Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan…


Nikon D80 1/15sec f/3.5 18mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop
Bukan HDR, mahupun B/W

Panjang gila sial nama entri ini. Terpanjang setakat ini mungkin. Ada lagi yang boleh recall tajuk entri lebih panjang dari entri ini?

Memandangkan aku asyik kena tag, dan tak menjawab tag tersebut, aku pun rasa kasihan kepada rakyat jelata semua yang dahagakan diri mereka ditag dan kemudian mengetag kembali aku yang cukup menyampah bila kena tag ini. Arwah Tag tentu terbahak-bahak bilamana namanya disebut berkali kali di perenggan kedua entri ini, itu fakta. Hahahaha…

Jadi aku persembahkan, satu disclaimer atau peringatan malah amaran kepada gadis gadis comel berdada gebu yang berminat untuk mengenali ku dan berniat mengangkat taraf ku sebagai Abang atau Sayang atau Baby atau Daddy atau Papa atau Lahanat Motherfucker sekalipun. Entri kali ini lebih bersifat informatif dan menganjing diri sendiri daripada mengangkat angkat diri sendiri untuk didewa-dewakan…

SATU : JIKA DISURUH PILIH, BOLASEPAK ATAU DATING, AKU PILIH…
Bolasepak semestinya. Dating itu membazir masa dan wang di malam hari. Buat apa berdating di malam hari hanya untuk makan dan minum. Jika ada perkara lain yang lebih penting, pasti takkan ku pilih bolasepak. Tapi hakikatnya, bolasepak akan menjadi keutamaan. Jika disuruh memilih dating sambil menonton bolasepak, aku juga kemungkinan akan menolaknya. Dating dan bolasepak tidak sinonim. Kamu akan menganggu konsentrasi ku bila bertanya soalan lazim seprti apa itu offsaid, kenapa baling bola boleh tapi cakap kalau pegang bola foul, dan kenapa Ronaldo pakai No. 7. Sadis…

DUA : AKU TIDAK PUNYA KERETA MAHUPUN LESEN MEMANDU
Jadi kepada mereka yang berminat berpacaran dan berdating, sila datang ambil aku, dan pastikan kamu juga menghantar aku pulang, dalam keadaan sempurna atau sedikit kekurangan tidak apa. Pastikan juga kamu tiba tepat pada masanya, tidak seminit pun lewat, untuk lebih berjaga-jaga, datang 30 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Jika lewat sedikitpun, aku anggap batal date itu. Oh ya, pastikan kamu tidak membawa ku berjumpa rakan-rakan mu yang membosankan. Hahaha…

TIGA : AKU KEDEKUT SEHINGGA 0.00001 SEN
Jangan harapkan sebarang hadiah untuk harijadi mu. Aku sangat benci membeli hadiah, lagi lagi jika kamu meminta. Jika engkau mahu aku membeli hadiah, pastikan harijadi ku dulu juga hadiah yang mahal. Untuk hadiah bernilai RM150, kau perlu hadiahkan barangan berharga RM300 untuk harijadi ku. Get it? Dan jangan harapkan aku akan mengsponsor kamu seumur hidup, aku tidak akan membayar sebarang upah untuk kamu keluar dengan ku, jadi bil makanan hidangan ketika berdating, perlulah dipecah dua atau kamu sahaja yang membayarnya. Jika kamu mahu bil itu dibayar oleh aku, sila beritahu awal-awal sebelum berdating, kerana aku akan menolak pelawaan dating itu bulat bulat. Faham? Dan sebarang hadiah yang aku menangi masuk peraduan atau pertandingan, jangan mimpi untuk memilikinya, kerana aku adalah manusia self centered paling teruk abad ini. Dan jangan harap aku akan pinjamkan harta ku untuk kamu, lebih lebih lagi jika kamu tidak punya pertalian, pertalian darahpun aku akan tapis dahulu.

