19 Sep
Ekspressi oleh fendyzaidan | Fhotografi, Kejadian, Luahan Rasa, Refleksi

Kawan-kawan tanya, “Beck, kenapa kau tak tulis pasal puasa Beck? Dah masuk seminggu dah puasa. Blogger lain semua tulis pasal puasa…“. Jadi, untuk memenuhi kehendak kawan-kawan yang bertanya, inilah entri ku, “Puasa: Sebuah Kenangan Lampau…”
Ketika ini, kanak-kanak sedang sibuk termenung memikirkan apakah juadah berbuka yang disediakan oleh ibunya. Ketika ini, ada ibu bapa yang bertungkus lumus menyiapkan kerja supaya dapat pulang ke rumah melayan kerenah anak-anak untuk berbuka. Sambil otak berserabut memikirkan persiapan hari raya yang bakal kunjung tiba. Ketika ini, pasangan kekasih sibuk merancang di mana hendak berbuka, pukul berapa hendak ketemu…
Aku, ketika ini, merisaukan berapa senangnya hanya berpuasa menjaga makan dan minum. Tetapi amat payah memikirkan puasa yang sempurna, dari segi ibadatnya, dari segi cegah maksiat dan zinanya(bukan aku berzina, jangan salah faham), dari segi ketepatan dan kesempurnaan rutin harian dalam bulan puasa. Masih jauh puasa ku untuk menjadi yang sempurna di sisi tuhan. Tetapi, saat saat ini, mengingatkan kembali ibadah puasa ketika kecil. Amat melucukan.
Aku mula berpuasa dari darjah satu, dari hari pertama aku berpuasa, hingga sekarang, boleh aku katakan dengan bangganya, ibadah ini dijalankan hampir sempurna. Dalam tahun-tahun itu, aku hanya tingga 2 hari puasa ku. 2 hari itu hanya ketika umurku 21 tahun, terpaksa batal puasa ku kerana aku mengalami sedikit kemalangan ketika di rumah. Mungkin puasa ku mudah kerana aku tidak merokok.
Teringat lagi ketika dulu, bangun sahur bersama arwah maktok dan tokwan, dengan chaq dan kak ina (ketika ini aku duduk dengan arwah maktok ku di Kedah). Bersahur dengan lauk berbuka semalam, dengan tambahan telur masin. Boleh sesiapa terangkan kenapa telur masin itu ibarat kewajipan dalam waktu bersahur? Minum berkali kali sebelum Subuh berkumandang. Sambung tidur di kerusi ruang tamu, sebelum dikejutkan untuk ke sekolah. Tertib, disiplin sekali puasa ketika kecil.
Tetapi, kenangan puasa yang lucu hanya bermula setelah aku berpindah ke Kuala Lumpur dan bersekolah di sana. Kawan-kawan sedarjah ku, amat aktif walaupun bulan puasa. Kami tetap bermain bolasepak di panas tengah hari sebelum masuk ke kelas, waktu rehat, dan waktu PJ. Masih bermain Chopping atau capping (dengan bola tennis yang dibaling menuju ke badan lawan, pernah main tak?). Berlari lari bagai gila. Penat tu, tuhan saja yang tahu. Tapi, kami mempunyai ubat mujarab…
Air batu RM0.20 sebungkus.
Beli di kantin, dan letak nya di dalam baju sekolah ketika di dalam kelas. Digosok gosok ke seluruh badan seperti mandi dengan tuam. Sejuk. Nyaman. Pihak kantin tentu untung besar. Peliknya, siap bungkus sudah dlm plastik kecil, dan disusun dalam bekas air batu. Betul. Aku ingat lagi Ustaz Ibrahim cakap itu adalah makruh, kurang pahala. Ada kawan-kawan yang buat buat terminum luwapan di plastik beg air batu itu. Trick siut…!
Balik ke rumah pula, aku pasang dan takung air dalam kolah/tab mandi, kemudian curi ketulan air batu dari peti sejuk, dan biarkan ianya terapung dalam kolah/tab mandi. Sejuk dan nyaman mandi dengan air sejuk dengan berpuasa di hari panas terik. Nyaman. Aku juga pernah berendam dalam kolah, sampai dipukul dengan rotan oleh emak aku.
