle. sbb size 36 takde… selalunya 34 je paling besar…
@bali >> sama la tu. sama je… tak kacak pun ko. ahahha. acah je. ko kacak, tapi bukan baju yg wat ko kacak, tapi peribadi. kalau peribadi kacak, kacak la. kalau cam gampang pepaham la…
haha…setuju2.. penting tu msa raya nampak tampan bergaya. aku pun xde nak bazirkan duit nak beli levi ori2 ni…aku pun bukan ada duit sgt…haha
janji cukup hot nak tackle awek di hari raya(kalo dapat la) haha
Jeansku Berusia 5 Tahun. Wow.. Maintain Gitu. Aku Memang Tidak Kisah Hal Pakaian. Ada Baru Ada. Yang Lama Pun Klasik..
levi’s tu ape? (cewah)
Sangat setuju.
Jeans? Kebanyakannnya saya blasah jeans lama abang-abang saya…hauhauhauahuah.
jeans aku dah berusia 5 tahun juga. dah reput pun selamba bawak gi keje koyak2.
beri sokongan kepada peniaga² buntil di luar sana. generasi bundle.argh…skarang bundle juga makin mahal. makin susah nak tawar2, sebab peniaga2 sudah bijak. asal ada pakaian bercetak kugiran2, ada tag paul smith, fred perry, burberry, harga dinaikkan. terimbas kenangan seorang sahabat. menyagatkan helaian jeans levi’s asli di tar jalan, semata2 mahu ‘season’ kan levi’s nya.
aku belia suka bundle!
ala.. dia terlebih kaya kot.. kalau orang kaya ni, kualiti dan jenama mmg main peranan… apo nak buek..
@kasyah >> kenapa perlu masa raya sahaja tampen bergaya? ahaha, kenapa pilih time tu? time lain-lain takyah tampan bergaya?
@qaiyum >> tapi kalau yg lama masih berfungsi dengan elok, kenapa perlu beli yg baru bukan? kalau seperti jeans, takkan setahun sekali mahu tambah dua pasang jeans? jeans kalau pakai dengan betul, tahan lama. ia memang dicipta utk lasak. bukan?
@ijad >> aku tulis pun mmg sound ko ijad…
@ayaq >> ahaha, muat ke anim?
@bali >> eleh bali. bukan ko nak beli jeans ke minggu ni? buzz aku wei, aku ada kerja untuk ko…
@kidd >> ari tu, kedai bundle sedikit ekslusif. tak semua org pakai bundle. skrg, semua pakai bundle. rempit pun pergi carik baju kat bundle. so kedai bundle tumbuh mcm cendawan. lepas tu, letak harga mahal. nama levis je, letak mahal. gile… aku peduli apa kepala kain ke, kain first ke apa ke. aku nak pakai je, bukan nak buat pameran… kepala kain konon…
@khai >> mak bapak dia yg kaya. dia tak. ahahhaa…
ahaha~!
topic yang bagus.. aku pun tak paham orang2 skarang nie..
yes, aku nak masukkan gak topshop, topman, kejadah.. haha!
kadang2 aku tengok benda2 tue agak bodoh je.. (maksud ku biasa je..) silap2 mak aku pun boleh jahit.. haha! tapi bila dibelek tag harga, mak ai! mencecah hingga ratusan ringgit..
ada pula yang sanggup berlapar semata-mata choba membanggakan diri dgn mengenakan pakaian berjenama.. aku lebih suka pergi ke kedai2 bodoh yang ntah apa jenama nya.. tetapi mempunyai design yang berbeza dari manusia biasa.. lebih asli.. lebih authentic..
tapi, siapa yang harus dipersalahkan? sudah terpampang branding dimana2.. kita dibesarkan mengadap peti bodoh dari kecik (televisyen).. iklan sana sini.. media pemasaran lain.. labelling “berjenama itu HOT” ahaha~! persetankan itu semua..
kadang2 aku menyelongkar pakaian lama ibu.. utk mencari sesuatu yang lain, yang klasik.. tapi itu dulu.. skarang tak mampu lagi, kerna aku lagi besar dari ibuku.. pernah sekali raya, aku menjahit sendiri design bajuku.. simple tube dress yang ala raya..
jujur aku katakan, aku menyampah tengok baju mahal2.. dan orang yang sanggup merana utk membeli baju mahal.. aku lebih rela habiskan duit aku setiap bulan memberi sedikit kepada ibu, membawa adik bersiar, dan makan malam bersama famili..
jeans aku pun sudah hampir 4 tahun.. dari aku belajar di UiTM Sri Iskandar dulu.. selagi muat, selagi masih elok, ku pakai.. Dan ia hanya berharga RM60. Mengingatkan aku, aku masih belom membeli baju raya tahun ini.. tahun lepas pun tiada..
