Mono…
Maaf, Bukan UK-Duo-Pop Itu…
Lebih mudah kiranya di Google atau di Wiki sahaja berkenaan band post-rock ini untuk maklumat lanjut. Tapi, apalah guna kawan-kawan dan pengalaman seseorang untuk dijadikan panduan atau rujukan. Bukan?
Aku pernah menyentuh cerita tentang salah satu band terhebat di alam semesta, iaitu Radiohead suatu ketika dulu. Di sini…
Radiohead – Mesti Dengar
Radioheadn – In Rainbows
Tapi, band ini adalah satu species lain dari genre-genre Radiohead. Kalau aku kata, rujuk Mogwai, atau Explosion in The Sky, memang takde persamaan. Post-rock itu sangat luas. Payah untuk melihat kesamaan, namun memang ada. Tidak dinafikan. Tapi, Mono bagi aku adalah dalam lingkungan teratas terbaik.
Bagaimana unuk menghuraikan bunyi Mono sebaik mungkin?
Bunyi-bunyian runut indah seakan permainan orkestra, punya drama, ada pra, ada klimaks, kadang-kadang anti-klimaks, mellow, kadangkala boleh disalah tafsirkan sebagai runut klasikal, namun di tengah-tengah, getar string berlapis-lapis runut menafikan sebarang tanggapan bahawanya ia klasikal, tetapi lebih ke arah klasik/unik.
Bila bunyi kebanyakan runut dari Mono diperdengarkan, beberapa perkara yang sering boleh dibayangkan adalah individu berdiri/duduk keseorangan mengenang nasib, berjalan menuju matahari terbenam, ataupun kematian seorang hero, jatuh dan bangun individu dengan jiwa yang lebih kuat dari terdahulu. Aku juga sering membayangkan individu sedang berjalan kaki yang jauh di tengah kesibukan orang-ramai dalam gerak motion perlahan. Salah satu gelaran yang aku boleh lekatkan kepada kebanyakan runut-runut Mono, adalah:-
“Virtuous Death”
Ya, thema kematian bermaruah. Amat sesuai dan tepat.
Mono dianggotai oleh Takaakira “Taka” Goto, Yoda, Tamaki Kunishi dan Yasunori Takada. Runut Mono dibinda berteraskan bunyian gitar berlapis dan melodik dan kerapkali menerapkan unsur string dan klasikal seperti piano. Lapisan bunyian gitar ini menghasilkan melodik yang unik dan membuai. Selalunya, runut Mono seperti satu perjalanan filem yang tersusun dengan klimaks dan penutup. It’s well writen. Oh ya, Mono hanya bermain instrumental tanpa vokal dan lirik. Mereka memilih untuk bercerita melalui muzik.
Album official Mono:-
• Under the Pipal Tree (2001)
• One Step More and You Die (2003)
• Walking Cloud and Deep Red Sky, Flag Fluttered and the Sun Shined (2004)
• You Are There (2006)
• Hymn to the Immortal Wind (2009)
Cubalah tanpa was-was dan beritahu aku bagaimana rasa Mono.
Pautan lain untuk info Mono.
http://www.mono-jpn.com/
Esok saja…
p/s:- Entri tanpa fhoto yang entah ke berapa…
Popularity: 21% [?]

Comments(10)






otai posrok neh. huhu
tercari-cari sesuatu utk iburkan hati, sy ditemukan dgn blog anda. Tidak dinafikan agak menarik & membawa sy ke arkib anda.. gaya penulisan yg agak hebat cuma seperti tidak sepenuhnya diri anda .. maaf kalau saudara terasa.
apa yang dimaksudkan dengan “tidak sepenuhnya diri anda’? saya kurang faham. Adakah anda lebih mengetahui diri saya sepenuhnya? Cuba huraikan. Langsung tidak terasa, cuma tidak faham maksudnya.
jujurnya sy tertarik dengan gaya penulisan saudara .. sebaris ayat membawa ke ayat-ayat seterusnya hingga ke arkib. seperti anda cuba menjadi identiti yg berbeza tetapi sesekali terbolos diri asal dan kalau diteliti identiti asal itu lebih original .. tapi identiti kedua itulah diri saudara sebenarnya.. itu lebih baik kan !!
tak faham. komplikated. permudahkan. terangkan yang mana identiti asal dan yang mana identiti kedua supaya dapat saya improvekan diri saya dan penulisan saya.
to tell you guys the truth, i’m a bit lost on the direction of this blog right now. sebab itu entri tidak sekerap dulu…
jadilah diri saudara sendiri sebab saya perhatikan perwatakan original saudara sangat menarik berbanding ‘watak’ yg saudara cuba hidupkan.. itu hanya bayang-bayang yang takkan kekal lama .. sebab tu lah sesekali saudara ‘terbolos’ jua .. keaslian saudara lebih menyerlah.. percaya.
still tak faham. mana satu watak yang awak ckp original dan mana satu watak yang buat buat. tak faham la. serious. pening. ckp terus ke target je sudah…
ha.. yang ni baru watak saudara yang asli, melatah apabila ditegur. tak salah latahan tu sebab itulah keaslian saudara. ini satu contoh .. byk lagi sebenarnya. ok.. saya permudahkan dgn sebaiknya agar mesej tak tersasar. Fikirkan dgn jujur.. bila nak menulis satu-satu entri misalnya, ada tak saudara pause sekejap, termenung dan memerah otak bagaimana nak susun ayat, gaya bahasa apa nak digunakan dan cara olahan ayat agar dibaca dari belakang ke depan misalnya.. ada tak ?? itu lah ‘watak’ kedua, sesekali terbolos bahasa yg keluar tanpa momen-momen pause dsb tadi, itulah sebenarnya saudara. harap tiada latahan kedua krn sy jujurnya sgt tertarik dgn blog anda dan insyallah akan terus mengikuti entri2 selepas ini. Salam.
x faham, but thanx anyway…
thanks for sharing encik!