Ah, kenangan…
Ketika di bulan puasa juga, ramailah kawan-kawan sedarjah yang bertandang ke surau. Waktu itu, ramai yang menawar diri menjadi imam. Mahu pahala lebih. Ustazah melihat senyum dari jauh. Ada kawan aku, yang tiga rakaat zuhornya, ada yang silap takbir, dan berbagai lagi. Lawak sungguh. Tapi yang pentingnya kesungguhan dan belajar dari kesilapan. Satu lagi aktiviti di surau ketika bulan puasa adalah bacaan Quran beramai ramai, dengan bergilir gilir. Kata Ustazah, itu cara paling baik untuk khatam dengan cepat, tetapi bila orang lain baca, janganlah bermain, tetapi tekun mendengar dan mengikut dalam hati. Baru berkat khatam itu.
Waktu kanak-kanak, waktu berbuka puasalah yang ditunggu-tunggu. Jam pukul 6:30ptg, sudah duduk di atas kerusi, mengadap juadah yang satu satu dihidang oleh emak. Lawan memilih kuih mana milik aku dan milik adik-adik. “Ini Along punya, orang lain takleh amik,” Perut dah bunyi. Ayah balik bawa air kelapa, kegemaran seisi keluarga. Pukul 7:00ptg, bangun ke dapur, keluarkan air batu (tapi takde sebab aku guna mandi tadi). Emak ketuk tangan dengan senduk nasi. Berlari ke kedai cina beli air batu. Berbuka puasa dengan bacaan doa yang dipass kepada adik. Makan dengan berselera sampai tidak boleh bangun. Bila emak suruh solat Maghrib, buat buat sakit perut, sedangkan senak dan lahap.
Bulan-bulan puasa itu, tidurku dialuni bacaan Quran oleh emak. Emak ikut bacaan Quran di TV. Ketika bangun sahur pun begitu. Indahnya puasa dahulu…
Sekarang, sahur pun jarang. Berbuka puasa seorang di bilik. Mungkin akibat duduk di rumah bujang yang tak sepakat dan tak sekepala. Makan pun, hanya sejenis, nasi campur atau kandar kalau rajin beratur panjang. Kalau tidak, McDonalds. Itu sahaja. Sahur pun malas bangun. Rugi tidur fikir ku. Ah, puasa zaman dewasa ini amat tidak seronok. Sangat-sangat tidak seronok.
Puasa, Memang Sebuah Kenangan Lampau…
Gila panjang entri ni…
Esok saja…
Popularity: 21% [?]
46 Maklumbalas
Qaiyum
September 20th, 2007 | 1:27 am
1Ah. Komentar Pertama? Hmm.. Kenangan Dahulu Memang Sukar Dilupakan. Zaman Mula Bertatih. Zaman Baru Melihat Dunia. Tanpa Rasa Tercabar Dan Dicabar.
Rindu. Huhu. Rindu Main Bola Cop @ Copping Itu.
palie
September 20th, 2007 | 10:08 am
2Puasa di zaman kanak-kanak adalah kenangan yg indah….
beckzaidan
September 20th, 2007 | 10:19 am
3@qaiyum >> komentar pertama kerana jarang ada pembaca mahu baca entri panjang mcm ni. tak menarik. ahaha. suka aku main bola coppin tu, lagi lagi, bila bola masuk longkang. kalau tak perah betul betul, baling kena badan orang kat belakang, lekat satu tanda macam matahari. ahahha. lawa…
@palie >> yup yup, kenapa tak ceritakan puasa zmn kecil ko pula…? mari bercerita, dan tinggalkan link di sini, untuk semua orang…
sankai
September 20th, 2007 | 10:55 am
4entry ni sunggu mengimbau kenangan…kenangan yang sepatutnya kebiasaan pada bulan ramadhan…
azealea
September 20th, 2007 | 11:08 am
5ramadhan reminds me of A&W’s root beer.it’s a must have in the family fridge back days when i was 8.i always had 4 gulps out of the big bottle at 2pm after school.no one knows until my elder sister read my dino-diary.then there’s no more root beer after that so i switched to ayaq sejuk instead.huhu.yyuup! those days,aaaahh…
beckzaidan
September 20th, 2007 | 11:16 am
6@sankai >> yaya, kenangan zmn itu, dalam apa jua situasi amat seronok… dewasa ini amamt mengecewakan…
@azealea >> u know, u’ll have cute kids in the future…
c-sankai yang ganaz.!!!! » Blog Archive » i’ll be missing youu~uhuhuhu…
September 20th, 2007 | 11:42 am
7[...] buat entry pasal kenangan puasa…pas baca entry tu, aku tetiba teringat 2 tahun sebelumnya dan kebelakang…sunggu best [...]