** selongkar lagi baju kurung lama ibu… :)
(ye la..ye la..aku edit balik kasik kemas..mencik aa beck nih..)
kalo aku pakai HOT-pants..x HOT ke beck? hehehe
*apa ada pada brand?*
—————————-
pernah x rasa satu perasaan bangga+bongkak+takbur+puas+geli2 perut bila dpt brg branded/cantik tanpa keluarkan duit / dgn harga yg sgt muraaaah? aku sgt suka perasaan itu..
x kisah lah baru or hand-me-downs..happy jugak!
kalo ko?
ko x hepi ke dapat brg2 prada, coach, cd, zang toi, edmundser, versace, salvatore tanpa jadi bodoh nk gi bayar mahal2 macam hanjing?
nak beli jeans murah? selain bundle, here r some tips 2 share:
————————————————————————
1-levi’s store @ carefour wangsa maju..ala2 reject tp sgt elok lagi dlm range harga rm100
2-gi jeans studio, aku dpt jeans+tweed koyak2 favourite aku dgn harga x smpai rm40 di situ
3-gi indon, beli kain denim, tempah kat tailor2 tepi jalan dgn apa2 cut/design ko nak..total budget rm50-designer’s jeans terbaikkkks..
tu aje tips yg aku ade pown..
kalo baju2 lain..beli online pun murah..
byk budak2 kita dah pandai berniaga via online jual2 baju+accessories no brand dgn harga yg murah (dari bangkok,korea,hong kong)
x perlu penat2 berjalan dari kedai ke kedai, bf aku pun bahagia begitu ;P
*skali lagi..apa ada pada brand? tak heran aku..kui~
(cukup kemas x ni beck,syg…?? muah..auw!)
Jenama hanya menunjukkan kekayaan zahir manusia…tetapi kekayaan batin, siapa yang tahu?? Setakat pakai mahal2, perangai macam hyena/murai/arab jahiliyyah, takde maknenye…
Wahai manusia,pedulik ape aku kalau ko nak pakai seluar berjenama apa sekalipun dan berharga ribuan ringgit sekalipun, hatta, pakai lah apa yang ko nak…tapi tolong la…tolong la jangan pandang orang sebelah mate…(ini untuk orang yang sedar mereka sangat kaya!!!)
Aku benci orang kaya yang tak suka kat orang miskin macam aku ni!!! Mereka pencaci tehebat!!!
Lagi…memang aku sangat tak puas hati…apa ada pada brand dan luaran?? Orang nak tengok brand hati dan pekerti korang tu!!! Kalau setakat body cun dan melepak serta berpakaian yang berjenama dan berkilat-kilat tetapi berpewatakan seperti hyena yang terkinja-kinja seperti sedang menghadap mangsa…simpan sahajalah hasrat kamu untuk didekati manusia-manusia.
Baik jadi sampah la…kadang-kadang sampah pun orang recycle!!!
haaaa…..baru teringat…dari dok khusyuk beli baju/seluar mahal-mahal tu…
Zakat fitrah entah bayar ke idak??!! hahaha!!!
woh terasa aku.
aku x beli ape pun lagi..so x terasa sgt..*sengih*
“kasyah >>kenapa perlu masa raya sahaja tampen bergaya? ahaha, kenapa pilih time tu? time lain-lain takyah tampan bergaya?”
hoho..masa raya adalah time paling sesuai untuk tampan bergaya sehot-hotnya kerana sedara mara yg jauh2 ni masa ni la kita nak jumpe..lebih lebih lagi anak dara mereka yg dah besar2 tu…hehe..
sebab jumpe setahun skali, so imej tampan bergaya hot semata kena dimaintainkan selama seminggu raya. :P
ohh lupa lak nak tambah. gambar jeans kat atas tu pemakainya adalah lelaki kan? ke bukan?
