Shilpa Lee…

Robot dunia materialistik
Kambing biri-biri

Apa yang dikongsi persamaan kedua-dua di atas?
RUTIN! RUTIN! RUTIN!

Rutin yang menjerut leher dan menjadi kebiasaan yang terus menggantikan gerak naluri. Gerak nalurimu tidak akan ada nilai kerana segala kehendak dan nafsu mu diikat dan dipagar kuat-kuat. Segala syahwat mu terbatas, segala cita-cita mu ditembak jatuh satu persatu bagai burung gagak. Segala impian mu jatuh berkecai bagai gelas kaca.

Bukan menghalalkannya, tetapi cemburu. Ada betulnya kata kawan ku, sekurang-kurangnya, Shilpa Lee hidup bebas dari sebarang rutin dan boleh menurut kata hatinya. Generasi kita sekarang banyak yang diikat dan dijerut semoga tidak mempunyai gerak naluri langsung. Dilatih dari buka mata, sehingga tutup mata, tentang bagaimana mahu menjadi kambing biri-biri arus perdana. Makan apabila diberi dan disuruh, dikawal oleh gembala-gembala berkuasa hitam. Yang hanya mahukan apa yang dimahukan orang lain dan dibuat supaya kita fikirkan yang kita sememangnya mahu. Orang mahu kaya, kita pun mahu kaya, mereka mahu Evo8, kita mahu Evo8, mereka mahu perempuan bertubuh jam pasir, kita pun mahu perempuan bertubuh jam pasir. Di mana penghujungnya dan penamat segala rutin?

Segala sebarang rasa gerak naluri itu yang mahukan sesuatu yang lain dalam hidup, dimatikan dengan rasa INSECURITY dan INCAPABILITY sehingga menjadikan kita selesa di sesuatu fasa, tetapi, jauh di sudut hati, kita tahu, itu tidak mencukupi langsung, tak suku penuh pun.

Retaliasi adalah jawapannya, tetapi bukan untuk semua. Ada antara kita yang memegang obligasi yang maha besar, dan sebarang perubahan akan memusnahkan rutin-rutin yang berkait rapat dengan obligasi-obligasi ini. Dan retaliasi atau membebaskan diri dari jerutan leher ini, kemungkinan membawa kepada penamat kepada segala penamat, MATI.

Hentikanlah cakap-cakap dan hasrat hendak membawa Shilpa Lee pulang ke tanahair dan menjadikannya seekor lagi kambing biri-biri. Tak nampakkah dia gembira melompat-lompat di atas katil seperti kanak-kanak riang yang bebas?

Jadi pilihlah, kambing biri-biri, atau Shilpa Lee…

Simbah aku dengan minyak tanah dan bakar…

Popularity: 18% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

28 Comments so far

  1. Fahmishah on April 6th, 2008

    biasalah…manusia

  2. jannatunnaem on April 6th, 2008

    hmmm…mcm tu lahhh

  3. jiwasintetik on April 7th, 2008

    bebaskan kambing biri-biri!

    biarlah biri-biri hidup bebas mengikut haluan masing2!

  4. amilah on April 7th, 2008

    kata2 kau membuatkan aku memikir balik apa yang aku inginkan
    xkan selamanya nak ikut orang lain kan :|

  5. jarri on April 7th, 2008

    beck. tahniah, sekali lagi gambar ko dapat best shot of the month DCM bulan april. sekali pandang je aku dah teringat gambar construction site yang ko penah post kat blog ko nih. heh.

  6. fendyzaidan on April 8th, 2008

    wei, serious ke? aku tak beli lagi DCM? ada sesapa boleh confirm?

  7. Fuzuri San on April 8th, 2008

    aku kompomkan.. anda telah berjaya!!! :D

  8. nizam.nuri on April 8th, 2008

    eleh baru menang 2 kali dah nak sombong ngan aku.

    bajet rockstar macam wani.

  9. nizam omar on April 8th, 2008

    nizam.nuri jeles…..

  10. Bella on April 8th, 2008

    ahaha! becky nyer pics dh start nk penuh dh dlm mag tue..
    ekekeke~!

    congrats.. agak2 hadiah tue dh penah dpt, bak kt aku lak..
    hahaha! aku bg ko spek aku.. hahahahahhaah!!