EMPAT : AKU MEMPUNYAI HOBI YANG MEMAKAN DIRI DAN MASA
Jadi kamu perlu memahami dan menuruti kehendak ku. Jika aku punya hobi mengumpul barang mainan, be prepared to fork out some cash to buy me a limited edition ones. Jika aku punya hobi mengambil gambar as in photography, bersedialah untuk menjadi model free, dan jika sampai masa, di suruh nude pun, nude lah. Jangan risau, photography ini adalah berbentuk artistik estetika dan bukan berbentuk pornolistik. Kamu juga perlu membawa ku ke mana-mana sahaja jika perlu, kalau aku perlu ke Melaka, ke Melakalah. Kalau perlu ke Putrajaya, ke Putrajayalah. Ini merujuk kepada masalah aku yang pertama tadi. Oh, aku juga akan menghabiskan sebahagian besar wang gaji ku untuk menampung hobi, jadi bersedialah untuk mengspeedo aku apabila perlu…

LIMA : AKU TIDAK GEMAR MENDENGAR
Ya, aku kurang gemar berbual perihal diri sendiri atau berbincang hal-hal masa depan terutama sekali dengan wanita. Aku akan biarkan kamu bercakap, dan aku akan merewang dan melayari pemikiran ku dan memikirkan hal-hal yang lebih signifikan seperti masalah kewangan, masalah kerja, ataupun apa akan berlaku dalam siri Bleach yang seterusnya. Kadang-kadang, kamu akan perhatikan aku bermain PSP tanpa rasa segan silu dan mengiyakan setiap baris ayat kamu. Jadi, itu tandanya aku sedang memberi tumpuan yang amat dalam kepada PSP, dan “Ya/Uhm/Lagi,” yang aku ucapkan, adalah dikira detik dan rentaknya supaya dikeluarkan tepat pada waktu ianya diperlukan. Oh ya, cerita tentang masalah percintaan mu dengan lelaki lain juga aku letak perkara paling tinggi sekali untuk diabaikan kerana bagi aku, ianya membosankan (hanya kecuali jika ianya ada kena mengena dengan aku, sama ada kita skandal atau terlanjur sahaja).

ENAM : PILIHAN MUZIK KAMU PERLULAH EKLEKTIK
Kamu mesti mempunyai pilihan lagu yang bagus dan meminati band-band serta artis yang mempunyai maqam kesenian yang tinggi dan juga berkualiti. Sebarang sampah seperti band indo dan post psikedelik, perlulah berdiri jauh dengan aku, kerana akan aku tembak saranan kamu bulat bulat jatuh gugur bagai gagak hitam. Kamu perlu mengeluarkan nama artis dan band-band yang bukan mainstream rare dan saranan muzik kamu ini akan aku cuba dengar dan memberi buah fikiran ku dan kemungkinan aku setuju dengan pemilihan mu. Asalkan ianya original. Jika Mawi dan Hujan adalah artis dan band paling hebat abad ini bagi diri kamu, sila jangan isi borang calon, kerana pilihan muzikmu sangat sempit dan local. Oh begitu juga Peter Pan dan Nidji…

TUJUH: AKU TIDAK SUKA KE TEMPAT CROWDED UNTUK MENJADI POYO
Ya, jadi lupakan niat untuk membawa aku menonton showcase Anuar Zain mahupun Nidji. Kerana aku tidak menyokong atau mengendorse apa apa perkara yang berbudayakan budaya pop. Oh, kemungkinan aku juga akan menolak pelawaan ke gig-gig, kerana aku sudah melepasi tahap-tahap remaja baru nak up dan aku tidak perlu melihat kembali telatah remaja baru nak up zaman sekarang. Serious. Begitu juga konsert Sheila On 7 atau Akon (come on, ko jgn expect aku tengok benda-benda mcm ni). Kalau mahu juga, ajaklah aku ke pulau-pulau terpencil, atau tempat tempat remote yang mana ko tahu akan menarik perhatian ku, lebih-lebih lagi yang punya nude beach.

