Kemaskini: Zahir dan Batin…

Satu post ringkas tanpa fhoto…

Bertalu talu mesej dan sms di facebook dan telefon. Kawan-kawan mengucapkan selamat menyambut hari mulia ini. Ada yang ditag ada yang direct. Kad pun banyak juga diterima daripada rakan-rakan sekerja. Terima kasih. Moga Aidilfitri kali ini mendatangkan rahmat pada kalian semua. Yang mana pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Elakkan sebarang kecelakaan. Banyakkan berhati-hati dan peka kepada keadaan sekeliling.

Jam tunjuk tepat pukul 2.15 petang. Baru pulang daripada Masjid Simpang Enam menunaikan solat Jumaat. Masjid lengang hari ini, mungkin kena dengan fakta bahawa sudah ramai yang telah bercuti dan pulang ke kampung masing-masing hari ini. Hari raya dah dekat. Orang putih cakap “around the corner” dah.

Pejabat ku pun sudah lengang. Ada yang tidak bercuti, tetapi boss dah lepaskan untuk pulang lebih awal. Aku mungkin akan di pejabat sehingga pukul 5 petang. Pulang ke rumah pun bukan ada siapa. Baim dah balik, abang Saiful malam nanti pulak. Dhilla belum dengar khabar. Mungkin esok aku pulang ke Alor Setar atau beraya sorang-sorang di Pulau Pinang.

Ketika ini, aku masih berbelah bagi untuk pulang ke Alor Setar atau tidak. Masih belum pasti samada Dhilla akan pulan ke Alor Setar hari ini, atau esok, atau tidak langsung. Kemungkinan untuk berhari raya secara berasingan itu sangat besar. Harap-harap dapatlah bersama. Ini kali pertama beraya bersama secara sah pasangan suami isteri. Tak pernah pun berkesempatan beraya dengannya sewaktu berkawan 7 tahun itu. Tahun depan kalau dikurniakan rezeki Allah yang baik-baik, beraya sebagai satu keluarga dengan anak pula. Meriah.

InsyaAllah…

Kepada semua rakan-rakan taulan, baik rakan-rakan dunia nyata, mahupun online (yang selalu asyik YM dan facebook-ing, tapi tak pernah bersua), rakan-rakan sekerja, pembaca-baca blog picisan ini, baik kepada mereka yang menyukai atau membenci diri hamba hina ini, yang mengikuti atau yang baru nak bermesra, mereka yang terasa dengan penulisan aku, yang terasa dengan perangai buruk aku, aku nak ucapkan sekali lagi…

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Esok saja…

Popularity: 14% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

4 Comments so far

  1. keriangandunia on September 18th, 2009

    kau punye solat jumaat sunat ekk? hahaha
    selamat hari raya beb. drive safe ;)

    -peminat blog ini-

  2. Fahmishah on September 18th, 2009

    Lebuhraya MRR2 depan rumah aku dah mula sesak.
    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Bateen.

  3. fendyzaidan on September 19th, 2009

    keriangandunia – nak taip solat tu, waktu taip pikir apa ntah. tak buat proof reading. kesilapan teknikal. jumaat kan fardhu. niat pun tak sebut sunat. bagus, ko peka dengan kesilapan itu. terima kasih. edited.

    fahmishah – selamat jugak…

  4. duwenk on September 22nd, 2009

    Happy Eid Mubarak… !!! Maaf Zahir Batin.

Leave a Reply