Melayu: Dalam Sektor Perkhidmatan…

Minta maaf. Entri kali ini, tiada disertakan header gambar. Aku tidak keluar mengambil gambar hujung minggu lepas. Aku diserang flu yang agak teruk. Badan rasa kurang bermaya. Tapi tetap berpuasa. jangan salah anggap…

Baiklah, entri kali ini lebih berupakan kepada berkongsi pengalaman dan ingin melihat jika sahabat sahabat juga mengalami perkara yang sama, dan pandangan kepada perkara ini. Isu ini lebih berkaitan kepada hormatkah orang Melayu terhadap orang Melayu yang lain? Untuk entri ini, kita tak perlu ambil kisah pandangan bangsa dan kaum lain terhadap kita, tetapi lebih menitik beratkan pandangan kita terhadap kaum dan bangsa sendiri.

Aku rasa, generasi muda bangsa Melayu sekarang, sudah hilang rasa hormat terhadap maruah bangsa sendiri. Kita boleh lihat dengan cara paling halus, di dalam industri yang melibatkan servis/perkhidmatan. Semua servis/perkhidmatan ini mempunyai piagam pelanggan mereka bukan? Tetapi pekerja melayu dalam sektor ini mempunyai piagam pelanggan mereka tersendiri…

Pernah tak korang pergi ke Hotel/Tempat Penginapan dan ramai pekerjanya terdiri daripada orangn Melayu? Tentu pernah bukan? Sedar tak bahawa korang dilayan seperti double standard? Dari pengalaman dan pemerhatian aku yang suka memerhati ini, kalau pengunjung itu berbangsa Cina, India atau pelancong Asing, mereka akan membahasakan diri pengunjung ini sebagai SIR, MR, MRS, MADAM, dan sebagainya. Tetapi, jikalau pengunjung ini Melayu, dan pelayan penginapan itu juga Melayu, dia akan bahasakan diri anda sebagai, ABANG, KAKAK, PAKCIK, MAKCIK, ADIK dan lain lain. Pelik? Tetapi, jikalau Pelayan Penginapan itu adalah berbangsa lain iaitu Cina atau India, mereka akan membahasakan semua orang termasuk pengunjung Melayu sebagai ENCIK, SIR, MADAM, PUAN, dan lain-lain. Pelik bukan?

Kalau contoh itu masih tidak ketara lagi, cuba eksperimentasi ini pula. Pergi ke sebarang butik di pusat membeli belah. Selalunya akan ada greeter (tukang sambut), kalau greeter ini Melayu, cuba tengok cara dia melakukan tugasnya. Pelanggan Cina, India atau pelancong asing, dia akan menyambutnya dengan sangat kuat suara. Tapi kalau pelanggan Melayu, mereka akan buat tidak tahu. Begitu juga keadaannya ketika hendak keluar. Cubalah, korang pasti akan sedar perkara double standard oleh BANGSA SENDIRI… Teruk…

Berlainan kalau korang menghala ke kedai kedai yang rata-rata pekerjanya Cina, masuklah macam mana pun, 8/10 daripada kedai kedai ini, pekerjanya akan menyambut anda dengan ramah sekali. Contoh, Philosophy Men di KLCC, aku pergi pakai selipar jamban dan seluar pendek tshirt lusuh pun, mereka masih senyum dan melayan aku.

Macam mana kita nak maju dah harap bangsa lain hormat bangsa kita sedangkan, dengan bangsa sendiri kita mengamalkan sikap DOUBLE STANDARD? Adakah gaji mereka-mereka ini tidak termasuk untuk menyambut dan menyamaratakan standard bangsa mereka sendiri?

Kongsi pengalaman anda dengan Bangsa Sendiri? Silakan…

Esok saja…

p/s:- Minta maaf. Aku seperti tidak boleh berfikir dengan lurus. Entri ku ini kurang kemarahan. Pelik. Mungkin akibat kurang sihat.

Popularity: 11% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

18 Comments so far

  1. omarbahrin on September 17th, 2007

    test drive lagik

  2. sankai on September 17th, 2007

    aku setuju dengan double standard…masa aku wat road tour di kl 2 minggu lepas, hotel tempat aku stay tu, reception dia sorang laki…berbangsa melayu…bila aku cakap aku nak stay 2 malam kat hotel tu, die buat layan tak layan jer ….time tu ada fair apa ntah kat pwtc dan banyak org “high class” ulang alik masuk kat sana…muka ketat semacam jer…hotel tu area² pwtc…berdepan dengan 7E…

  3. beckzaidan on September 17th, 2007

    @sankai >> aku tak suka dowh bila bangsa kita sendiri pandang sebelah mata dengan kaum sendiri. serious. kira diaorang ni merendahkan taraf bangsa sendiri. aku kalau masuk kedai, diaorang ni ada, jgn harap aku beli. mesti diaorang pikir aku takde duit sebab aku selekeh, tapi diaorang tak tau… double standard betul…

  4. bali on September 17th, 2007

    gile masuk philosophy men. nak join aku ngan takky ke. jadi metroseks.

