well, raya tahun ini, macam tahun tahun lepas. raya sebagai seorang yang single, tak jauh beza raya macam seorang yang bercouple. famili diutamakan. mama ngan abah all out tahun nie. tak tahu apasal. aku biasa biasa aje. tak banyak berbelanja pun. beli sedikit barang keperluan, dan banyak dihabiskan ke atas scoot aku je. and after all, kena jimat, next month punya kerja, duit kena slow sikit, takut tak ckup sampai hujung bulan. so pekin pekin sikit. baim dengar citernya dah habis sudah duit tu… pergh, raya sakan nampaknya, kawan-kawan lain pun, raya sakan giler. aku je tengok, jadi peneman bila diaorang keluar shopping. takpe, cuci mata. janji poket tak kering. :)

anyway, pagi raya tu, aku terbangun awal, lepas tengok Man Utd kalah pada Lille, terus mandi sunat aidilfitri, lepas tu iron baju melayu. tahun ni, rasanya tak eprlu beli baju melayu baru, yang tahun lepa ok lagi. jarang pakai pulak tu. mak aku bising jugak sebab tak beli baju melayu baru, aku cuma buat moka seposen je. buat apa, bukan meriah pun… :p

lepas tu, ingat nak pakai seluar jeans aje, lagilah mak aku ngamuk. tak pernah pernah pakai seluar jeans gik sembahyang raya. ngahahaha. aku pun terus la, sarungkan sampin, macam nak gik kahwin plak. tapi takpe, tak nampak skema sangat sebab baju melayu johor, tuck out. ok je…

pagi gi rumah tokwan kat kampung berjaya. cipcip asyik suap aku biskut raya. sapa lagi nak melayan budak kecik tu. lepas abiskan rutin anuual aku, iaitu tidur di couch rumah tokwan sampai tengah hari, abah ajak gik pendang, rumah mak ngah ngan pak ngah. so follow je, dengan baju melayu, bersampain, tapi slipar jepun bodo je. ngahaha. aku cakap kat mak ngah, budget tergelincir tahun ni, sebab tu pakai selipar jepun je. mak ngah gelakkan aku. :)

pukul 3 balik semula ke rumah. lepas tu, berduyun duyun kawan-kawan adik aku datang. kawan aisyah dengan sabrina paling ramai. amin keluar dari pagi tadi, tak balik balik. biasa la, lenjan scoot dia yang baru cat tu. cibai tul, ayah aku kasik duit full kat dia pergi cat scoot dia. sedangkan aku pakai duit sendiri. tak adil sungguh. ngahahhaa. takpe la kan, rezeki dia. :)

lepas maghrib baru orang berhenti datang. hujan pulak tu. aimee call ajak kuar, dia rindu ngan INITIAL D la tu. teman dia gik main benda alah tu. lepas tu balik terus. ingat nak layan DVD, tapi ngantuk giler, terus tido. kalau tak silap aku, dan kalau aku tak bermimpi, Wanie ada call aku pagi pagi buta. aku dah tido nyenyak dah… tapi takpe, sayang punya pasal, layan je. tersenyum aku sengsorang layan dia, dia comel la dalam tepon…

ahh, petang ni, kwn kwn aku plak nak bertandang, mama masak mee sup, favourite aku tu. ok ah, nak gik solat jumaat kejap…

so kat bawah ni, baper keping gambar dari camera aku, banyak lagi sebenarnya, tapi aku malas nak edit. nanti la aku cuba uploadkan ke photobucket, lepas tu ada camera adik aku lagi. banyak sungguh, tak tahu la nak develope ke tidak, kalau dev jugak, terkopak pocket… :)

selamat hari raya untuk semua…

esok saja…


aishah and me…


aishah main camera…


the new scoot paint job (as i promised)…


amin, my bro, also have a new paint job…


waiting…


me and my mom…


me and sabrina, my sis…


stupid raya smirks…


me and my sis, aishah…

click on the pic for a larger size pic…

Popularity: 2% [?]