Bella
September 20th, 2007 | 12:37 pm
8aku xtau pun permainan bola tennis tue..
haha~!
terangkan.. ko dah sihat kan.. wahh, panjang benar entri kali nie..
puas hati membacanya..
haah, puasa kali nie baru ku rasa xberapa seronok..
lagi pula teringat hari pertama berpuasa..
berbuka seorang diri makan nasi bungkus..
tidak bersama family.. mahupun teman2..
haih.. aku rindu family ku
ikmal ibrahim
September 20th, 2007 | 1:12 pm
9hurm….entry yang mungkin boleh membuatkan pembaca menitiskan air mata akibat mengenangkan beberapa perkara;
a) kenangan masa lalu yang tidak mungkin berulang
b) teringat kepada ahli keluarga yang mungkin sudah tiada
c) kerinduan kepada ahli keluarga yang dah lama tak jumpa
d) mengenangkan nasib diri pada situasi sekarang
aku tak nafikan yang aku merasa sebak, walaupun sedikit, tatkala membaca entri ini.
mohdismail
September 20th, 2007 | 1:37 pm
10molek ke makan telur masin buat sahur? bukan ke kandungan garam yg tinggi dalam telur masin tu akan menyebabkan dehidrasi sekaligus membuatkan badan lemah menjelang waktu berbuka…
ye kot… entahh..
ha ha ha…
*tak berjalan ke bazaar Beck?
beckzaidan
September 20th, 2007 | 1:44 pm
11@bella >> itu tandanya kau dah dewasa. puasa dan raya pada orang dewasa amat tidak seronok.
@ikmal >> yup. secara tak sengaja aku tulis pasal arwah maktok aku… kenangan…
@mohdismail >> tak tau ke molek ke tidak. tapi itulah yg ada di atas meja setiap kali bersahur dulu, skrg pun selalu ada telur masin tu… ke bazaar? malas, penuh dengan students yang asyik memandangku pelik…
nizam nuri
September 20th, 2007 | 2:11 pm
12aku pon makan telur masin waktu sahur gak sampai skang.. ye la kan… aku kan pemuda pemalu berusia 24 tahun yang masih duduk di rumah ibu bapa ku… hahahahahah.
bazar ramadhan… ramai awek usha kau ekk??… siot… kalau aku takde sape nak usha… hahahahaha… ok ok… kau hensem… baru aku sedar kitidakkacakan aku ini.
owh ye… permainan tu kami kat serdang panggil ‘bola cop’… best main tu. lagi2 kalau bola tu dah masuk dlm longkang…
chot
September 20th, 2007 | 2:15 pm
13ceh student asyik memandang pelik pada ko di bazar ramadan? hahahah
omarbahrin
September 20th, 2007 | 2:43 pm
14yayay…nostalgia sungguh…huhuhu..
beckzaidan
September 20th, 2007 | 2:45 pm
15@nizamnuri >> mana de aku ckp ko tak hensem. aku ckp diaorang pandang aku pelik sbb aku malas nak bukak helmet, so aku berjalan dgn helmet di kepala dan berpusing di bazar menggalas beg crumpler ku membeli juadah. aku benci bersesak sesak. ko pun tau kan nizam. ko patut tahu, aku kekasih ko. mencik…
@chot >> ko jeles ke chot. ahahha…
@omarbahrin >> tulis la kenangan ko pulak, berkongsi…
bali
September 20th, 2007 | 3:05 pm
16tajuk entri - kenangan ku bermalam bersama beck
nizam nuri
September 20th, 2007 | 3:41 pm
17aku rasakan bali ni semakin lama semakin gay la. metroseksualisme anusisme….owh…cockisme.
beckzaidan
September 20th, 2007 | 4:08 pm
18@bali >> ko sabit ada tajuk je, nak lekat kan benda seks seks ni… kotor la wei…
@nizamnuri >> kita dah lama sedar bali camtu. malas nak ckp je… ahaha…
duez
September 20th, 2007 | 4:37 pm
19Puasa dizaman kanak-kanak…
Mengingatkan aku bila mana sebelum ke sekolah diwaktu pagi…aku dah cakap kat mak aku supaya simpan air dalam tong dan jangan ada sesiapa usik.Sebab aku nak balik mandi dengan air tu,sebab dah “peram” dari pagi…air tu sejuk..
