Peraduan: Cadang Nama Anak Dan Menangi RM50…

Seperti mana yang korang semua sedia maklum, aku bakal menjadi ayah di dalam sebulan dua lagi. Hatiku amat gembira tidak terkira dan sama sekali cuak tersangat sangat. Pelbagai perkara sudah ditempuhi, kadang-kala si isteri terpaksa tempuhi sendiri tanpa aku. Tapi dia seorang yang kuat seperti yang disangka.

Banyak persediaan dah mula dibuat. Baju baju dan kelengkapan kecil ada yang sudah dibeli. Cuma pencarian nama anak sahaja yang menemui jalan buntu. Hari ini, ketika sedang melepak dengan adik beradik Dhilla, aku terfikir untuk memudahkan kerja aku dengan melakukan atau mewujudkan satu task kepada mereka.

“SIAPA DAPAT CADANGKAN NAMA MULA DENGAN HURUF “A”, DAN NAMA ITU DIGUNAPAKAI, AKAN DIBERIKAN HADIAH RM50!!!”

Lalu terkeluar la suasana yang sedikit riuh rendah, masing-masing mengutarakan pandangan dan cadangan. Dari adik beradik dan sepupu, kemudian terus kepada ibu dan makcik-makcik Dhilla. Ada nama yang terkena nama anak-anak kawan, dan kenalan. RM50 adalah hadiah kecil, tapi keseronokkan dan bragging rights itu yang menimbulkan keriuhan.

Dan aku berkata kepada Dhilla, kenapa tidak aku panjangkan di blog aku dan jadikannya NAME HUNT CONTEST. Dia sedikit reluctant, tetapi aku rasa, kenapa tidak? Blog ini pun dah lama kesunyian dengan aktiviti dan kontroversi (yang aku tolak). Jadi marilah mencuba nasib!

Syarat-syarat dan regulasi adalah seperti di bawah:

1. Penyertaan terbuka kepada adik beradik, saudara mara, kenalan-kenalan rapat, dan pembaca blog ini, dengan syarat, setiap komen dikira sebagai entri peraduan, perlu menyatakan nama dan hubungan peserta dengan saya atau isteri.

2. Nama tersebut perlulah nama lelaki bermula dengan huruf “A” dan hanya satu nama sahaja. Contoh “Affendy”. Bukan “Mohamad Affendy”.

3. Setiap nama yang dicalonkan perlulah disertai dengan maksudnya sekali. Jika tidak mempunyai sebarang maksud, ia tetap akan diterima. Tetapi nama dengan maksud akan lebih mempunyai peluang besar untuk dipilih.

4. Jika terdapat penyertaan yang sama, siapa yang mencalonkan dahulu akan dikira sebagai pemilik penyertaan tersebut.

5. Untuk dikira sebagai pemenang, nama yang dicalonkan haruslah digunakan oleh saya dan isteri untuk dijadikan nama anak kami. Dan ini seharusnya memerlukan persetujuan saya, isteri dan pihak keluarga.

6. Pemenang akan dihubungi melalui email. Keputusan adalah muktamad. Tiada email atau surat menyurat akan dilayan selepas itu.

7. Penyertaan melalui komen perlulah lengkap dengan Nama/Samaran, Email, Cadangan Nama, Maksud.

8. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga lahirnya anak tersebut.

Aku rasa, macam berat sangat nak buat entri ni, tapi kenapa tidak. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu ada ustaz ustaz yang terserempak dengan entri ini, dan cadangkan nama yang baik-baik. Buat pengetahuan, nama nama berikut telah dicadangkan oleh saya sendiri, isteri dan sanak saudara.

Adrian, Amir, Afif, Akid, Adam, Adian, Aidan, dan ada beberapa lagi.

So cubalah, terutama sekali kawan-kawan yang bakal jadik godfather dan godmother.

Esok saja…

Popularity: 19% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

33 Comments so far

  1. Fahmishah on November 28th, 2009

    Saya Fahmishah selaku pembaca blog ini, ingin sajes’kan nama berikut;

    Ameer – Pemimpin, Putera, Penguasa.

    Sedikut ucapan di sini, semoga zuriat yang dilahirkan sihat belaka dan menjadi anak yang soleh. Amiin. Terima kasih XD.

