Permintaan: Radiohead Mesti Dengar…



Merujuk kepada entri In Rainbows – Radiohead, ada kenalan yang menghubungi ku melalui YM yang minta aku senaraikan track harus dengar dari Radiohead untuk mereka yang berkeinginan untuk melayan band terhebat alam semesta ini. Sesuai sangat ketika aku punya mental block dan perlu memikir dengan telus untuk menulis (kerana sekarang blog ku di baca oleh orang berpikiran kelas tinggi). Pada mulanya, aku mahu senaraikan 10 track, tetapi seperti terlalu sedikit. Jadi aku senarai kan 10 yang paling dekat di hati, dan 10 lagi yang boleh didengar secara lanjutan. Jadi inilah dia…
10 Lagu Terhebat Radiohead (tanpa turutan khusus)
- Street Spirit – punya sound mellow dan rasa melankolie
- Paranoid Android – salah satu kegemaran hidup
- Karma Police – punya videoklip yang menarik
- No Suprises – lagu seperti jingle, tetapi punya maksud yang gelap
- Lucky – lagu orang yang sangat dilamun cinta dan punya rasa riak yg amat
- I Will – lagu mellow dan dark
- Knives Out – sesuai didengar bila ditindas atau dikhianati
- True Loves Wait – salah satu lagu cinta paling hebat sepanjang abad
- Like Spinning Plates – dengarkan versi live, lebih berhantu
- Motion Picture Soundtrack – lagu yang sangat pendek tapi tidak berpenghujung
Minta maaf kerana banyak lagu dalam senarai tersebut adalah dari album OK COMPUTER, kerana OK COMPUTER masih album paling hebat dari Radiohead bagi aku.
Lain-lain dengaran lanjut…
- Climbing Up The Wall – satu lagi lagu dari OK KOMPUTER
- Creep – lagu MTV paling famous
- Faust Arp – lagu baru yang sudah masuk senarai kerana liriknya
- High and Dry – juga lagu sensai MTV
- Just – satu lagi lagu famous mereka di MTV
- My Iron Lungs
- Nude – sudah menjadi putaran mesti bagi aku…
- Videotape – mesti dengar juga
- Exit Music (For A Film)
- A Wolf At The Door – ada iras satu lagu, tapi tak ingat…
Ini adalah seleksi aku tanpa mengikut sebarang carta top atau aliran semasa, ini adalah seleksi peribadi. Jadi kepada kawan-kawan yang punya pilihan lain, cuba senaraikan 10 lagu paling hebat Radiohead kegemaran anda. Kalau boleh, ikut turutan 1-10. Sila-sila…
Harap yang baru baru nak berjinak dengan Radiohead, bolehlah ambil senarai ini sebagai permulaan…
Esok saja…
Popularity: 18% [?]

Comments(19)






jangan lupa lagu baru dalam in rainbows- House of Cards
aku syok giler dengar lagu tuh.
lagu dlm com.lag pun aku tak masukkan mcm GAGGING ORDER tu… IN RAINBOWS tak menular sepenuhnya lagi… aku punya satu ritual bila nak mendengar album baru, aku kena layan balik album lama sampai muak, baru start dengar album baru… huhu~
wei..try dengar koleksi b-sides RADIOHEAD pulak!!!
ini pula 10 turutan lagu Radiohead terbaik bagi kepala otak aku…
1. Paranoid Android
2. The Nation
3. Idioteque
4. 15 Step
5. No Surprises
6. 2 2=5
7. Black Star
8. Everything In It’s Right Place
9. High & Dry
10. I Might Be Wrong
dan bagi aku, lagu-lagu dari Radiohead semuanya hebat pada kepala otak aku…
sekian, sudah dulu…
10 lagu radiohead yang aku layan tiap kali aku rasa nak layan radiohead
10. 2+2=5 -aku suka mulakan dengan lagu ini dulu…utk dapatkan hype
9. Everything In It’s Wrong Place (dari album Me & This Army:Radiohead Remix) dan juga versi asal nya Everything in It’s Right Place
8.Subtranean Homesick Alien
7.There There – ada sesuatu vibe yang susah aku nak gambarkan bila aku dengar lagu nih.
6.Paranoid Android
5. House of cards
4. Creep
3.Fake plastic trees
2.Idioteque
1.No surprise
ok aku salin untuk dengarnya bila ada masa, Radiohead boleh kata aku baru dengar 1 lagu je, apa baru 1 lagu je? Ya lagu Creep tu kot
mula dengar nama band Radiohead sejak dengar MUSE, ye lah MUSE lebih pop+ular kan
@rjuna, tapi MUSE pun org ckp tiru RADIOHEAD, esspecially tiru cara Thom Yorke menyanyi…
aku dgr nassier wahab – memori cinta luka.
ok jab gi aku listkan lagu2 aku tapi bukan radiohead lah. artis malaysia saja.
aku suka fauziah latif-teratai layu di tasik madu
kau lupa nak letak lagu the trickster… uhhhhh…. semangat dol lagu tu.
ok ok… kalau nak lompat2 sambil dgr radiohead ini listnye.
1. The Trickster
2. Anyone Can Play Guitar
3. My Iron Lung
4. Paranoid Android
5. Electioneering
6. Idioteque
7. 2+2=5
ok tu je. lagu2 lain nak bawak tido ke nak bawak slow seks ke bole jugak… untuk slow sex nanti aku cadangkan kemudian.
yg korang list kat sini, semua dah nak cukup semua lagu radiohead. aku rasa, idea yg lebih bernas, dengar semua je… :)
aku rase yg agak iras dengan wolf at the door tu lagu faust arp kot…sbb mase mule2 aku dengar faust arp aku terfikir, eh! wolf!
tapi depan2 je ade iras, yg blakang2 bunyi lain dah. aku suke faust arp juge (utk album baru), selain nude dan jigsaw falling into place….but still paranoid android juge yg terbaik pd aku :)
haaaiii….bile la agaknyer radiohead nie nak dtg msia nie….
oh musik anak-anak muda… he he :) aku dengar James Blunt, cukup rock x?
nmpaknya… lepas ni aku kena layan lagu radiohead lak ni… dulu asyik layan nirvana ngan silverchair jer…
aku nak suggest lagu 15 Step & Jigsaw dalam In Rainbows album.
Urm, takde sape yang layan Bjork ke kat sini?
Any trip hop fans here?
Portishead, Emilie Simon or Massive Attack in particular?
[...] Radiohead – Mesti Dengar Radioheadn – In Rainbows [...]
hermm dah lama tak dengaq radiohead… since 9 yrs ago…. jika dulu musik adalah sebahagian hidup aku… hehehe grindcore forever…tapi lepas bini aku buang cd-cd aku aku… dah tak beli lagi dah cd hahaah… tinggal satu jer yg terselamat itu pun local deathmetal band Mandatory… skang aku hanya dengaq radio 2meter band (vhf FM mode)bukan setakat mendengar malah turut berkomunikasi terutamanya dengan stesen-stesen jauh ( rekod terbaru stesen dari taiping, aku di penang)apa yg aku merepek ni… esok saja bro… heheeh pinjam tagline hang…