Kawan & Lawan…

05122007a.jpg
Aku dapat banyak pertanyaan dalam email dan YM, bertanya tentang hubungan ku dengan NizamNuri, jadi aku mahu ambil kesempatan untuk membuat penerangan di sini agar orang lain tidak berasa takut dengan blog ini, dan cara kami berbahas.

Memandangkan korang masing masing tahu kami memang suka bertekak dan bertikam lidah tentang sesuatu, dan tiada siapapun yang akan mengalah, CONTOHNYA DI SINI, tetapi kami memang begitu. Walaupun banyak perbezaan idealogi dan pegangan, walaupun sebanyak manapun isu isu disentuh, dibangkitkan, ditokok tambah, kami tetap berkawan dan aku tetap selesa bila berada berdekatan dengan NizamNuri. Aku tak tahulah, tapi kami memang punya personaliti yang berbeza, tetapi asasnya masih tetap sama. Boleh?

Bukan sahaja NizamNuri, banyak lagi kawan-kawan ku yang selalu bertekak dan berbeza pendapat, tapi pandangan yang jelas, adalah PERSAHABATAN HARUS KEKAL. Dengan ini, bila pendapat dilempar dan ditaburkan atas meja, masing masing boleh cerna satu persatu dan buat konklusi sendiri dari sudut dan pandangan yang berbeza. Tetapi, kami tetap kawan. Tetapi debat dan bahas kami, ada adabnya. Sebab itu kami masih boleh bergaul rapat. Nyata boleh dilihat.

Kawan aku YM aku dan bertanya,

Bukankah Nizam ni (setelah tgk flickr aku) budak yang selalu bergaduh dengan kau kat blog?

Takut aku nak campur korang berdebat, nampak macam bergaduh,

Nizam ngan engkau ni tak kenal ke kat luar?

Aku cuma perlu gelak dan terangkan hubungan aku dan NizamNuri,

Kami kekasih…” dengan derai tawa…

Bukanlah susah untuk difahami, pendapat tetap pendapat, yang lahir hasil membesar, bergaul dan memerhati. Semestinya lain, lorong yang aku ambil untuk bertatih, tidak sama dengan lorong yang dia lalui. Tetapi, sejauh mana sekalipun beza yang ada, jangan putus kawan, jangan putus sahabat, jangan putus silaturahim.

Semua kawan kawan aku begitu.

Kalau kerajaan negara ini, termasuk pembangkang mempunyai hubungan seperti aku dan NizamNuri, kononnya aku kerajaan dan NizamNuri itu pembangkang, negara ini pasti akan aman dan maju, yang pentingnya bersama-sama. InsyaAllah…

Undilah Aku untuk Presiden UMNO dan NizamNuri untuk presiden PKR/PAS/mahupun DAP… Oh Yeahhhhhhhhh…

Esok saja…

p/s:- Chewah… Selit unsur politik tu…

Popularity: 10% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

8 Comments so far

  1. Azzu on December 5th, 2007

    aku dah lama tau korang adalah pasangan gay. tp aku xsangka korang ni pasangan yg begitu ideal. bagai air dicincang takkan putos.
    syabas!

    :D

    p/s: susah nak cari org2 macam korang zaman skang ni. kadang2 silap faham sikit pon ade yg bawak sampai mati.

  2. jarri on December 5th, 2007

    gay?

  3. fendyzaidan on December 5th, 2007

    ahaha. takde la jarri, lawak je tu. gay mendanya. itu hanya terma sahabat baik kat sini… bukan GAY yg tu…

  4. Rjuna on December 5th, 2007

    aku dengan sahabat aku pun belum tahap ni, gaduh gaduh gak tapi selalunya di akhiri dengan aku mengalah untuk dia, demi menjaga persahabatan, sahabat aku sensitif sikit.

  5. nizam.nuri on December 5th, 2007

    aku terharu. owh… sangat gay.

  6. nizam.nuri on December 5th, 2007

    setiap manusia ada ego. aku cuba untuk minimalkan ke-egoan aku tu. baru cool. hahahaha.

  7. nizam.nuri on December 6th, 2007

    kau takde komen ke pasal budak pempuan yang kena tahan kat penjara luar negara sebab seludup dadah?

  8. jarri on December 6th, 2007

    haha. aku tau beck. aku ngan member-member aku pun camtu. sangat gay. au.

Leave a Reply