Panasnya Hari Ini…

PERINGATAN: “Individu yang difokus di dalam gambar ini, adalah tidak dikenali secara peribadi oleh penulis. Penulis hanya merakamkan detik kandid ketika graduan-graduan ini berkumpul selepas selesai sesi. bagi mereka yang mengenali graduan-graduan tersebut, sila ucapkan ucapan tahniah kepada mereka. Jangan di kemudian hari, ada antara mereka yang meminta wang atau bayaran royalti ke atas gambar ini. Sekali lagi, ini adalah gambar KANDID…”
Aku ke Dewan Budaya USM hari ini, kerana permintaan Rahiman (housemate) untuk merakamkan beberapa keping fhoto dirinya yang baru saja selesai bergraduasi. Tahniah diucapkan kerana berjaya memiliki segulung ijazah. Jadi lewat pukul 12 tengah hari tadi, aku pun meruntun skuter tidak berbasuh ku ke sana. Manusia sangat ramai. Gambar kandid akan dimuat naik ke FLICKR selepas di edit nanti.
Oh ya, tiada gadis gadis yang menarik mata lensa ku hari ini di sesi sebelah pagi. Mungkin citarasa ku terlalu tinggi. Huhu~
Teringat kenangan ketika aku berkonvo. Aku tidak punya ramai kawan ketika itu, kerana aku lanjut sem, alasannya adalah untuk sama-sama bergraduasi bersama Dhilla (alasan je). Setelah habis majlis, aku keluar dewan, ambil sekeping dua gambar bersama ayah dan emak aku, kemudian bersalam dengan Dhilla dan keluarganya, kemudian berjumpa seorang dua kawan, dan pulang. Tiada sesi sesi ambil gambar di depan pintu masuk universiti, di pancur air atau foyer sekolah mahupun perpustakaan. Hanya sesuatu yang aku rasa mahu “get over with”. Mungkin aku jenis yang tidak suka diraikan. Mungkin.
Apa apa pun, tahniah kepada semua para graduan pada sesi ini. Diharap kalian semua akan berjaya di bidang kerjaya pula. Dan jangan lupa jasa emak ayah yang berikat perut memastikan and semua cukup makan dan kelengkapan ketika di universiti.
Esok saja…
p/s:- Line phone tetiba je takde… Apsal ek?
Popularity: 8% [?]

Comments(11)
sesak nye manusia pada gambar tu….engkau suka tema hitam?
Waahaha.. Aku Ikut Jejak Kau La Ni Extend..
huhu time2 konvo ni sesak gile kan~ dengan jubah nye lagi nak mengambil gambar dalam studio, take turn line yg maha panjang..
by the time sampai giliran, mascara dah cair, lipstik dah comot..ketiak dah basah…terus rupa macam pisang goreng haaa
yerp, aku suka theme gelap. it compliment the picture, lebih nampak dan tampak. jelas dan menonjol. kan? sebenarnya ada background yang aku buat, tapi aku mcm malas nak upload je. biar camni, nampak clean sikit…
ketiak dah basah? aku ingat, pompuan kalau takde bulu ketiak, mana de peluh? ahaha. aku silap konsep ke apa?
tapi kalau aku konvo bersama batch aku, sure meriah giler, siap lambung lambung lagi. ahahha… demmit. akibat mahu graduate bersama awek tercinta. ahaha. alasan. sbnrnya aku kena repeat satu paper yang aku tak ingat nak repeat time sem betul, paper PENEGENALAN KEPINTARAN BUATAN. lecturer time aku repeat paper tu amat concern ngan aku, so aku bayar budi dia dgn ace paper tu, seace mungkin. ahaha… dpt A tu…
dem~ mesti ko ingat aku ade bulu ketiak ek… :p
kalau dah namenye bersesak2 dengan jubah berat segantang tu, berpeluh gak aku~ panas gell! merana bulu mata aku dek mascara!
btw, the term “basah ketiak” tu nak menggambarkan betapa panas nya keadaan itu.. lalala~~
aku rasa, kalau perempuan, pakai baju kurung je, kan?
aku dulu pakai kot, pastu jubah plak. pergh… panas. tapi disebabkan aku seorang yg cool, dgn sendirinya badan ku jadik sejuk. ahahhaa…
ohyeahhhhhhhhhhh….
seronok cakap pasal graduasi. aku hanya graduasi semasa tinggalkan form 5 kat mrsm dlu. lebih kurang la kot situasi die. tapi aku x suka graduasi ni hanye sebab jubahnya yg sangat la besar. macam pakai kain langsir pulak. haha :D
Ya ya. Tergelak aku dengan ungkapan kain langsir tu. Wakaka.
ahaha. aku pelik kenapa kita graduan di universiti dimestikan pakai victorian robe yg terang terang budaya barat, kenapa tak berbaju melayu sahaja. lebih afdal kan?
dulu ITM, graduan diwajibkan memakai baju melayu hitam bersampin songket, kan? skrg, semua dah diwajibkan memakai kot…
hilang budaya dan identiti bangsa. sayang…
owh macam tu kah?
UTM takpe baju melayu hitam+bersampin songket atau kot,
perempuan melayu, baju kurung la.
yang tak hensem pon nampak hensem bila pakai baju melayu hitam~
*blush*
huhu
Lu tau wa apasal lu nyer line putuih? Lu cuba sekodeng selo2 kat luaq. Gerenti kabel master nyer reja….Wa besa tengok kabel dari diam tau2 jalan. Ghupa2nya….kabel master tarik pakai terektar!