  2. finafedora on November 28th, 2009

    sedang melayan twitter lalu terbaca tweet @icednyior (mungkin kenalan tuan punya blog ini >> @beckzaidan ? ) berserta link ke blog anda maka ..

    saya @finafedora mencadangkan nama berikut:

    aiman – Berkat, Yang bertuah, kanan.

    nama sepatah kata yang tidak terlalu moden, tidak terlalu klasik. yet, comel :)

    semoga cahaya mata sulung lahir cukup sifat serta tuah anak dapat dikongsi oleh seluruh keluarga. Amin~~

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by icednyior and Mohd Jamil, Fendy Zaidan. Fendy Zaidan said: Thanx to those dudes and dudets for the tweet on the name hunt contest! http://bit.ly/6wT4gV http://myloc.me/1KjqN [...]

  4. zax budakSPM on November 28th, 2009

    Aku ada byk jgak nama2 yg mula huruf A nie bserta ngan mksudnya skali..

    Aakif-Beriktikaf
    Aali-Tinggi
    Aamir-Memakmurkan
    Aathif-Belas kasih
    Aatik-Pemurah, Yang murni
    Aazad-Persian word – free, independent
    Abadi-Yang Kekal
    Aban-Lebih terang, lebih nyata, bersih
    Abbad-Great worshipper
    Abbas-Description of a lion, Nama paman Nabi, nama sahabat Nabi Muhammad SAW
    Abbasy-Rajin berusaha
    Abbud-Worshipper
    Abbudin-Worshippers
    Abdel-Servant of Allah
    Abdu Rafi-Servant of the One Who Raises, Elevates – intellect, esteem
    Abduh-Hamba-Nya, julukan dari Nabi Muhammad SAW
    Abdul-Servant of Allah
    Abdul Alim-Hamba Allah Yang Mengetahui
    Abdul Aliyy-Servant of the Most High
    Abdul Azim-Hamba Allah Yang Agung
    Abdul Aziz-Hamba Allah Yang Mulia

    drp byk2 nie..aku suka nama Abdu Rafi…sbb cm unik je..
    ikut suka la..aku dh list2..pndai2 la pilih..

  5. jasmin on November 28th, 2009

    aku mmg suka nama ADAM. bagi aku sesiapa yg nama ADAM rasa mcm best je (aku bukan bias terhadap abang aku sendiri yg bernama adam).

    lain-lain termasuk :
    AMAR – yg ramai zuriat

    selamat memilih abang!

  6. Rjuna on November 28th, 2009

    Saya Rjuna pembaca regular blog anda, ingin mencadangkan nama untuk bakal anak anda.

    Alauddin = kemuliaan agama

    Ashraf = lebih luhur

    Arjuna

    Alfian

    Asri= masa ku, kemajuanku mengikut masa

    sekian terima kasih

  7. shira on November 28th, 2009

    huahaha.. shira pn nk try gk.. hang mesti suka punya.. huhuhu!!!!

    Aril Affendy
    Airil Affendy
    Aidil Affendy
    Aidid Affendy
    Aireez Affendy
    Adeef/Adif Affendy
    Aiqal Affendy
    Azrikq Affendy
    Azam Affendy= Keazaman
    Aizam Affendy
    Adril Affendy
    Amil/Ameel/Amiel Affendy
    Afif Affendy= yg bermaruah, yg m’jg kehormatannye
    Asyraf Affendy= yg mulia
    Afir/Afeer Affendy
    Alhaq/Ashaq Affendy
    Amran Affendy= yg memakmurkan
    Abil Affendy
    Adiep/Adib Affendy= yg b’pengetahuan tinggi
    Amal affendy= cita2 n harapan
    Amar Affendy= perintah/suruhan
    Alif Affendy= yg mesra

    orait.. nnti org pk lg..

  8. oyaisz on November 29th, 2009

    salam..

    sye ade cdgn,mgkn bole mmbntu saudare dlm mncri nme ank yg sesuai..
    antaranyer:

    1] ‘azizul
    2] aimeer-ertinyer sme spt amir iaiu pemimpin
    3] azraq

  9. MOHD RIZUAN IDRUS on November 29th, 2009

    Assalamualaikum wbt. Saya adalah pembaca blog ini. Ingin mencadangkan nama Ahmad (yang terpuji), nama yang terbaik bagi umat nabi Muhammad saw..

  10. zaidi on December 1st, 2009

    salam beck.

    hal nak bagi nama pada anak seelok2nya dalam masa 7 hari selepas dia lahir. bukan apa..bagi nama awal2 khuatir nama tersebut tidak sesuai dengan anak tu nanti. elok juga dalam masa tersebut ko buat akikah cukur rambut anak sekali sebagai tanda kesyukuran.

    tapi it’s up to you bro, asalkan nama anak tu mempunyai maksud yang baik serta nama tidak panjang berjela. anyway tahniah kepada kalian dan semoga tabah menjadi ayah..

