Robot dunia materialistik
Kambing biri-biri
Apa yang dikongsi persamaan kedua-dua di atas?
RUTIN! RUTIN! RUTIN!
Rutin yang menjerut leher dan menjadi kebiasaan yang terus menggantikan gerak naluri. Gerak nalurimu tidak akan ada nilai kerana segala kehendak dan nafsu mu diikat dan dipagar kuat-kuat. Segala syahwat mu terbatas, segala cita-cita mu ditembak jatuh satu persatu bagai burung gagak. Segala impian mu jatuh berkecai bagai gelas kaca.
Bukan menghalalkannya, tetapi cemburu. Ada betulnya kata kawan ku, sekurang-kurangnya, Shilpa Lee hidup bebas dari sebarang rutin dan boleh menurut kata hatinya. Generasi kita sekarang banyak yang diikat dan dijerut semoga tidak mempunyai gerak naluri langsung. Dilatih dari buka mata, sehingga tutup mata, tentang bagaimana mahu menjadi kambing biri-biri arus perdana. Makan apabila diberi dan disuruh, dikawal oleh gembala-gembala berkuasa hitam. Yang hanya mahukan apa yang dimahukan orang lain dan dibuat supaya kita fikirkan yang kita sememangnya mahu. Orang mahu kaya, kita pun mahu kaya, mereka mahu Evo8, kita mahu Evo8, mereka mahu perempuan bertubuh jam pasir, kita pun mahu perempuan bertubuh jam pasir. Di mana penghujungnya dan penamat segala rutin?
Segala sebarang rasa gerak naluri itu yang mahukan sesuatu yang lain dalam hidup, dimatikan dengan rasa INSECURITY dan INCAPABILITY sehingga menjadikan kita selesa di sesuatu fasa, tetapi, jauh di sudut hati, kita tahu, itu tidak mencukupi langsung, tak suku penuh pun.
Retaliasi adalah jawapannya, tetapi bukan untuk semua. Ada antara kita yang memegang obligasi yang maha besar, dan sebarang perubahan akan memusnahkan rutin-rutin yang berkait rapat dengan obligasi-obligasi ini. Dan retaliasi atau membebaskan diri dari jerutan leher ini, kemungkinan membawa kepada penamat kepada segala penamat, MATI.
Hentikanlah cakap-cakap dan hasrat hendak membawa Shilpa Lee pulang ke tanahair dan menjadikannya seekor lagi kambing biri-biri. Tak nampakkah dia gembira melompat-lompat di atas katil seperti kanak-kanak riang yang bebas?
Jadi pilihlah, kambing biri-biri, atau Shilpa Lee…
Simbah aku dengan minyak tanah dan bakar…
Popularity: 15% [?]
28 Maklumbalas
Fahmishah
April 6th, 2008 | 10:39 am
1biasalah…manusia
jannatunnaem
April 6th, 2008 | 12:45 pm
2hmmm…mcm tu lahhh
jiwasintetik
April 7th, 2008 | 1:54 pm
3bebaskan kambing biri-biri!
biarlah biri-biri hidup bebas mengikut haluan masing2!
amilah
April 7th, 2008 | 8:27 pm
4kata2 kau membuatkan aku memikir balik apa yang aku inginkan
xkan selamanya nak ikut orang lain kan
jarri
April 7th, 2008 | 11:28 pm
5beck. tahniah, sekali lagi gambar ko dapat best shot of the month DCM bulan april. sekali pandang je aku dah teringat gambar construction site yang ko penah post kat blog ko nih. heh.
fendyzaidan
April 8th, 2008 | 9:05 am
6wei, serious ke? aku tak beli lagi DCM? ada sesapa boleh confirm?
Fuzuri San
April 8th, 2008 | 10:15 am
7aku kompomkan.. anda telah berjaya!!!
nizam.nuri
April 8th, 2008 | 2:16 pm
8eleh baru menang 2 kali dah nak sombong ngan aku.
bajet rockstar macam wani.
nizam omar
April 8th, 2008 | 4:59 pm
9nizam.nuri jeles…..
