Sunyi.
Berterabur kertas atas meja baca, selimut atas katil belum terlipat, sejadah tidak teratur di kepala kerusi. Beg pakaian masih belum ku kemas, masih dimuati dengan baju-baju kotor. Aku lemas untuk terus hidup begini, rasanya sudah sampai penghujung. Hidup tidak berharap, tiada kepercayaan.

Sunyi.
Sejak kepulangan ku dari Kuala Lumpur, bandaraya yang semakin aku benci dan jelik, aku tidak punya keinginan mahupun daya untuk keluar dari bilik. Hanya sekali sekala untuk panggilan alam dan meneguk air kosong. Makan pun sudah tidak selera dan bila diletak di atas lidah, semacam tidak berasa. Mama sudah mula pelik, tapi aku cuba selindungkan masalah diri, ku berikan senyuman sejujur mungkin bila di ajukan soalan-soalan. Aku cuba sedaya upaya, berbuat seperti tiada apa yang tidak kena.

Sunyi.
Segar masih kata-kata yang keluar dari mulut Dhilla. Entah kenapa jika orang lain yang mengutuk dan mengkeji aku, aku tidak rasa apa pun, tapi jika keluar dari mulut Dhilla, rasa dunia macam sudah kiamat. Menuduh aku ada masalah mental dan berperangai kebudak-budakan. Aku masih ingat dia memaling muka supaya tidak melihat riak wajahku yang ketika itu sedang merayu sepenuh nyawa, dan mengutuk riak wajah ku sebagai “muka kesian”. Perkataan sial, babi dan lain-lain lagi. Menagatakan aku sudah tiada kepercayaan dan iman kepada tuhan dan agama. Aku ketika itu cuba menyelamatkan keadaan kami yang agak buruk, meminta dan merayu. Tapi dia memang maksudkan perkara-perkara itu semua. Betul kata orang, manusia akan jadi amat jujur dalam dua keadaan, mabuk dan marah. Dan Dhilla memang marah amat pada aku ketika itu. Benci dan jijik melihat aku.

Sunyi.
Dua hari pulang ke rumah, cuma menyendiri di dalam bilik. Air mata acap kali kunjung tiba. Lagi-lagi bila akal mula berfikir benda yang bukan-bukan. Usaha, pengorbanan, sia-sia. Empat dinding bilik ini tidak akan faham. Ku tenung siling, siling diam membisu tidak beriaksi. Pada siapa aku boleh mengadu? Aku sendiri, seperti selalu.

Sunyi.
Suicidal tendencies kunjung lagi, mengetuk pintu akal, membutakan hati dan iman. Rasa jika aku mati, banyak orang akan lebih kecap bahagia. Aku tidak mahu jadi beban pada sesiapa, terutamanya pada Dhilla, dan abah mama. Dhilla boleh teruskan hidup, tanpa aku, semestinya lebih baik, lebih gembira. Aku adalah bahagian hidupnya yang sedih dan membebankan. Jadi biar sahaja aku mati.

Sunyi.
Bila mati, diri tidak rugi. Tenang dan terang yang dicari akan aku temui. Kalau aku berani, aku sanggup. Biar mata ini terus pejam, dari terus hidup sendiri dan tidak dipeduli. Hidup sendiri tidak berharapan. Aku tidak sanggup.

Sunyi.
Walaupun aku tidak beriman, sekurang-kurangnya hidup aku, aku devotekan pada sesuatu. Tapi sayang, pengabdian diri tidak dipeduli. Hati ini, tidak boleh lebih sakit dari sekarang, ini sajaj yang hati aku mampu terima dan rasa. Mungkin satu hari di masa depan, perit yang hati aku rasa sekarang, akan jadi lali. Hari itu, perit hati ini akan jadi rasa yang biasa.Jika aku boleh minta suatu pada tuhan sekarang, aku minta supaya dicabut nyawa ku, kurniakan sepasang sayap sebagai roh, agar dapat ku terbang melayang, terbang jauh dari sini.

Aku sunyi, terus hidup menyendiri.

“Sunyi itu indah…” - fendy

Popularity: 2% [?]