gambar itu adalah perempuan…..
tengok saja poket seluar nya yang kecik…
@ bella >> aku sebenarnya tak kisah jenama atau tidak. tapi pikirkan kemampuan. kalau pakai barang mahal, duit takde dlm poket, tak ke malu. so pakai ikut kemampuan. tapi bagi yg mampu, kita ada kuasa membeli. gunakan sebaik mungkin. jangan membeli ikut trend. banyak barang murah yang kualitinya sama seperti barang mahal. nilai RM1 itu bagi anda memang kecil. RM1 di benua Afrika, adalah seperti RM100. fikirkan…
@ azealea >> ko pakai hot pants, hati aku berdebar. ko pun tau. kalau orang kasik mmg la seronok. tapi ini berkenaan ngan duit sendiri atau milik mak ayah, dan kuasa membeli dengan akal fikiran dan rasional. dan cadangan ko mmg bernas. kecuali no 3. nak gik indon semata-mata buat jeans, baik aku beli levis terus. ahahaha. ko ckp nak hadiahkan boxer cute pada aku, ada tak beli? aku dah janji nak peragakan depan ko kan?
@ ikmalibrahim >> orang kaya lain. kebanyakan bukan semua, orang kaya ni, duit banyak, tapi hati busuk. sbb diaorang kaya, diaorang mengTUHANkan diri diaorang. takleh bercampur dengan rakyat jelata yang miskin dan kotor. tak boleh bershopping di kamdar. kain untuk baju kurung perlu dibeli dari kota milan atau parie~. dan mcm aku ckp la. yang buat ko HOT, kacak dan tampan adalah pekerti, perangai. kalau pakai barang mahal, gik rosak anak dara orang dah tak tampan dah, itu dah jadik setan. oh ye ikmal. bagi mereka yang dah start bekerja tu, yang besar bagak, dah bulu tumbus atas bawah tu, gik la bayar zakat fitrah tetiap tahun. itu sangat lah wajib. kalau dah hidup sendiri, jgn la kasik mak ayah bayarkan. tak afdal…
@ bali >> artikel ini memang dispesifikkan kepada ko secara tersiratnya bali. gaji ko banyak bali. buat potongan zakat tetiap bulan. automatik. tak terasa punya.
@ azealea >> sengih ko aku dapat bayangkan.
@ kasyah >> itu bermuka-muka namanya. kalau korang seorang yang bersih dan kemas, baju dua tahun lepas pun korang pakai, akan nampak segak dan kemas. tak perlu baju baru dan mahal. sebab itu aku tak faham apa motif BAJU RAYA? gambar jeans tu adalah perempuan.
@ sankai >> ko hebat. pasti ko selalu menatap punggung wanita berjeans… ahahhaa…
artikel ni tetiba jadik panas plak…
ohh..begitukah..bagi aku baju raya penting kerana setiap tahun masa beberapa hari sebelum raya adalah masa untuk aku beli baju baru- aku jarang beli baju or jeans. sgt jarang.
tapi dgn budget yg mengikut kemampuan aku la.
BAJU RAYA= Baju baru yang aku beli setiap tahun. Setahun sekali.
haha..ape aku buat, semua ko boleh bayang kan, beck…semua.
boxer dah ada..risau it’s too kinky for u. promise me u’ll pose in it no matter what ya!
indonesia x jauh, yg ada kesempatan ke sana..it’s an opportunity u shouldn’t miss.sambil2 travel…tempah la sehelai dua.aku dah ada 3..tp semua dah x muat.(i hate u ‘buffet ramadhan’!!)
*sebelom topik ni malatop, saya akhiri dgn sepotong ayat..
hal2 bergaya sakan,yg mampu xpe la bergaya sakan, yg x mampu, jgn la perasan. (eh, it rhymes!)
~Salam Ramadhan & Aidilfitri in advance to all.Cheers~
giler. tunang aku baca ni, sure akan timbul persoalan…
well..u asked for it! *wink*
citer hal kinky kinky kat YM leh ckp. jgn kasik tau kisah rumah tangga kita kat masses… huhu
oh yeah………!
dah kantoi pasal ym..ko nih…ceh.
brand memberi kita keyakinan.
sekian.
