Smena 8M…
Smena (Russian: ?????) adalah kamera filem 35mm berkos rendah yang dikilangkan di Soviet Union oleh pengilang LOMO dari tahun 1953 hingga 1991. Kamera ini direkacipta untuk menjadi murah dan mudah diperolehi oleh orang awam. Diperbuat daripada bakelite atau plastik hitam bagi model yang terkini, dan beroperasi manual keseluruhannya.
Spesifikasi:
* Lensa: Triplet 43, 40 mm, f/4, 3 elemen
* Jarak FOcal: 1 m to infinity, scale-focus
* Kelajuan Shutter : B, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250
* Jenis Shutter: 3 blades diaphragm shutter
* Apertures: f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16
* Jenis Filem: 35 mm
* Saiz: 70 x 100 x 60 mm
* Berat: 289 g
Deskripsi diterjemah dan diolah dari Wikipedia.org
——————————–
Tentang demo haram PRO/ANTI-ISA yang lepas, aku masih lagi mempunyai pandangan yang sama seperti ketika demo BERSIH dan HINDRAF. Jangan menyusahkan orang lain!
Di sini untuk pendapat ku yagn terdahulu tentang demo jalanan…
Tahniah Rakyat Malaysia!!!
Anda Bosan di Hujung Minggu?
Rata-rata peserta demo haram tersebut adalah dari kaum/bangsa “isi di sini dengan perkataan yang sesuai”. Persoalannya, manakah pergi lagi 2-3 bangsa utama dalam pergerakan/partai ini? Duduk di rumah menonton wayang dvd cetak rompak? Atau ke Genting Highland atau Morib untuk bercuti bersama keluarga? Atau menjaja buah dan air jambu batu di tepi jalan sepanjang demo? Adakah bangsa “isi di sini dengan perkataan yang sesuai” tidak mahu menghabiskan masa bersama keluarga di rumah? Oh, ye tak ye. Demo jalanan ini juga telah dijadikan aktiviti kekeluargaan. Anak bini diangkut bersama. Boleh diterima sebagai aktiviti kekeluargaan.
Rata-rata peserta demo adalah orang luar, dari negeri luar, dari bandar lain. Datang membuat PESTA di kota orang, di negeri orang. menyusahkan rakyat tempatan untuk berurusan dan melakukan kerja sehari-hari. Kenapa tidak membuat demo di negeri pemerintahan masing masing. Belarak dari Kota Baharu, ke Kedah, kemudian ke Perak (minta belas supaya boleh lalu di negeri ini), kemudian ke Selangor, lepas tu masuk stadium Shah Alam, berkempen, berceramah politik sampai 7 minggu, kemudian serahkan memorandum kepada Ketua PR dan Ketua PR bersama konco kanan dan kiri, naik kereta mewah berhawa dingin ke Istana Negara, dan serah kepada wakil DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Mudah dan rasional. Lagi gah.
Jangan cakap 50 ribu, 11 Juta rakyat Malaysia pun boleh turut serta.
Kenapa tidak semua peniaga, orang awam yang terkena tempias dek demo haram ini, memfailkan saman kepada ketua penganjur acara gilang gemilang ini? Saman secara berasingan menuntut kerugian, kemukakan fakta sahih tentang perihal perniagaan yang terganggu, aktiviti mingguan yang terhenti, jumlah kerugian yang ditanggung dan sebagainya. Jika setiap satu peniaga mahupun mereka yang terlibat menuntut rugi, agaknya berapa yang penganjur kena bayar? Selepas Menteri Wilayah Persekutuan membuat anggaran, gunakan anggaran itu untuk mengfailkan saman kepada penganjur. Settle…
Abang yang pakai ketayap dan bertopeng masking tape macam Bandi kumpulan Amuk tu tak cool la. Abang mesti hensem kan? Cuma soalannya, kenapa malu sangat muka nak masuk gambar atau tv. Dah duduk saf depan tu. Berani lah sikit. Tengok macam pakcik yang jerit jerit bertakbir tu, pakai jaket kulit hitam tengah hari. Cool…
Esok saja…
p/s:- Bukan ahli mana-mana pertubuhan politik. Politik sucks dan melucukan.
Popularity: 11% [?]

Comments(6)







Kebetulan atau suratan? Kau pun baru beli SMENA 8M?
smena punye shutter blade ada lapan…
btw, perhimpunan haram tu memang buat aku saket hati gila babi!!!
adekah otak mereka sdh lumpuh?
berkata dan mengeji ttg anjing2 yg memerintah kerajaan…(kononnye)
namun yg berkata2 juga same seperti itu…
haih…
nk disuruh berfikir pn xgune…
sbb otak2 tersebut dh tersumbat…
nak tengok sample gambar2 dah siap. nnti share k?
owh, disebabkan demo, masa utk aku gerak dari serdang ke sungai buloh untuk acara wedding sepupu mengambil masa 2 JAM. tak pasal2 aku kena berlibur dalam kereta
kebetulan la fahmishah. takpe, sama sama cuba main.
min, akan ku upload sample, seroll pun tak habis lagi. tak tau nak shoot apa…
hey, sumpah lawa sungguh smena 8m itu. mane beli? rare la kaler hitam. nak satu!