  11. akulebih tahu on December 1st, 2009

    hai saudara.. sy baru terbaca blog ni.. baru sy tau kalut rupanya nak m’jd seorang bapa. Isteri sy dah melahirkan 5 anak tp rsnya tak lagi le saya sampai ke tahap seronok tahap gaban sehingga mengiklankan such a contest. Ada baiknya ambik kira ke’reluctant’nan isteri saudara kerana sy yakin beliau berfikiran jauh sebenarnya bukan seperti saudara yg keanak-anakan. Cukup2 la tanya sedara mara ataupun pegi je ke kedai buku, melambak2 nama yg indah2 d sana. Apapun sy doakan isteri saudara selamat melahirkan. Itu yg lebih utama. Nanti yang ke 2, ke 3 tak payahla kut adakan peraduan mcm ni lagi. Adios.

  12. fendyzaidan on December 1st, 2009

    Terima kasih zaidi for the heads up. tapi tak salah kalau ada 3-5 nama untuk cadangan. Kang nak kasik nama anak Putih, tetiba keluar gelap plak, susah gak. Hahaha…

    Secara peribadi, aku rasa, semua orang macam tak nampak benda ni as positive as it can be. Bukan aku suruh namakan anak aku hidup-hidup, aku minta tolong cadangkan nama. Semua nama yang diberikan di sini, masih0 akan dipertimbangkan, dibincangkan, diminta kebenaran pada orang-orang tua. Bukan straight forward sedap nama tu, aku nak kasik nama anak aku. Serupa macam tengok buku jugak, bukan first nama yg rasa mcm sedap akan diguna pakai. So apa masalahnya dan apa yang salahnya cara macam ni?

    Dulu pun ada entri yang aku mintak kawan-kawan cadangkan nama, takde masalah pun. Anggap je macam nak cuba bantu kawan cari nama yang elok elok. Sebab tu aku rasa mcm buka benda ni untuk kenalan-kenalan. Duit tu aku rasa, kalau kawan-kawan yang diterimapakai cadangannya pun, takdenye yang nak tuntut. Just for the sake of having opinions and discussions. Itupun dah ada orang salah tafsir dan anggap salah.

    Ringankan sikitlah kepala otak masing-masing, jangan fikir berat-berat je.

    Spoil. Aku tutup contest ni sbb ada org mcm spoilkan mood je tetiba.

    Siap kata mcm “keanak-anakkan”. Aku malas lah nak respond.

    Terima kasih.

  13. [k][o][p][i][e] on December 1st, 2009

    Salam..nmpaknye tuan empunye blog ni dah merajuk.
    Tak salah rasanye kite nak berkongsi kegembiraan menyambut rezeki Tuhan beri. Setiap org ada cara tersendiri nak celebrate kegembiraan ini. Dan bg Beck, ini adalah salah satu cara. Kenape mesti ada yg tidak suka? Itu kan anak dia, suka hati dia la nak buat camne, kenape mesti ada yg berfikiran negatif? Keanak-anakan? lain padang lain lalangnye..Lain org lain caranye. If anak 5 dan still tak exciting up to u la..But jangan la nak kacau kegembiraan org. Tak suka jgn baca entry ni, jgn respond. ok?

  14. peha gebu yang lebih suka buat tak tahu on December 1st, 2009

    setuju. feel free to read tapi kalau tak suka, simpan sendiri2 sudah la. tak perlu spoil kan mood orang lain. tak perlu nak utarakan pendapat sarcastically. tak paham aku orang2 macam ni..

  15. Rjuna on December 1st, 2009

    patutlah batal

    ada orang berhasad dengki rupanya, ni mesti tak faham atau tak baca abis, apa yg penulis mahu dlm peraduan ni

    KE-ANAK-ANAK-KAN? cuba letak diri tu di tempat penulis, bagaimana gembira dan berdebarnya hati seorang bakal bapa yg nak sambut anak pertama nya, ye lah orang dah anak 5 lah katakan mana nak feel dah ye tak?

    lain kali baca dulu syarat2 peraduan sebelum nak kondem orang, dah terang dia kata nama tu akan dipilih berdasarkan perbincangan banyak pihak, keluarga, isteri.

    payah kalau orang tak paham istilah fun ni

  16. blank172 on December 1st, 2009

    @akulebih tahu: serious spoil. kalau aku pun nak tarik balik contest ni.berdosa ke? tak kot boring.