Muat lerrrrrr. Hebat tak saya? :P
oh jgn hebah ckp aku gaji banyak. biasa2 je.
sabtu ni aku beli levis.
haha…macam-macam respon yang ko dapat beck…tahniah la…
ada yang setuju, ada yang kurang setuju…tapi nak buat camne?? masing-masing tetap dengan pendirian dan perspektif kehidupan masing-masing…kan??
bali>> ko memang dah kene bayar fitrah sendirik la…hahaha!!! wajip do…tak bayar berdosa tau…mati masuk neraka…(aku bukan sesapa nak judge orang tu dosa atau tak @ masuk neraka atau syurga, tapi in ayat yang aku selalu guna masa kecik2 dulu…huhu)
hoh…mati-mati aku ingat gambar laki. heh!! menatap punggung perempuan di bulan baik ni…haish…tak baik!!!
adik becky,
FOS ka, BUNDLE ka, REJECT ka, masih ada cop. Orang tak beli jeans mahal… orang beli cop mahal je.
Cabarannya sekarang… yang lowest range punya cop macam kat TESCO lagi murah dari tiruan… ori yang berharga RM19 sepasang. Tapi mungkin tak selesa kut. Brand, Harga atau cutting?
Bukan sunat ka berpakaian elok masa raya? Kalau mampu elok pakai baju raya baru. Dulu masa habis SPM.. wa pakai baju kurung tak baru. Makcik wa, aruah nenek wa, tanya banyak kali mana baju baru. Macam tak caya miskin sangat ke?? hmmm di mata kita, pakaian sopan, bersih, selesa. di mata orang-orang tua, please don’t show you dat ‘DHAIF’ hehehehe….
tapi bagus gak berhabis-habisan bergaya, berbaju baru meraikan hari penuh kemulian dan keberkatan, hari meraikan KEMENANGAN. sekurang-kurangnya masih ada yang ‘appreciate’ dan sambut raya dengan penuh kemeriahan. SEMANGAT AIDILFITRI mesti dihidupkan dengan apa cara pun.
Selamat Menyambut Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
(Sorry otak tepu hanya mampu recylce ayat cliche hari raya puasa)
cutting bontot tu tak lawa la. aku selalu jumpa yg lawa. tertonggek naik rxz mat rempitan. pakai jeans pasar malam je. spenda pon…spenda adik dia kot.
@nizam nuri >> brand memberi keyakinan? wow. aku tak pernah nampak ko pakai jeans pun. ahahha. semuanya khakis… oh, aku lebih suka yg cuttingnya tidak lawa, daripada cutting buntut cungit tapi huduh piang dan bermuka pecah rumah. ahahhaha…
@ayaq >> anim hebat…
@bali >> gik gik, aku tau. ko mengikut trend dan metro. ko sepatutnya begitu.
@ikmalibrahim >> sbnrnya gambar buntut tu adalah gambar kwn lelaki aku yg suka memakai jeans perempuan. ala ala amy search dan david bowie dia ckp… ahahhaa…
@kaklin >> betul la kaklin ckp. tapi berbelanja dengan bijak. agama juga tak suruh membazir. betul tak? dan tak nampak kaklin beli baju baru pun untuk raya… ahahaha…
ok ok. kita tutup entri ni kat sini. byk sgt org komen ni. bahya.
pergh bontot laki ke tu. astaga.
koleksi seluar jeans aku setakat ni ada 2 helai je..1 kaler biaru dan 1 lagi kaler hitam…masuk ni dah 3 tahun aku guna. ternyata seluar siam ini tidak menghampakan la…hehe
peduli ape aku beck nak tutop entri ni. aku nak tambah jugak :D
sebagai sorang pompan, tipu la kalau xsuka barang cantek2. tp tu la, cantek xsemestinye mahal. aku kadang2 lalu depan MNG, aku tgk jaket dier canteknye, dan mmg cut, fabric dier menunjukkan ciri2 kenape die mahal. terus terang nak carik jaket camtu dlm harge 50 tak dapek la. lepas berfikir2 dlm mase 12jam, aku blah sbb aku penat pikir dan mungkin dah hilang mood nak beli (ini mmg tabiat aku).