  5. ijad on September 17th, 2007

    kadang tgk mentaliti orang2 macam ni,takleh nak harap sume sama macam kite,takleh nak harap orang2 macam ni pikir utk org lain..so macam mane nak ajar “dorang2″ nih?

  6. beckzaidan on September 17th, 2007

    @bali >> kepala hotak ko philosophy tu jual barang metro. ahaha, naif betul ko bali. ahahhaa. kasut adidas rare ngan nike rare byk kat situ.

    @ijad >> tu la. aku rasa, ada yang tak kena dengan sistem pendidikan kita di sekolah. sistem atau organisasi dia. takpun penerapan nilai nilai ni dalam masyarakat kita…

  7. ikmal ibrahim on September 17th, 2007

    sangat setuju dengan kata-kata beck, double standard = sh*t…

    nilai-murni dikalangan bangsa kita semakin kurang dan merosot…

    kadang2 kita tengok orang pun sebelah mata, bukan nak cakap orang lain la, kita sendiri pun camtu kan?? sekadar pesanan khidmat masyarakat untuk semua….

    fikir-fikirkanlah…

  8. aZruL on September 17th, 2007

    menarik apa yg ko cube bincangkan ni. aku rasa mentaliti melayu yg cmni da lama ada. ko leh tgk pada zaman inggeris di tanah malaya dulu. sapa2 yg bekerja dgn omputih ni mmg dipandang tinggi n yg bekerja kampung tidak diendah sgt jika dibuat perbandingan. mentaliti ni mmg tlah diterap pada melayu dan kini kau memperkatakannya. haha..lg lama dr bilangan tahun yg kita war-war pada dunia bahwa kita tlah merdeka. lama sgt tu. dgn keadaan sekeliling yg takde sempadan (globalisasi) dan tiada kesedaran utk mempertingkatkan daya saing melayu, mmg lg teruk la. aku bkn rascist n salahkan globalisasi, tapi amat dambakan kesedaran. cuba ko kira la bape ramai yg ucap terima kasih bila ada orang melayan kita semasa di restoran. masing2 tunjuk tuan la..

  9. nizam.nuri on September 18th, 2007

    seseorang individu melayu memang dah built-in dalam sistem mentaliti untuk melihat manusia pada luarannya sahaja. dan jika individu yang dilihat itu kelihatan sangat-sangat segak… maka orang melayu perlulah kipas bontot-bontot manusia segak tersebut…. hakikat! kenapa nak kipas?… mesti la kena kipas… nanti bole jadi kroni… nanti dah jadi kroni bole la pakai segak-segak dan menunggu manusia-manusia lain untuk kipaskan anus mereka nanti.

    hakikat brother!… hakikat!

    biarlah kami melayu yang cool, ranggi dan selekeh ini menjadi penentang kepada sistem bodoh, tidak ranggi dan tidak cool… tanpa kami yang cool, ranggi dan selekeh ini… maka kamu melayu yang metaliti beruk kipas anus mempunyai kami untuk ditindas dengan sewenang-wenangnya…. tidak mengapa… penindasan kamu hanya menunjukkan kebodohan kamu saje… cukuplah buat aku ketawa sekuat hati.

  10. duez on September 18th, 2007

    Ya!Aku sokong kau Beck..
    Aku sendiri pun dah lama berkata-kata dengan rakan-rakan aku mengenai double standart ni.Memang aku pelik dan rasa macam “apa hal nih?”.

    Lagi lagi,selepas aku datang negara orang nih,memang lagi jelas rasa double standart macam kau cakap.Kat sinih walau apa sekali personaliti luaran atau dalaman ko,orang layan sama saja.

    p/s:Aku pernah masuk butik LV pakai selipar jamban + seluar jeans pendek potong sendirik(bundle kt mesia nye) +t shirt lusuh!Sambutan dan layanan adalah sama dengan orang yg dtg berpakaian seperti orang kaya!

  11. Qaiyum on September 18th, 2007

    Betul La kot Aku Raser. Sifat² Pesimis Orang Melayu Itu Sendiri Terhadap Orang Melayu Yang Lain Seringkali Menebal. Dengki-Mendengki Antara Satu Sama Lain, Sifat Ingin Jatuh Menjatuhkan Antara Satu Sama Lain. Tapi Pada Aku Yang Lebih Penting Mereka Merasakan Bahawa Orang Melayu Berada Pada Tahap Golongan Kelas Terendah Dalam Malaysia. Tidak Perlu Mendapat Layanan Istimewa.

    Tapi Persoalan Aku Adakah Orang Melayu Yang Berpangkat Dato’, Datin, Big Bos, Pegawai Tinggi Kerajaan Mendapat Layanan Yang Sama?