Bella
April 8th, 2008 | 5:11 pm
10ahaha! becky nyer pics dh start nk penuh dh dlm mag tue..
ekekeke~!
congrats.. agak2 hadiah tue dh penah dpt, bak kt aku lak..
hahaha! aku bg ko spek aku.. hahahahahhaah!!
ijad
April 8th, 2008 | 6:52 pm
11gile ah, tadi aku nak masuk comment pasal shilpa lee, ni aku baca2 komen, lagi bes dari topic hahahha..gile lah 2 kali dpt shot of the month..tak silap la aku amik kau sebagai idola…
fendyzaidan
April 8th, 2008 | 8:13 pm
12ahaha, 350D aku yg byk berjasa tu aku dah kasik adik aku main dah. dah takde camera dah. sapa nak sponsor aku DLSR d80 sebijik? come on, investment ni… ahahhaa…
nizam.nuri
April 8th, 2008 | 10:00 pm
13eleh. seronok la tu kena puji.
fendyzaidan
April 8th, 2008 | 10:18 pm
14ahaha, takde la seronok. suam-suam je. itu menunjukkan aku ada la sekelumit bakat pada diri ku. menyangkal la pendapat kawan aku yg mengatakan aku tidak berbakat. yer la, kwn aku yg kat atas ni… ^^
ahahaha… bankai…
Ini membuktikan gear tak important. bakat penting…
danboy
April 8th, 2008 | 11:28 pm
15Bro..you cant afford Shilpa Lee la…not in your wildest dream..
Hisap jari jelah..
fendyzaidan
April 9th, 2008 | 8:43 am
16saya pun taknak shilpa lee…
Bella
April 9th, 2008 | 9:02 am
17aku dh angkat DCM malam td time g OU..
gile ahh.. lawa sial
Abandoned.. fuh.. taruk la pic dia kt sini utk org2 len meninjau..
fendyzaidan
April 9th, 2008 | 9:34 am
18slgi aku tak tgk dgn mata kepala aku sendiri, susah aku nak percaya…
Bella
April 10th, 2008 | 9:57 am
19eleleleee… nk tgk sendiri lak..
aku siap dh bgtau tajuk pic ko dh..
nk ape lg.. ?
agagaga~

dgr citer ade org mau tolak camera dia..
hurm.. aku taruk iklan ko kt dlm shoutbox aku..
fendyzaidan
April 10th, 2008 | 12:26 pm
20thanx. aku nak tolak dan quit. aku dahj sedkit jemu dgn aliran semasa photography world yg menjadi trend ni. tak tahan aku mat rempit gantung markIII kat leher usung kesana kemari tapi tak reti pakai, tetiap kali tekan trigger, kluar popup flash… tak tahan…
so quitting. sapa berminat, contact aku terus…
016-4341044
350D kit ngan tamron 55-200mm… ada add on UV filter, CPL lens cleaning kit… crumpler je aku tak tolak…
musnaz
April 10th, 2008 | 2:39 pm
21kalau hidup berpandukan hawa nafsu (hedonisme), apa gunanya kalau bebas pon…
biar hidup terpenjara, asalkan halal dan berkat segalanya…
Fuzuri San
April 10th, 2008 | 2:40 pm
22Jgn wat keputusan terburu2 beb
nizam.nuri
April 10th, 2008 | 3:40 pm
23jangan la beck. kamu hebat dalam bidang fotografi. jangan la berhenti.
kalau kau berenti dah tak best aaa.
ape kata kau merempit gak?
Mohd Ismail
April 11th, 2008 | 1:47 am
24aku berminat dgn tamron 55-200mm tu… bape ko boleh tolak?he he..
*beck xdenye nak berhenti fotografi ni.. paling2 koman dia ada plan nak rembat dslr lg hebat.. ha ha.. kan Beck kan?*
lepas aku tgk video interview Shilpa Lee tu, mmg aku rasa kalo bawak balik pun, xkan jadi apa.. dia dah lebih dr hepi kat sana.. gila RM6,000 satu malam..
ijad
April 11th, 2008 | 2:37 am
25mat rempit bawak markIII gile ahhhhhh kau biar betul hahahha markIII mana ada popup flash weh haha
fendyzaidan
April 11th, 2008 | 8:30 am
26popup flash tu tak merujuk kepada mat rempit tu, ianya secara general. ahahha. kepada semua yg berlagak lagak la… aku pun tak ingat mkIII takde popup flash. ahaha, main tulis ikut perasaan je.
mail, kalau ko nak nanti aku try jual kalau takde sapa nak angkat. sbb skrg ada mamat yg nak amik body ngan kit je…
Bella
April 11th, 2008 | 9:35 am
27agagaga~
bile la ko nk datang sini..
aku nk pendrive 4gb tue.. haha!
Batman Loy
July 12th, 2008 | 1:09 pm
28Fulamak bro….lu punya bahasa wa kurang paham la. Artistic gitewww! Tapi wa tau lu punya makna dalam….wa tau tu. Tapi lu tanya wa balik apa lu cakap sah2 wa cakap wa tatau! Pasai wa memang tatau! Wa tau 3 saja….Shilpa dapat sedap….Shilpa dapat duit…dan mak dia dapat nama!!!
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMKamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Jilat! Jilat! Jilat!Membaranya Kejahatan...Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya...KLian: Manusia Untuk Dibenci...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.