tp aku xpenah kesah xdpt beli baju2 cantek, kasot2 cantek macam org lain, sbb aku ni agak lucky. banyak kes aku ditegur kerane baju yg disangke beli kat butik2 ekslusif. aku penah pakai tshirt beli kat “kedai pakaian (sila isi dengan name org cina)” milik apek tua sebuah pekan kecik (telok intan je), tp ditempat lain ade org menegur aku: “eh, tshirt u cantek. macam tshirt i nampak kat topshop aritu. where u get it? brape?”. dan aku tanpe selindung menjawab: “15.90 je, i beli kat kedai2 bawah kat hometown i”. dan hampir 90% lepas tu aku akan dapat pandangan hina dilemparkan kepade aku. aku xpenah peduli dan xpenah amek pot opinion org terhadap aku. duit aku, aku punye suke la.
tp masalahnye pulak, aku ni gila tembolok dr gile bergaye. aku suke menghamburkan duit poket aku ke makanan2. ye, aku hamba makanan (ini pon bukannye kire elok sgt berbanding org yg kuat bershopping). 80 utk baju buat aku pikir cam nak pengsan, tp kalau untuk satu set dish yg enak untuk dikongsi bersame yang tercinta, aku tak kesah lansung ;D
p/s: maaf beck, panjang plak :”>
ok ok. sbg kesimpulan, aku pakai tshirt persetankan.com RM28.00 lebih kacak dari org org yg pakai TOPSHOP dan QUICKSILVER yang berharga sehelai tshirt rm79.90. ahahahhaha. bali kena bahan. ahhaha!
peace…
ohh.. i love dis entry. hahah. well, da mentality rakyat mesia yg ske membeli belah cmtuh skrang. jgn ckp bdk U la yg membazir. tanya bdk skolah. both sek rendah n menengah sama jer skng nk pkai branded2. for those family yg mampu cukup2 mkn, bengang gak kadang2 kat parents sbb kasihkn anak melayang la duit bli barangan mahal2 tuh.
if kt kl, tak tau la nk ckp parents bdk kl da makin kaya or wat. sbb majority mmg sure pkai branded. tp mcm apa yg Azzu ckp mmg btol byk gak design yg branded stuff nih takleh nk dpt ngan murah. if then, bende camtuh worth it to buy but if baju mcm singlet esp tops MNG and ROXY yg kain kapas teramat la nipis, mmg rugi teramat la spend dkat RM30 nk baju apek cmtuh. esp ROXY yg mmg skng style urban street la knon2 tp ntah. cantik lagi kain lap meja dapur aku.
tp ko kne igt, ko tuh lelaki dats y bagi ko branded stuff nih temeh. lagi mmg jenis sempoi2. aku pn suker. hanya laki metrosexual jer penting branded dan aku teramat la jelek ngan prangai cmtuh.
but if pmpuan nk branded aku phm. tp if satu almari sumer branded, mmg membazir la act. if nk beli sekali sekala branded stuff ntuk self satisfaction or ganjaran ntuk diri sendiri apa salah nyer. tp kne la jadi pembeli yg bijak gak kn.
aku seorang metroseks. baru saja beli sehelai kemeja quiksilver berharga rm150. aku tatau nak cakap apa dah. korang sajalah buat andaian.
nampaknya aku menentang arus. wahai kawan2 metroseks ku. dimana korang. takky wei mane ko.
lagi satu. aku gay.
bali angin… ahahaha… tutup wei entry ni, tutup…
saya perasan kamu cukup bijak memilih kata dalam menilai sesuatu perkara dan di cni kamu menilai aspek pemikiran dalam pemakaian. kamu mempunyai pendapat sendiri yang x sama dengan pendapat orang lain ttp kadang kala ada perkara itu yang kita xbole sewenang menilai.
saya mendapat tahu yang kamu juga sanggup berbelanja lebih skit untuk menda yang kamu minat cthnya barangan kesatria baja hitam dan gundam kamu serta kasut-kasut kamu. itu minat kamu. kamu sanggup mengeluarkan duit kamu untuk itu yang mana pada orang lain ia adalah salah satu bentuk pembaziran. orang kata begitu sbb orang lain xminat apa yang kamu minat tersebut.
dalam kamu menilai cthnya si aimi kawan kamu itu, saya berasakan dia minat akan seluar jeans levis maka dia sanggup berbelanja ke arah itu walaupun ia mahal. juga terhadap menda-menda lain yg dia mahu beli. kerana itu minat dia berpakaian spt itu.
