dsc_0923.jpg
Nikon D80 1/1250sec f/3.8 20mm ISO400
Dipetik oleh padawan ku, TennoGelap dan digarap oleh aku dengan bangganya.
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop dengan bangganya.

Surat cinta untuk NiNu a.k.a NizamNuri

Sayang, aku mulakan dengan salam dan terus ke perenggan dua tanpa pendahuluan kerana biarlah hanya kita yang mengetahui isi mukadimah yang penuh kata-kata nista itu.

Soalan 1: Adakah mereka sucks?
Jawapan aku: Ya.
Jawapan NiNu: Ya.

Soalan 2: Adakah mereka yang itu pun sucks?
Jawapan aku: Semestinya.
Jawapan NiNu: Ya.

Soalan 3: Adakah mereka itu sellout?
Jawapan aku: Sudah pasti..
Jawapan NiNu: Ya. Tapi semua rockstar sellout.

Soalan 4: Adakah mereka itu tren pop dan tidak original?
Jawapan aku: Yer memang gile.
Jawapan NiNu: Ya, tapi…

Jawapan kita sama. Persoalan dan perbahasan isu tamat di situ. Perdebatan selama satu jam itu hanya sia-sia. Kerana mentaliti kita tak banyak beza. Cuma kau mahu menang dan menolak semua idealogi aku.

Come on NiNu, engkau merupakan komunis idola ku sejak dahulu lagi, kenapa engkau sudah berubah? Tak dapat aku bayangkan jika engkau kahwin esok-esok, tentu jadik rakyat contoh yang mentaati Rukun Negara. Maqam kau sangat tinggi di hatiku.

Usia kita masih muda untuk rebel dude.
Ingatlah, yang kita tak suka hype, trend dan pop culture aliran perdana.
Kitakan dari acuan yang pipih dan sumbing.

Ke mana NiNu yang dahulu aku cinta-cintakan?

Esok saja…

Popularity: 17% [?]