Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya…

sebelum aku mula apa apa, aku mahu pendapat aku ini dikira tidak bias dan memihak kepada sesiapa. pun. jadi sebelum itu, aku perlu menerangkan hubungan aku dengan pihak tersebut. bahawasanya aku dan sharifah amani adalah kekasih di alam lain, sesungguhnya, kami ditakdirkan untuk berhakhwin dan mempunya generasi rakyat malaysia yang cute cute…

ngahahha, yerla. sesungguhnya aku tidak bias…

first of all, tahniah kepada semua pemenang yang layak mahupun tidak di FFM yang lepas. seperti biasa, pasti ada bunyi bunyi kurang enak selepas sebarang festival, mlm anugerah, majlis, malah tidak terkejut la di Malaysia ini, lepas majlis berkhatan pun, mesti ada yang tak puas hati.

dan sesungguhnya, aku tidak tengok pun sapa yang menang apa pada malam itu, kecuali mengetahui isu Sharifah Amani, Bahasa Melayu, dan Mencemar Budaya ini di hari kemudian selepas menonton berita di kaca televisyen. yang mana ada menteri membuat statement berkenaan ini, yang aku rasa agak kasar bagi orang kita, orang melayu untuk menempelak orang lain secara terbuka. sesungguhnya, itu juga kurang ajar sebenarnya, tapi aku lembutkan sikit la, kurang sopan. mana adat menegur orang, lebih lebih lagi adat menegur antara orang senior(tak mahu guna perkataan tua, nanti ada orang kecik hati) dan junior yakni pemuda pemudi.

baik, aku mulakan, oh ya, tahniah Sharifah Amani kerana menang Anugerah Aktress Terbaik untuk filem GUBRA malam itu, dan tidak ada sesiapa lagi di dalam senarai calon untuk kategori tersebut yang layak menang berbanding kamu wahai Sharifah Amani.

menyentuh perkara tentang pemilihan bahasa inggeris ketika membuat ucapan daripada menggunakan bahasa melayu, dan mengimplikasikan dengan menggunakan bahsa melayu, dia akan nampak bodoh. aku rasa, kita semua perlu fikir dari konteks penggunaan ayat itu sendiri. dia cakap, DIA YANG AKAN NAMPAK BODOH BILA BERBAHASA MELAYU, BUKAN BAHASA MELAYU ITU MEMBUATKAN DIRINYA BODOH BILA BERCAKAP. faham?

erm, bagi mereka yang tak faham aku cuba terangkan lah di sini. dia menyatakan bahawasanya, bila dia bercakap Melayu, dia akan kelihatan bodoh, kerana mungkin dia tidak fasih berbahasa melayu, dan mungkin juga pemilihan bahasa inggeris bagi dirinya, adalah lebih sesuai untuk menyampaikan “point point” penting ucapan yang dibuat malam itu.

lalu Sharifah Amani berkata lagi, jika filem itu dipanggil mencemar budaya, marilah kita buat dengan lebih banyak lagi (konon la dia ckp camtu, aku tak ingat yang sebenarnya). itu perkara kedua yang menjadi kontroversi. sesiapa yang mengikuti perkembangan filem filem arahan Yasmin Ahmad, pasti tahu kontroversi filem ini bila menang anugerah filem terbaik di temasya tahun lepas, yang mana, ada seorang kononnya, produser dan pengarah hebat, dan juga si penulis buku, yang masuk bakul angkat sendiri, menggelarkan filem filem Yasmin Ahmad itu, mencemar budaya. tidakkah ketika itu kita terkejut, dengan secara tetiba, seorang yang hanya berjaya menerbitkan(dia mengarah jugak ke?) sebuah filem dan sebuah telemovie yang flopp dan jatuh hancur terbakar jadi debu yang orang sudah tak ingat, tiba-tiba mengamuk di forum forum perbincangan. syok sendiri. macam orang hilang akal sebenarnya.

dan kemudian, statement menteri kluar di akhbar dan tv, menyatakan ketidak puasan hati nye dengan ucapan Sharifah Amani, mengatakan bahawa kononnya, budak itu kurang didikan dan ajaran mak bapaknya. itu teguran secara kasar sebenarnya, tak kira la kalau orang yang menegur, sultan sekalipun, tapi budi bahasa budaya kita, bukankah itu kempen yang tahun lepas dicanang canagkan oleh kerajaan? mana perginya nilai nilai murni kempen tu?