LAPAN : AKU GILAKAN WANITA-WANITA INI
Dengan sebab-sebab yang berlainan. Marion Rose Caunter, Maya Karin, Cheryl Samad, Vanida Imran, Jessica Alba dan Amanda Peet. Jadi sila memahami jika kamu terjumpa wallpaper separa nude Jessica Alba di dalam PSP ku. Ha ha ha ha… Oh begitu juga dengan akaun Myspace, Friendster dan Facebook. Kalau aku bersayang bercinta dengan kawan-kawan wanita, itu semua hanya gurauan kecil. Kalau kamu terasa cemburu, alamatnya kita takkan berpanjangan. Ye, aku punya kawan wanita hot-hot online dan kesemuanya adalah kawan sebenar, bukan kawan “add, and brag”. Jadi sila faham itu.

SEMBILAN : AKU PULA TIDAK SUKA WANITA SEBEGINI
Mengada-ngada dan tidak punya personaliti. Harapkan berpakaian seksi dan trendi, tapi otak kosong. Jika kamu comot sekalipun, tapi kamu mempunyai pemikiran yang luas, boleh generate conversation yang menarik dan mencabar akal, kamu amat cantik di mata aku. Aku tidak sukakan wanita bimbo yang tidak punya sebarang benda untuk diceritakan melainkan gossip kawan-kawan kampus atas butik-butik fesyen yang mengadakan sales. Aku sukakan wanita yang boleh berfikir untuk diri sendiri, independent, bijak berkata-kata, dan tidak menerima sebulat-bulatnya cadangan atau idealogi ku tanpa perlu diperbahaskan. Aku perlukan seseorang yang boleh bertukar pandangan dan menjana idea lain. Senyum yang manis adalah added bonus. Jika kamu berotak angin, sila jangan mengisi borang tersebut. Pergi kawan dengan budak budak post psikedlik yang perlukan pussy free dan easy… Hahahah…

SEPULUH : SELF CENTERED, YES AKU ADALAH…
Engkau perlu tahu segala-galanya tentang aku. Nama penuh, tarikh lahir, no ic, makanan dan minuman kegemaran, muzik pilihan, band fav, movie agung, buku rujukan, hobi dan bukan hobi, anti dan cinta dan segala bagai lagi untuk dijadikan rujukan memenangi perhatian dan hati ku. Sebaliknya, aku tidak perlu tahu apa apa pun tentang kamu.

Nama kamu apa? Lalu?

Ada banyak lagi perangai-perangai ku yang menjadikan aku bukan lelaki pilihan sesiapa.Jadi, harap perkara-perkara ini berguna untuk kamu memilih menjauhi lelaki seperti aku. Lelaki seperti aku comes with teritory. Kami tidak memerlukan trophy wives/girlfriend yang entah apa apa.

Jadi kamu tahu bagaimana Dhilla itu adalah segalanya bagi aku? Kerana dia tahan semuanya dan lebih lagi dari ini. Aku memang manusia yang teruk. Ini sebenarnya entri cinta untuk menunjukkan betapa aku menghargai Dhilla. Huhu…

Seni bercinta, mana lelaki post psikedelik seperti kamu faham…

Simbah arwah Tag dengan coklat dan jilat…

Esok saja…

Popularity: 35% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

44 Comments so far

  1. Fahmishah on May 27th, 2008

    haha..menarik entri kali ini.
    apalah rahsia yang Dhilla pakai ek

  2. Izad on May 27th, 2008

    aaah..post membunuh..anda memang aneh

    aku baru sedar yg comment2 hang termasuk dalam spam, dan aku telah unspamkn ia..hampeh punya akismet

    bole saja kalo nk mengirim barang..aku merdeka dari pelajaran in 2 weeks dan balik msia awal bulan 8..

    papehal roger

  3. nizam. nuri on May 27th, 2008

    sebenarnya hanya ade satu sebab saje kenapa lelaki tidak mahu perempuan menjadikan mereka sebagai boyfren.

    ye satu sebab saja.

    sama sebab kenapa orang lelaki tengok “man-united” main bola.

