Persetankan: Berbuka Puasa…

DSC_5882

Dah lama dah budak-budak Persetankan tak berkumpul reramai camni. Thanx to Surie dan Ikmal Ibrahim yang banyak plan ke semuanya. Pertemuan kali ini diadakan di Q-Bistro, Bandar Sri Pemaisuri. Kali ini, venue jauh sikit dari KL memandangkan semua nak elak jam. Diadakan pada hari Ahad minggu lepas. Kali terakhir aku bersua muka dengan kebanyakan daripada mereka adalah ketika di Majlis Kenduri Kahwin Bali. Ada juga yang selalu kerap jumpa macam NizamNuri, Ariep, Ikmal dan Min.

Kehadiran adalah seperti aku dan Isteri, NizamNuri dan Farah, Ikmal dan GF, Min, Surie, Arief, Omar, Helmi, Arwah Tagg, Ikim, Judo dan Hani, Fazari, Melissa, Bella dan CalicoJack, WaniArdy dan BF.

Sangat-sangat seronok dan mengimbau kembali zaman-zaman kegemilangan kenalan-kenalan ini.

Ahli-ahli Persetankan bukanlah terdiri daripada fhotografer sahaja dan topik perbualan juga tidak pernah berkisar tentang fhotografi. Persetankan lebih dalam maknanya daripada itu. Ianya sekumpulan kawan yang berkenalan melalui satu medium laman web yang sehingga kini masih kekal berkawan. Sudah masuk 5 tahun kalau tak salah aku.

Dan ada yang diantaranya aku dah anggap macam adik beradik.

Tak banyak gambar. Harapkan kalau tak bawak keluar DSLR banyak lah gambar aku pulak yang diambil. Tapi tak jugak. Hahahah! Smena 8M digunakan di dalam environment gelap tidaklah digalakkan. Ikmal ada kasik satu flash untuk aku, tapi mungkin akan belajar guna bila ada masa. Buat masa ini, guna untuk ambil gambar di hari siang yang cerah.

We should do this again guys. Maybe Raya? Sapa nak buat rumah terbuka for Persetankan?

Esok saja…

UPDATE: Mungkin anak lelaki… Ada cadangan nama?

Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400

Smena 8M X Fujifilm Superia XTRA 400

Popularity: 11% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

10 Comments so far

  1. jasmin on September 12th, 2009

    lepas sminggu raya nnti kiter try cakap2 balik k? hehehehhe

  2. bella on September 12th, 2009

    ngehaha! ye ye sgt serunuk :D

    Fendy Dhilla = Farhan Damien – Farish Darman – entah :P Fendy Jr.

  3. Wani on September 12th, 2009

    Aku telah membuat sedikit kajian sambil mengambil kira faktor nama Affendy, Zaidan, dan Dhilla. :)

    Affendy = Gelaran bagi nama orang yang berkedudukan
    Zaidan = Tambahan, kelebihan

    Memandangkan nama kau mempunya makna yang elok, maka molek jika anak kau meneruskan tradisi tersebut (diberi nama dengan makna yang elok dan bukan sedap didengar semata-mata).

    Ini kerana, nama boleh membentuk peribadi manusia (walaupun tak semestinya) dan ibu bapa serta empunya nama itu sendiri akan disoal mengenainya di akhirat kelak.

    Berikut adalah cadangan aku, khas untuk Beck dan Dhilla yang disayangi. :)

    1) Affan Zafran = (Affan) Bapa khalifah Uthman, (Zafran) kejayaan

    2) Afsar Daiyan = (Afsar) Lebih jelas, (Daiyan) hakim, pelindung, penjaga, pembalas

    3) Afkar Zakwan = (Afkar) Yang bijak, (Zakwan) yang cerdik, harum

    4) Afham Darwisy @ Daris = (Afham) Yang pandai, (Darwisy) warak, (Daris) pembaca, pelajar

    5) Dika Azhari = Jaguh, bunga

    Kalau kau mahu nama jenis satu-perkataan, pilihlah mana-mana. Kalau mahu “mix and match” semula pun boleh.

    Selamat memilih dan terima kasih kerana memberi kesempatan untuk memberi cadangan. :)

  4. fendyzaidan on September 12th, 2009

    kalau boleh nak satu je nama. taknak dua tiga nama. satu nama yang simple. taknak sangat nama yang maksudnya berat-berat.

    nama yang ko kasik tu wani, nama arab orang arab je. aku takde keturunan arab.

  5. Wani on September 13th, 2009

    Nama Islam lah. :) Omar (Bahrin), (Ikmal) Ibrahim, (Jasmin) Ghazalli, Abdul Rahim (bapakku) dan banyak lagi, semua Arab juga kalau diikutkan. Cuma orang Melayu dah biasa pakai, jadi lebih rasa Melayu dari asalnya Arab.

    Saja je mencadang sebab aku jenis yang tak berapa peduli keturunan. Aku kirakan agama dengan nama yang ada makna baik je. :D Tapi itu akulah. Tersyok lebih pulak macam nak bagi nama anak sendiri. Hahaha. Sorry ye Beck! :)

  6. nizam.nuri on September 13th, 2009

    wani nanti aku nak cadangan utk nama anak aku pulak tau. tahun depan. ok rock!

  7. suerie on September 13th, 2009

    pergh Wani siap buat kajian, bagus.. nanti semua boleh refer dia, hehe

  8. fendyzaidan on September 16th, 2009

    afkar bin affendy sedap ke? kalau ikut nak letak nama adam je. tapi anak sedara dhilla dah ada yang nama adam. aku nak nama satu je kalau boleh. tapi itu aku la. kalau boleh aku nak pujuk wife pun pilih satu nama je. aku tak kisah aku kasi or dia kasi, but satu je nama. taknak N*** M**** R**** S**** bin Affendy. Tak berapa berkenan.

    dua tiga hari ni, sebab sempat tengok jejak rasul kat tv3, dok terngiang nama nabi daniel…

  9. Tagg on September 16th, 2009

    Amik Affan Zafran.mcm suit je.sebut pon sedap.

  10. fendyzaidan on September 16th, 2009

    affan zafran affendy?

Leave a Reply