10102007a.jpg

Wahai sahabat-sahabat sekalian…

Dikesempatan ini, diruang yang penuh gelap dan kelamini, dan dengan izin tuhan, aku ingin mengucapkan…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua sahabat kenalan yang rapat di alam siber ini, warga Persetankan.com, warga HappyPeopleMedia.com, dan mereka yang sering berkunjung ke sini, yang berinteraksi dan yang masih lagi mejadi pembaca senyap, dan kepada yang menghubungi ku melalui email dan lain-lain cabang-cabang komunikasi.

Diharap, mereka-mereka yang terasa dan terguris perasaan dengan penulisan ku di sini, memafkan jika kesilapan aku itu boleh dimaafkan. Kepada mereka yang tidak puas hati dengan kelantangan ku juga, aku minta maaf. Sesungguhnya, tidak tanduk ku selalunya adalah sengaja. Tidak ada yang “TER”. Dan setiap kesilapan dan kesalahan itu, adalah pengalaman dan pengajaran yang berguna bagi kita semua.

Fiza, Bali, Nizam, Azea, Omar, Min, Suessy, Mummoo, Ikmal, Duez, MohdIsmail dan yang lain-lain yang sering berbual dengan ku di YM dan telefon dan berinteraksi di blog, harap kamu semua dipanjangkan umur dan murah rezeki se adanya dan raya ini menjadi sesuatu yang indah bersama keluarga dan orang-orang tersayang. Dan mohon maaf kalau ada silap salah ku terhadap kalian. Lawak jenaka yang kekadang sedikit terlebih dan terkasar. Harap maafkan.

Aku mungkin hiatus lama sedikit. Perlu bersihkan akal dan minda untuk kembali dengan idea dan pandangan baru. Makar juga perlu rehat. Kepada yang mahu ketemu beraya dengan ku, bolehlah ke rumah ibu ku di Alor Setar. Aku akan ada di Alor Setar sehingga Isnin. Kemudian, yang mahu ketemu ku dan berada di Kuala Lumpur, bolehlah mengikuti perjumpaan Persetankan.com. Tidak ahli pun boleh. Kami menerima semua orang seadanya.

Sekali lagi, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Esok saja…

Popularity: 8% [?]