dan untuk Sharifah Amani pula, kita hidup berbagai sentimen, pemikiran dan pegangan, boleh tak kita jaga hati semua orang, kalau tak boleh semua, atleast, mana yang boleh kita elakkan, kita cuba dengan bersungguh sungguh untuk elak… boleh? kim salam sama mak ye…
(contoh teguran yang sopan dan baik)

Budi Bahasa Budaya Kita kan?

agaknya esok, bila Sharifah Amani dan GUBRA ni menang mana mana regional atau international award, baru la cakap sayang gila habis, percaya dan macam macam lagi la pujian. esok esok, jilat ludah sendiri. kan? rezeki orang, memang tak nampak, dan kalau Allah izinkan, dia bayar cash. dia tak tunggu kat akhirat esok.

so buka mata, buka minda, pikirlah. Allah berikan otak untuk berfikir.

esok saja…

Popularity: 23% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

31 Comments so far

  1. beck on August 17th, 2006

    aku punya BM pun tak bagus, ko tgk, byk typo error. aku lebih baik menaip dalam bahasa uganda… ahahaha…

  2. lunafighter on August 17th, 2006

    AKU PLAK LAGI BAIK DALAM BAHASA JOWO.
    AKU ADA KOMEN YG SAMA PENDAPAT CAM KO KAT BLOG YASMIN.
    AKU KATA JIKA BENAR AMANI SALAH..JIKA MAHU TEGUR..TEGUR LAH CARA BAIK..NI BILA ORG TU SALAH DOK MARAH2 DAN KAITKAN DGN ISLAM
    TAPI BILA MENEGUR TAK DE CIRI ISLAM PON..BENCI LAH AI!!
    LAGIPUN RAIS TU GAK MENTERI..ER TAPI TAK PASTI DIA MENTERI KESENIAN DAN KEBUDAYAAN KE?
    KALO IYE ..HA LAGILAH TERUK…SENDIRI WAT KEMPEN BUDAYA SOPAN SANTUN BUDI BASE..SENDIRI TAK DE GUNA CAKAP.PIRAHH MABOKKK..
    ELELH..AKU BET RAIS TAK CAKAP B.I SEBULAN BOLE KE??
    B.I LEBIH DIAGUNGKAN DI MALAYSIA..TU HAKKAT.JD TAK SALAH SGT LA BUDAK CUTE TUH..LAGIPON DIA TAK MAKSUDKAN TU..CUMA ORG2 YG SENIOR NI JE TAK PAHAM..ALAH TAKKAN TU PON SUSAH SGT NAK PAHAM…
    ANAK SAPA LA TUH…
    AKU SUKE AMANI NI PASAL DIA CUTE..AKU SUKE ORG CUTE2 SEANGKATAN DGN AKU.
    MIAHAHAHAHAHA

  3. angel_baik on August 17th, 2006

    hhmmm… berfikir lagi pasal isu nani nie.. sapa yg sebenarnya membesar2kan isu nie?… hari2 kuar isu nie.. pada aku, bukan salah sapa2, cuma nani blm cukup matang bila bercakap.. dan warga2 emas nie, cepat melatah bila anak2 muda bersuara x seperti apa yg diorang fikir, bila dah terbabit ngan mak bapak nie, rasa cam dah melampau jer.. cukup la kalau nak salahkan nani sorg jer..

  4. NaSh on August 17th, 2006

    ye ar..
    dia muda lagi.. pastu dpt naik jd pelakon terbaik, mesti laa teruja.
    hal dia ckp camtu xyah laa diperbesar2kan. cukup laa akhbar tegur2, takpun c Rais Yatim tu tegur2 sket je. xyahlaa nak mengamok kata itu ini…

    *ntah2 anak menteri2 ni bukan reti sgt berbahasa melayu.. poyo je lebey

  5. bali on August 17th, 2006

    aku tak kisah. aiman tak kisah. maya karin i tetap love u!

    * word verification bawah tu panjang giler, takde lagi panjang ke macam ‘supercalifragilisticexpialidocious’

  6. romzi seli on August 17th, 2006

    well, mungkin itulah hakikat… salah paham ayat.