  4. fendyzaidan on May 27th, 2008

    Fahmishah : Dhilla seorang yang penyabar.

    Izad : Askimet mengenali IP aku sebagai seorang yang kurang ajar. ahahha, sebab itu selalu komen aku masuk spambox, sama seperti di blog mohdismail.net. Pengiriman barang bulan 8, perlu dipertimbangkan kerana kawan aku dari Jepun juga pulang bulan 8. Ahahaha.

    Nizam.Nuri : Tak, ssebabnya aku tidak mahu awek yang mempunyai perangai seperti engkau, bithcy. ahahhaa…

  5. nizam. nuri on May 27th, 2008

    gay separa sedar!

  6. jiwasintetik on May 27th, 2008

    “man-united” main bola… sungguh g@y ayat kamu ninu.

    Dari kau abis kau duit dating dan hobi2 memakan diri kau baik kau bagi duit kat aku. Aku perlukan derma ikhlas.

  7. Azzuamri on May 27th, 2008

    okeh. aku salute Dhilla!! haha :D
    mungkin sbb Dhilla berpegang pada prinsip:
    “cinta tak mengenal seekor Beck”
    kekeke ;P

  8. suerie on May 27th, 2008

    azzu.. bak kate beck, dhilla seorang yg penyabar.. hehe
    tp harus tahu, kalo wanita lain harus melutut untuk dptkn attention beliyaw (si beck).. but in his case, rase-rase nya beck yg sanggop melutut di depan dhilla utk menjadikan dia as soulmate beliyaw..

    “Ye, aku punya kawan wanita hot-hot online dan kesemuanya adalah kawan sebenar, bukan kawan “add, and brag”. Jadi sila faham itu.”
    ala.. jgn risau, beck seorang pechenta yg sangat setia.. hehe

  9. M on May 27th, 2008

    Yaa simbah aku dgn minyak dan bakar! Yeah!

  10. fiza on May 28th, 2008

    fendy! lame tak bercontact, ape lagi chat kan.
    anyway entry ni kelakar. i cant stop smiling.
    and for the record, u r not as self centred as u claim to be. come on.
    give urself a little more credit. hehehe

  11. OB on May 28th, 2008

    “Seni bercinta, mana lelaki post psikedelik seperti kamu faham…

    Simbah arwah Tag dengan coklat dan jilat…

    Esok saja…”

    hahah arwah…ape kes arwah plak nih….ko ni beck saja bikin diri makin popular..

  12. fendyzaidan on May 28th, 2008

    fiza : hei awak. sumbung.

    omar : bikin diri popular? erk, bukan kemahuan kalau orang nak popularkan aku. ni aku tak tulis pasa photographer wedding lagi ni. sure terbakar…

  13. omarbahrin on May 28th, 2008

    fendy : tulis laa pasal fotographer wedding…konfem lagi popular diri fendyzaidan ini…muahahaha

  14. Izad on May 28th, 2008

    pasti tulis pasal photog wedding..aku nk ramai terbakar
    wakakaka

  15. fendyzaidan on May 28th, 2008

    ahahaha.jgn menghasut wei. tak semua wedding photographer hampes. tapi agak-agak close to majoriti gak la… just a few je yg betul-betul outstanding. tapi ntah la. susah la aku nak ckp…

  16. nizam.nuri on May 29th, 2008

    kau patut tulis pasal tu. sila lah. aku cabar. jangan jadi gay sangat.

  17. jasmin on June 2nd, 2008

    arwah. mcm sial je. ahhahahha

  18. lesbian penguin on June 2nd, 2008

    hahahaha gay hahahahha :D

  19. wani on June 3rd, 2008

    asal arwah. aku tak paham. aku memang slow. tapi aku bukan bimbo. ahaks.

  20. putera on June 6th, 2008

    org mcmni sbnarnye xwujud pon….buang masa jer bercinta ngan dia nih..kalo de pon org mcmni,de ker org nk kat dia?heheheh…….