orang lain mengatakan minat kamu itu bodoh dan membazir sbb ia cuma minat yang mana xselayak minat seluar jeans si aimi yang mana minatnya itu boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang. berpakaian menutup aurat lg dr kamu yang kadangkala berseluar pendek. minat kamu terhadap barangan ‘toys’ dan kasut (yg berpasang-pasang sehingga xterpakai) tersebut akan ke mana? memasing ada perdapat memasing kan.
pada saya kamu agak kurang berhati-hati kali ni dalam memerah idea untuk berblog.
pandangan saya cuma.
oh cik siti…
kamu pun kurang faham, itu maknanya kamu tidak membaca dengan telus dan hati terbuka…
saya membeli barangan saya, dengan duit gaji saya. saya bekerja utk duit itu, dan berhak guna duit itu untuk melakukan apa sahaja. ye, sekali lagi, saya bekerja untuk duit itu. saya layak menggunakannya ke atas apa sahaja yang saya suka… kerana saya berhak… huhu~
saya sentuh di sini, adalah penggunaan wang yang tidak layak diterima oleh korang untuk membeli benda mahal… mcm student, guna duit PTPTN, duit mak bapak kasi untuk belajar, tapi beli benda lain. mcm org menganggur, kerah duit mak bapak, guna duit tu, utk belnja diri sendiri, belanja awek, belanja kawan… beli levis… huhu~
cik SITI (kalau itu nama sebenar) tak baca dengan telus. apa yg cik siti nampak bila saya tulis perkara ini, adalah mencari salah saya. saya tulis untuk semua org, bukan kutuk sesiapa. sapa makan cili dia terasa pedas. signifikasi seluar jeans mahal atau murah itu satu metafora perbelanjaan bijak. apa guna berbelanja mahal untuk perkara yang boleh dapat dengan murah. ini lah salahnya mentaliti org kita. tak pandai melabur.
cik siti tahu ke barang yang saya beli atau kumpul, mempunyai nilai di masa depan? saya mungkin boleh menjual barang kumpul saya itu dengan lebih berharga lagi berbanding nilai belian saya? itu pelaburan.
jeans kalau dah pakai, sapa nak beli? kurap panau semua ada, cik siti ada kurap?
saya beli kasut, atau “kamen rider” atau mainan apa pun, saya masih ada duit dlm poket. saya tidak minta dengan mak ayah saya duit. saya kasik lagi ada la. saya tak pernah pinjam duit dengan kwn kwn, kwn kwn byk yang meminjam dari saya. saya juga tak beli kamen rider saya setiap hari, saya kumpul duit setiap bulan untuk memiliki benda yang saya mahu. cik siti boleh datang tengok tabung syilling saya di rumah.
yer, aku menabung kawan kawan…
ahahhaha…
slmt hari raya maaf zahir dan batin…
bagi mereka yang tak dpt terima kenyataan, aku kasihani kamu…
p/s:- cik siti tentu mendapat markah rendah ujian kefahaman bahasa melayu sewaktu SPM… huhu!
agreed.
Alaaa siti…lantak pi la dia nak beli apa pon! Seluaq jin ka hantu ka…dah duit dia! Kalo dia nak pakai seluaq dalam saja pon wokey jugak….apa salahnya?! Kita tumpang syiok. Dia pon tumpang rasa perasan gak! Besa la…u scratch my back…i scratch your back! Lantak pi la dia nak perabeh duit mak pak dia….bukan ada kena mengena dgn kita pon! Kita ni jgn bizi bodi sgt….kan! kan! kan! Len la kalo dia suroh pakey ongkos kita. Kalo pakey ongkos gua pon no problem…no rolem punya…tapi besa arrrr…
Aku rasa mungkin dengan berpakaian berjenama akan membuat diri lebih confident…dan lagi satu,org akan memandang tinggi pada kita. Masyarakat sekarang ni memandang pada harta dunia.Kalau aku salah,sori ek…
betul la kata siti tu ,
“pada saya kamu agak kurang berhati-hati kali ni dalam memerah idea untuk berblog” . dia cakap generally tu haha.
ko tulis blog tak guna otak,guna emosi.