    @fendyzaidan cool je beb

  17. muhd adam nadziruddin on December 2nd, 2009

    assalammualaikum

    kepada saudara yang konon “akulebih tahu”

    pada pendapat saya, tidak salah sekiranya saudara Beck hendak berkongsi kegembiraannya kepada rakan2 taulan. lagi pula, ini merupakan pengalaman yang pertama bagi beliau yang bakal menjadi seorang ayah. semestinya kalut kerana ia merupakan suatu pengalaman yang bukan biasa ditempuhi hari-hari. cuma saya berasa amat simpati kepada isteri saudara yang konon “akulebih tahu”. kenapa? melalui statement saudara..

    “Isteri sy dah melahirkan 5 anak tp rsnya tak lagi le saya sampai ke tahap seronok tahap gaban sehingga mengiklankan such a contest”.

    kesian..anda seolah2 tidak berasa seronok untuk menerima rezeki dan anugerah terbesar yang diberikan oleh Allah SWT. keduanya, mengenai mengiklankan such a contest? satu je saya nak cakap, have you heard of the word BEING CREATIVE? kalau tak pernah dengar, sila google.

    i rest my case

    sekian terima kasih.

  18. jasmin on December 2nd, 2009

    kena bagi dia rasa beranak kot. haha

  19. peha gebu yang lebih suka buat tak tahu on December 2nd, 2009

    hahahaha.. Min, aku suka komen kau
    *five*

  20. akulebih tahu on December 2nd, 2009

    u.p .jasmin/pehagebu/muhd adam nadziruddin dll yg sy potong mood saudara/i,

    Berseronok dgn anugerah Tuhan ada caranya. Cuba la lihat komen ni dr sudut yg ve. Kalau ada rasa sy m’berikan komen -ve, spoil mood, potong abis dn sebagainya, andalah yg -ve sebenarnya. Melatah bila dicuit sedikit. Bukalah mata, minda pandang jauh ke depan. Tak semua komen -ve itu berniat -ve sebenarnya.

    Alhamdulillah setakat ini saya bersyukur dgn nikmatNya. 3 daripada 5 anak saya adalah tahfiz walaupun masih bersekolah rendah/menengah rendah. Inilah dinamakan keseronokan, kemegahan sebenarnya. Didoakan semoga yang dua lagi mengikut jejak abg / kakaknya. Insyaallah. Bukan bermegah dunia, tp berkongsi cerita.

  21. akutaktaupon on December 2nd, 2009

    akulebih tau,

    shoohh shoohh jangan kacau. Takde maknanye tahfiz sekarang kalau 10 tahun lagi menyusahkan mak bapak.

    tak payah nak bermegah-megah kata anak kau tu baik. kena sumpahan kang.

  22. akulebih tahu on December 2nd, 2009

    u.p. akutaktaupon,

    Alhamdulillah..

    Kata2 anda :

    “Takde maknanye tahfiz sekarang kalau 10 tahun lagi menyusahkan mak bapak”
    meremang bulu roma sy m’bacanya.

    “tahfiz sekarang takde maknanye..” – jelas melambangkan kejahilan anda. Nampaknya banyak lagi anda kena belajar ..

    “kalau 10 tahun lagi menyusahkan mak bapak” – itulah dugaan namanya kepada ibu/bapa si tahfiz td. Tuhan menduganya hambaNya dan hamba yg redha insyallah ada habuan yg menanti.

    “tak payah nak bermegah-megah kata anak kau tu baik. kena sumpahan kang”
    lagi sekali meremang bulu roma saya. Bukankah berkongsi berita baik itu juga satu amalan?

    Ikhlas sy b’tny, di kalangan saudara/i yg lain ada yg menyokong statement itu ??

    Kita sama-sama kena byk belajar lg.. asalkan minda sentiasa mahu.

    Singgahan sementara sy d sini menimbulkan sedikit hura-hara. Ada baiknya sy berundur.