  7. jasminebintighazalli on August 17th, 2006

    hidup org muda. ngahhhhaha, aper la, tuh pon nak gaduh ke. byk lagi isu besar kat negara kita ni yg dilekehkan. yg ni isu yg dibesar2kan.

  8. kujie on August 17th, 2006

    mcm yg aku komen kt msgbox joe….wat pe nk kecoh.mmg realiti mcm tu masyarakat kita..tgok tv pn menteri ckp mcm tu gak…kt sekolah pun dh tukar ajar sains & math dlm BI..nk mendaulatkan BI..so tu la hasil yg dikeluarkan…budak kecik tu ckp dr hati dia..dia tk der menipu..tk der politic reasons…clear…like crystal..org yg cakap cukup dewasa jer tk berani nk mengakui…kat luar sama…itulah gambaran masyarakat kita

  9. beck on August 18th, 2006

    yah. rata rata setuju.
    aku setuju la, sbb mmg negara ini, telah cuba memartabatkan bahasa inggeris. dan meminggirkan bahasa melayu.

    cth:
    subjek math dan sains di ajar dalam bahasa inggeris.

    byk universiti, mengadakan kursus kursus dan kuliah dlm bahasa inggeris.

    bila iklan jawatan kosong, bahasa yg diminta untuk pertuturan dan penulisan, adalah bahasa inggeris, kemudian mandarin? bahasa melayu takmau ke?

    semua interview kerja yang aku pergi, dijalankan dalam bahasa inggeris.

    itu contohnye.

    rasa aku budak tu tak salah gunakan bahasa inggeris, mungkin dengan itu, dia boleh menunjukkan dia berupaya bercakap dalam bahasa inggeris, kemudian masyarakat akan kagum dengan bahasa ingerisnya. sambil itu, mengumpan producer filem filem luar yang inginkan pelakon berbahasa ingeris. tak salah kan? esok esok bawak nama Malaysia gak…

    benda macam ni nak kecoh kecoh. mcm tu gak ah dgn perkahwinan siti nurhaliza dan dato K. lantak la diaorang nak kahwin, apa apa jadi semua ketentuan tuhan. kenapa nak gembar gemburkan.

    kenapa tak ketengahkan isu Lubnan, isu FTA, isu yang mmg dekat dengan kita, isu jenayah yg makin gile tiru org putih punya crime scene. bodoh tol…

    jadi, tahun depan, kepada pemenang festival itu, cuba buat statement lain yg kontroversi. buat la statement, “KAUM CINA BAYAR CUKAI LEBIH DARI MANA MANA KAUM DI MALAYSIA,” dan tgk apa reaksi orang plak…

    p/s:- statement ttg cukai itu aku dgr ketika perbahasan globalisasi semalam di Komtar. pelik, chinesse itu seperti mahu menjolok sarang tebuan. nasib baik tidak semua orang dengar…

    p/s:- aku bukan racist…

  10. edt83 on August 18th, 2006

    ya aku pon setuju…aku sebenarnya tak tau…pangkal ujung cerita..coz aku tak tgk….byk statement yg memihak dedua pihak….so semua statement tu mengelirukan org yg tak melihat dan mendengar ngn mata ngn tinger sendri….tp aku pecaya n yakin n beck….org salah phm or lagi senang …saje je nk cari salah org…huhu…tak bole senang tgk org naik cepat sangat nk aje tackle kasi jatuh….huhu…

    hopefully semua…berbudi bahasa aa..kita sakit ati xpe…jgn wat org sakit ati…ceyyyy…ceyyy..

    p/s – laeicua<<- word verification aku…mcm bunyi laici aa plak…

  11. Amiene Rev on August 18th, 2006

    BLOG INI BAKAL DIULAS DAN DIKRITIK OLEH PENGKRITIK BLOG TIDAK LAMA LAGI.

    sila berkunjung ke blog:
    http://dukeamienerev.blogspot.com/

    untuk pengesahan….