Lepas mandi,aku akan pakai seluar pendek je,tergolek2 kat atas simen yg sejuk.Sambil menunggu Abg Din datang jual mknn bukak pose naik moto.
Maaf!aku seorang budak kampung dalam bukit yang takde pasar ramadhan suatu ketika dahulu!
beckzaidan
September 20th, 2007 | 4:56 pm
20@duez >> citer ko buat aku tersengih. indahkan berpuasa dikampung. aku direntap kehidupan kampungku bila ayah ku bawa aku ke KL daripada alor setar… ah, kenangan…
duez
September 20th, 2007 | 5:23 pm
21sambungan…
menu aku bukak pose zaman dulu,tak lain tak bukan cendol santan nira kelapa!10 minit terakhir sebelum berbuka…berkejaran aku membeli air tebu bersama ais.
Masa tuh umah aku takde peti ais.Hanya kekedai membeli ais yang diselaputi habuk-habuk kayu untuk melambatkan proses pencairan.Ada sape2 pernah lalu mende macam nih tak?angkat tangan….
Ais tu bukan petak2 kecik…tapi adalah sebesar keyboard yang kau tgh guna sekarang dan setebal setengah kaki.Yang peting tiada plastik!Dalam guni saja…
beckzaidan
September 20th, 2007 | 5:30 pm
22@duez >> waktu aku di kampung dulu, sama la masalah air batu ni. habuk kayu yg slowkan proses cair. sama sgt. ahaha… saya angkat tangan!!!
voices of me » Blog Archive
September 20th, 2007 | 6:28 pm
23[...] yang dibuat oleh Beck membuatkan aku teringat kembali pada zaman kanak kanak.Walaupun Beck [...]
voices of me » Blog Archive » Kenangan dan waktu
September 20th, 2007 | 6:35 pm
24[...] yang dibuat oleh Beck membuatkan aku teringat kembali pada zaman kanak kanak.Walaupun Beck [...]
ikmal ibrahim
September 20th, 2007 | 9:04 pm
25hahaha…nampaknya entri2 blog rakan2 pun sudah banyak bercerita tentang kenangan ramadhan mahupun bukan ramadhan dizaman kanak2 masing2…aku pula bagai tiada apa yang boleh dikongsi…mungkin belum sampai waktu untuk berkongsi semua ini kerana mungkin zaman kanak2ku sangat membosankan…
kidd
September 21st, 2007 | 1:04 am
26owh..aku tiada memori airbatu berhabuk kayu. cuma menjadi mangsa angkut air batu dari kedai, sbb aku punahkan mesin dingin dengan mencungkil2 ais2 di bahagian sejukbeku dengan pisau/pemutar skru.tiada juga memori bergegas beli juadah berbuka, kerna masjid tempat aku menamatkan seharian puasa.apa best?BUBUR KANJI unlimited, nasi minyak ayam merah,daging rebus bercicahkan air asam. aku miss ‘jongkong’ masakan ibuku.
beckzaidan
September 21st, 2007 | 9:23 am
27@ikmalibrahim >> nanti ada la citer tu. tak semua hidup itu bosan di mata orang lain. bagi ko mungkin biasa, bagi orang lain tidak. medium blog ini adalah untuk berkongsi. bukan?
@kidd >> JONGKONG? jongkong ni camne? masakan negeri mana?
jasmine
September 21st, 2007 | 10:44 am
28sejak 3 tahun lepas, puasa semakin sayu dan hening. tapi. hidup makin bermakna sebab makin ramai kenalan dan makin banyak pengalaman.
paling tak leh lupa ialah beli juadah berbuka dengan arwah ayah.
paling best bila dapat salam semua di pagi raya.
tapi keadaan berubah. jadi, kena la teruskan kehidupan.
