12 Sep
Ekspressi oleh fendyzaidan | Fhotografi, Kebendaan, Kejadian, Luahan Rasa

Aku kembali setelah hampir 5 hari menghilangkan diri. AKu sedikit sibuk dengan Bengkel yang aku terlibat sebagai sekretariat. Sangat sibuk. Setiap hari, tidur hampir pukul 2 pagi. Tambah pula dengan ketidak biasaan aku tidur di atas katil hotel dengan hawa dingin, amat pelik dan sukar untuk tidur dengan nyenyak. Penat juga tidak habis lagi, pening kepala, jangan cakap la…
Dalam masa aku menginap di hotel, aku dapat idea untuk 2 atau 3 lagi entri baru ku, yang masih lagi aku sedang fikirkan cara untuk menulisnya. Nantikan entri kesedaran bangsa Melayu ini. Aku bukanlah membenci bangsa ku sendiri, tetapi aku rasa perlu untuk bangsa kita hormat BANGSA sendiri dan ada maruah bangga menjadi orang Melayu. Itu saja. Jadi, nantikan beberapa entri yang akan menggoncang akal korang dan mungkin akan membuatkan korang membenci ruang blog ini.
Oh, berkenaan dengan ura-ura Majalah Digital Camera Magazine Malaysia yang memilih gambar submisi ku dua bulan lepas sebagai HOTSHOTS Of The Month untuk September 2007, akhirnya aku dapat kepastian bahawa ura-ura itu adalah benar sama sekali. Setelah dua hari ke hulu ke hilir mencari majalah tersebut di Penang, akhirnya stokis majalah Baim menghantar pesanan ringkas bahawa majalah itu telah sampai petang semalam. Jadi aku telah ke kedai tersebut untuk mengambil majalah itu. Dan amat melonjak naik turun debaran hati. Tapi memang betul, submisi tunggal ku berjaya!

Aku galakkan kepada BEGINNER fotografi untuk menjadi pembaca setia majalah ini. Aku banyak belajar dari majalah ini. Digital Camera Magazine Malaysia Edition amat membantu. Boleh juga gambar di dalamnya menjadi panduan untuk komposisi gambar. Fhotographer Malaysia banyak yang berbakat. SUNGGUH!!! ( Aku tiada apa apa share keuntungan ke atas majalah ini. Ini hanya pendapat ikhlas dari aku yang membaca majalah ini sejak edisi pertama sebelum aku ada sebarang kamera lagi.)
Esok saja…
Popularity: 13% [?]
28 Maklumbalas
omarbahrin
September 12th, 2007 | 10:18 am
1aku sudah beli…dan akan terus membeli…huhu tq beck…n congrats….sandisk pendrive 4gb…:P
Bella
September 12th, 2007 | 10:22 am
2woohooo!!!
hoooyeh hoooyeh!!! beck hebat.. ahahha~!
ciuman jijik satu kepada mu!
ok ok, nnt tiap tiap bulan akan ku beli ini majalah
hehehe~! tahniah ehh!!
keep on snappin great pics!
fiza
September 12th, 2007 | 10:59 am
3congrats encik fendy.
sankai
September 12th, 2007 | 11:45 am
4wow..tahniah..mesti rasa best kan dapat kuar mag.hehhhe..
beckzaidan
September 12th, 2007 | 11:54 am
5@omar/bella/fiza >> thanx semua. akan cuba dengan lebih baik lagi!!!
@sankai >> memulanya aku rasa, aku akan rasa best. tapi setelah nampak dengan mata kepala sendiri, aku rasa, mcm biasa je. tak tahu la. tak hype pun…
shutterspeaks
September 12th, 2007 | 12:30 pm
6mmg layak pun ko menang dengan gambar tuh. aku beli majalah ni dah berzaman, tp tak pernah hantar hatta sekeping pun. tak layak hehehe… tahniah dude…
duez
September 12th, 2007 | 12:31 pm
7Beck!!
Tahniah untuk ko aku ucapkan.Walaupun ko rasa biasa je,tapi mesti ia menjadi pemangkin untuk ko meneruskan perjuangan bidang fotografi kan?
Katakan pada aku BEck.
beckzaidan
September 12th, 2007 | 12:35 pm
8@shutterspeaks >> kalau ko tak ckp, aku sure tahu selepas aku beli mag itu. aku pun rasa mcm tak layak hantar, tapi bulan tu aku nak hantar utk silhouette tu, tapi mcm terlupa, and hanya hantar utk hotshot je. tak ingat aku, tapi aku tau aku hantar sekeping tu je. yg silhouette aku tak hantar… aku cuma harap dipublish je, tak harap pun nak menang.
@duez >>terima kasih. yup. pembakar semangat. aku sedang menunggu tajuk untuk ruang YOUR MISSION yang sesuai. sebab aku idamkan CF 4gb…
duez
September 12th, 2007 | 12:38 pm
9tapi aku disini susah nak dapat kan majalah fotografi english.Apatah lagi bahasa MElayu.
Aku rasa macam nak je langgan Digital Camera Magazine Malaysia Edition,tapi boleh ke pos ke sinih?
beckzaidan
September 12th, 2007 | 2:10 pm
10@duez >> bahasa jepun? tapi aku rasa boleh la kalau ko langgan duez. lambat ngan cepat je… try tanya tgk…
mohdismail
September 12th, 2007 | 2:24 pm
11ya.. aku tunggu lagi artikel kau..
*congrats Beck.. pendrive 4GB pun meriah juga tu.. rugi muka ko tak masuk penuh dlm mag tu.. kalo x mesti selebriti ar ko..
Rjuna
September 12th, 2007 | 2:53 pm
12Tahniah! Cumshot of the month, atas tu muka ko ke beck?
beckzaidan
September 12th, 2007 | 2:57 pm
13@mohdismail >> ye, nantikan. itupun lepas aku kaji entri tu, aku taknak kena rejam ngan batu dengan org melayu sendiri. taknak aku masuk ISA…
@rjuna >> cumshot? ahhaha… ah ah, muka aku. mcm gadis tomboy kan?
nizam nuri
September 12th, 2007 | 2:58 pm
14rockstar!
beckzaidan
September 12th, 2007 | 3:04 pm
15@nizamnuri >> sorry ah nizam, aku dipaksa. aku taknak jadik rockstar. ko pun tau…
chot
September 12th, 2007 | 4:02 pm
16tahniah beck..ko bakal hebat suatu hari nanti…
Oh ya…Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, aku mohon maaf lahir dan bathin…. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
aZruL
September 12th, 2007 | 6:26 pm
17congrats beck on being the hotshots of the month.aku da beli n tengok gambar tu.mmg santek.n aku mmg teruja nk tunggu post ko esok.walaupun aku xselalu post komen,tp setiap post ko aku baca psl aku suke baca n dengar idea.yup, ko betul,melayu perlukan anjakan untuk bersaing dengan penuh bangga.walaupun 50 tahun merdeka, kita masih xboleh mendabik dada.melayu tu aku ingat lebih mudah menerima nilai2 asing tapi kita perlu tapis apa yg memudaratkan.pokoknya,pertimbangan yg waras tu perlu.oh.ya.selamat menyambut ramadhan semua.
beckzaidan
September 12th, 2007 | 6:39 pm
18@chot >> yer. slmt berpuasa juga kepada ko…
@azrul >> thanx kawan. aku tak gerenti esok, tapi akan datang la. akan datang. aku kena garap ayat kasik org kita tak tersinggung, dan aku tak kena ISA… huhu~
kidd
September 13th, 2007 | 6:25 am
19wow. beck dapat pengiktirafan pakar. tapi satu gambar saja tak cukup beck. seribu gambar pon tak cukup buat kau hebat. teruskan penghantaran gambar² kau. mana tau, nama fendy zaidan jadik buah mulut di media cetak pulak.kerana perkataan terhebat hanyalah ciptaan fantasi manusia & tak wujud. teruskan menjadi lebih hebat!hidup!
beckzaidan
September 13th, 2007 | 9:45 am
20@kidd >> aku tak hebatpun. nasib je ni…
bali
September 13th, 2007 | 9:58 am
21haha. apa mcm sudah jadi selebriti tanah air. dah setaraf sultanmuzaffar ni.
beckzaidan
September 13th, 2007 | 11:09 am
22@bali >> takde pun. org biasa je. sultanmuzafffar tu sultan, tulah ko nanti samakan dia ngan aku… ahahhaa
bob
September 13th, 2007 | 5:56 pm
23taniah. taniah. memang mekar itu.
beckzaidan
September 13th, 2007 | 6:06 pm
24@bob >> terima kasih…
kita tutup perenggan hidup ku yang ini. kita mulakan yang baru…!
MAKAR!
ijad
September 13th, 2007 | 9:33 pm
25berapakah nilai autograph beck pada hari ini?
beckzaidan
September 14th, 2007 | 9:10 am
26rm0.023sen
bali
September 15th, 2007 | 12:43 pm
27sape nak beli boxer beck. ada jual kat ebay. bid wei skang sebelum terlambat.
ikmal ibrahim
September 17th, 2007 | 1:45 pm
28sekalung tahniah saya ucapkan kepada saudara affendy zaidan yang memenangi pendrive sandisk 4gb atas kejayaan beliau mendapatkan tempat bagi gambarnya di mata editor DCM…tahniah sekali lagi..
p/s:- nampaknya macam aku je orang last yang wish…huhuhu
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Aku Benci MohdIsmail.Net...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Stats
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.