jack sparrow melangut ke langit, di sisi pandangannya, hanya pokok pokok ranting tidak berdaun. aku baru pulang dari kerja. pelik, petang ini, hari tidak hujan seperti hari hari lain kebelakangan ini. panas terik pula. membuatkan aku menyesal untuk tidak menyidai pakaian basah yang dicuci.
aku pergi menegur jack sparrow. menepuk bahunya seperti selalu, menghentikan lamunan gila seorang lanun…
“oiii!” jack sparrow terkejut, menoleh ke belakang, arah ku berdiri.
“apa yang ko buat jack?” tanya ku…
“ko tengok tu, tengok tuuuuuuu…” jack sparrow menunding jari ke arah ranting ranting pokok itu, sambil mulutnya memuncung mengeluarkan bunyi “tuuuu,” panjang…
“apa? apa dia?”
“ko tengok, manusia suka lihat kejatuhan manusia lain…” nyata jack sparrow, aku bingung. apa kena mengena ranting pokok dan kejatuhan manusia?
“manusia yang melihat kejatuhan dan kesusahan orang lain, refleks kejatuhan itu kepada diri mereka dan cuba rasionalkan keadaan itu kepada kehidupan mereka sendiri,“
“kejatuhan itu dibandingkan dengan kehidupan mereka, dan cuba dijadikan alasan bahawa mereka sekurang-kurangnya punya kelebihan berbanding orang yang jatuh,”
“erm…,” aku bingung lagi…
“pendek kata, menyedapkan hati mereka dengan melihat kejatuhan orang lain dengan mata mereka sendiri,” jack sparrow meneruskan sambil tangannya bermain batu batu di atas tanah kering itu.
“kejatuhan kita adalah jenaka dan hiburan bagi orang lain. jadi bersyukurlah bila kita jatuh, kerana kecelakaan dan malangnya kita membawa kegembiraan orang lain,” jack sparrow bingkas bangun berdiri tegak. aku juga turut bangun.
“jadi persoalannya sekarang, apa kena mengena ranting pokok kayu itu dengan kejatuhan kita sebagai manusia?” aku bertanya dengan penuh taksub dan minat…
“entah…“
jack sparrow berlalu sambil membaling jauh jauh batu dipegangnya ke arah ranting kayu pokok rapuh itu. bersiul-siulan…
celaka jack sparrow. ko apahal?
esok saja…
Popularity: 3% [?]
2 Maklumbalas
xhazairinbudimanx
May 25th, 2006 | 12:55 pm
1boleh tak aku tinju kau dan jack sparrow kau. hahahah
beck
May 26th, 2006 | 12:24 am
2jack sparrow ckp dtg le… mari ke mari…
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Aku Benci MohdIsmail.Net...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Stats