  11. ijad on April 8th, 2008

    gile ah, tadi aku nak masuk comment pasal shilpa lee, ni aku baca2 komen, lagi bes dari topic hahahha..gile lah 2 kali dpt shot of the month..tak silap la aku amik kau sebagai idola…

  12. fendyzaidan on April 8th, 2008

    ahaha, 350D aku yg byk berjasa tu aku dah kasik adik aku main dah. dah takde camera dah. sapa nak sponsor aku DLSR d80 sebijik? come on, investment ni… ahahhaa…

  13. nizam.nuri on April 8th, 2008

    eleh. seronok la tu kena puji.

  14. fendyzaidan on April 8th, 2008

    ahaha, takde la seronok. suam-suam je. itu menunjukkan aku ada la sekelumit bakat pada diri ku. menyangkal la pendapat kawan aku yg mengatakan aku tidak berbakat. yer la, kwn aku yg kat atas ni… ^^

    ahahaha… bankai…

    Ini membuktikan gear tak important. bakat penting…

  15. danboy on April 8th, 2008

    Bro..you cant afford Shilpa Lee la…not in your wildest dream..

    Hisap jari jelah..

  16. fendyzaidan on April 9th, 2008

    saya pun taknak shilpa lee…

  17. Bella on April 9th, 2008

    aku dh angkat DCM malam td time g OU..
    gile ahh.. lawa sial :D

    Abandoned.. fuh.. taruk la pic dia kt sini utk org2 len meninjau.. :D

  18. fendyzaidan on April 9th, 2008

    slgi aku tak tgk dgn mata kepala aku sendiri, susah aku nak percaya…

  19. Bella on April 10th, 2008

    eleleleee… nk tgk sendiri lak..
    aku siap dh bgtau tajuk pic ko dh..
    nk ape lg.. ?

    agagaga~
    dgr citer ade org mau tolak camera dia..
    hurm.. aku taruk iklan ko kt dlm shoutbox aku..
    :D

  20. fendyzaidan on April 10th, 2008

    thanx. aku nak tolak dan quit. aku dahj sedkit jemu dgn aliran semasa photography world yg menjadi trend ni. tak tahan aku mat rempit gantung markIII kat leher usung kesana kemari tapi tak reti pakai, tetiap kali tekan trigger, kluar popup flash… tak tahan…

    so quitting. sapa berminat, contact aku terus…
    016-4341044

    350D kit ngan tamron 55-200mm… ada add on UV filter, CPL lens cleaning kit… crumpler je aku tak tolak…

  21. musnaz on April 10th, 2008

    kalau hidup berpandukan hawa nafsu (hedonisme), apa gunanya kalau bebas pon…

    biar hidup terpenjara, asalkan halal dan berkat segalanya…

  22. Fuzuri San on April 10th, 2008

    Jgn wat keputusan terburu2 beb :D

  23. nizam.nuri on April 10th, 2008

    jangan la beck. kamu hebat dalam bidang fotografi. jangan la berhenti.

    kalau kau berenti dah tak best aaa.

    ape kata kau merempit gak?

  24. Mohd Ismail on April 11th, 2008

    aku berminat dgn tamron 55-200mm tu… bape ko boleh tolak?he he..

    *beck xdenye nak berhenti fotografi ni.. paling2 koman dia ada plan nak rembat dslr lg hebat.. ha ha.. kan Beck kan?*

    lepas aku tgk video interview Shilpa Lee tu, mmg aku rasa kalo bawak balik pun, xkan jadi apa.. dia dah lebih dr hepi kat sana.. gila RM6,000 satu malam..

  25. ijad on April 11th, 2008

    mat rempit bawak markIII gile ahhhhhh kau biar betul hahahha markIII mana ada popup flash weh haha

  26. fendyzaidan on April 11th, 2008

    popup flash tu tak merujuk kepada mat rempit tu, ianya secara general. ahahha. kepada semua yg berlagak lagak la… aku pun tak ingat mkIII takde popup flash. ahaha, main tulis ikut perasaan je.

    mail, kalau ko nak nanti aku try jual kalau takde sapa nak angkat. sbb skrg ada mamat yg nak amik body ngan kit je…

  27. Bella on April 11th, 2008

    agagaga~

    bile la ko nk datang sini..
    aku nk pendrive 4gb tue.. haha! :P

  28. Batman Loy on July 12th, 2008

    Fulamak bro….lu punya bahasa wa kurang paham la. Artistic gitewww! Tapi wa tau lu punya makna dalam….wa tau tu. Tapi lu tanya wa balik apa lu cakap sah2 wa cakap wa tatau! Pasai wa memang tatau! Wa tau 3 saja….Shilpa dapat sedap….Shilpa dapat duit…dan mak dia dapat nama!!!

Leave a Reply