26 Dec
Ekspressi oleh fendyzaidan | Fhotografi, Kejadian, Luahan Rasa, Refleksi

Otak tepu aku masih tidak dapat memproses fakta yang arwah sudah tiada. Masih ada masa kadang-kadang aku terkeluar bertanyakan kepada Mama, “Abah mana Ma?”, lalu menarik balik separuh dari ayat tersebut sebelum ia tersembul keluar dari diri aku yang masih tidak menerima realiti. Realitinya, Abah sudah tiada, dan sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya. Allah SWT lebih sayangkan Abah.
Apa yang aku takut sekarang, adalah tanggungjawab aku sebagai waris Abah. Aku masih mengira menolak tambah tanggungjawab aku, yang mana, aku sangat sangat takut tidak dapat melaksanakannya sebaik mungkin. “Ketua Keluarga” adalah satu tanggunjawab yang amat besar bagi aku. Mana aku mungkin berjaya menguruskan hal-hal sebesar ini, sedangkan diri aku juga masih tidah boleh diurus. Setiap kali habis berdoa untuk arwah selepas solat, perkara ini bermain-main di sudut fikiran aku. Rasa takut akan kegagalan timbul serta merta.
Kalau aku gagal, bagaimana dengan nasib ibu-ibu aku, adik-adik aku, terutama sekali Aisyah dan Nurul yang masih belum lepas.
Aku kasihan tengok Aisyah, walaupun dia nampak tabah, tetapi aku tahu, setiap pagi dia bangun tidur, dia menangis sambil menekup bantal ke muka agar orang lain tidak nampak. Begitu juga ibu-ibu ku, yang tidak pernah putus putus menyedekahkan Yassin kepada arwah, mereka juga acapkali bergenang air mata. Sabrina juga begitu yang sekarang punya delima untuk terus bekerja atau berhenti dari kerja lamanya dan mencari kerja baru (Sabrina bekerja di bawah Abah ketika arwah masih hidup).
Buat masa sekarang, aku hanya boleh menasihat dari jauh adik-adik aku. Kalau mereka terbaca perenggan ini, harap ambil pesan, dan ingatlah, nasihat aku ini, boleh dikatakan, serupa dengan apa yang arwah mungkin cakap jika arwah masih hidup. Kerana aku tahu, arwah mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya…
Sabrina, terus bekerja. Jangan buat Mama susah hati. Jaga hati Mama elok-elok. Rezeki ada di mana-mana, tapi buat masa sekarang, terus bekerja dengan syarikat lama Abah. Menjaga keluarga ini pun, satu tanggungjawab kita bersama. Kita ada janji nak jaga keluarga ini elok-elok kan?
Amin, aku harap, kau berubahlah perangai kau. Jadilah yang elok-elok dan baik-baik. Sesungguhnya, arwah amat risaukan tentang kau. Berubahlah demi keluarga, kita sama-sama jadi anak lelaki yang bertanggungjawab. Berhentilah carik nikmat dunia yang tak ke mana. Jadi lah manusia yang berguna, kalau tidak untuk keluarga pun, jadilah untuk diri sendiri. Aku merayu pada kau…
Aisyah. Along harap, Aisyah jangan berhenti belajar. Arwah Abah mesti mahu Aisyah masuk universiti dan belajar pandai-pandai. Arwah Abah hantar semua anak dia belajar di Universiti. Masa depan terjamin, boleh jaga Mama dan Ibu. Jangan risau pasal keluarga, bukan beban adik semua ni. Aisyah belajarlah, arwah tentu bangga dengan Aisyah kalau Aisyah berjaya nanti. Tolong dengar cakap Along. InsyaAllah, Along akan sentiasa ada kalau Aisyah perlukan Along…
Nurul. Along doakan Nurul jadi anak yang soleh. Jadi orang yang pandai-pandai, bijaksana. Adik yang baik. Tak mahu nakal, jaga hati Ibu dan Mama. Jadi manusia berguna di masa hadapan. InsyaAllah, Along akan sentiasa ada kalau mahukan pertolongan Along.
Untuk Mama, Along janji akan jaga Mama sampai bila-bila. Jangan risau, masa depan anak-anak Mama dan Ibu, semua cerah-cerah. Kita usaha dan ikhtiar sama-sama. InsyaAllah.
Dan aku harap, Dhilla akan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan sentiasa di situ bila aku memerlukannya, begitu juga dengan sahabat-sahabat dan sanak saudara yang lain, yang tak putus-putus menasihat dan memberi kata-kata semnagat untuk aku bersabar dan berusaha. Terima kasih.
Tetapi, aku masih rindu Arwah Abah…
Esok saja…
Popularity: 8% [?]
10 Maklumbalas
Buat kerja!Jgn asyik main game...
December 26th, 2007 | 5:11 pm
1Jangan kecil hati jika blog ini tidak menjadi santapan ruji saya. Bukan tidak sudi. Saya suka JT’s “I Hate Technology…” Why waste hearing from you..live!
Yang pergi tetap pergi. Menjadi pesanan untuk kita menambahkan lagi bekalan kita pula. Kita insaf dan teruskan hidup seperti biasa. Cheer up mate. You did good. Even if you did bad there’s always lesson in itself. Head high. Janji harus dimahkotakan. Tiada yang lebih berat dari janji kita menjadi hambanya. Berusaha dan pasrah. Good luck mate!
Not Angel
December 26th, 2007 | 5:11 pm
2Life goes on…
chot
December 27th, 2007 | 1:28 am
3entry kali ini membuat kan aku hiba di mlm hari..mengenangkan saat jika ayah aku tiada lagi..adakah aku akan tabah seperti kamu?
wani
December 27th, 2007 | 4:17 am
4you’ll do just fine. sebab ko kuat dan ko bertuah ramai orang sayangkan ko. apa lagi Dia.
Bella
December 27th, 2007 | 9:11 am
5all we can say here that we all as ur fellow friends would be here,
at least to support you..
nak lebeh kena tanya dhilla dulu.. ekekeke!
joking.. dhilla, jgn marah.. aku suka kamu
nizam.nuri
December 27th, 2007 | 11:24 am
6wani. i love u.
omarbahrin
December 27th, 2007 | 4:41 pm
7be strong… kitorg ade sapot ko… anything n everywhere…apa2 yg bole aku tlg..just ask me..
voice
December 27th, 2007 | 5:50 pm
8Harapnya Sabrina, Amin, Aisyah & Nurul akan membaca luahan seorang Along ini. To have someones to think about at a time like this, dulls the pain of losing a bit. I think. You need to stay strong, right?
Dhilla, he needs you. This is where love shall walk the talk. Though I’m sure you know this without anyone saying
Take good care of him, okay.
ahirinh
December 27th, 2007 | 8:03 pm
9regards bro.
deennasour
December 28th, 2007 | 3:57 am
10lagu ni utk bro~ di pondok kecil by nada murni
Di pondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di suatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu
Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga diterima
Diam adik ku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid
Selamat berjuang ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam
Wahai abang ku kemana ayah
Ku sayang ayah ku cinta ayah 2x
Duhai adik ku sayang jangan bersedih
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
Berjuang dan berkorban walau dimana jua
Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah dia
Untuk menegakkan agama Islam
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.