patriotik tidak bermakna aku perlu memasang bendera di kenderaan mahupun rumah atau memakai pakaian yang bertemakan jalur gemilang…
patriotik tidak bermakna aku perlu melaung laungkan “Merdeka” acap kali tiba detik 12malam di kawasan perhimpunan rakyat rakyat malaysia di bawah percikan bunga api…
patriotik tidak bermakna aku perlu rasa terkesima mahupun terkilan dengan isu isu politik nasional, yang buatkan rakyat jelata terkena tempias bila yang lama dan baru bertelagah…
patriotik tidak bermakna aku perlu berpecah belah, meminggir dan memurtadkan bangsa ku sendiri, hanya kerna perbezaan faham politik…
patriotik juga tidak bermakna aku perlu mengubah pendirian, hanya untuk berada di tahap yang lebih tinggi dalam hidup ku…
patriotik tidak bermakna aku perlu menjaga budaya dan tradisi kaum ku…
patriotik juga tidak bermakna aku boleh memperlekeh-lekehkan kaum lain yang berdiri di tanah yang sama dengan ku…
patriotik tidak bermakna aku ketepikan mereka yang tidak pernah menyumbang malah merosakkan identiti bangsa ku…
patriotik tidak memberi aku hak dan mandat untuk meletakkan diri ku setahap lebih tinggi dari orang lain…
patriotik itu bagi ku adalah semangat kekuatan kita sendiri. hemah diri, peribadi mulia, takwa kepada Allah, hormat pada semua orang tidak kira bangsa, agama, dan darjat. kesamarataan diutamakan, tiada yang lebih, mahupun kurang, semuanya sama.
patriotik itu adalah semangat mahukan pembaharuan di kala mata ini buka di setiap pagi sebelum fajar mentari muncul. patriotik itu adalah bangun dari tidur, dan menggerakkan jasad, maju ke hadapan, menuju hari mendatang, dan berharap apa yang dicita dan dinginkan tercapai pabila mata ini pejam semula, pejam untuk tidur, atau pejam untuk selamanya…
nasionalis, komunis, marxis, rebelis, mahupun apa jua, semuanya datang dari satu…
niat memajukan diri…
nawaitu…
dan aku pun, menutup mata kembali, menarik selimut. sejuk. tidur ku…
posting yg bodoh…
esok saja…
Popularity: 2% [?]
2 Maklumbalas
Anonymous
September 1st, 2006 | 7:28 am
1bila tanya bab iman pada yang tak bertudung, diorg akan jawab, iman bukan terletak pada tudung… bila tanya kenapa tak kibarkan jalur gemilang, orang akan jawab, patriotik bukan pada bendera… tapi.. kalau perkara yang asas dah mudah cam tu pun tak leh nak buat… leh bygkan la tahap mana kepatriotisme seseorang tu kan.. sama cam bertudung tu.. katanya yang penting hati… tapi iman tu sendiri bermaksud, mengaku dengan lidah, membenarkan dlm hati dan membuktikan dgn perbuatan… sekadar pendapat…heheheehehe….
beck
September 5th, 2006 | 12:28 am
2tapi tapi, yang bertudung plak, ada yang tak jaga akhlak, bertudung hanya kerana terpaksa, dan menutup kebenaran diri sendiri. tutup kepala, pussy tak tutup. byk juga kan? so camne? boleh pakai ke?
(*aku nak ckp kat sini, bukan semua ah, aku ckp kebanyakan… sebab itu dari experience aku, tak tahu la kalau korang kawan dgn bebudak sekolah agama. tapi bebudak sekolah agama, lagi teruk, kejutan budaya. esspecially bila masuk universiti, byk bunting.)
bila tanya apa erti merdeka, semua akan jawab bebas dari penjajah. dah 49 tahun dah bebas dari penjajah. tidakkah kita mahu bebas dari benda lain, macam mentaliti yang tertangkup dan lesu, macam dijajah oleh kejadah lain yang buat kita lalai.
ntah ah, pendapat masing masing. mungkin bangsa kita suka dijajah. tak dijajah oleh orang lain, dijajah oleh benda lain.
pikirlah…
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik