
Aku pulang ke rumah ibu ku di Alor Setar hujung minggu lepas. Ayah ku kurang sihat. Mati akal dibuatnya aku, tidak pernah lihat dia seteruk dan tidak sihat sebegitu. Jadik runsing dan risau. Moga Abah cepat sembuh.
Bukan tidak mahu update blog, tetapi kalau aku update blog semalam, pasti perkara yang sama akan aku tulis, kisah orang orang jaja idealogi di jalanan dan mendatangkan kesusahan pada orang-orang lain. Malaysia sudah jadi medan politik dan idealogi jalanan. Seperkara yang jarang kita lihat selalu. Banyak yang menyokong, tetapi banyak juga yang menolak. Orang mahukan keamanan, mahukan keselesaan. Entahlah. Mungkin orang kita (Malaysia) mahu tengok darah, mungkin.
Minggu ini, kerja banyak sangat. Minggu depan, satu lagi laporan akhir perlu disiapkan sebelum cuti Hari Raya Aidiladha.
Persetankan.com mengeluarkan thema yang agak mencabar. Masih lagi kurang submisi yang seperti selalunya bertalu talu. Mari KE SANA.
Sejak balik Kuala Lumpur minggu lepas, batteri DSLR masih lagi tidak bercas. Tidak ada subjek untuk di fhotografikan, malah, di sini, hampir setiap masa hujan. Jadi kurang mengeluarkannya untuk apa apa tujuan sekali pun. Perlu keluar tengok dunia. Perlu…
Sekarang, dengan ditemani kekasih gelap ku, malam-malam menjadi lebih bermakna, dan kebanyakan malam juga, tidurnya diganggu oleh rasa resah dan gelisah untuk menyelesaikan konflik dan masalah ketika memegang kekasih gelap ku. NizamNuri juga mempunyai pengalaman yang sama.
Esok saja, atau lusa…
Popularity: 12% [?]
17 Maklumbalas
Bella
December 12th, 2007 | 9:19 am
1hope ur dad would be alright
*hugs*
omarbahrin
December 12th, 2007 | 9:53 am
2ya..dimana2 ujan lebat…aku tringin gak nk tgkap gamba area2 banjir..untuk sama2 wat kerja amal bantu mereka yang dalam kesusahan ketika banjir ini…tp..aku punya kerja…
Ikmal Ibrahim
December 12th, 2007 | 3:51 pm
3aku rasa macam dah lama je tak berhubung ngan ko…tup2, ayah ko pulak sakit, harap2 die cepat sehat la yek, aku pun same doakan kesihatan kawan-kawan dan keluarga masing-masing…
malas nak komen kat komen box len, aku pun komen jela kat sini dari hari yang aku rase aku miss entri ko…
Post Satu Kali…>>>ko dah beli PSP, bleh kasik aku pinjam, hehehe.
Persetankan Edisi 26: Aku Adalah…>>>gile menarik idea ni…aku suka la…
Entri-Entri Terdahulu…>>>waaa…korang jumpe tersenyap-senyap je ek…huhuhu…
fendyzaidan
December 12th, 2007 | 5:20 pm
4terima kasih kerana mengambil berat. doa doa kan supaya tiada yang teruk teruk berlaku.
Omar >> erm, niat baik, tapi niat utama dulu, nak tolong, bukan nak amik gambar je…
Ikmal >> Pinjam? ahahha. Edisi 26 persetankan mmemang menarik ideanya, submit la. Aku jumpa bebudak tu ari adalah emergency/tanpa perancangan, pagi nak jumpa tu baru kuar idea nak jumpa. tak merancang pun. jgn amik hati.
omarbahrin
December 13th, 2007 | 1:11 am
5yo… aku pon doakan ayah ko sihat…
psl banjir tu..yup tolong + amik gambar…niat utama mmg nk tolong…huhuh
unseendrayz
December 13th, 2007 | 6:54 am
6erm khabar kurang gembira..takziah tuk beck, bapa dia dah meninggal awal pg td…kire aku tolong post jer berita nie.kay pada kawan2 warwarkan la dan beck minta sedekahkan fatihah pada arwah agar semuanya berjalan lancar.Al fatihah
Bella
December 13th, 2007 | 9:11 am
7Al-Fatihah..
aku dh war2kan kwn2 sedekahkan al-fatihah..
beck, hang in there..
-_-
Ikmal Ibrahim
December 13th, 2007 | 1:16 pm
8salam takziah dari aku dan famili…semoga roh ayahandamu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, amin…Al-Fatihah.
palie
December 13th, 2007 | 2:22 pm
9bro… salam takziah… semoga ko dpt hadapi ketentuan-Nya dengan tenang…
ikim
December 13th, 2007 | 5:51 pm
10Al-Fatihah.
Smoga rohnya tenang di sana.
Sabar Beck.
chot
December 14th, 2007 | 11:10 am
11salam takziah beck..harap ko tabah menghadapi ujian dr Allah..Al~Fatihah..
semoga Roh nya dicucuri Rahmat dr Nya..
xmindfreakx
December 14th, 2007 | 12:37 pm
12salam takziah…..
Al-fatihah aku sedekehakna kepada arwah dan mereka2 yang telah meninggal dunia sebelum kita……..AL-fatihah
p.e.n.k.e.k
December 14th, 2007 | 12:42 pm
13beck, aku ucapkan takziah atas kehilangan ayah ko. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh…
semoga ko tabah..
dr.xero
December 14th, 2007 | 3:03 pm
14takziah.. moga arwah pergi dengan tenang.. smoga ko menghadapinya dgn tabah..
Al-fatihah..
jarri
December 14th, 2007 | 9:46 pm
15al fatihah. semoga roh ayahanda ko ditempatkan di kalangan org-org yang dikasihiNya
Qaiyum
December 16th, 2007 | 12:53 pm
16Al-Fatihah..
Salam Takziah..
Noorizam Shah
December 16th, 2007 | 1:15 pm
17salam takziah dari Noorizam Shah (dot) com.
al-fatihah
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMAngkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Kamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Jilat! Jilat! Jilat!Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Aku Benci MohdIsmail.Net...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Stats
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.