Sepuluh Minggu Empat Hari…

baby 10w-4d-blog

Dhilla masuk wad minggu lepas disebabkan oleh masalah kesihatan akibat kehamilan anak pertama kami. Walaupun hanya 2 hari 1 malam di wad, cukup membuka mata aku kepayahan seorang wanita melalui fasa kehamilan. Sudah 11 minggu kandungannya. Syukur aku berjaya jual SB800 aku dan nasib baik aku tidak pergi menyaksikan Malaysia XI vs MUFC tempoh hari. Kalau tidak, mana ada duit mahu menampung kos rawatan tersebut. Selepas ini perlu ingatkan diri supaya lebih berhati-hati dalam perbelanjaan dan simpanan. Tidak boleh berbelanja macam hidup dua orang, dah nak jadi tiga orang…

Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan Dhilla cepat sembuh dan banyak menanyakan khabarnya melalui SMS, Facebook dan YM. Mana yang tidak sempat dibalas tu, aku mohon maaf.

Sebenarnya, aku sudah tidak boleh menulis sekerap seperti dulu. Perkara-perkara yang hendak diutarakan macam tersimpan jauh jauh ditanam mampat. Aku tahan supaya tidak menulis perkara-perkara menyakitkan hati walaupun punya kebenaran yang jelas. Takut bila berbicara benar, orang membenci. Orang kita tidak boleh menerima fakta sahih. Takut nanti mereka-mereka ini mendoakan yang tidak baik-baik balanya. Kalau jadi pada diri sediri tidak apa, tapi tak nak sesuatu yang buruk menimpa isteri dan anak yang dikandung. Minta simpang. Amin.

Mungkin blog ini akan jadi bahan arkib.
Banyak hobi dan minat akan terkubur.
Terutama sekali fotografi.

Esok saja…

Popularity: 17% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

12 Comments so far

  1. Fahmishah on July 29th, 2009

    semoga dikaruniakan zuriat yang baik-baik belaka.

  2. art:tech on July 29th, 2009

    wah! taniah! aku masih belum bersedia utk menempuh cabaran cmni. haha.

  3. si tukang buat sushi on July 29th, 2009

    selamat menjadi bapa…
    moga ank yg kua tu lebih hensem dari bapanye n pandai men bola utk ganti kude2 tua Malaysia yg ade di atas pdg skrg ni…

  4. fendyzaidan on July 29th, 2009

    saya nak anak saya jadik photographer wedding… har har…

  5. shidi on July 29th, 2009

    semoga Dhilla kembali sehat walafiat. anak pertama ni orang kata perlu dijaga dengan rapi. tentang duit tu, iye lah, kena berjimat banyak.

  6. hajjar on July 29th, 2009

    hehehe, kecik je lg baby tuuu ;)

  7. Acai on July 31st, 2009

    fendy, semoga semuanya selamat ye untuk baby dan wife.tahniah lagi skali ye.
    Alaa, jgnlah benti nulis siot. Aku selalu masuk sini. Bosan baca blog skema je,haha.Biasalah manusia memang begitu. Takkan mampu nak puaskan hati semua orang even cakap bebaik sekalipun.

  8. Bielwest on July 31st, 2009

    better ko berenti tulis and amik gambar. sebab tulisan ko takde fact yg sahih pastu ramai gak org tak suka kau.takde sape nak benci ko tanpa sebab la beck.tulisan kau tak best and agak 1 penjuru. gamba ko pon bukan lah cun mane pon sometimes worst.

    ok itu sahih.atleast bagi aku.

    just my 2 cents.Infact, If you don’t put your two cents in, how can you get change?

    anyways selamat jadi bapa.semoga kau dan family kau selamat sejahtera aku doakan.amin.

  9. fendyzaidan on August 3rd, 2009

    “takde fact sahih”? hahah. coming from and unknown identiti yang tak sahih.

    yang sahihnya, aku letak semuanya di sini, utk org tgk, org baca. and org org macam awak dtg without any identiti and credibiliti at all, komen-komen. show me your writing yang mengandungi fact sahih macam buku teks tingkatan 5.

    tulisan tak best dan 1 penjuru. well, aku bukan menulis untuk mendapatkan crowd atau mendapatkan restu sesiapa pun. minta maaf. takde satu pun penulisan di sini adalah untuk masses. dan ianya 1 penjuru sebab ia pendapat aku, surely 1 penjuru. minta maaflah, aku bukan pen”copy” & “paste” type of blogger.

    just my 2 deit (2 sen). infact, 2 sen sekarang org guna bayar bil api air je. tak buat change dah. kalau kat pasara raya pun dah ada sistem penggenapan/pembulatan. itu facts sahih…

    aku dah belajar terima kritikan dan senyum. biasa…

  10. wan on August 6th, 2009

    taniah Beck atas 1st baby ko ni..
    tak kesah la apa yang kau tulis kat blog ko ni ada fact sahih ke tak.. tapi aku suka baca blog ko ni.. ingat hari tu blog ni dah tak wujud.. alhamdullilah menjelma kembalii.. taniah lagi sekali..

  11. Mus on August 11th, 2009

    Semoga semuanya berlalu dengan mudah.

  12. asd on August 13th, 2009

    congrat abg2!

Leave a Reply