  12. bali on August 18th, 2006

    haha abis aa ko beck, blog ko kena judges hahaha

  13. suessy on August 20th, 2006

    cannot be.. im living with my mum who’s soooooo against her. ok, aku pun tk suka shrifah amani, but for the love of the better films in malaysia… wtf, melayu sgt ke yg the other films? dun add in afdlin shauki’s since tgk movie dia tue tkde lea aku rasa ini dh prasan telenovela venezuela – im just totally enjoying a humble man’s project based on his passion. rempit is not budaya kita tp itu boleh dijulang lea fuck upnya just fucking because. they just dun recognize their own fucking origin at all, that’s why they condemn.

  14. nizam.nuri on August 20th, 2006

    aku tak sokong sharifah amani. aku tak sokong perlembagaan malaysia. aku benci masyarakat.

    aku seorang komunis.

    jika masyarakat dididik dengan betul penggunaan bahasa melayu maka semuanya tidak akan jadi masalah.

    yang menjadi masalah adalah apabila bahasa inggeris dijulang dan bahasa melayu kita menjadi ancaman kepada kita sendiri.

    pada masa kini. mereka yg tidak tahu berbahasa inggeris akan dianggap tidak cool dan ketinggalan.

    ye. memang bahasa melayu itu meniru. kenapa orang indonesia boleh aje cakap bahasa indon? lagu2 diorg pon meletop jugak. tak payah buat lagu inggeris mcm band2 malaysia ni.

    bahasa melambangkan bangsa. dan aku adalah dari bangsa peniru. persetankan. janji aku gembira.

    kepada sharifah amani. abang tak marah kat ayang. cuma abang marah kenapa ayang tak bogel sahaja terus atas stage tu. yahhhh. melanggar budaya gitu.

    sekian. aku seorang komunis.

  15. bali on August 20th, 2006

    selamba ko mengaku komunis haha. kalau kerajaan baca blog ni habis la ko nizam nuri hahaha. masuk dalam!

  16. jasminebintighazalli on August 20th, 2006

    heh kita sumer mmg komunis. hahaha hiprokit. sokong tapi back stab. yearhh

  17. beck on August 21st, 2006

    aku bukan seorang komunis, aku revolutioner.

    ngahahha.

    revolusioner kangkang…

    word verification aku :CCTFVF, simple…

  18. alongariff on August 21st, 2006

    kesimpulannye…jgn cpt melatah..tu jek..neh x..cpt sgt nk wat isu..isu plak yg ntahpape..

  19. bali on August 21st, 2006

    siti kawen woiii waaaaaaa :(

  20. Ed Na on August 26th, 2006

    alahai.. bumi mana tidak ditimpa hujan.. setiap manusia ada kesalahan dan kelemahan.. suatu kesalahan tidak membuktikan segalanya akan kian silap pada masa akan datang.. like what kak yasmin had said, “it is forgiving that we are forgiven”

    apaapapun,bahasa melayu tetap di hati :)

  21. Anonymous on September 1st, 2006

    yasmin ahmad tu bukan perempuan,wanita atau gadis atau ibu atau bahasa yang sesuai iaitu ‘KAUM HAWA’ jadi x perlu membanggakan insan begitu kerana dah cukup dia memesongkan isi dan message yang x sepatutnya disampaikan..kepada amani she is a nice gurl and it just a mistake…but i still hate this person “YASMIN AHMAD’ which is dah memalukan kaum wanita dan lelaki sekaligus…woi yasmin ahmad tu lelaki..pondan dah bedah sini sana.

  22. beck on September 5th, 2006

    dan aku tak pernah agung agungkan yasmin ahmad kerana dia juga manusia biasa. takde istimewa apa pun, sama seperti kau.

    sebagai manusia, siapa kau nak hukum yasmin ahmad kalau dia mmg lelaki bertukar jadi perempuan sekali pun. kalau dia arnab bertukar jadik lembu sekalipun. sapa kita nak jatuhkan hukum? kau nabi ke? nabi pun tak boleh jatuhkan hukum. kau tuhan ke?

    dan seperti biasa, anonymous adalah faggot yang takutkan kemaluannya dipatuk burung. peace… (kau pun faggot kot)