  21. beckzaidan on June 7th, 2008

    hahaha. putera. u would be suprise to know dlm pada aku umumkan benda ni pun, ramai gak terhegeh hegeh add aku dlm YM. ahahaha. jgnlah jeles… bnyk lagi wanita gersang untuk direbut, jgn risau, aku layan yg IQ tinggi ja, yg bodoh piut, aku serah kat ko. ahahahhaa…..

  22. Armc2 on June 24th, 2008

    jiwang siut…aku nk bg sebab jgk lah…sebab aku tak boleh mencintaimu kerana engkau adalah lelaki..aku juga lelaki…Nabi tak ngaku umat woooessss….huahuahua

  23. PixCursor on July 11th, 2008

    haha.. kat sini rupanya titik permulaan artikel yg tgh hot skrg.. ‘jangan jadi gay sangat.’ hahahahahahahahahahaaaaaaa.. aku suke ayat ni..

  24. Lepas Geram on July 12th, 2008

    tak yah bagi sepuluh bagi satu jer nengok muka pun macam poyo jer, penagih dadah kot dia ni, mcm sial, dah la tu jenis pe tak tau

  25. Batman Loy on July 12th, 2008

    Malang la naseb tunang lu bro! Lu jangan wat wa malu! Lu patut mau dermawan sama pompan…belai2 sama dia…keraih pun dak…lembut pun dak! Mau sedang2 elok giteww…Tapi yg satu tuh kena tegar betoi berader! Mcm mana pon wa respek lu pasal minat lu sama dgn wa…tang pompan tuh! Tapi wa kena minat depa pasai wa cari duit kut tu! Wa sondol jer….janji ongkosnya lumayan! Aisey man….cam wa boh iklan la plaksss!

  26. aduhai on July 19th, 2008

    aduhai …

    mengapa kamu menulis threat bgini zaidan ? ini bukan yg aku sangka seorang insan fendyzaidan akn mnulis bgini ..

    yer, aku perempuan ,

    yer penah juga war2kan kewujudan persetankan.com, etc

    sekadar mengagumi karya2 kamu dan ilmu kamu yg sarat di dada,
    eh bukan setakat kagumi malah berkongsi dgn rakan lain utk sama2 belajar.

    tag bukan bermakna kami mendahagakan dan dambakan cinta kamu..
    kami hormat dgn karya2 kamu …

    jika ini yg kamu fikirkan utk SeMua kaum HAWA,selain buah hati kamu, jadi aku

    - HORMAT , sekurangnya bunga hati kamu ibarat bunga yg mekar setelah diwar2kan kepada dunia atas kesetiaan diri kamu ini dan kami hanyalah seolah bgaikan lalat2 yg berkeliaran kerana kegersangan ibarat kata2 kamu itu…mungkin

    terima kaseh, skurangnya kami tau pdangan yg tulus dan jujur, susah mau ketemuan lelaki yg terus terang..

    assalamualaikum

  27. fendyzaidan on July 19th, 2008

    “HORMAT , sekurangnya bunga hati kamu ibarat bunga yg mekar setelah diwar2kan kepada dunia atas kesetiaan diri kamu ini dan kami hanyalah seolah bgaikan lalat2 yg berkeliaran kerana kegersangan ibarat kata2 kamu itu…mungkin”

    erk, aku tak faham ke atau korang yang tak faham artikel ni sbnrnya?
    artikel ni sbnrnya menyentuh ttg perihal perangai buruk aku.
    erk, aku ada kata pada kaun hawa secara general ke?
    adoi. susah la kalau orang tak faham.

    tak boleh ke entri joke is accepted as a joke?

    seperti kata villain paling hebat zmn ini,

    “WHY SO SERIOUS?”