    Saudara fendyzaidan,
    Semoga selamat menjadi seorang ayah kepada umat Muhammad yg seterusnya. Terjemahkanlah kesoronokan dan keterujaan saudara dgn kalimah2 suci bg menyambut ketibaannya. Dgrkan lah di telinganya bacaan2 yg dia ingin dengar w/pun dunianya kini hanyalah bola air di dalam perut umminya kerana bila dia keluar nanti terlalu besar dugaan dunia yg sarat barat menantinya..
    Adiosss

  23. akutaktaupon on December 2nd, 2009

    “Takde maknanye tahfiz sekarang kalau 10 tahun lagi menyusahkan mak bapak.”

    sepatutnya ayat ni dibaca sekali dan anda bodoh!

  24. akutaktaupon on December 2nd, 2009

    kamu seharusnya beritahu berita baik itu (anak kamu seorang tahfiz) pada orang yang bukan seagama kamu dan lihat bagaimana reaksi mereka. and how the hell kamu tahu that i’m muslim?.. psycho!

  25. blank172 on December 2nd, 2009

    @akulebih tahu: Last comment. I try to be rasioanal and not emotional here. As far as I concern, en. Fendi just want good suggestions for his child and he is excited. I guess that clear thing up and please dont have negative perception towards people. Nama yang bagus adalah sangat penting mengikut Islam & its much affecting the characther later. Maybe En. Fendi dont have relative like yours and that why he asked here. You have such a great family thats cool :-). May God bless you.

    Instead of blocking the ideas why dont you join the discussion ok. You have better experience here. cheers! pls dont curse people, people.

  26. akutaktaupon on December 2nd, 2009

    tak lah aku tak rasa akulebih tahu ni ada pengalaman. aku rasa akulebih tahu tu mesti seorang perempuan, berjerawat dan mungkin baru berumur 16 tahun. Hei… macam-macam boleh berlaku di internet kan? konon ayah kepada 5 orang anak.

  27. peha gebu yang lebih suka buat tak tahu on December 2nd, 2009

    kehadapan akulebihtahu,

    Oleh kerana anda sendiri pun menyuruh kami memandang komen anda dari sudut ve, sepatutnya anda juga kenalah buat perkara yang sama dengan melihat apa yang cuba dilakukan oleh Encik Fendy kita ni dari perspektif yang ve, bukan? Melatah bila dicuit sikit, pada aku itu bukan isu. Kalau baca komen anda tu pun, memang berbaur “sarcastic”.. just admit that. Andai kami tersalah anggap akan komen anda dan menganggap apa yg anda cuba sampaikan adalah something yg -ve, begitu juga dengan anda yang lebih memandang -ve psal peraduan mencadangkan nama ni, bukan?

    Renung-renungkan dan selamat beramal..
    Wallahu’alam

  28. redivivus on December 2nd, 2009

    saudara akulebihtahu,

    anda mencuit hati saya di petang sebegini. lucu, terpana, keliru dan kasihan pada masa yang sama dengan komen anda. blog en.fendy, maka terpulanglah kepada dia waima nak bercerita atau mengiklan mencari calon isteri sekali pun. jika dilihat pada perspektif blog itu sendiri, ia merupakan personal journal dan intended untuk dibaca oleh mereka yang berminat. bagi yang tak berminat, jauhi diri dan tak perlu komen negatif.

    *senyum*

  29. Sweet Nor on December 3rd, 2009

    Erm? Bagi aku, tak salah mencadangkan nama dalam kes yang sedang dibincangkan nie. Incik Fendy membuka cadangan untuk sesiapa bagi idea untuk nama anak yang akan dilahirkan. Mungkin b’tujuan membuka lebih perspektif untuk si bapa.

    Mungkin Puan Dhilla mahu menjadikan detik-detik pemilihan nama [ almaklum la yang sulung kan ] nie lebih bersifat privasi, biar nama yang dipilih oleh hanya kedua kamu – Incik Fendy & Puan Dhilla – lebih memberi kenangan di masa akan datang. Tambahan, perempuan memang sukakan privasi berkenaan perkara sebegini.

    Contoh perbualan di masa akan datang -

    Puan Dhilla : Teringat dulu masa nak pilih nama Airil [ bukan nama sebenar ]
    Incik Fendy : Yelah, dulu pening nak pilih nama apa
    Puan Dhilla : Saya lebih minat dengan nama Airil tu, bunyinya unik

    Daku sangat suka berimaginasi sebenarnya (-_-”)

    Jangan jadi macam cerita aku yang sampai sekarang diungkit.

    Mak : Teringat dulu nama dia nie si Kak Nor [ bukan nama sebenar ] yang bagi. Dia nak sangat anak perempuan tapi tak dapat. Yang dapat anak lelaki. Nama anak perempuan dia dapat pada kamu.