  23. Anonymous on January 15th, 2007

    hello mr. author..yang ko nk marah lebih2 kat orang yg kutuk ammani tu pehal? lantak diorang punye mulut ar…yang ko maki orang lain tak abis2 tu tak kire pun? orang lain pun ade persepsi sendiri. kalau diorang nak kutuk..go ahead. she will learn her lesson. next time she should use better sentence. dah tahu nak pegi majlis formal..da jadi public figure..pandai2 la prepared. think first in whatever u do. ni tak. main rembat je nak cakap ape. every sentence in the world can bring different meaning for different types of people in the world..yang ko ni pun satu.nak tegak kan keadilan konon.maki orang sane sini..tanpe rase hormat..tak kisah orang tue ke..menteri ke..kalau aku orang dewan bahasa dan pustaka, mesti aku pun mengamuk kalau dengar budak tu cakap..penat2 bahasa melayu di establish di dunia..gone through the hard language planning..ko ingat senang ke language planning tu..tu la..kalau ko tak tau ape2 pasal language planning, what are the processes involved, lebih baik ko dok diam je..however..memandangkan aku seorang future linguist( che weah..), and i believed that she maybe wants to say something else, sbb tu aku tak salahkan die melulu.. but i think she learns her lesson enough..ok la..chow..

  24. beck on January 16th, 2007

    ya, dan anonymous adalah faggot yang takutkan kemaluannya dipatuk burung…

    kadang-kadang, org yg terpelajar itu, bercakap seperti orang yang takde pelajaran. huhu~ aku ckp pada diri aku sendiri. ahahahhaa… huhu~

    isu lemau.

    mengenai aku maki orang, itu aku punya suka la. kebebasan bersuara. ko pun bebas bersuara apa yang ko nak bersuara kat sini. aku tak kenakan apa apa bayaran pun. sila sila.

    p/s:- ko linguistik bahasa apa oi? bahasa apa? kalau dbp tgk cara ko tulis ni pun, diaorang tobat rasa menangis, bahasa rojak.

  25. Bella on August 26th, 2007

    Haha! Aku cuma nak menyemak disini sbb aku bersependapat dengan Beck. Aku tak paham si Anonymous yang dua orang tue.. Haha! Marah marah tak tentu pasal…

    Ya, aku minat hasil nukilan (ehe.. betul ke nie?) si Yasmin Ahmad dan juga lakonan Sharifah Amani.. Mereka semua punya bakat.. Punya sesuatu yang boleh dibanggakan.. Mengapa perlu membenci mereka sebegitu? (ye.. Bahasa Melayu saya lemah -_-”)

    Infact, aku bangga ada wujud rakyat Malaysia yang begitu.. Apa bangga sangatkah cerita komedi, errmm.. maaf.. yang melalut dan bangang untuk mencerminkan siapa bangsa Melayu sebenarnya? untuk menunjukkan siapa masyarakat Malaysia? Tolonglah, aku rela mereka semua dihapuskan kerna adanya mentaliti Typical Malay berakar umbi, sampai bila Malaysia nak maju?

    Anonymous, aku tak paham korang ni… Aku peduli ape korang cakap Sharifah Amani tue salah?! Maaf sekali lagi, tapi kalau benar kamu semua faham bahasa Inggeris, ternyata kamu boleh tertawa dengan statement yang Amani nyatakan… Mak bapak suruh pergi sekolah belajar, kamu semua buat apa? Haih… Simple English for godsake!

    Rais tue pun sama.. Meletup tak tentu arah.. Malu la kalau orang luar pandang ceteknya bahasa Inggeris orang Malaysia nie..

    Beck, jom dating sama Amani mari!!