  28. aduhai on July 19th, 2008

    jikalau begitu

    - maaf

  29. fana on July 19th, 2008

    huhu..
    tabik spring kat dhilla..memang penyabar btol dye..=)

  30. Mr.T on July 20th, 2008

    tanpa perlu menjadikan benda ni sbg entri pun hg mmg xleh dicintai oleh gadis2..bukankah hg sorang gay???

  31. sabrina on December 16th, 2008

    menakutkan…

  32. mimie on December 23rd, 2008

    hahaha…cool..zaidan…
    Bak kata kawan aku … “Ade aku kisah?!”

    ” Dhilla itu adalah segalanya bagi aku…”
    Ah statement mat bunga..
    Pastikah segalanya…?
    Mengarut!!!

  33. fendyzaidan on December 24th, 2008

    hahahha.

    sapa ko ek mimie(jika itu nama sebenar)? tak kenal ah. kawan ko pun aku tak kenal. opinion ko tak diambil kisah pun.

  34. art:tech on January 7th, 2009

    power entry ni…

    tapi, gambar atas tu kt kedai kopi yg mahal….
    sape la bayar tu..he he he…

    ko pon lebih kurang cm aku la….hahahaha…

  35. mateza on March 16th, 2009

    perghh…
    bajetnye…

  36. Ud Dell on April 9th, 2009

    gue saloute sma lo pya Dhilla yg memahami sgalanya. Gue jga saloute lo ngaku kbrkn lo.Tp sbg cowok lo hrs nyah sgla kbrkn lo gtian sma antonimnya.Moga dhilla brsa kmu ni brhrga juga.Tp apa yg menydhkn lo mgkn tlh buat Nbi Muahammad kcwa sma lo jka dia msh hdp. Iya iya la kmu tu kan cowok.Manusia, manusia…

  37. fendyzaidan on April 9th, 2009

    ??? its actually a joking entry. People are having a hard time considereing this piece as a serious piece. haih…

  38. ctnna on April 17th, 2009

    superb entri. dhilla yg u mention must be lucky to be appreciated like this. u describe things dr angle yg berbeza. smart n totally buat i terpegun baca. menunjukkan u punye kebolehan menulis yg amat dahsyat… hehehehe. mcm dedication cinta yg unexpected.respect!

  39. liyana on May 24th, 2009

    erm. bagus juge sikap lelaki dlm entri ni.. bile dh smp satu tahap, byk sgt gurls, maka lelaki tu baru akan nampak perempuan mane yg sesuai utk dia..

    tahniah. :p

    ni 1st time masuk blog ni. menarik perhatian.

  40. ann on June 12th, 2009

    hoish,, post plg tragik pnah aq bce,,
    huk,,

    moge ko dpt pmpoan yg ko crik,,
    aq rse ko ni senanyer ade mslh lack of luv r,,

    huhu,, joke jerk,,
    tp elok senanye ko pk dlm2, jgn pntgkn dri,ade gv n take, n appreciate owg skliling ande if mw anda d hormati,,
    papepon, tabik spring ktnlu sbb mngaku kesyewngalan sndr,,

    hoho,,

  41. emi emelia on July 27th, 2009

    ermm..mcm2 perangai manusia akhir zaman..

    bila nk taubat pun tak tau la..

    wallahu a’lam..

  42. fendyzaidan on July 28th, 2009

    kenapa plak nak kena taubat?
    aku tak faham la.

  43. alya on November 8th, 2009

    emm..1st tme..

  44. babyiecha87 on January 14th, 2010

    i ader boyfriend sejibik mcm perangai u. but he not to addict with tengok bola sepak, main game berkaitan bola sepak aderlah. and ya, gurl2 kat luar sana yang nak bercinta dengan guy macam ni, kene ader 101% kesabaran, if not memang selamat tinggal jewlah. dowg ni jenis yg xkisah pasal korg pown. tapi syukur sangat, me n my bF dah langkau 10tahun bercinta. ntah bila nak kahwin tu, fendyzaidan mungkin boleh tolong jawabkan..huhuhu..sabo3x..

Leave a Reply