kau pon berubah, sudah ada tunangan. hehe
beckzaidan
September 21st, 2007 | 11:38 am
29@jasmine >> biasa la. kehilangan individu terdekat amat melukakan dalam keadaan bagini. samala ketika di pagi raya. tunang atau tidak, hidup aku masih berjalan seperti biasa min, takde perubahan pun. aku semakin digilai ramai wanita… ahahaha…
Azzu
September 21st, 2007 | 12:14 pm
30tiada kenangan seindah berpuasa, berbuka, berterawikh dan menyambut raya bersama keluarga. hidup bujang di kota besar sungguh sucks ketika time2 begini (unless kalau ade makwe/gf/awek atau pakwe/bf/balak) ;D
bali
September 21st, 2007 | 12:24 pm
31beck juga digilai lelaki.
ikmal ibrahim
September 21st, 2007 | 1:18 pm
32hurm….mungkin juga…aku rasa la, jongkong tu sejenis kuih manis, dibungkus dengan daun pisang, dihalwakan dengan cairan gula merah, dibuat dengan menggunakan tepung ape ntah aku pun tak tau…tapi ape yan aku tau, memang sedap…
duez
September 21st, 2007 | 2:12 pm
331.Jala Emas
2.Nek Bat
3.Locong
4.Lompat Tikam
5.Sagupal
Sapa tau dan pernah rasa mende kat atas tuh?
azealea
September 21st, 2007 | 3:03 pm
34beck dah ngaku gay..
beckzaidan
September 21st, 2007 | 3:11 pm
35@azzu >> yup-yup agree. aku sorang je kat penang ni.
@bali >> ko yg selalu menggila dan mangidolakan aku…
@ikmalibrahim >> aku kalau sedap, pernah makan la kot. tapi tak tau nama mungkin…
@duez >> jalaemas mungkin pernah.
@azealea >> ko baru tau?
nizam.nuri
September 21st, 2007 | 9:40 pm
36aku tak berbuka makan kuih aa.. aku tak suka makan manis2 ni… aku berbuka terus makan nasik je… pastu makan mcm tiada hari esok… owh.. ye.. saya kuat makan… dan owh ye… badan saya slim.
dan… bali gay!
nashrex
September 21st, 2007 | 11:14 pm
37aku bli digital camera magazine..
nampak nama Affendy Zaidan, menang shot of the month.
adakah itu ko? huhu
baim
September 21st, 2007 | 11:25 pm
38sapa suh makan mcd..ngok..sapa suh taknak balik kg..ngek..sapa suh taknak bangun sahor..nguk..lala~
kidd
September 21st, 2007 | 11:32 pm
39asal usul jongkong tidak diketahui. jongkong dikukus dalam talam, persis membuat tepung talam. ia bagai tepung talam yang direndam dalam cairan gulamerah+santan!meleleh air liur wooo!
omarbahrin
September 22nd, 2007 | 11:12 am
40nash, mmg beck tu..ko cuba cek entry sebelum ni…ada beck nyatakan..hehhehe
beckzaidan
September 22nd, 2007 | 11:32 am
41@nizamnuri >> aku kat umah mak aku pun, berbuka makan nasik terus. makan sampai lahap. ada la sikti sikit kuih dan murtabak (wajib).
@nashrex >> ya, akulah jejaka kacak tersebut. tapi hadiah tak sampai lagi.
@baim >> aku bukan anak emak mcm ko. manja. nak kena balik tetiap minggu bau ketiak mak.
@kidd >> ko citer mcm tu, aku dah terliur gile dah…
@omarbahrin >> ahaha, ko terrer.
Qaiyum
September 22nd, 2007 | 12:10 pm
42Sekali Komen² Cite Pasal Makan Da.. Huuu.. Den Tak Sahur Lak Tadi..
Ikmal Ibrahim
September 22nd, 2007 | 3:17 pm
43[...] mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanakku. Bukan sahaja sewaktu bulan Ramadhan, tetapi juga pada bulan bukan [...]
baim
September 23rd, 2007 | 1:04 am
44besh jadi anak emak ni..ngahaha
bali
September 24th, 2007 | 2:47 pm
45aku tambah satu lagi jadi 45 maklumbalas. sekian.
Batman Loy
July 13th, 2008 | 6:31 pm
46Woowwww!!! Bab posa ni yg susah wa mau komen. Wa belah dulu k….jumpa lagi!
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMKamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Jilat! Jilat! Jilat!Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...KLian: Manusia Untuk Dibenci...Saya Kembali Dengan Dendam...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.