  26. Batman Loy on July 27th, 2008

    Muhahahahaha. Adoii laaa…wa memang gelak sama Melayu! Org berlakon ni…tak layak gua nak bagi komen pun! Nama pon belakon…layak ka kasi komen?! Jadi lu worang punya komen pon berlakon jugak…pasai komen worang berlakon. Cuba lu worang pikiaq betoi2! Buang ayaq liaoq gua saja. Tapi masalahnya gua punya ayaq lioq memang banyak pasai dah lama tak sup lidah! Jadi gua ludah jugak sama lu worang. Bab maknusia hukum worang ni…wa tgk ada byk konpius…Apa pasai maknusia tak boley hukum worang plak brader?! Kalau semua nak bagi tuhan saja yg hukum…tgk saja la penyamun tu samun worang ka…bunuh worang ka…Tak payah tangkap! Worang tanya apa pasai…cakap sama depa….biaq pi la….nanti tuhan saja yg hukum…pasai tuhan ada tau apasai itu worang jadi penyamun…kita mana ada layak!!! Bukan kerja kita hukum orang…itu kerja tuhan! Nanti gua rasa lu punya sluaq dalam pun tak tinggai wooo….silap2 bulu jembut lu pun kalo laku nanti kena cukoq! Gua yg len pasai pelakon wayang tongkoi tu buang masa gua saja la nak tegoq…mampoih pi kat depa la…itu depa punya pasai la. Yang bikin gua rasa syahdu ni ada kawan kat atas kata maknusia tak boleh hukum maknusia?! Mana lu belajaq la woiii…cakap surupa bodo!!! Jadi masa zaman nabi dia tak pernah hukum orang ka?! Adoii la mak oiii….mana lu belajaq ni?! Aiiyyyoooo….gua rasa mau muntah la baca….meloya sama gua punya ayaq liaq lagi banyak mau ludah!!! Cerdik2 gua pon tadak la buta peghut macam lu…errr….gua mau muntah sini ada boley ka?!

  27. Batman Loy on July 27th, 2008

    Errrr….satu komen sama itu Bella…lu jangan mara arrrr! Gua tadak malu…gua tadak heran kalo worang cakap sama gua tak tau cakap bahasa penjajah…tapi gua amat terasa surupa bodo mcm lembu kalo worang bilang sama gua buta peghut tak tau hukum! Lu tadak pandai cakap jepon lu ada malu ka? Itu jepon lagi pandai dari mat salleh! Apasai lu pileh mat salleh juga?! Gua ada ingat satu cikgu jepon bilang….”Satu penjajahan yg paling rapi dan teliti yg membuat tamadun sesuatu bangsa itu diselubungi dengan rasa “inferiority complex” dan lemah ialah penjajahan “BAHASA”! Jadi gua tak mau kena jajah! Pasai gua memang bangsa yg sombong lagi ada itu sifat “superiority complex”! Pasai bangsa gua bukan itu bangsa yg terkinja kinja dgn penuh rasa bangga mengagungkan hak worang. Pasai gua ada ayaq muka…gua ada maruah! Memang gua pandang hina itu bangsa mat salleh! Pasal itu bangsa mat salleh bangsa penjajah dan penyamun. Bangsa yg pernah dulu memijak kepala bangsa gua! Apa gua mau bangga bahasa depa ka? Gua bukan keturunan bangsa penjilat pungkoq worang! Lagi pon pungkoq depa ada kurang cuci…Ada mat salleh lagi 100 kali ganda bodo dari gua lu tau ka? Lu tak tau lu punya pasal la…Aiiiyyyooooo….Wa sudah dua kali muntah woooo….

  28. fendyzaidan on July 27th, 2008

    dude, citer lama. takyah nak bukak citer lama, dah se tahun dah….

    ckp pasal bahasa. aku tgk ko pakai wa lu wa lu ni, bahasa bangsa ke?

    hahahaa…

  29. Batman Loy on July 27th, 2008

    Wa ada cerita wa apa bangsa? Lu jgn tibai saja loo…silap2 wa jepun ka…malayu ka….hindu ka….rojak2 ka….Hehehehehe….

  30. Batman Loy on July 27th, 2008

    Betoi ka….wa cakap apa arrr….aiya! Wa lupa lorrrr….pasai bangsa gua selalu lupa bangsa gua sapa…soli2…Wa sendiri pun tak ingat wa sapa….naseb lu kasi ingat….tidak wa mau muntah lagi! Nanti lu mare sama gua…lu punya rumah kotoq! Gua sebenaqnya bukan orang sombong….tapi gua amat SOMBONG lagi BONGKAK!!! Hehehehehe….

  31. anti amani on July 28th, 2009

    aku benci sharifah amani, dia x sedar ke statement yg dia keluarkan tu??..tu la, tuhan dah bagi otak n akal suruh kita berfikir dulu sebelum berkata..kpd amani, kalau rasa diri dah bagus sgt, baik kau keluar dari malaysia dan ambil kerakyatan negara lain dan kita org melayu jgn mengaku dia ni melayu..melayu mcm ni mmg haprak dan hancur..

Leave a Reply