    * FYI, anak lelaki si Kak Nor tu sebaya dengan aku, cuma beza bulan je (T_T)

    Jadi, mungkin Puan Dhilla mahukan keunikan itu datangnya dari idea dia, datang dari idea kamu berdua. Lagipun ini bakal jadi cinta hati kamu, jadi mungkin dia mahukan keistimewaan itu.

    Persetankan komen-komen dari yang tak memahami, yang berjela-jela sehingga kamu boleh sakit hati. Kamu tahu apa yang kamu lakukan, jadi teruskan.

    Tak perlu hadiah, tak perlukan apa-apa sebagai balasan. Cukup sekadar pemberian idea. Cukup. Noktah.

    Yang lain, tak perlu berdebatkan perkara ini. Benar kata redivivus, ini personal journal. Tak semua yang dilalui dalam hidup nie boleh menarik perhatian orang. Kalau akulebihtahu mahu berbangga anak-anak lulusan tahfiz, biarkan. Itu cerita dia. Kamu punya cerita lain untuk dibanggakan. Mungkin boleh beli IPhone itu kebanggaan bagi sesetengah orang (-_-”)

    Biarkan apa orang mahu kata, kamu tahu apa yang kamu lakukan Incik Fendy.

    Wah, panjang pula menulis. Dah macam untuk blog sendiri (-_-”)

    Owh, aku sangat sukakan nama Adzril / Arzlan. Aku tak tahu apa maksudnya tapi rasa nama tu cukup comel. Lagi satu, aku cukup suka dengan ejaan unik. Ex : Maybe Rafiq nampak biasa, mungkin Rafique itu sesuatu yang berbeza.

    Selamat menjadi bapa yang baik Incik Fendy (^_^)V

  30. apis on December 5th, 2009

    Salam..

    aku cukup pantang orang bermain dengan issue agama dalam blog! akulebihtahu, ko duk nak sekolahkan orang dan anak ko masuk tahfiz segala, ko nak komen orang pun bagi salam dulu.. biar beradab..

    tolong pandang positive komen aku ni.. sebab anak ko sekolah tahfiz, tolong tanya kat diorang, apa hukum buat contest kalau nak letak nama anak??

    2. apa hukum bagi salam?

    3. yang sekolah tahfiz tu anak ko, bukan ko. jadi biar anak ko yang sekolah tahfiz itu sekolahkan orang yang ko anggap semua buat salah.. semua buat tak betul!!

    4. macamana cara nak tegur orang yang buat salah?

    5. masuk ‘rumah’ orang adab macamana?

    6. ngerti tentang adab bergaul..

    faham??

    ::biar saja::

  31. kewat on December 7th, 2009

    Apis,
    Gua tgk Lu telebih emo ap sal? Saudara Beck pn kan ada sebut ntah2 mana tau ada ustad2 mana ka terbaca blog ni boleh bagi komen. Tu la si akulebihtahu (ALT) tu bg komen dia. Tu pendapat dia lantak dia la. Kita jgn pertikai anak dia tu jd apa . Mcm SweetNor kata tu hak dia la nk bangga ka apa ka. Cara dia. Lu soh org bagi salam tp lu seniri pn main serbu ja. Gua admire radivivus. Positip ja walaupun gua tau dia pun tak stuju dgn c ALT tu. Gua pun blogger jugak babe tp gua suka gakla kalau sesekali ada “wake up call” mcm gini at least gua pun tak la dok siok seniri ja ingat gua ja yg betul.

  32. fendyzaidan on December 8th, 2009

    sudah sudah la semua. apa dah jadi ngan entri ni. hampir seminggu tak berjenguk. watpe nak bertekak gaduh gaduh wei. tak kisah la sesapa pun. jgn la bergaduh gaduh kat entri ni. yang lepas tu lepas la. aku terima pendapat semua orang, baik anonymous mahupun yang kenal. so takde hal la.

    dah dah. jgn gaduh. aku tak suka.

    terima kasih kepada semua sekali. semua sekali. bini aku tak suka baca blog aku bila kecoh kecoh tak tentu pasal ni. Biarlah discussion pasal nama anak ni dilakukan di kalangan rakan taulan dan sanak saudara sahaja.

  33. sue on December 24th, 2009

    huhuhu…tak nak joint korang..just nak bagi cadangan nama jer..hehehe apa kata letak nama Afizullsani..thanks

Leave a Reply