  12. beckzaidan on September 18th, 2007

    wau, maklumbalas yang amat menarik… terima kasih…

    @azrul >> tetapi, persoalannya, kenapa perlu ada double standard? x tahu ke kita semua saling perlu memerlukan. kalau takde yg ini, tak tentu lagi ada yang itu. aku selalu ucap terima kasih, sebab aku rasa itu perlu. terima kasih, dan senyum itu amat perlu dalam masyarakat kita… pening…

    @nizamnuri >> aku rasa ini bukan rasa cool atau tidak. ini sikap dude. mcm mana kita nak demand respect dari orang/bangsa lain kalau bangsa kita sendiri pandah rendah dgn bangsa sendiri. aku bukan ckp pasal org kaya dgn org miskin, itu a well known fact tak kira bangsa apa pun. ini aku ckp pasal miskin dgn miskin. cara layanan mereka terhadap bangsa lain dan bangsa sendiri, jauh beza…

    @duez >> duez, ko leh cadik correspondent aku kat JEPUN la. ahahha… :) seriously, kena samakan. bagi industri yang mahu maju, semua orang adalah pelanggan yang berpotensi mengeluarkan wang dan berbelanja. kalau aku masuk certain kedai, layanan mcm tahap khinzir, walaupun murah, jgn harap la aku nak beli. aku akan ke kedai yang mempunyai layanan mesra dan bagus, walaupun mahal sikit, aku dengan gembira hatinya mengeluarkan wang untuk membeli. bukan begitu?

    @Qaiyum >> bukanlah meletakkan melayu di taraf paling terendah dalam malaysia ini, tapi malu dengan bangsa sendiri. tapi sanggup pulak jadik anjing untuk bangsa lain. itu masalahnya. tentang yang berpangkat tinggi, aku rasa, lain. mungkin aura kekayaan itu ada, jadi layanannya tetap lain. lagipun mereka-mereka ini pun, banyak yang sudah tidak seperti melayu. setuju?

    so… apa cadangannya? macam mana kita nak terapkan nilai cintakan bangsa sendiri sebelum cintakan bangsa orang lain?

  13. jarri on September 18th, 2007

    double standard pada bangsa sendiri? itu lupa diri. celaka. dia ingat dia orang apa? ceh.

  14. beckzaidan on September 18th, 2007

    @jarri >> dia ingat dia orang orang terpilih… huhu~

  15. hangJebat on April 12th, 2008

    aku teringat tentang satu artikel yg pernah aku bace tentang pengalaman sorg melayu kt jepun.die kate org jepun ni(x semua) cam pandang rendah sket kt org melayu.Sebab ape?sebab org melayu ni x hormat bangsa sendiri.dh la x hormat,pastu kuat khianat sesama sendiri lg.Kalau meniaga tu,payah nk bersaing secara sihat,kadang-kadang bley main santau menyantau pulak.Mmg btol ar kate korg bab double standard ni.sampai aku kadang2 malas nk gi kedai melayu,dh la x senyum,muka masam,perkhidmatan slow,aku yg beli aku yg kate terima kasih.Last2 ble dh xder pelanggan,baru wat muka seposen merayu.cam time aku gi lowyat.Ade peniaga melayu merayu kt aku soh bli komputer die,tp gaya merayu pn cam nk ajk gado je.Bila tanak bli,muka masam giler.last2 aku gi kedai cine gak.Layanan top,siap leh lawak cam member lame lg.Aku bkan nk mengata,tp tu hakikat.Yg penting ambil iktibar.

  16. Allen Barlow on June 22nd, 2008

    deaconate miserabilism haplopetalous bonelike crebrisulcate seljuk guardingly aquifoliaceae
    Ann Braue’s Canine Training Center
    http://www.thixendale.org.uk/

  17. aziz on July 31st, 2009

    Double std di mana2. Perhati tak kalau.. kalau oarang Melayu dari pakai motor cupcai hingga kereta besar bila nasi lemak ke kuih ke kat tepi jalan kadang-kadang panggil penjual Melayu tu hoi-hoi saja. pada hal sesama bangsa tu. Tapi kalau Bangsa asing yang datang beli walaupun kita tau dia tu tokay besar tetap panggil si penjual Melayu ni tokay juga jarang dengar yang pangil abangke mak cik ke pak cik ke.. paling tidak dia sebut Encik aa ini berapa..aaa.

    moral yang saya nak sampaikan… Cina walaupun kecil mana kita berniaga dia pandang tinggi…. dia pandang orang makan gaji haprak maa. banyak rasuah loo

  18. fendyzaidan on July 31st, 2009

    kalau macam tu aku kaya la. sebab aku makan gaji, mengeneralisasikan, penakulan matik, aku makan rasuah. hahhaa. mentaliti ni pun silap.

    mula dengan diri sendiri la benda ni. aku dengan sapa pun, tak lekang senyum dan “terima kasih”. baik awek, makcik, pakcik, dato’, nenek, even makcik cleaner kat opis pun. mula dengan diri sendiri, dan harap-harap suburlah kepada org org lain.

    sekian.

Leave a Reply