aaaaaaaa.jpg
(gambar dipetik oleh Dhilla dan diedit oleh Aku)

**Peringatan: Tajuk entri tiada kena mengena dengan lagu indon baru yang selalu berkumandang di corong radio tempatan, memandangkan aku selalu menggunakan terma KEKASIH GELAP kepada kawan-kawan wanita yang sangat baik dengan ku. Dan untuk pengetahuan semua, terma KEKASIH GELAP ini telah digunakan terlebih dahulu oleh Sheila On 7 dalam lagu SEPHIA. Sila rujuk.

Oh ye, aku telah berjaya memiliki kekasih gelap yang akan menjadi peneman aku di kala suka dan duka nanti. Sebuah Sony Playstation Portable Slim bewarna Piano Black(yang akan ditukar sejurus sahaja ada faceplate transparent utk slim) hasil daripada penjualan beberapa aksesori DSLR dan barang mainan ku.

Aku tidak akan pergi sejauh itu, menamakan kekasih gelap baru ku ini, seperti mana Omar yang menamakan DSLR nya, cukuplah ianya hanya dikenali sebagai kekasih gelap. Dhilla juga nampaknya tidak membangkang keputusan aku untuk memilki teman baru ini. Alhamdulillah. Terubat juga aku pada permainan video, akibat dari kemalasan aku membaik pulih PC ku di rumah. Oh yeah!!!

Yang paling bagus sekali, kawan karib/musuh ketat aku, si NizamNuri juga berjaya memiliki PSP nya 3-4 hari sebelum aku. Jadi, aku sudah punya teman, bersyukurlah. Boleh berkongsi kegembiraan dan kesusahan bersama dia. NizamNuri cakap, aku tidak perlu menulis berkenaan politik atau masalah negara lagi, tetapi boleh mula menulis tentang PSP. Oh yeah…

Harap-harap PSP boleh buatku lupa dengan masalah dunia yang tak pernah padam,
dan manusia keji yang hidup di atasnya…

Esok saja…

Popularity: 13% [?]